Rizal Mansor Didakwa Terima Rasuah Untuk Dirinya Dan Rosmah


Foto Utusan Online
Bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Datin Seri Rosmah Mansor berjumlah RM5.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar sekolah luar bandar di Sarawak.

Bagaimanapun, Rizal, 44, mengaku tidak bersalah selepas kempat-empat pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rozina Ayob.


Loading... Bagi pertuduhan pertama, Rizal didakwa telah secara rasuah meminta bagi pihak Rosmah suatu suapan iaitu wang berjumlah RM187,500,000 yang merupakan 15 peratus daripada nilai kontrak daripada Saidi Abang Samsudin yang merupakan Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd.

Ia sebagai dorongan untuk Rosmah melakukan suatu perkara yang dicadangkan iaitu membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel Bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.


Bagi pertuduhan kedua, Rizal didakwa telah secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan iaitu wang berjumlah RM25,000,000 daripada individu sama iaitu Saidi sebagai dorongan untuk tertuduh melakukan suatu perkara yang dicadangkan iaitu memastikan Rosmah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe', G-24, Ground Floor, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit, Kuala Lumpur antara Mac dan April 2016.

Rizal juga dituduh telah secara rasuah menerima bagi pihak Rosmah suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM5,000,000 daripada Saidi sebagai upah bagi Rosmah kerana telah membantu Jepak Holdings untuk mendapatkan projek sama di Lobi Pavilion REIT Management Sdn Bhd, 168, Pavilion, Jalan Bukit Bintang dekat sini pada 20 Dis 2016.
Bagi pertuduhan ketiga, Rizal didakwa telah secara rasuah menerima bagi pihak Rosmah suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM5,000,000 daripada Saidi sebagai upah bagi Rosmah kerana telah membantu Jepak Holdings untuk mendapatkan projek sama di Lobi Pavilion REIT Management Sdn Bhd, 168, Pavilion, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 20 Dis 2016.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa telah secara rasuah menerima bagi dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM500,000 daripada individu sama sebagai upah bagi diri tertuduh kerana telah memastikan Rosmah membantu Jepak Holdings untuk mendapatkan projek serupa di No. 1, Laman Damai Sari, Jalan 1/61, Bukit Segambut, Kuala Lumpur pada 23 Dis 2016.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/11/rizal-mansor-didakwa-terima-rasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Projek Solar Sarawak Rosmah Rizal Didakwa Terima Rasuah Lebih Rm200 Juta

Projek Solar Sarawak Rosmah Rizal Didakwa Terima Rasuah Lebih Rm200 Juta

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 499 hits
Isteri kepada bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor didakwa bersama bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berhubung projek hibrid solar bernilai RM1 25 bilion bagi sekolah di pedalaman Sarawa...
Rosmah Dituduh Minta Rasuah Rm187 5 Juta Melalui Pembantunya Rizal Mansor

Rosmah Dituduh Minta Rasuah Rm187 5 Juta Melalui Pembantunya Rizal Mansor

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 735 hits
ISTERI Bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dituduh meminta rasuah sebanyak RM187 5 juta menerusi bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor dan menerima rasuah sejumlah RM1 5 juta berhubung projek hibrid solar untuk sekolah pedalaman S...
Tengku Adnan Didakwa Terima Rasuah Rm3 Juta

Tengku Adnan Didakwa Terima Rasuah Rm3 Juta

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 358 hits
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3 juta daripada dua individu berhubung permohonan menaikkan ratio plot berkaitan sebuah pembangun...
Rosmah Rizal Mansor Bakal Dituduh Kes Seleweng Dana Projek Solar Rm1 5 Bilion

Rosmah Rizal Mansor Bakal Dituduh Kes Seleweng Dana Projek Solar Rm1 5 Bilion

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 444 hits
Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka berdepan tuduhan baharu kali ini membabitkan siasatan terhadap projek solar hibrid bagi sekolah di Sarawak Difahamkan Rosmah akan menghadapi beberapa pertuduhan di mahkamah dala...
Bekas Ksu Kklw Bersalah Bersubahat Terima Rasuah Kes Belb Sabah

Bekas Ksu Kklw Bersalah Bersubahat Terima Rasuah Kes Belb Sabah

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 423 hits
14 November 2018 5 02 PM KUALA LUMPUR Bekas Ketua Setiausaha kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Arif Ab Rahman dipenjara tiga tahun dan denda RM3 ju
Bakal Didakwa Rosmah Dikaitkan Dengan Projek Hibrid Solar Sarawak

Bakal Didakwa Rosmah Dikaitkan Dengan Projek Hibrid Solar Sarawak

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 366 hits
Isteri Najib Razak Rosmah Mansor dijangka dikenakan beberapa lagi tuduhan jenayah di mahkamah dalam tempoh terdekat dan ia berlaku kira kira 40 hari selepas dia didakwa untuk kali pertama bulan lalu Kali ini Rosmah dipercayai akan dikaitkan...
Musa Aman Dijangka Didakwa Atas Tuduhan Rasuah Petang Ini

Musa Aman Dijangka Didakwa Atas Tuduhan Rasuah Petang Ini

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 416 hits
PUTRAJAYA Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dijangka menghadapi 35 tuduhan rasuah ketika dibawa ke mahkamah pada Isnin Beliau dijangka akan didakwa berhubung dengan beberapa kes yang melibatkan konsesi balak di Sabah Loading Anggo...
Rasuah Melibatkan Suri Rumah Sepatutnya Membuatkan Najib Malu Pada Dirinya Sendiri

Rasuah Melibatkan Suri Rumah Sepatutnya Membuatkan Najib Malu Pada Dirinya Sendiri

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 517 hits
Pertuduhan meminta rasuah yang dikenakan terhadap isteri bekas Perdana Menteri Rosmah Mansor semalam sepatutnya memberi kesedaran kepada kita semua tentang bagaimana buruk dan teruknya gejala itu di negara ini ketika era pemerintahan suamin...
Langsung Rosmah Dituduh Terima Rm189 Juta Dari Ahli Perniagaan Malysiakini

Langsung Rosmah Dituduh Terima Rm189 Juta Dari Ahli Perniagaan Malysiakini

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 359 hits
LANGSUNG Isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor dan bekas menteri wilayah persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor akan didakwa di mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini Kedua duanya akan didakwa dengan pertuduhan rasuah di hadapan hakim M...
Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal

Traffic Reported Smooth On Major Highways

Menjelang Muktamar Pas Geng Ustaz Nak Langgar Geng Publika Dalam Pas

Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Hiburan Tak Nak Tape Nak Jenis Pants Sikap Asnaf Komen Pemberian Bantuan Maiwp Jadi Tumpuan

Not By Accident

Cemburu Dengan Hasil Usaha Orang Lain

In Death Sabahan Haryanie Binti Jamil Teaches Peninsular Muslims True Meaning Of Religious Diversity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Tersama Lah Pula

Tiba Tiba Kena Mengacau Dodol

4 Resipi Daging Korban Paling Padu Siap Masak Dalam 15 Minit Je

Tiram Tidak Dilahirkan Untuk Menghasilkan Mutiara

Adifa Lekas Pulang Chord