Rizq Islamic School Sekolah Tahfiz Moden Antarabangsa Pertama Di Asean


Bagi ibubapa yang berkemampuan, pemilihan sekolah yang terbaik untuk anak-anak adalah merupakan suatu pilihan yang sangat penting. Apatah lagi jika wujud permintaan lain, seperti mahukan anak menjadi seorang tahfiz, tetapi dalam masa yang sama mahukan anak-anak juga belajar dengan sistem pendidikan setaraf antarabangsa seperti di Finland dan Jepun. Jangan bimbang. Rizq Islamic School menyediakan sekolah tahfiz antarabangsa yang terbaik untuk anda! -Perkongsian dari CiKGUHAiLMi

Hebat!! Pandangan Sisi hadapan Tahfiz Rizq Islamic SchoolApatah lagi semasa saya sampai, kelihatan beberapa orang anak kecil yang mahu pulang, tetapi dikawal dengan rapi sistemnya. Sistem keselamatan dan juga penjagaan daripada pengawal menunjukkan betapa keselamatan pelajar sangat diutamakan. Suatu perkara yang patut ibubapa zaman sekarang pertimbangkan juga bila menempatkan anak-anak ke sekolah swasta sebegini.

Keselamatan pelajar sangat diutamakan di Rizq Islamic School Lawatan saya disambut oleh Encik Johari, pegawai perhubungan di sekolah tahfiz antarabangsa ini. Selepas berkenalan, kami bergerak ke Teacher's Lounge. Teacher's Lounge ini adalah ruangan para guru untuk berehat dan lepak seketika kerana tiada bilik guru khusus.

Kenapa tidak perlukan bilik guru khusus? Sebab sekolah tahfiz ini mengamalkan sistem 'floating classroom', di mana guru berada di kelas, dan murid akan bergerak ke kelas mengikut subjek. Sistem antarabangsa, sama seperti yang diamalkan di negara omputih. Taklah murid bosan melangut saja dalam kelas. Best kan?


Di Teacher's Lounge nih, Encik Johari menceritakan serba sedikit mengenai sekolah tahfiz Rizq Islamic School ini. Cerita beliau yang pertama saja sudah cukup mengejutkan saya.

Sekolah tahfiz antarabangsa Rizq Islamic School ini ditubuhkan oleh 4 anak muda yang belum pun mencecah usia 30 tahun! Wow!!! Mereka adalah Abdullah Firdaus, Dr Shiefa, Mohd Azzizat dan juga Khairul Azwan, yang merupakan profesional muda yang inginkan transformasi kepada cara kita mendidik anak Malaysia sesuai dengan zaman sekarang.

Suasana di bilik Muzik yang santai sesuai untuk pembelajaran murid
Maka sekolah tahfiz antarabangsa ini menawarkan kepada ibubapa yang inginkan anak-anak mendalami ilmu agama, dan dalam masa yang sama masih berkeupayaan untuk bersaing dengan anak-anak lain di peringkat antarabangsa dengan cara belajar dari Finland dan juga Jepun. Hebat! Mana nak cari kan?

Tak perlu juga bimbang, sebab sekolah swasta antarabangsa ini sudah pun mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia pada Julai 2016. Kot-kot kalau masih tak berpuas hati, boleh hubungi Bahagian Sekolah Swasta, bagi maklumat lanjut.


Kenapa Sekolah Ini Berbeza Dengan Sekolah Lain?
Rizq Islamic School ini berbeza dengan sekolah tahfiz lain sebab mereka menggunakan kaedah pembelajaran yang disesuaikan dengan minat kanak-kanak untuk belajar. Finland punya style. Bukan itu saja, ianya disempurnakan dengan fasiliti bertaraf 5 bintang yang menjadikan Rizq Islamic School ini sebagai Sekolah Tahfiz Antarabangsa yang pertama dalam kalangan negara-negara ASEAN. Huiyo!

Kemudahan yang sangat selesa di ruang perpustakaan
Keunikan sistem pembelajaran sebagaimana yang diamalkan di negara Finland dan Jepun yang menggunakan konsep "play based learning" di tambah dengan kaedah penghafalan Tahfiz moden, menjadikan sekolah ini sangat-sangat berbeza dengan sekolah tahfiz lain. Kaedah pembelajaran yang berbeza ini pasti menjadikan pelajar gembira untuk datang ke sekolah, sama seperti yang berlaku di Finland.

Tak lupa juga, pembelajaran murid juga akan dipermudahkan dengan adanya penggunaan teknologi seperti ipad.  Dan penggunaan ipad ini bukan sahaja hanya kepada subjek akademik, tetapi juga sebagai alat bantu mengajar khususnya dalam subjek Hafalan Al-Quran. Wow... tahfiz moden sangat!!

Rizq Islamic School, sekolah tahfiz moden antarabangsa yang pertama di ASEAN
Manakala untuk bidang agama, bagi memastikan Rizq Islamic School nih berada di landasan yang betul, maka beberapa orang penasihat dilantik bagi memantau perkembangan di sini. Bukan calang-calang orangnya. Hebat-hebat belaka. Mereka adalah :

Penasihat Utama
Professor Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor Husin
(Pengerusi Fatwa Kebangsaan)

Penasihat Akademik
Professor Dr Sharifah Meriam Syed Akil
(Felo Kanan Universiti Sains Islam Malaysia)

Ketua Jabatan Pengajian Al-Quran dan Islam
Ustaz Mohd Nazri Dewa Al-Hafiz
(Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia)

Walaupun kaedahnya pembelajaran di sini nampak berbeza, tetapi dengan kepakaran yang ada, ia mampu untuk melahirkan seorang Hafiz Quran yang baik serta mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang akademik. Dunia dapat. Akhirat pun inshaAllah dapat.

Mendengar cerita Encik Johari sahaja, dah cukup membuatkan saya merasakan betapa berbezanya sekolah tahfiz ini berbanding sekolah-sekolah tahfiz lain. Tak sabar pula rasanya nak melihat fasiliti lain yang disediakan di sekolah ini.


Tour de Rizq Islamic School
Kami kemudian bergerak melihat fasiliti yang disediakan oleh sekolah ini. Difahamkan terdapat 16 bilik kelas, auditorium (wow!), dewan, bilik permainan yang lengkap dengan kemudahan gimnasium, padang bola dan kemudahan asas yang lain.

Laluan pergerakan di dalam bangunan menggunakan sistem warna dan dilabelkan dengan sangat jelas. Menggunakan konsep sekolah di Jepun, sistem ini dapat membantu pelajar untuk lebih alert dengan keselamatan mereka dan juga membantu pergerakan yang lebih lancar. Saya suka!

Setiap bilik dilabel dengan jelas dan kemasSampai di bilik kelas, memang suka giler saya dengan meja dan kerusi yang ada. Memang betul-betul abad 21. Meja dengan rekabentuk yang sesuai untuk aktiviti berkolaboratif, dan buat aktiviti. Tak lupa juga warna yang sangat menarik, pasti membuatkan murid tak sabar nak datang ke kelas yang sangat comel nih. Anggaran murid bagi setiap kelas adalah lebih kurang 20 orang pelajar. Selesa kan?

Bilik darjah yang berwarna warni sesuai dengan pembelajaran abad 21
Disebabkan sekolah Rizq Islamic School ini menggunakan konsep 'floating classroom', maka kemudahan seperti locker disediakan berdekatan dengan bilik kelas. Sangat mudah untuk pelajar akses kepada locker masing-masing jika perlu bertukar ke kelas matapelajaran lain pula. Locker nya pun, sangat lah comel. Warna warni!

Kemudahan locker yang berwarna warni & Ruang locker ditempatkan dekat dengan bilik kelas
Dari sana, kami bergerak ke auditorium. Perghhh.. best! Untung budak-budak nih. Dapat satu fasiliti yang boleh membantu mereka jadi pelajar yang lebih berkeyakinan dan mampu berkomunikasi. Sebabnya selain daripada digunakan sebagai ruang taklimat, bilik ini juga akan digunakan sebagai ruang untuk pelajar membuat pembentangan.

Ruang auditorium yang selesa untuk pembentangan pelajar
Suasana pembelajaran yang santai dan seperti berada di rumah
Kemudian kami bergerak ke gimnasium yang berada bersebelahan dengan bilik auditorium. Ruangnya agak selesa untuk satu kelas pelajar jika ditempatkan untuk aktiviti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kelengkapannya juga pelbagai dan lengkap dengan cermin untuk aktiviti yang sesuai.

Kemudahan yang tersedia di gimnasium
Peralatan yang membantu pelajar membina kem
Di sebelahnya pula terdapat Perpustakaan. Buku-buku masih tak banyak, tetapi akan ditambah dari masa ke semasa. Sebabnya masih banyak rak-rak kosong yang boleh dipenuhkan lagi selepas ini. Ruang di perpustakaan ini sangat selesa. Terdapat beberapa buah kerusi yang comel berwarna warni. Mood yang sangat berbeza.

Comel kan kerusi dan tempat duduk yang disediakan?
Di sebelah belakangnya terdapat ruang untuk kemudahan akses komputer, lengkap internet. Masih kosong. Tetapi saya difahamkan, pihak pengurusan sekolah Rizq Islamic School telah berurusan dengan pihak Apple untuk menyediakan Macbook, bagi kegunaan pelajar-pelajar. OK. Yang ini serius, jelez! Untong lah korang yer adik-adik..

Tingkat dua pula menempatkan bilik permainan. Ingatkan bilik permainan biasa. Sebaliknya menempatkan banyak mainan-mainan yang menggalakkan aktiviti hands-on dalam kalangan murid. Mainan seperti lego dan beberapa mainan yang ada unsur akademik disediakan dalam beberapa stesyen.

Permainan yang terdapat di bilik Permainan
Permainan yang disediakan bukan sahaja untuk bermain,tetapi juga sambil belajar
Bestnya sebab ada juga sudut untuk pelajar melakukan aktiviti shooting dengan kemudahan video cam dan green screen yang disediakan. Wah!!! Sangat bagus nih jika pelajar semuda usia ini diberikan pendedahan dengan perkara seperti ini. Lebih mudah dan pastinya lebih canggih jika mereka diberi peluang kreatif dengan persembahan mereka ini.

Pelajar diberi peluang untuk menghasilkan bahan multimedia mereka dengan peralatan yang disediakan
Bahagian luarnya pula menempatkan ruangan kosong dengan artificial grass. Ruang kosong ini sengaja dibiarkan kosong supaya membolehkan aktiviti-aktiviti seperti mencerap bintang dapat dilakukan. Wahhh.. patut lah, kelab kokurikulum para pelajar ini terdiri daripada kelab astronomi, robotik dan lain-lain yang menarik.

Kemudian kami bergerak ke tingkat paling atas yang menempatkan surau untuk kemudahan pelajar menunaikan solat. Surau lengkap berkarpet, dengan hiasan yang sangat minima. Juga disediakan kemudahan rak untuk pelajar meletakkan kasut mereka.


Surau untuk pelajar menunaikan kewajipan sebagai seorang anak muslim yang baik
Sambil-sambil tu sempat juga saya mengintai kemudahan tandas yang disediakan. Papan tanda tandas, sangat jelas kelihatan. Mudah untuk anak kecil mengenalpasti mana toilet lelaki, dan mana toilet perempuan. Kemudahan ringkas untuk toilet cangkung dan juga tandas duduk, lengkap dengan sinki.


Tapi yang menarik perhatian saya adalah, penggunaan ruang untuk tujuan mendidik anak-anak kecil ini. Di pintu dan dinding dilekatkan info-info yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan. Nampak tak? Pembudayaan ilmu berlangsung di mana-mana, tanpa mengira masa. Terbaik!

Maklumat berkaitan kesihatan diletakkan pada dinding
Setiap ruang di sekolah Rizq Islamic School ini dimanfaatkan dengan sebaiknya. Ada beberapa ruangan disediakan bagi membolehkan pembelajaran berlangsung di luar bilik darjah



Bukan sahaja disediakan ruang, tetapi juga dilengkapi dengan kemudahan yang sangat membantu aktiviti pdp, seperti whiteboard mudah alih dan juga tempat duduk yang selesa, lagi comel. Bentuknya macam bola sepak. Budak-budak mesti sangat suka!

Selain itu juga, ada ruangan yang dinamakan Students' Lounge. Ruangan ini merupakan ruangan santai murid, pada waktu rehat atau juga sewaktu menunggu ibubapa datang mengambil mereka masa pulang.

Kerusi comel diletakkan di ruang menunggu di Students' Lounge


Di sini disediakan beberapa mainan, seperti pool  dan juga soccer board game. Murid mesti suka kan. Sambil berehat dan sambil melakukan aktiviti kegemaran dengan kawan-kawan. Santai jer.

Kami seterusnya ke bahagian bawah sekali. Di sini menempatkan Dewan besar. Di sinilah akan berlangsung segala aktiviti dan program yang melibatkan kesemua pelajar satu sekolah. Dianggarkan boleh menampung sehingga 500 orang pada satu-satu masa jika ada program dijalankan di sini.

Ruang dewan yang besar mampu menempatkan sehingga 500 orang pada suatu masa
Bertentangan dengannya pula adalah padang permainan. Lawa menghijau. Sesuai dengan standard antarabangsanya, Rizq Islamic School ini menggunakan artificial grass bagi menjadikan padang permainan ini sesuai dan selamat untuk digunakan oleh anak-anak kecil ini.


Kawasan padang permainan dengan padang yang menghijau
Di sekelilingnya pula terdapat kawasan permainan untuk anak-anak ini bermain gelungsur dan memanjat. Aktiviti seperti ini sebenarnya sangat baik untuk murid-murid dalam mengembangkan kemahiran sosial dan psikomotor mereka.

Jangan lupa, sekolah ini mengamalkan konsep gembira ketika berada di sekolah dengan belajar sambil bermain. Kan dah cakap tadi, play-based learning.. :)


Pejabat pentadbiran juga berada di bahagian bawah. Paling saya suka sekali, sebab interior designnya yang sangat clean, minimal dan juga cukup simple. Sedap mata memandang. Tak lupa juga senaskhah Al-Quran yang diletakkan di depan, membuktikan komitmen jelas Rizq Islamic School dalam mengutamakan agama Islam dalam segala keperluan di sini.

Komitmen Rizq Islamic School dalam memartabatkan Islam
Dipamerkan juga uniform sekolah yang comel dan selesa untuk anak-anak ini. Warnanya sesuai dengan keperluan negara kita yang. Jaket nipis berwarna kelabu boleh melengkapi uniform jika hari hujan atau jika sejuk berada di dalam bilik berhawa dingin.


Ruang bawah ini juga menempatkan beberapa ruangan lain seperti makmal sains dan juga kantin. Makmal sains nya sekalipun sedikit kecil, tetapi rekabentuknya adalah sangat menarik. Bagi satu meja, dalam sekitar 4 hingga 5 orang pelajar boleh menggunakannya bagi tujuan pembelajaran kendiri. Semua orang ada ruang yang selesa.

Kemudahan yang ada di makmal sains di Rizq Islamic School
Bertentangan dengan makmal sains, terdapat ruang makan untuk pelajar semasa waktu pagi dan juga waktu tengahari. Senang sebut kantin lah. Susunan meja dan juga menggunakan sistem yang diambil dari Jepun ini dapat memupuk murid untuk berdisiplin dan beradab tinggi semasa makan. Penerapan nilai Islam juga tidak dilupakan.


Suasana ruang makan yang sangat ceria dan berwarna warni
Berhampiran dengan kawasan makan itu juga disediakan sebuah cafe ringkas bagi tujuan kegunaan guru dan ibubapa yang datang mengunjungi sekolah ini. Simple but nice. Selesa untuk menikmati secawan kopi panas, sambil menunggu anak-anak selesai menjalankan aktiviti persekolahan.


Pintu masuk utama ke bangunan sekolah juga dikawal rapi oleh pengawal keselamatan yang berdaftar, dengan pagar yang meyakinkan. Sistem keselamatan juga sangat dititikberatkan dengan hanya ibubapa dan seorang pewaris dibenarkan untuk mempunyai kad kebenaran mengambil pelajar.

Saya difahamkan oleh Encik Joe juga, buat sementara waktu, Rizq Islamic School ini hanya menawarkan sistem persekolahan ini kepada pelajar sekolah rendah berumur 7 hingga 12 tahun sahaja. Dianggarkan sehingga 300 orang pelajar akan memulakan sesi persekolahan mereka yang pertama bermula Januari 2017 nanti.

Yuran bulanan yang dikenakan pula adalah dalam sekitar RM6++. Rasanya sama seperti kebanyakkan sekolah swasta antarabangsa yang lain. Cuma bezanya, di sini dilengkapi dengan pembelajaran tahfiz moden, dan play based learning daripada Finland dan Jepun sesuai dengan motto Rizq Islamic School, "Sekolah Tahfiz bertaraf antarabangsa yang pertama di negara ASEAN"!


InshaAllah di masa akan datang, Rizq Islamic School ini dirancang untuk dikembangkan lagi kepada sekolah menengah dan juga prasekolah. Kemudahan lain seperti asrama juga akan dipertimbangkan dari masa ke semasa, bergantung kepada keperluan. Perancangannya adalah pada sekitar tahun 2018. Kita sama-sama doakan semoga sekolah tahfiz antarabangsa ini berjaya melaksanakannya.

Bagi ibubapa yang berkemampuan dan juga berminat dengan sistem persekolahan di Rizq Islamic School ini, maka anda boleh lah terus hubungi pihak pengurusan sekolah bagi sesi tour di sekolah ini.

Rizq Islamic School
Wisma RIZQ, Lot 1456-2
Jalan Cempaka Off Jalan Teratai
Kampung Sungai Ramal Dalam
43000 Kajang, Malaysia

Tel :+603 8912 0447 / +6018 961 1615 (Whatsapp)

Atau boleh juga hubungi media sosial mereka yang berikut, untuk maklumat lanjut

Laman web : http://www.rizq.edu.my
Facebook :https://www.facebook.com/rizqschool
Twitter : https://twitter.com/RIS_School
Instagram :https://www.instagram.com/rizqislamicschool/

Sesi saya pada petang ini berakhir dengan suatu pengalaman yang sangat membuka mata saya. Membuka mata bagaimana gigihnya sekumpulan anak muda yang berusaha meningkatkan pendidikan tahfiz ke tahap antarabangsa, dan dalam masa yang sama menawarkan pendidikan setaraf Finland dan Jepun, yang sangat sesuai dengan zamannya.

Semoga usaha memartabatkan pembelajaran tahfiz seperti ini akan membuka lebih banyak ruang kepada ibubapa dalam memberikan pendidikan dunia dan akhirat yang terbaik untuk anak-anak. Wallahualam!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sembangpacak.blogspot.com/2016/11/rizq-islamic-school-sekolah-tahfiz.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Pertama Anak Masuk Sekolah Apa Yang Tak Patut Anda Post Di Sosial Media

Hari Pertama Anak Masuk Sekolah Apa Yang Tak Patut Anda Post Di Sosial Media

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 385 hits
Assalamualaikum Tahun depan Mikhail akan masuk darjah satu Seperti kakaknya saya tak akan hantar dia dan tunggu disekolah Ayahnya saja yang akan pergi hantar dan tunggu dia sementara nak tahu duduk kelas mana lepas tahu kelas ayah akan bali...
Benarkan Sekolah Tahfiz Sama Sekolah Cina Tiada Dalam Perlembagaan

Benarkan Sekolah Tahfiz Sama Sekolah Cina Tiada Dalam Perlembagaan

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 589 hits
Benarkah Peguam Buzze Azam tidak mampu menjawab soalan Red Bean Army DAP yang menyatakan Sekolah Cina sama saja dengan sekolah Tahfiz di mana kedua duanya tiada dalam Perlembagaan Persekutuan Soalan Tunjukkan bukti Perlembagaan mengiktiraf ...
Bajet Pertama Akan Dibentang Kerajaan Baru Selepas 61 Tahun

Bajet Pertama Akan Dibentang Kerajaan Baru Selepas 61 Tahun

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 366 hits
Diterbitkan 2 Nov 2018 9 40 pagiHari ini akan mencatat sejarah apabila bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh sebuah kerajaan baharu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957 Bajet 2019 oleh kerajaan yang diterajui Pakata...
Thailand Jadi Negara Pertama Di Asia Yang Akan Legalkan Ganja

Thailand Jadi Negara Pertama Di Asia Yang Akan Legalkan Ganja

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 255 hits
Thailand melegalkan ganja untuk keperluan medis Negara tersebut juga akan memanfaatkan pasar ganja yang sedang berkembang
Throwback Pengalaman Bersalin Anak Pertama Di Ppum

Throwback Pengalaman Bersalin Anak Pertama Di Ppum

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 875 hits
Throwback Pengalaman Bersalin Anak Pertama Di PPUM Saja Fadzi nak buat entry throwback untuk Aneeq masa bersalinkan dia dulu tahun 2015 Sebab entry untuk Anas ada Korang boleh baca Kot kot Aneeq jeles kalau tak ada entry bersalin kan dia da...
15 Perkara Yang Diputuskan Dalam Mesyuarat Pertama Kabinet Kerajaan Ph

15 Perkara Yang Diputuskan Dalam Mesyuarat Pertama Kabinet Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 261 hits
15 Perkara Yang Diputuskan Dalam Mesyuarat Pertama Kabinet Kerajaan PH Telah berlangsung mesyuarat Kabinet Pertama Kerajaan Pakatan Harapan antara keputusan yang dinanti nantikan seluruh rakyat Malaysia adalah Kenaikan Gaji Penjawat Awam ya...
Selepas 61 Tahun Petang Ini Terciptanya Sejarah Bajet Pertama Akan Dibentangkan Oleh Kerajaan Baharu

Selepas 61 Tahun Petang Ini Terciptanya Sejarah Bajet Pertama Akan Dibentangkan Oleh Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 300 hits
Selepas 61 Tahun Petang Ini Terciptanya Sejarah Bajet Pertama Akan Dibentangkan Oleh Kerajaan Baharu Selepas 61 Tahun Petang Ini Terciptanya Sejarah Bajet Pertama Akan Dibentangkan Oleh Kerajaan Baharu
Bajet Pertama Akan Dibentangkan Kerajaan Baharu Selepas 61 Tahun

Bajet Pertama Akan Dibentangkan Kerajaan Baharu Selepas 61 Tahun

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 384 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Hari ini akan mencatat sejarah apabila bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh sebuah kerajaan baharu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957 Bajet 2019 oleh kerajaan yang diterajui Pakat...
Jendela Perpindahan Pertama Liga Malaysia Berlangsung Selama 12 Minggu

Jendela Perpindahan Pertama Liga Malaysia Berlangsung Selama 12 Minggu

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 320 hits
Artikel lain KUALA LUMPUR Liga Bola Sepak Malaysia telah menetapkan tarikh bagi Tempoh Pendaftaran Pertama pemain dan pegawai Liga Malaysia 2019 akan dibuka selama 12 minggu bermula dari 29 November 2018 sehingga 20 Februari 2019 MFL memakl...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025