Tips Pelaburan Emas Untuk Pemula


Kali ini saya nak tulis tentang tips pelaburan emas, sebab dapat dilihat sekarang minat terhadap pelaburan emas meningkat semula lebih-lebih lagi selepas tempoh PKP baru-baru ini.
Gelombang ini sama seperti tahun 2011 dan juga 2016; ramai minat nak buat pelaburan emas.
Mungkin disebabkan harga emas sekarang yang tinggi.
Lihat sahaja carta harga emas daripada goldprice.org di bawah, sekarang harga emas berada sekitar paras tertinggi bagi tempoh 20 tahun lepas.

Harga emas di Malaysia sekarang lebih RM 250 per gram.
Teringat saya semasa melabur emas dulu pada tahun 2011, pada waktu itu lebih kurang RM 170 per gram sahaja.
Atas sebab inilah, pelaburan emas kembali menarik minat orang ramai.
Bagi yang nak mula melabur dengan ‘besi kuning berkilau’ ini, beberapa tips pelaburan emas saya berikan:
#1 – Harga sentiasa berubah
Sama seperti pelaburan-pelaburan lain, pelaburan emas juga tidak terkecuali dengan naik turun harga.
Lihat sahaja carta harga emas di atas.
Harga emas menaik dari tahun 2000 ke 2012, kemudian menurun sedikit pada 2013 dan 2014, sebelum mendaki semula pada 2015 hingga 2017.
Kemudian harga emas menurun semula sekitar 2018 dan 2019, sebelum meroket sehingga sekarang.
Apa yang boleh disimpulkan, harga emas ada naik turunnya.
Jangan sangka akan terus naik dan naik tanpa turun.
Jadi, jika nak sertai pelaburan emas, jangan terlalu ghairah tika kenaikan harga sampai terbayangkan yang harga akan terus naik dan naik, akan terus untung dan untung.
Dan ingat juga apabila harga turun, jangan cepat gelabah sehingga jual semua emas yang ada.
Yang penting, kena ada strategi dan tetapkan objektif dalam pelaburan; yang ini kena belajar daripada sifu-sifu pelaburan emas.
#2 – Pilih cara pelaburan yang sah
Sekitar tahun 2011 dahulu, banyak skim cepat kaya yang kononnya berteraskan pelaburan emas muncul.
Macam-macam teknik yang diperkenalkan.
Malah baru-baru ini, ada berita tentang individu dan syarikat yang menganjurkan skim pelaburan emas palsu telah dijatuhkan hukuman penjara dan denda.
Ringkasnya, jika nak buat pelaburan emas, buat secara sah dan betul.
Pastikan beli emas dapat emas, bukan sertai skim-skim yang mengarut.
Ada banyak cara untuk terlibat dalam pelaburan emas, sama ada beli emas fizikal, akaun emas atau unit amanah emas.
Emas fizikal boleh dibeli contohnya di PublicGold, Pump Suisse dan kedai-kedai emas.
Akaun simpanan emas contohnya seperti Maybank, Kuwait Finance House dan Public Bank.

Unit amanah emas contohnya AmPrecious Metal dan RHB Gold Fund.

Malah, kalau di pasaran saham, boleh beli saham syarikat-syarikat yang terlibat dalam urusniaga emas.
Semua ini adalah cara pelaburan emas yang sah.
#3 – Jenis emas fizikal

Emas fizikal boleh wujud dalam bentuk jongkong emas, syiling emas dan juga perhiasan emas seperti gelang, rantai dan cincin.
Jadi, boleh pilih mana-mana jenis emas ini sebagai alat pelaburan.
Setiapnya ada kelebihan dan kekurangannya.
Contohnya, kalau beli perhiasan emas sebagai pelaburan, memanglah seronok sebab boleh dipakai dan ditunjuk kepada orang ramai.
Tetapi, harga belinya termasuk sekali caj atau upah design perhiasan tersebut, maka harganya lebih tinggi dan perlukan modal lebih.
Kalau jongkong emas dan syiling emas pula, harganya lebih murah berbanding barang kemas yang setara, tapi tidak boleh dipakai pula.
Sebagai tips pelaburan emas, pilih jenis emas yang memenuhi objektif pelaburan kita,
Kalau nak beli emas untuk dipakai sambil melabur, pilih barang perhiasan emas.
Kalau memang nak beli emas semata-mata untuk pelaburan, pilih jongkong atau syiling emas.
#4 – Kualiti emas
Emas ada banyak kualiti, antaranya 999, 916 dan 850
Sebagai pelabur emas, kena tahu tentang kualiti emas ini.
Jangan beli semberono sahaja.
Emas 999 paling berkualiti kerana hampir 100% emas, tapi paling ‘sensitif’
Kalau terjatuh atau terhentak kuat, emas mudah rosak yang mana akan menjejaskan kualiti serta nilainya.
Malah, ada syarikat yang tidak akan beli emas yang telah rosak, tercalar atau terserpih.
Jadi, perlu diberi perhatian kepada kualiti emas yang hendak disimpan.
#5 – Spread harga
Bagi yang nak buat pelaburan emas, perlu tahu tentang spread harga beli dan jual emas.
Contohnya seperti di bawah:

Jika beli 10 g jongkong emas pada waktu tersebut, harganya adalah RM 2,769

Jika terus jual emas tersebut, harganya akan menjadi lebih rendah iaitu RM 2,520

Jadi, kalau boleh, cari penjual emas yang menjual dan membeli harga dalam spread harga yang sedikit sahaja.
Senang untuk jual emas pada harga lebih baik.
#6 – Tempat simpan
Apabila terlibat dalam pelaburan emas, terutamanya emas fizikal, perlulah fikir tentang tempat penyimpanan emas tersebut.
Ya lah, apabila jumlah emas yang disimpan semakin bertambah, kenalah simpan di tempat yang selamat.
Kalau simpan sahaja di rumah di dalam almari, berisiko juga untuk hilang sekiranya rumah diceroboh.
Kalau simpan di peti keselamatan bank, perlu keluarkan kos pula.
Jadi, fikirlah cara penyimpanan emas yang terbaik.
#7 – Jual emas

Apabila buat pelaburan emas, takkanlah nak simpan emas tersebut sampai bila-bila.
Sampai satu masa, emas perlu dijual juga untuk dapatkan hasil pelaburan tersebut.
Lagipun emas tidak berikan dividen, jadi kalau nak untung, hanya dengan cara jualkannya sahaja.
Beli semasa harga rendah, jual semasa harga tinggi, barulah untung.
Tapi, bila dan di mana nak jual?
Perkara ini juga perlu difikirkan bagi yang nak terlibat dengan pelaburan emas.
Kena tetapkan objektif, berapa anggaran keuntungan yang dikehendaki sebelum emas dijual.
Kalau jual di kedai emas, ada kedai yang ambil pada harga lebih rendah daripada pasaran.
Kalau jual kepada syarikat pengeluar emas, kena bandingkan harga beli mereka supaya dapat harga yang terbaik.
Tetapi, ada syarikat yang hanya menerima emas keluaran mereka sahaja.
Apa-apa pun, yang penting, jual pada dan di tempat yang memberikan keuntungan paling optimum.
#8 – Kepatuhan syariah
Emas adalah item ribawi, maka berjual beli dengan emas perlulah mematuhi syarat-syarat tertentu supaya patuh syariah.
Ringkasnya, transaksi jual beli dan pelaburan emas hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman.
Hendaklah mematuhi garis panduan muamalat emas yang dikeluarkan pihak JAKIM.
Contohnya, emas yang hendak dibeli perlulah ada dan diketahui jenis dan sifatnya, bukan baru nak ditempa/tempah.
Lagi, harga emas mestilah jelas dan tidak berubah-ubah semasa pembelian dibuat.
Pembayaran dan pemberian emas kepada pembeli pula hendaklah berlaku dalam tempoh masa yang dibenarkan.
Kiranya, urusan jual beli emas hendaklah dilakukan dengan berhati-hati agar kepatuhan syariah dipatuhi.
Kalau buat pelaburan emas melalui akaun pelaburan emas, atau unit trust emas, pastikan juga pilih akaun dan dana yang patuh syariah.
#9 – Zakat emas
Sebagai orang Islam, kita diwajibkan mengeluarkan zakat emas jika emas yang disimpan cukup tempoh (1 tahun Hijrah) dan jumlahnya.
Sebagai panduan, bagi emas yang dipakai (biasanya dalam bentuk barang kemas seperti rantai, cincin dan gelang), jumlah untuk diwajibkan zakat emas adalah 800 gram (bagi Wilayah Persekutuan, jumloah ikut negeri masing-masing)
Bagi emas yang tidak dipakai pula seperti jongkong emas dan barang kemas yang disimpan, jumlahnya adalah 85 gram.
Kadar zakat adalah 2.5% daripada jumlah emas.
Boleh rujuk pusat zakat negeri untuk cara pengiraan zakat emas.
#10 – Diversify pelaburan
Ayat cliche pelaburan, “Jangan letak semua telur dalam satu bakul, kalau jatuh, habis semua pecah”
Begitu jugalah dengan pelaburan, jangan tumpukan kepada satu jenis pelaburan sahaja.
Jangan laburkan semua duit kita kepada pelaburan emas sahaja.
Tiap-tiap masa asyik beli emas sahaja.
Pelbagaikan pelaburan; emas, saham, hartanah, unit amanah.
Tetapi, janganlah pula terlalu diversify sampai tak boleh fokus.
Nasihatnya, pelbagaikan jenis pelaburan tetapi fokus kepada pelaburan-pelaburan yang kita faham, minat dan mahir.
Dan paling penting, memberikan keuntungan.
Penutup
Itulah sahaja serba sedikit tips pelaburan emas.
Secara peribadi, saya pernah terlibat dengan pelaburan emas sekitar tahun 2011 dahulu.
Selepas beberapa tahun dan harga pasarannya dapat memberikan sedikit keuntungan, saya jual emas yang saya simpan.
Bagi saya, pelaburan emas sesuai untuk mereka yang nak melabur untuk tempoh sederhana dan panjang.
Sebabnya, seperti yang saya katakan di atas, harga emas ada naik dan turun.
Jika nak melabur dalam tempoh masa singkat, takut masa nak jual itu, harganya sedang jatuh pula.
Kan dah rugi.
Sama juga seperti pelaburan yang lain, pelaburan emas juga perlukan kesabaran dan teknik yang betul.
Kena ada ilmu, bukan setakat ikut-ikutan orang lain.
Pastikan anda memahami betul-betul tentang pelaburan emas sebelum terjebak dengannya.
Sekian.
p/s: Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ya! Terima kasih.

The post Tips Pelaburan Emas Untuk Pemula appeared first on Jom Urus Duit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jomurusduit.com/2020/10/tips-pelaburan-emas-untuk-pemula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Pesugihan Pengusaha Resto Diminta Tumbal Oleh Mustika Keong Emas

Kisah Pesugihan Pengusaha Resto Diminta Tumbal Oleh Mustika Keong Emas

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 229 hits
Pak Dedi pendatang baru di desa Sukamaju membeli sepetak sawah di tepi jalan masuk desa Ia mendirikan usaha restoran khas tradisional Meski usahanya sepi pembeli Pak Dedi mampu membeli sawah sawah di sekeliling restorannya Dalam waktu 2 tah...
Buli Warga Emas 4 Remaja Lahanat Ditahan Polis

Buli Warga Emas 4 Remaja Lahanat Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 319 hits
Baru baru ini viral video di media sosial beberapa remaja lelaki bersikap kurang ajar dan mengganggu seorang wanita warga emas di Kampung Banggol Pauh Chap Bachok Kelantan mengundang kemarahan netizen Susulan video viral itu empat remaja te...
Warga Emas Melecur 3 Motosikal Hangus

Warga Emas Melecur 3 Motosikal Hangus

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 259 hits
ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang memadamkan kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Bagan Jermal Butterworth Pulau Pinang IHSAN BOMBA BUTTERWORTH Seorang lelaki warga emas melecur manakala tiga buah motosikal yang dilet...
Warga Emas Cuba Sorok Gelang Pink Dengan Lilitan Kain Putih Ditahan

Warga Emas Cuba Sorok Gelang Pink Dengan Lilitan Kain Putih Ditahan

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 693 hits
Sudah banyak kali diingatkan tapi masih ada lagi yang berdegil Semalam seorang warga emas ditahan polis dekat Damansara Damai apabila mendapati dirinya memakai gelang pink dan telah melanggar syarat kuarantin Perintah Kawalan Pergerakkan Pe...
Emas Menunjukkan Isyarat Negatif

Emas Menunjukkan Isyarat Negatif

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 201 hits
XAU USD diperdagangkan lagi di bawah tahap psikologi AS 1 900 yang menandakan bahawa pemulihan akan segera berakhir Harga gagal untuk kali kedua dalam beberapa hari untuk menetapkan tahap psikologi yang menunjukkan tekanan penjualan yang ku...
Lastik Sampai Lebam Remaja2 Biadap Buli Wanita Warga Emas Serah Diri Pada Polis

Lastik Sampai Lebam Remaja2 Biadap Buli Wanita Warga Emas Serah Diri Pada Polis

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 327 hits
Tular di media sosial baru baru ini mengenai sebuah video yang memaparkan seorang wanita warga emas dibuli dan diganggu oleh sekumpulan remaja Menerusi laporan Kosmo Online difahamkan empat remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun yang dida...
Ringgo Terlibat Kemalangan Kereta Naib Juara Kilauan Emas 4 Remuk Depan

Ringgo Terlibat Kemalangan Kereta Naib Juara Kilauan Emas 4 Remuk Depan

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 389 hits
Pada petang Jumaat vokalis kumpulan Arrow Ringgo telah terbabit kemalangan jalan raya di Pasir Puteh Kelantan Menerusi laman Facebook milik Khairul Amizi Husin Ringgo dikatakan terlibat kemalangan itu semasa dalam perjalanan pulang selepas ...
Emas Terjejas

Emas Terjejas

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 293 hits
Perbahasan antara Donald Trump dan Joe Biden tidak membenarkan emas naik di atas 1 900 satu auns Kemenangan Demokrat akan mengukuhkan kedudukannya dalam perebutan jawatan presiden dan menyebabkan melemahnya dolar AS Sulit untuk memberi keut...
Selamat Hari Warga Emas Sedunia 1 Oktober 2020

Selamat Hari Warga Emas Sedunia 1 Oktober 2020

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 936 hits
Selamat Hari Warga Emas Sedunia 1 Oktober 2020 kepada seluruh warga emas di dunia termasuklah Tok Ayah Atok Tipah dan semua nenek dan datuk saudara The Ilhams Tak lupa buat boss boss Ummi p Definisi Warga Emas Warga emas ditakrifkan mereka ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin