Rm100 000 Dalam Akaun Hasan Malek Dilucut Hak


Wang RM100,000 yang dibekukan daripada akaun bank bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah Hasan Malek berhubung penyiasatan 1MDB kini menjadi harta kerajaan Malaysia.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Mahadi Abdul Jumaat memaklumkan mahkamah, bahawa responden (Hasan) telah memasukkan representasi untuk memulangkan wang berkenaan.
“Afidavit pemohon (Pendakwa Raya) tidak dibalas oleh responden dan warta hari ini tiada pihak ketiga yang hadir (untuk tuntut wang itu).

Loading… “Kami memohon kesemua wang yang disita dilucut hak kepada kerajaan Malaysia,” katanya semasa sebutan kes itu hari ini.Iklan
Peguam Muhammad Iqbal Ismail yang mewakili Hasan mengesahkan perkara itu dan berkata pihak responden tidak membantah wang itu dilucut hak.
Sementara itu, mahkamah turut menetapkan 4 dan 5 Disember untuk pendengaran hujahan lisan bagi kes tiga entiti iaitu Umno, Wanita MCA dan Badan Perhubungan Umno Sabah berhubung pelucutan harta.
Mahadi berkata pihak pemohon (Pendakwa Raya) telah memfailkan afidavit pada 23 Ogos dan memberitahu mahkamah bahawa tiada pihak ketiga yang hadir untuk menuntut wang yang dibekukan daripada tiga entiti itu.
“Perwartaan pihak ketiga disiarkan pada 24 Julai bagi kesemua responden (tiga entiti) dan tiada pihak ketiga yang hadir,” katanya.
Jumlah wang yang dimohon kerajaan untuk dilucut hak dari Umno ialah RM212,965,413.61 , Wanita MCA berjumlah RM300,000 dan Badan Perhubungan Umno Sabah sebanyak RM1,254,112.24.
Hakim Mohamed Zaini menetapkan 27 September untuk pemohon memfailkan hujahan bertulis manakala 18 Oktober bagi hujahan bertulis oleh responden.
Peguam Aieshah Nadia Masdar mewakili Umno, peguam Low Hai Liang bertindak bagi pihak Wanita MCA manakala Badan Perhubungan Umno Sabah diwakili peguam Harcharanjit Singh.
Permohonan melucut hak itu dibuat pendakwaan mengikut Seksyen 56(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dalam sidang akhbarnya baru-baru ini berkata permohonan pelucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.
Latheefa berkata tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amla) yang suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas perdana menteri Najib Razak. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/08/rm100000-dalam-akaun-hasan-malek-dilucut-hak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Lucut Hak Rm100 000 Dari Hasan Malek

Kerajaan Lucut Hak Rm100 000 Dari Hasan Malek

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 333 hits
Wang RM100 000 yang dibekukan daripada akaun bank bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah Hasan Malek berhubung penyiasatan 1MDB kini menjadi harta kerajaan Malaysia Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas Timbalan Pe...
Gangguan Bekalan Air Di Daerah Kuantan Esok 60 000 Pemilik Akaun Bakal Terjejas

Gangguan Bekalan Air Di Daerah Kuantan Esok 60 000 Pemilik Akaun Bakal Terjejas

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 278 hits
Pengurusan Air Pahang Berhad memaklumkan sebanyak 60 000 pemilik akaun di sekitar daerah Kuantan akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam bermula jam 8 pagi Selasa ini Menurut PAIP gangguan itu disebabkan kerja kerja pengalihan pai...
Angkara Doan Van Hau Akaun Facebook Sc Heerenveen Terima Hampir 200 000 Pengikut Baharu

Angkara Doan Van Hau Akaun Facebook Sc Heerenveen Terima Hampir 200 000 Pengikut Baharu

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 374 hits
Langkah SC Heerenveen membawa masuk pemain pertahanan kelahiran Vietnam Doan Van Hau secara pinjaman bukan sahaja dapat menambah kekuatan pasukan sekaligus ia turut meningkatkan populariti kelab tersebut Hal ini dibuktikan apabila akaun Fac...
Skandal 1mdb Wang Rm428 500 Daripada Akademi Pemuda Dilucut Hak

Skandal 1mdb Wang Rm428 500 Daripada Akademi Pemuda Dilucut Hak

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 250 hits
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan wang berjumlah RM428 500 yang disita daripada Akademi Pemuda dikatakan berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad dilucut hak kepada kerajaan Malaysia Pesuruhjaya Keh...
60 000 Pemilik Akaun Dijangka Alami Gangguan Bekalan Air Di Kuantan Bermula Pagi Selasa Ini

60 000 Pemilik Akaun Dijangka Alami Gangguan Bekalan Air Di Kuantan Bermula Pagi Selasa Ini

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 414 hits
Pengurusan Air Pahang Berhad dalam satu kenyataan media memaklumkan bahawa seramai 60 000 pemilik akaun di Kuantan bakal mengalami gangguan bekalan air bermula 8 pagi Selasa sehingga 7 pagi Rabu Menurut kenyataan tersebut gangguan berkenaan...
Wang Kertas Note Rm100 Dilelong Dengan Harga Rm76 000 Kerana Nombor Sirinya

Wang Kertas Note Rm100 Dilelong Dengan Harga Rm76 000 Kerana Nombor Sirinya

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 347 hits
Wang Kertas Note RM100 Dilelong Dengan Harga RM76 000 Kerana Nombor Sirinya Perkara ini didedahkan oleh Pengarah Urusan MNP Auctioneers Sdn Bhd Stephen Soon yang bertanggungjawab menjalankan lelongan di ibu pejabat Bank Negara di sini semal...
Putrajaya Dibenar Rampas Rm100 000 Daripada Bekas Menteri

Putrajaya Dibenar Rampas Rm100 000 Daripada Bekas Menteri

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 505 hits
Ho Kit Yen KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi membenarkan kerajaan merampas RM100 000 dana 1MDB daripada Hasan Malek selepas bekas menteri perdagangan dalam negeri koperasi dan kepenggunaan itu tidak memfailkan respons terhadap saman pelucuthakan...
Wang Rm1 2 Juta Berkaitan 1mdb Dilucut Hak Kini Jadi Harta Kerajaan Malaysia

Wang Rm1 2 Juta Berkaitan 1mdb Dilucut Hak Kini Jadi Harta Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 445 hits
Wang lebih RM1 2 juta yang dibekukan daripada akaun bank milik tiga entiti termasuk Yayasan Rahah berhubung penyiasatan 1Malaysia Development Bhd kini menjadi harta Kerajaan Malaysia Tiga entiti itu ialah Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Baha...
Pak Cik Shell Tunjuk Demo Isi Minyak Guna Mykad Tebus Subsidi Ron95

Makluman Penambahan Waktu Operasi Kaunter Lesen Memandu Dan Pelbagai Pada 27 September 2025 26 Oktober 2025

Itu Bukan Anak Saya Eira Syazira Nafi Anak Pembuli Tular Tempoh Hari

Mamat Sepah Umum Pencen Dunia Komedi Banyak Kemenangan Dah Perolehi Masa Untuk Bidang Perniagaan

Makluman Sistem Subsidi Bersasar Petrol Ron95 Bermula Secara Berperingkat Mulai 27 September 2025

Govt Hints At Good News For Crucial Semiconductor Sector In 2026 Budget

Cara Dapatkan Minyak Ron95 Bersubsidi Rm1 99 Melalui Program Budi95

15 000 Peserta Hadir Memeriahkan Larian Bersarong Di Malaysia Sarong Music Run Edisi Ke 3


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Brunch Dengan Beef Soondubu Jigae Di Restoran Dubuyo Mid Valley Jb

Ppim Bongkar Realiti Tersembunyi Di Sebalik Buli Sidang Media Ppim 23 09 2025

Surah Yusuf Ayat 28 Maksud Dan Pengajarannya

Main Badminton Lagi

Susu Rosak Jangan Buang Transform Jadi Keju Cottage Homemade Sedap Dan Puas Hati

Ikan Berenang Dalam Blog