Rasuah Melibatkan Suri Rumah Sepatutnya Membuatkan Najib Malu Pada Dirinya Sendiri




Pertuduhan meminta rasuah yang dikenakan terhadap isteri bekas Perdana Menteri, Rosmah Mansor semalam sepatutnya memberi kesedaran kepada kita semua tentang bagaimana buruk dan teruknya gejala itu di negara ini ketika era pemerintahan suaminya, Najib Razak sebelum ini.


Dalam pendakwaan di mahkamah semalam, Rosmah didakwa meminta rasuah hampir RM200 juta bagi pembekalan projek solar untuk sekolah-sekolah di Sarawak. 


Jumlah yang diminta itu adalah bersamaan dengan 15 peratus daripada harga projek yang bernilai RM1.25 bilion.


Turut didakwa bersama Rosmah ialah bekas pegawai khasnya, Rizal Mansor yang dikatakan sebagai “orang suruhannya” bagi urusan mengutip wang daripada syarikat yang diberikan kontrak solar tersebut.


Pendakwaan terhadap Rosmah semalam adalah yang kedua dihadapinya setakat ini di mana sebelum ini beliau sudah dikenakan dengan 17 pertuduhan berkaitan penggubahan wang haram dan kesalahan gagal menyediakan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.


Betapa teruk dan buruknya gejala rasuah berdasarkan pertuduhan terbaru terhadap Rosmah semalam boleh disimpulkan seperti berikut:-
Rosmah sebelum ini kerapkali mengaku beliau hanyalah seorang suri rumah yang tidak terlibat dalam sebarang kegiatan berhubung jawatan yang disandang oleh suaminya. Jadi, bagaimanakah, beliau sebagai seorang suri rumah boleh ada urusan perniagaan melibatkan ratusan juta ringgit dengan sebuah syarikat di Sarawak dengan menggunakan kedudukan serta jawatan suaminya?Bagaimanakah Najib boleh membenarkan amalan itu berlaku di bawah pentadbirannya di mana dilaporkan beliau sebagai Menteri Kewangan telah meluluskan pembayaran kepada syarikat terbabit, meskipun projek belum lagi disiapkan? Adakah Najib turut bersubahat dan bakal didakwa selepas ini?Tidakkah ini juga menggambarkan tahap kegiatan rasuah begitu teruk dan buruk di bawah BN sehingga seorang suri rumah pun terlibat sama dalam kegiatan terkutuk itu, sedangkan di era Perdana Menteri sebelumnya, perkara seperti ini tidak pernah kedengaran sama sekali berlaku?Jika seorang suri rumah sudah pandai meminta rasuah atau komisyen sebanyak 15 peratus, berapakah pula nilai komisyen yang mungkin diminta oleh menteri, timbalan menteri dan orang-orang besar lain yang ada kuasa jika mereka meluluskan sesuatu projek?Apakah ini satu-satunya saja urusan perniagaan yang pernah dilakukan oleh Rosmah sepanjang 9 tahun Najib menjadi Perdana Menteri atau banyak lagi “deal” yang sudah berjaya dilakukannya?Kalau suri rumah di kediaman Perdana Menteri sudah pandai meminta rasuah sehingga beratus juta, apakah suri rumah kepada menteri dan timbalan menteri ketika era BN dahulu tidak terghairah untuk melakukan amalan yang sama dengan menggunakan jawatan atau kedudukan suami masing-masing?Sementara kita tentunya bersyukur kerana BN akhirnya berjaya ditumbangkan dan sekaligus dapat membanteras sama sekali kegiatan suri rumah itu daripada terus berleluasa, Najib dalam hal ini sepatutnya berasa sangat-sangat malu kepada dirinya sendiri.


Punca Najib ditolak rakyat sebenarnya banyak disumbangkan oleh hal-hal yang berkaitan karenah dan perilaku isterinya, selain beliau sendiri terpalit dengan skandal 1MDB yang mencemarkan nama rakyat dan negara di seluruh dunia.


Oleh itu, sukar untuk kita menggambarkan "betapa tebal kulit muka" Najib apabila setelah hilang kuasa ini pun beliau masih mampu tampil seolah-olah dirinya suci bersih, tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan dan suri rumah di kediamannya tidak terlibat dengan apa-apa kegiatan yang mencemarkan.


Realitinya, belum dijatuhkan hukuman pun kekotoran pada dirinya sudah boleh dilihat dengan begitu jelas oleh sesiapa yang waras dan tahu menggunakan akal fikiran. 


Malah, dengan suri rumahnya sendiri terpalit dengan dakwaan rasuah beratus-ratus juta, gambarannya gelaja itu adalah paling buruk dan teruk sekali ketika beliau mentadbir negara berbanding mana-mana era Perdana Menteri sebelum ini.


Tidak malukan Najib kepada nama besar arwah bapanya, Tun Razak yang diketahui umum begitu sederhana dan bersih, selain sumbangannya juga amat besar ketika menjadi Perdana Menteri kedua sebelum ini? (ShahbudinHusin 16/11/2018).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/rasuah-melibatkan-suri-rumah-sepatutnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Berkunjung Lagi Ke Rumah Najib

Sprm Berkunjung Lagi Ke Rumah Najib

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 341 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Sekumpulan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkunjung lagi ke kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta di sini bagi mendapatkan keterangan kes Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk ...
Sprm Datang Rumah Najib Lagi

Sprm Datang Rumah Najib Lagi

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 328 hits
SPRM datang rumah Najib lagi Dikemas kini 18 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 2 Nov 2018 1 46PM middot
Pentingnya Suri Rumah Belajar Bawa Kereta

Pentingnya Suri Rumah Belajar Bawa Kereta

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 401 hits
Assalamualaikum Harini macam biasalah setiap hari Isnin hingga Jumaat adalah rutin ina untuk mengambil Sara pulang dari Pra sekolah Tak jauh pun tapi kena jugak lah naik kereta Ehehehe Susah tau jika suri rumah yang tak boleh berdikari Maks...
Farid Kamil Kata Ditawar Rasuah Rm5 Juta Untuk Maafkan Najib Dan Rosmah

Farid Kamil Kata Ditawar Rasuah Rm5 Juta Untuk Maafkan Najib Dan Rosmah

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 736 hits
PELAKON terkenal Farid Kamil mendakwa beliau pernah ditawar wang rasuah RM5 juta untuk memaafkan Najib dan Rosmah Beliau mendedahkan perkara itu dalam satu temubual dalam program Sila duduk jangan lari terbitan TV Al Hijrah Dia kata ambil d...
Tengok Muka Sendiri Dalam Cermin Malu Bila Ditegur Aksi Comel Aafiyah Bermain Buat Ibu Netizen Cair

Tengok Muka Sendiri Dalam Cermin Malu Bila Ditegur Aksi Comel Aafiyah Bermain Buat Ibu Netizen Cair

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 684 hits
Si kecil Aafiyah menjadi tumpuan ramai kerana kecomelannya Gelagat anak kepada selebriti tersohor negara Datuk Sri Siti Nurhaliza ini ternyata membuatkan hati ibunya dan para netizen cair Kelahiran Aafiyah yang kini berusia 8 bulan amat din...
Siti Saleha Sendiri Malu Dan Terkejut Lihat Lakonannya Dalam Filem Seram Tujuh

Siti Saleha Sendiri Malu Dan Terkejut Lihat Lakonannya Dalam Filem Seram Tujuh

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 788 hits
Siti Saleha menegaskan tidak akan membawakan watak yang boleh mencetuskan kontroversi buat kali kedua Jelas Saleha dia bersetuju untuk membawakan watak Tina seorang remaja yang ego pantang dicabar dan menyukai kaum sejenis di dalam filem Tu...
Pemberian Tunai Antara Legasi Najib Yg Diteruskan Regim Tak Rasuah Pulak Ya

Pemberian Tunai Antara Legasi Najib Yg Diteruskan Regim Tak Rasuah Pulak Ya

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 268 hits
Paklah mungkin Perdana Menteri pertama yang mula mula sekali memberikan wang tunai sebanyak RM 650 kepada rakyat apabila harga minyak naik melambung pada tahun 2008 Tidak ada Perdana Menteri sebelum beliau yang membuat pemberian tunai dalam...
5 Tips Terbaik Untuk Ambil Gambar Anak Sendiri Dengan Jayanya Di Rumah

5 Tips Terbaik Untuk Ambil Gambar Anak Sendiri Dengan Jayanya Di Rumah

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 563 hits
5 Tips Terbaik Untuk Ambil Gambar Anak Sendiri Dengan Jayanya Di Rumah Sebagai ibu ayah antara perkara yang akan sentiasa dilakukan tatkala mempunyai si comel yang sedang membesar apalagi jika bukan mengambil gambar untuk dijadikan sebagai ...
Rm2 6b Najib Kata Tak Bohong Nafi Dirinya Pencuri Penyanyak

Rm2 6b Najib Kata Tak Bohong Nafi Dirinya Pencuri Penyanyak

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 513 hits
Diterbitkan 7 Nov 2018 12 02 tengah malamBekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau tidak berbohong dan menafikan dirinya seorang pencuri perompak mahu pun penyangak dalam isu dana RM2 6 bilion yang masuk ke akaun bank p...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hidup Setiap Orang Berbeza

Diy Creative Quiet Books For Child With Fine Motor Skills

Menu Berbuka Puasa Ke 4

Rendang Cili Padi Sedap

Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat