Prn Sarawak Pkr Tawar Reformasi Menyeluruh Keperluan Asas Rakyat



Calon calon KEADILAN yang bertanding di tiga DUN dalam Daerah Baram hari ini menyeru pengundi di situ bangkit melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 18 Disember ini.
Menurut calon N78 Mulu Roland Engan, N77 Telang Usan Philip Jau Ding dan N76 Marudi Elias Lipi Mat, penduduk Daerah Baram selama ini telah ketinggalan jauh sepanjang 58 tahun pemerintahan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berbanding rakan rakan mereka yang lain.
Kata mereka, penduduk Baram selayaknya telah menikmati kemudahan asas sebagaimana rakyat di Semenanjung dengan usia pemerintahan GPS yang sebegitu panjang.
“Kawasan Baram luas, indah dan kaya dengan sumber alam semulajadi. Namun segelintir golongan elit dan kroni telah membolot kekayaan negeri sementara rakyat biasa masih sukar untuk merasai nikmat infrastruktur asas seperti air paip bersih, elektrik, jaringan internet stabil dan jalan raya yang selamat.
“Selain itu ekonomi Baram juga gagal dimajukan oleh kerajaan GPS demi memastikan kekayaan kawasan Baram dinikmati semua penduduk Baram,” kata mereka dalam kenyataan hari ini.
Justeru, mereka bersama Team Baram KEADILAN berazam untuk ‘Mengangkat Martabat Sarawak, Menjulang Taraf Rakyat’
Mereka berikrar menawarkan beberapa perubahan penting kepada sosio ekonomi dan taraf hidup rakyat sekiranya diberi mandat pada PRN kali ini.
“Kami akan memastikan polisi ‘Tiada Pembalakan’ dan ‘Tiada Empangan’. Polisi ini kritikal kerana aktiviti pembalakkan di Baram telah mengakibatkan kemusnahan flora dan fauna serta hakisan tanah dan mengakibatkan kawasan ini dilanda banjir teruk beberapa tahun ini.
“Situasi tersebut menyumbang kepada perubahan iklim yang sangat serius dan jika tidak dikawal dengan segera akan menjadi risiko besar kepada penduduk Baram serta generasi akan datang. KEADILAN komited kepada polisi ‘Zero Logging’ dan ‘No Dams’ di Baram.
“Sebaliknya, kami akan mempratikkan polisi perhutanan semula yang melibatkan semua rakyat Baram dapat menjana pendapatan melalui skim kredit karbon (‘carbon credit scheme’).
“Program pertanian lestari juga akan dimajukan. Reformasi Hak Milik Tanah NCR turut diperjuangkan dan usaha konkrit akan diambil untuk menyelesaikan kes-kes NCR yang sudah bertahun-tahun tergendala,” kata mereka.
Ketiga tiga calon itu juga menawarkan Reformasi Infrastruktur Asas termasuk air elektrik, jalan raya dan capaian internet.
“KEADILAN Baram memastikan infrastruktur asas seperti air paip bersih, eletrik, jalan raya yang selamat serta capaian internet dipercepatkan untuk semua penduduk Baram.
“Ini sangat penting demi kelangsungan hidup harian. Selain daripada itu, pencapaian internet yang memuaskan sangat penting memastikan anak Baram dapat pendidikan yang baik, terutamanya pada waktu pandemik Covid-19.
“Capaian internet juga diperlukan memastikan rakyat dapat melibatkan diri dalam ekonomi digital,” kata mereka.
KEADILAN turut memfokuskan kepada Pemulihan dan Pembangunan Ekonomi termasuk penjanaan peluang pekerjaan baharu demi mengelakkan penghijrahan generasi muda ke bandar berterusan.
“KEADILAN akan memastikan pembanguan ekonomi yang mantap menjana peluang pekerjaan. Ini ada dilakukan melalui program pertanian lestari, program perhutanan semula dan ‘Eco-Tourism’.
“Sememangnya kawasan Baram mempunyai pelbagai tarikan pelancongan biar dari segi flora dan fauna, mahupun budaya dan tradisi penduduk tempatan,” kata mereka.
Tambah mereka, KEADILAN menawarkan Reformasi Khidmat Kesihatan dan akan berusaha memastikan semua klinik kesihatan di daerah itu diperbaiki serta dilengkapi dengan peralatan yang mencukupi serta doktor dan jururawat terlatih.
“KEADILAN BARAM akan berusaha memastikan sebuah hospital daerah dibina yang lengkap dengan fasiliti kecemasan, peralatan diagnostik CT Scanner dan doktor pakar bedah trauma, ortopedik, obstetrik dan ginekologi.
“Ini demi memastikan penduduk Baram mendapat perkhidmatan kesihatan yang selamat dan tidak perlu memakan masa 4-6 jam untuk ke Hospital Miri sekiranya terdapat kecemasan,” kata mereka lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33624

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sarawak Pkr Mahu Syarikat Penerbangan Beri Diskaun Tiket

Prn Sarawak Pkr Mahu Syarikat Penerbangan Beri Diskaun Tiket

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 224 hits
Harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sarawak yang mencecah RM2 000 ketika ini terlalu mahal dan berpunca daripada sekatan penerbangan oleh Kerajaan Negeri KEADILAN Sarawak menggesa agar harga tersebut diturunkan dengan Kerajaan Nege...
Pkr Mungkin Tanding 25 Kerusi Pada Prn Sarawak Kata Anwar

Pkr Mungkin Tanding 25 Kerusi Pada Prn Sarawak Kata Anwar

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 256 hits
December 3 2021 Anwar Ibrahim berkata PKR tidak bertanding banyak kerusi pada PRN Sarawak susulan persefahaman dengan DAP dan Amanah selain beberapa kerusi yang mungkin diberikan kepada calon Parti Sarawak Bersatu PETALING JAYA Presiden PKR...
Prn Sarawak Sarawak Pkr Accuses State Dap Colleagues Of Refusing To Negotiate

Prn Sarawak Sarawak Pkr Accuses State Dap Colleagues Of Refusing To Negotiate

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 277 hits
PRN Sarawak Sarawak PKR accuses state DAP colleagues of refusing to negotiate A statement issued by the Council accused Sarawak DAP of refusing to negotiate in an open and transparent manner over certain seats and for not responding to requ...
Prn Sarawak Pkr Tambah 1 Lagi Calon Jumlah Kini 28

Prn Sarawak Pkr Tambah 1 Lagi Calon Jumlah Kini 28

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 274 hits
December 4 2021 Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Dis ini sebagai hari pengundian PRN Sarawak hari penamaan calon pada 6 Dis manakala pengundian awal pada 14 Dis KUCHING PKR menambah seorang lagi calon yang akan mewakili parti itu dala...
Pkr Bertanding 27 Dun Prn Sarawak

Pkr Bertanding 27 Dun Prn Sarawak

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 275 hits
KEADILAN memutuskan bertanding 27 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini Menurut Setiausaha KEADILAN Sarawak Joshua Jabeng strategi itu dilakukan kerana mahu menumpukan kawasan kawasan yang boleh dimenangi sahaja 27 calon Rasiona...
Prn Sarawak Dap Minta Pkr Usah Bazir Masa Tenaga Lagi

Prn Sarawak Dap Minta Pkr Usah Bazir Masa Tenaga Lagi

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 256 hits
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jien meminta PKR negeri itu tidak membazir masa dan tenaga membicarakan isu agihan kerusi Pakatan Harapan yang didakwa mereka sebagai tidak sah Sebaliknya Chong berkata lebih baik untuk PKR memberi fokus p...
Terbaik Good Luck Pada Calon2 Pkr Yg Terpilih Prn Sarawak Jumlah Kerusi Tak Penting Yg Penting Kita Lawan Tetap Lawan

Terbaik Good Luck Pada Calon2 Pkr Yg Terpilih Prn Sarawak Jumlah Kerusi Tak Penting Yg Penting Kita Lawan Tetap Lawan

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 284 hits
Terbaik Good luck pada Calon2 PKR yg terpilih PRN Sarawak Jumlah kerusi tak penting yg penting KITA LAWAN TETAP LAWAN Tahniah kepada 27 calon Keadilan Sarawak Selamat berjuang pada PRN kali ni N01 Opar Meneng Anak Biris N06 Tupong Ahmad Naz...
Prn Sarawak Pkr Dakwa Dap Tidak Telus Bincang Agihan Kerusi

Prn Sarawak Pkr Dakwa Dap Tidak Telus Bincang Agihan Kerusi

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 235 hits
PRN Sarawak PKR dakwa DAP tidak telus bincang agihan kerusi PKR Sarawak mendakwa rakan sekutunya DAP Sarawak enggan berunding secara terbuka dan telus sekurang kurangnya membabitkan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri menjelang pilihan raya n...
Prn Sarawak Spr Dijangka Umum Tarikh Tarikh Penting Hari Ini

Prn Sarawak Spr Dijangka Umum Tarikh Tarikh Penting Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 311 hits
Suruhanjaya Pilihanraya dijangka umumkan tarikh penting berkaitan Pilihan Raya Negeri Sarawak hari ini Sidang akhbar oleh pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh akan berlangsung pada jam 11 pagi di sebuah sebuah hotel di Kuching Sarawak SUBS...
Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

Vin Populi Next Door Rezen Studio S Intimate Italian Inspired Wine Bar In Fremantle

Akmal Slams Anwar On Obsession With Najib Netizens Clap Back On Rule Of Law

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

Y Gen Dining By Architects Eat A Multi Sensory Culinary Sanctuary In Melbourne


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Hidung Mancung Jenis Hidung Cara Mancungkan Hidung

5 Tips Mengatur Keuangan Pribadi Agar Bisa Investasi Sejak Dini

Makan Malam Di Rodakafe Kulai

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma