Projek Solar Sarawak Rosmah Rizal Didakwa Terima Rasuah Lebih Rm200 Juta



(FMT) – Isteri kepada bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor didakwa bersama bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berhubung projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion bagi sekolah di pedalaman Sarawak.
Rosmah dikatakan cuba mendapat RM187.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd. Saidi Abang Samsudin antara Mac dan April 2016.
Jumlah itu ialah 15% daripada nilai kontrak yang dikatakan sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapat projek terbabit melalui rundingan terus Kementerian Pendidikan.
Rosmah turut didakwa menerima rasuah RM1.5 juta daripada Saidi bagi membantunya mendapatkan kontrak itu di kediaman peribadinya di Taman Duta, di sini pada 7 September 2017.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Jika sabit kesalahan, belia boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda daripada nilai rasuah bagi setiap pertuduhan.
Timbalan Pendakwa Raya, Umar Saifuddin Jaafar mengetuai pasukan pendakwaan.
Mahkamah membenarkan Rosmah diikat jamin RM1 juta dan peguamnya memohon hakim membenarkan anak guamnya membayar jumlah itu secara ansurans dalam masa 10 hari.
Hakim bagaimanapun mengarahkan Rosmah membayar RM500,000 hari ini dan bakinya diselesaikan dalam seminggu.
Awal Jun lalu, Sarawak Report melaporkan projek hibrid solar itu Datuk Seri Najib Razak mengarahkan kontrak itu diberikan kepada Jepak Holdings, sebuah syarikat kereta sewa berpangkalan di Bintulu.
Jepak Holdings dilantik pada akhir 2016 untuk membekalkan diesel dan membaiki generator, serta sistem hibrid solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak.
Bagaimanapun, tiada sekolah yang mempunyai sistem itu sehingga kini.
Di kamar berasingan, Rizal, 44, mengaku tidak bersalah terhadap 4 pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM218 juta bagi projek hibrid solar di sekolah di pedalaman Sarawak.
Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob menetapkan ikat jamin RM1 juta dengan 2 penjamin, selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Bahrin dan peguam tertuduh, Ridha Abdah Subri.
Hakim membenarkan Rizal membayar RM500,000 hari ini dan bakinya sebelum 22 November ini.
“Semua pasport perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga pelupusan kes,” kata hakim.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 29 November ini.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2018/11/15/projek-solar-sarawak-rosmah-rizal-didakwa-terima-rasuah-lebih-rm200-juta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rosmah Dituduh Minta Rasuah Rm187 Juta Projek Solar Di Sekolah Sarawak

Rosmah Dituduh Minta Rasuah Rm187 Juta Projek Solar Di Sekolah Sarawak

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 380 hits
Rosmah Mansor didakwa minta dan terima rasuah dalam kes penyelewengan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar hibrid di sekolah di Sarawak Foto Sinar Harian Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini didakwa di Mah...
Bakal Didakwa Rosmah Dikaitkan Dengan Projek Hibrid Solar Sarawak

Bakal Didakwa Rosmah Dikaitkan Dengan Projek Hibrid Solar Sarawak

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 341 hits
Isteri Najib Razak Rosmah Mansor dijangka dikenakan beberapa lagi tuduhan jenayah di mahkamah dalam tempoh terdekat dan ia berlaku kira kira 40 hari selepas dia didakwa untuk kali pertama bulan lalu Kali ini Rosmah dipercayai akan dikaitkan...
Rizal Mansor Didakwa Terima Rasuah Untuk Dirinya Dan Rosmah

Rizal Mansor Didakwa Terima Rasuah Untuk Dirinya Dan Rosmah

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 323 hits
Foto Utusan OnlineBekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Datin Seri Rosmah Mansor berjuml...
Rosmah Dituduh Minta Rasuah Rm187 5 Juta Melalui Pembantunya Rizal Mansor

Rosmah Dituduh Minta Rasuah Rm187 5 Juta Melalui Pembantunya Rizal Mansor

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 713 hits
ISTERI Bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dituduh meminta rasuah sebanyak RM187 5 juta menerusi bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor dan menerima rasuah sejumlah RM1 5 juta berhubung projek hibrid solar untuk sekolah pedalaman S...
Tengku Adnan Didakwa Terima Rasuah Rm3 Juta

Tengku Adnan Didakwa Terima Rasuah Rm3 Juta

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 334 hits
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3 juta daripada dua individu berhubung permohonan menaikkan ratio plot berkaitan sebuah pembangun...
Rosmah Aide Charged With Taking Bribes Over Rm200 Million For Sarawak Solar Project

Rosmah Aide Charged With Taking Bribes Over Rm200 Million For Sarawak Solar Project

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 323 hits
KUALA LUMPUR Rosmah Mansor the wife of former prime minister Najib Razak was charged along with her former aide today with receiving bribes in connection to the RM1 25 billion solar hybrid project for rural schools in Sarawak Rosmah was sai...
Rosmah Rizal Mansor Bakal Dituduh Kes Seleweng Dana Projek Solar Rm1 5 Bilion

Rosmah Rizal Mansor Bakal Dituduh Kes Seleweng Dana Projek Solar Rm1 5 Bilion

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 417 hits
Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka berdepan tuduhan baharu kali ini membabitkan siasatan terhadap projek solar hibrid bagi sekolah di Sarawak Difahamkan Rosmah akan menghadapi beberapa pertuduhan di mahkamah dala...
Rasuah Projek Bekalan Elektrik Sistem Solar Hibrid Bapa Anak Didenda Rm12 5 Juta

Rasuah Projek Bekalan Elektrik Sistem Solar Hibrid Bapa Anak Didenda Rm12 5 Juta

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 436 hits
Bekas ketua setiausaha kementerian pembangunan wilayah luar bandar dan wilayah Mohd Arif Ab Rahman dan anaknya Ahmad Zukhairi hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menerima suapan Hakim Azura ...
Projek Solar Rizal Mengaku Tidak Bersalah

Projek Solar Rizal Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 270 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Datin Seri Rosmah Mansor ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti