Rm127j Untuk Sjkc Sjkt Smjk Smpc Rasis Hanya Pada Melayu



Mana agenda 'Malaysia Baru' untuk reformasi sistem pendidikan?

Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya beritahu kerajaan BN pun beri peruntukan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR) yang bukan Universiti Awam (UA), antara RM30 juta hingga RM69.25 juta dalam Belanjawan 2012 hingga 2018 setiap tahun.

Adakah atas sebab itu, maka kerajaan PH yang dicanang bebas daripada politik perkauman ini wajar pejam mata melihat Menteri Kewangan (seorang Cina) mengeluarkan peruntukan khas kepada Kolej Universiti New Era (kolej swasta Cina) dengan majlis penyerahan dana kerajaan itu turut disaksikan Timbalan Menteri (seorang Cina) yang portfolionya tiada kaitan dengan pendidikan?

Sama juga peruntukan RM12 juta kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dengan jumlah 62 buah itu. Sudah terang lagi bersuluh, RM12 juta itu untuk "anak Cina". 'Chinese first' atau 'Malaysian first'?

Nisbah peruntukan yang sekolah Cina persendirian (baca: menolak sistem pendidikan kebangsaan) terima jauh lebih tinggi daripada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang merupakan sekolah untuk "anak Malaysia" bukan untuk "anak Melayu" sahaja.

Bahkan, jika kita ikhlas ketepikan sentimen politik kepartian dan cermati sungguh-sungguh agihan peruntukan Belanjawan 2019, sebanyak RM127 juta untuk SJKC, SJKT, SMJK dan SMPC! Peruntukan untuk kolej universiti Cina tidak masuk Belanjawan 2019 pun!

Bayangkan dengan peruntukan kerajaan RM127 juta ++, berapa banyak SRK dan SMK untuk "anak Malaysia" bukan hanya untuk "anak Melayu dan Bumiputera" dari Perlis sampai ke Sabah yang baru dapat dibina atau diperbaiki?

RM127 juta untuk sistem pendidikan yang mewarisi polisi pecah dan perintah tinggalan penjajah dan diteruskan pula oleh kerajaan BN! Ironi, bukan?

Mana usaha kerajaan PH era "Malaysia Baharu" untuk mereformasi sistem pendidikan supaya semua "anak Malaysia" berada di bawah satu bumbung persekolahan sekali gus mengukuhkan integrasi nasional?


Selama ini kita mengeluh perpaduan rakyat Malaysia dan jurang sosial antara kaum semakin melebar, bukankah berpunca akibat sikap sebahagian (bukan semuanya) yang berstatus warganegara Malaysia tapi mahu sekolah beridentitikan kaum?

Sampai bila kita mahu lihat rakyat Malaysia malah sudah bergelar wakil rakyat pun masih merangkak kalah pekerja Bangladesh tidak lincah berbahas dalam "bahasa Malaysia" akibat masuk sekolah berbahasa pengantar rasmi negara China?

Adakah ratusan juta peruntukan kerajaan untuk pendidikan berorientasikan kepentingan kaum itu membantu kepada usaha perpaduan rakyat Malaysia? Mana semangat 'Malaysian first' ketika sebelum ini orang Melayu disuruh usah 'Malay first'?

Selama ini lemparan 'politik perkauman' itu adakah terhad kepada orang Melayu sahaja? Adakah sifat rasis hanya terpakai pada orang Melayu?

Melihat pemimpin Cina sejak puluhan tahun 'bersatu' dalam hal berkaitan kepentingan (tamak) kaum mereka dengan DAP dan MCA sama-sama mendesak blok pemerintah dan pembangkang setiap kali musim pilihan raya umum (sila google tuntutan ekstrem Dong Jiao Zong menjelang PRU 1999 juga manifesto PH dan BN berkaitan UEC untuk PRU-14), timbul persoalan:'

Di mana pula 'political will' pemimpin Melayu PH-Pas-Umno untuk memainkan peranan strategik dalam kepentingan pendidikan kebangsaan dengan sifat sebagai negarawan bukan sekadar seorang ahli politik yang dihantui sokongan undi untuk tempoh lima tahun sekali?
Oleh ARIF ATAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/01/rm127j-untuk-sjkc-sjkt-smjk-smpc-rasis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Ph Prk Cameron Highland Kata Orang Melayu Tidak Beli Kuih Orang Asli Jual Hancing Rasis Viral

Calon Ph Prk Cameron Highland Kata Orang Melayu Tidak Beli Kuih Orang Asli Jual Hancing Rasis Viral

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 941 hits
Kalau berbicara perihal rasis kita serahkan kepada kaum DAP kita sedar lakonan mereka yang konon hak rakyat Malaysia perlu sama rata Kita cukup sedar DAP adalah satu parti super rasis yang berselindung dengan slogan Malaysian Malaysian Mere...
Buku Teks Digital Pdf Semua Mata Pelajaran Kssr Tahun 1 Kegunaan Sk Sjkc Dan Sjkt

Buku Teks Digital Pdf Semua Mata Pelajaran Kssr Tahun 1 Kegunaan Sk Sjkc Dan Sjkt

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 3335 hits
Buku Teks Digital PDF Semua Mata pelajaran KSSR Tahun 1 Kegunaan SK SJKC dan SJKT Assalamualaikum dan selamat sejahtera Pada kali ini admin berkongsi buku teks dalam bentuk digital berformatkan PDF bagi semua mata pelajaran Kurikulum Standa...
Sultan Agung Melayu Hanya Membazirkan Wang Cukai Yang Kami Bayar

Sultan Agung Melayu Hanya Membazirkan Wang Cukai Yang Kami Bayar

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 402 hits
Sultan Agung Melayu Hanya Membazirkan Wang Cukai Yang Kami Bayar Sultan Agung Melayu Hanya Membazirkan Wang Cukai Yang Kami Bayar
Naratif Melayu Dalam Malaysia Baru

Naratif Melayu Dalam Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 416 hits
Perlu diakui bahawa selepas PRU14 perubahan yang berlaku bukan sekadar dalam arena politik tetapi suatu gelombang besar namun senyap sedang bergerak Keresahan terhadap masa depan orang Melayu dan Islam mula kedengaran dan semakin meluas Dal...
Lemang Toki Bentong Pahang Dan Itik Panggang Kampung Melayu Subang

Lemang Toki Bentong Pahang Dan Itik Panggang Kampung Melayu Subang

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 731 hits
Sengaja ku ajak anak anak makan sedikit jauh dari biasa kali ini dan dah seperti Jalan jalan Cari Makan jadinya dari sarapan pagi hingga ke malam Tersasar dari landasan sedikit je kali ni Lepas sarapan Bentong destinasi pilihan Pertama kali...
Kedai Greenlite Kedai Elektrik Dan Hardware Milik Melayu Islam

Kedai Greenlite Kedai Elektrik Dan Hardware Milik Melayu Islam

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 1261 hits
Bukan senang nak cari kedai elektrik dan hardware kepunyaan orang Melayu Islam Atas dasar fardu kifayah ada juga hamba Allah yang buka kedai elektrik dan hardware Ok di area Gombak Selangor ada sebuah kedai Greenlite yang menjual dan membek...
Evolusi Busana Melayu

Evolusi Busana Melayu

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 800 hits
Bangsa Melayu adalah bangsa yang bertamadun Sejarah tertulis bangsa ini terkenal dengan kerja seni yang halus walaupun terdapat penyangak sejarah cuba memutarbelitkan fakta Busana Melayu telah mengalami perubahan yang begitu menakjubkan ses...
Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Macc Economy Ministry To Set Up Special Task Force

Come Invest In Malaysia Anwar Tells Thai Conglomerates

Cadangan Pendekatan Baharu Untuk Menjana Dana Pusat Pembelajaran Islam Madrasah Tahfiz

Lagu Kenangan Semasa Di Lpmp Riau


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hand Gum

Ramp Eyes Us Government As A Customer After Spotting Doge Tweet In Malay

Student Expresses Disappointment Over No Make Up Policy For School S Raya Celebration

Gaduh Rebut Kekasih Bapa 2 Anak Antara 3 Didenda Rm1 200