Rizab Emas Malaysia Masih Banyak



SHAH ALAM – Rizab emas di Malaysia masih banyak dan dianggarkan bernilai jutaan ringgit, sekali gus memberi masa depan cerah kepada industri emas negara untuk terus berkembang.
Pakar geologi, Profesor Madya Dr Habibah Jamil berkata, rizab bahan galian itu masih banyak terutama di Semenanjung Malaysia kerana terdapat beberapa kawasan yang dipanggil ‘jalur emas’ bermula dari Kelantan hingga ke Johor.
Beliau berkata, pada masa sama, kegiatan perlombongan emas di negara ini juga masih belum diteroka secara maksimum bagi memenuhi permintaan pasaran komersial.
“Kawasan jalur emas itu sudah diketahui umum iaitu terletak di kawasan tengah Semenanjung Malaysia bermula dari Sokor, Ketereh di Kota Bharu; Rusila di Marang; Selinsing (Perak); Penjom dan Raub (Pahang) hingga ke Mersing (Johor).
“Bagaimanapun, aktiviti perlombongan emas masih tidak banyak dilakukan dan hanya aktif dijalankan di beberapa kawasan sahaja seperti di Raub, Penjom dan Selinsing,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Habibah yang juga Ketua Program Geologi, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, kebanyakan industri emas sekarang menggunakan emas yang dilombong atau diperoleh secara mendulang.
“Tetapi dalam batuan dasar, deposit emas berkenaan masih banyak lagi.
“Jadi perlu dibuat kajian mengenai lokasi spesifik yang wujudnya galian emas ini di kawasan-kawasan jalur emas,” ujarnya.
Beliau berkata, sebuah syarikat emas Australia masih melombong emas di Raub sehingga kini dan membuka peluang kepada pelajar UKM untuk menjalani latihan amali di syarikat terbabit.
Beliau berkata, kolaboratif penyelidikan turut dilakukan di kawasan perlombongan emas di Penjom.
Pembentukan jalur emas
Menyentuh bagaimana kawasan jalur emas boleh terbentuk, beliau menjelaskan, ia wujud disebabkan proses geologi iaitu percantuman bahagian timur dan barat Semenanjung Malaysia.
Beliau menjelaskan, bahagian timur dan barat Semenanjung dahulunya terpisah, sebelum lama kelamaan kedudukannya semakin dekat, seterusnya berlanggar sesama sendiri sebelum kedua-duanya bercantum.
“Jadi, bila berlaku pelanggaran dan percantuman, ada magma yang merejah di bahagian tengah Semenanjung Malaysia.
“Emas wujud daripada proses rejahan magma yang berinteraksi dengan batuan asal di kawasan itu, biasanya batuan granit.
“Oleh itu, ciri-ciri sesebuah kawasan itu menyimpan galian emas lazimnya ada batuan granit dan kawasan sekelilingnya seperti lembah terutama lembah sungai,” jelas beliau.
 
Peta menunjukkan jajaran emas di Malaysia
 
Habibah berkata lagi, dengan simpanan galian emas yang masih banyak, industri emas termasuk perlombongan emas mempunyai potensi besar untuk terus maju pada masa akan datang.
Katanya, Malaysia bertuah kerana kaya dengan galian emas dan tidak banyak negara mempunyai sumber itu seperti dimiliki negara ini.
“Seperti yang kita ketahui, sebagai sumber bumi, logam apa pun seperti emas dan bijih besi semuanya adalah milik negara atau kerajaan seperti yang termaktub dalam undang-undang,” katanya.
Jelas Habibah, dengan rizab emas yang masih banyak, ia memberi sumber pendapatan kepada kerajaan secara berterusan.
Beliau mengakui, sumber pendapatan itu termasuk dari segi pengeluaran lesen kepada syarikat pelombong, bayaran cukai pendapatan syarikat lombong yang meraih keuntungan daripada jualan emas dan bayaran cukai pendapatan kedai-kedai emas.
“Emas adalah logam bernilai tinggi, tidak turun harga dari tahun ke tahun. Tetapi harga pasaran semasanya ada turun naik, selain ia juga boleh dijadikan mata wang dan diniagakan.
“Ia juga boleh dilebur menjadi barang perhiasan bernilai tinggi seperti barang kemas. Potensinya sangat besar di masa hadapan untuk menjana pendapatan negara,” kata beliau.
Baca Artikel Menarik:
Bayaran Bantuan Khas Covid-19 Fasa 2 mulai Khamis ini – Ismail Guru diasingkan di setor tukang cuci (video) Duit GKP 4.0 Fasa 2 masuk, peniaga bersyukur Influencer dibunuh peminat nombor satunya Banyak alasan di Melaka, PN dan PH sila buktikan di PRN Sarawak KWSP i-sayang: Pindah ke akaun isteri PRN Sarawak: PKR semakin goyah Tok Mat maklumkan lantik wakil Bersatu sebagai EXCO tiada keperluan Polis hanya tahu dana 1MDB dipegang suami Zeti pada 2019 Pemandu mabuk ajak polis bergaduh undang padah Isteri curang, pilih Bangla(Video) Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Barang kemas kerabat diraja Rusia dilelong RM3.7 juta

The post Rizab emas Malaysia masih banyak appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/23/rizab-emas-malaysia-masih-banyak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Cakap Banyak Cuma Masih Pelat Buat Dua Latihan Asas Ni Dulu Nanti Ok

Anak Cakap Banyak Cuma Masih Pelat Buat Dua Latihan Asas Ni Dulu Nanti Ok

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 180 hits
Biasanya bila anak mula mencecah 3 tahun ke atas dah boleh menuturkan beberapa ayat pendek dan mudah Tapi yang menjadi kerisauan sesetengah ibu bapa anak boleh sebut macam macam tapi masih pelat walaupun usianya 5 tahun Kenapa anak saya pel...
Teman Indonesia Kebingungan Aneh Ya Di Malaysia Koruptor Masih Diterima Oleh Zunar

Teman Indonesia Kebingungan Aneh Ya Di Malaysia Koruptor Masih Diterima Oleh Zunar

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 133 hits
An important message for Malaysia by our cartoonist Zunar In Malay with English translation at the endTEMAN INDONESIA KEBINGUNGAN ANEH YA DI MALAYSIA KORUPTOR MASIH DITERIMA Oleh ZunarSaya berbual panjang melalui telefon dengan seorang tema...
10 Rakyat Malaysia Ditahan Cuba Seludup Emas

10 Rakyat Malaysia Ditahan Cuba Seludup Emas

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 146 hits
Tangkapan dibuat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai Osaka April lalu selepas pihak kastam menjumpai jongkong emas melebihi 100 kilogram dianggarkan bernilai lebih 500 juta yeb SHAH ALAM Seramai 10 rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa...
Hiburan Top 10 Artis Malaysia Paling Banyak Followers Di Instagram

Hiburan Top 10 Artis Malaysia Paling Banyak Followers Di Instagram

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 213 hits
Pada era ini media sosial merupakan satu platform yang amat penting buat selebriti serta Influencer terutamanya di Instagram kerana mudah untuk mereka berkongsikan perkembangan terbaharu bersama peminat 2 bulan lalu5 Adik Beradik Selebriti ...
Apakah Melaka Bakal Punyai Ketua Menteri Wanita Pertama Di Malaysia

Apakah Melaka Bakal Punyai Ketua Menteri Wanita Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 326 hits
Suasana sebuah rumah kampung di tepi sebatang jalan itu kebiasaannya tenang sahaja Namun bersempena Pilihan Raya Negeri Melaka ini bendera berwarna biru gelap Perikatan Nasional terpacak di pagar rumah itu Rumah itu dijadikan bilik gerakan ...
Penang Wants Airport Included In Malaysia Singapore Vtl

Penang Wants Airport Included In Malaysia Singapore Vtl

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 195 hits
There were 107 flights a week between Penang International Airport and Changi Airport before the pandemic struck GEORGE TOWN Penang hopes the federal government will consider including Penang International Airport in the Vaccinated Travel L...
Beauty Around The World Bersama Guardian Malaysia Diskaun Sehingga 50

Beauty Around The World Bersama Guardian Malaysia Diskaun Sehingga 50

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 377 hits
Beauty Around The World Bersama Guardian Malaysia Diskaun Sehingga 50 Assalammualaikum semua Jom terokai dunia kecantikan bersama Guardian Guardian seperti fairy godmother yang mengetahui masa yang sesuai untuk muncul dengan tawaran istimew...
Kkmm Lancar Rangkaian 5g Malaysia Pertama Esok

Kkmm Lancar Rangkaian 5g Malaysia Pertama Esok

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 136 hits
Oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Pengasas Rumah Prihatin Tan Sri Annuar Musa beramah mesra dengan sebahagian penerima sumbangan ketika hadir ke Majlis Penyampaian Bantuan Deepavali Rumah Prihatin di Rumah Prihatin Grand Seas...
Hiburan Dah Bantu Lebih 25 000 Rakyat Malaysia Tya Arifin Tolak Tepi Kerjaya Seni Utamakan Perniagaan

Hiburan Dah Bantu Lebih 25 000 Rakyat Malaysia Tya Arifin Tolak Tepi Kerjaya Seni Utamakan Perniagaan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 227 hits
Sejak bergelar sebagai seorang usahawan empat tahun lalu Tya Arifin yang juga merupakan seorang pelakon serta penyanyi ungkap rasa syukur kerana dapat membantu lebih 25 000 rakyat Malaysia ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut Tya atau nam...
Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Filem Ngesot

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office

Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga

Mahalini Dah Peluk Islam

Ibu Meraung Luluh Hati Lihat Kaki Anak Putus Akibat Kemalangan Motorsikal Depan Sekolah

Fiersa Besari April Chord



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Anak Bongsu Darjah 1

Bolehkah Berangkat Umrah Tetapi Ke Madinah Terlebih Dahulu

Fuel Your Competitive Spirit Wallet Bet On Esports Games

Saksi Dengar Dentuman Kemudian Pokok Hempap Kenderaan

Mayat Wanita Dalam Tangki Air Kuarters Universiti

Berita Prk Kkb Terkini Pengundi India Menjadi Penentu