Risiko Tinggi Dapat Karies Gigi Bila Anak Minum Susu Botol Beri Penjagaan Lebih Awas


Selain kerap mengambil makanan yang manis, minum susu menggunakan botol susu juga antara kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat karies gigi. Kanak-kanak adalah sasaran utama dalam hal sebegini kerana minum menggunakan botol susu.
Bagi berdepan hal ini dan mengelakkan berlakunya masalah karies gigi dan kerosakan gigi pada awal usia, ibu bapa berperanan lebih dalam menjaga gigi anak-anak. Perkongsian cerita daripada Dr Abd Rahman Fauzi daripada Klinik Pergigian Al Huda, Balok ini pastinya dapat membantu ibu bapa menjaga gigi anak-anak.
Ingat gigi anak-anak tanggungjawab dan amanah kita.

MASALAH KARIES GIGI APABILA ANAK MINUM SUSU BOTOL
Tabiat anak suka tidur dengan menggongong botol susu adalah sesuatu yang tidak baik untuk gigi. Biasanya gigi yang paling cepat akan terjejas ialah gigi kacip sebelah atas.
Anak saya Hanan memang jenis tidur dengan botol susu. Sejak tidak menyusu badan, memang bergantung sepenuhnya kepada susu botol untuk dia tidur. Justeru, Hanan juga tidak terlepas daripada masalah gigi.

 
Pada peringkat awal, saya tidak begitu tekankan sangat untuk gosok gigi Hanan(rasa selesa sebab selalu nampak giginya yang putih). Sehinggalah ada satu kali tu saya nampak garis putih kekuningan pada gigi atas Hanan sebelah luar. Barulah saya sentap! Rupa-rupanya penjagaan gigi anak sambil lewa tidak memadai. Lebih-lebih lagi anak saya dikira sebagai kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat karies gigi(minum susu botol dan makan makanan manis).
Sejak daripada itu, saya mula memberi penekanan pada pemberusan gigi Hanan. Tak boleh miss langsung sekurang-kurangnya sekali sehari(sebab kadang-kadang malam banyak tak gosok). Saya mula dengan menggunakan ubat gigi dos fluorida yang lebih rendah iaitu sekitar 400-600ppm. Alhamdulillah, nampak seperti progres karies gigi sudah berhenti dan tidak merebak.

 
Tapi rupa-rupanya ia masih belum mencukupi. Entah macamana sekali tu terdetik nak tengok dalam mulut untuk bersihkan sebelah dalam gigi atas Hanan. Rupa-rupanya dah ada tanda warna coklat kehitaman yang masih keras! Itu juga tanda-tanda awal karies.
Maksudnya, apa yang saya buat sebelum ni masih belum mencukupi. Terus saya rujuk kepada pakar dan mencari jurnal untuk rujukan.
Setelah mendapat nasihat dan maklumat yang cukup, saya tambah beberapa perkara dalam penjagaan gigi anak saya:

1)Gosok gigi anak dengan ubat gigi berfluorida dengan kandungan 1000ppm(lebih tinggi) sebanyak 2 kali sehari. Kalau anak tidur dengan botol susu, sekurang-kurangnya gosok juga sebelum tidur.
2)Tanggalkan botol daripada mulut anak selepas dia dah tertidur. Itu sahaja yang mampu saya buat. Pernah nak ganti susu dengan air masak tapi hasilnya anak bangun dan mengamuk.
3)Gosok gigi dengan cara yang betul dan menyeluruh. Bukan bahagian yang nampak je. Lebih-lebih lagi gigi geraham di belakang. Jika anak anda berumur sekitar 6 tahun, kemungkinan besar gigi geraham kekal pertama sudah tumbuh. Kena lebih berjaga-jaga.

4)Risiko tertelan ubat gigi itu biasa. Sebab itu dos ubat gigi perlu dikawal ikut keadaan gigi anak. Tak semua anak sama. Anak saya Hanan masih belum pandai meludah. Setiap kali lepas gosok, saya cuba keluarkan sedikit air liurnya daripada mulut.
5)Dapatkan nasihat daripada mereka yang profesional(doktor gigi). Penjagaan gigi bukan sekadar teori tapi praktikal. Setiap keadaan gigi individu berbeza dan perlu diperiksa terlebih dahulu. Oleh sebab itu, kami tidak menggalakkan konsultasi online. Pergi sahaja ke klinik gigi terdekat. Itu lebih baik daripada anda bertanya di media sosial.
6)Sapukan tooth mousse juga boleh membantu. Tooth mousse ni bahan asasnya casein phospate, sejenis protein daripada susu lembu yang kaya dengan kalsium untuk menguatkan gigi. Namun jika anak anda ada alahan kepada produk tenusu seperti anak saya, jangan sesekali guna.

Alhamdulillah nampak seperti keadaan gigi Hanan dah terkawal. Walaupun begitu, pemantauan sentiasa dibuat sebagai langkah pencegahan.
Gigi kita, Allah hanya bagi 2 set. Satu set gigi susu dan satu set gigi kekal.
Jagalah sebaiknya. Syukuri nikmatnya.
Sayangi gigi anda dan anak-anak. Jangan biar mereka merana.
-By Dr AR-
Doktor gigi yang juga papa kepada 3 orang anak

~Gambar gigi di atas ihsan daripada laman web Dr Shari Kohn. Alhamdulillah Umar dah berlalu fasa gigi rongak dia sebab gigi buruk dah cabut 4 batang dan gigi kekal dah tumbuh.
The post Risiko Tinggi Dapat Karies Gigi Bila Anak Minum Susu Botol, Beri Penjagaan Lebih, Awas! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/risiko-tinggi-dapat-karies-gigi-bila-anak-minum-susu-botol-beri-penjagaan-lebih-awas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahal Macam Mana Pun Botol Susu Anak Tetap Kena Tukar 3 Bulan Sekali

Mahal Macam Mana Pun Botol Susu Anak Tetap Kena Tukar 3 Bulan Sekali

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 269 hits
Mahal macam mane pun botol tukar la dengan kerap jangan kedekut Menjadikan botol susu sebagai satu koleksi sangat sangay tidak relevan Tengah bancuh susu anak entah kenapa tiba tiba teringat Eh berapa lama eh boleh tahan satu botol susu ni ...
Selain Gosok Gigi Beri Anak Anda Makan Buah Ada Vitamin C Kalau Nak Gigi Cantik

Selain Gosok Gigi Beri Anak Anda Makan Buah Ada Vitamin C Kalau Nak Gigi Cantik

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 347 hits
Anak anda memerlukan pelbagai sumber makanan untuk mendapat cukup nutrisi bagi perkembangan giginya Selain kumpulan makanan utama dengan menambah lebih makanan super dalam diet anak anda akan menyediakan lebih mineral vitamin serat dan lema...
Nak Latih Anak Suka Air Masak Mak Ayah Pun Sama Sama Kena Berebut Minum

Nak Latih Anak Suka Air Masak Mak Ayah Pun Sama Sama Kena Berebut Minum

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 575 hits
Sudah kita ketahui akan kebaikan air masak Ibu ayah harus melatih anak anak untuk minum air masak dan jadikan ia tabiat Tidak dinafikan anak anak lebih suka minum air manis kerana banyak perisa yang sedap sedap Ada beberapa kaedah yang bole...
Tak Letak Ubat Gigi Langsung Pun Boleh Janji Berus Gigi Anak Jangan Tak Berus Pula

Tak Letak Ubat Gigi Langsung Pun Boleh Janji Berus Gigi Anak Jangan Tak Berus Pula

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 313 hits
Pemilihan ubat gigi penting untuk anak anda terutama yang berumur 4 tahun ke bawah Tidak semua ubat gigi sesuai untuk anak kecil Ikuti saranan doktor tentang ubat gigi berflorida dan bilakah sesuai digunakan oleh anak anda Doktor anak saya ...
Benarkah Scaling Bisa Membuat Gigi Menjadi Lebih Tipis

Benarkah Scaling Bisa Membuat Gigi Menjadi Lebih Tipis

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 360 hits
Padahal dalam praktiknya dokter yang sedang mengerjakan scaling atau membersihkan karang gigi pasien tidak sedang mengamplas gigi yang bikin gigi jadi tipis
Guna Posisi Paksa Rela Ini Untuk Mudahkan Ibu Ayah Berus Gigi Anak

Guna Posisi Paksa Rela Ini Untuk Mudahkan Ibu Ayah Berus Gigi Anak

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 753 hits
Biasakan anak memberus gigi antara situasi yang agak sukar lagi lagi bila anak dah pandai tutup mulut dan mengamuk Ini antara drama yang kadang tu boleh buat ibu bapa naik angin waktu pagi atau malam sebelum tidur Jika biarkan anak gosok gi...
Khasiat Cengkih Mampu Rawat Pencernaan Serta Gigi Lebih Sihat

Khasiat Cengkih Mampu Rawat Pencernaan Serta Gigi Lebih Sihat

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 353 hits
Cengkih digunakan sebagai kegunaan utama dalam masakan antaranya adalah sebagai bahan rempah untuk membangkitkan aroma dan juga bagi menambah rasa sedap Justeru bagi yang gemarkan haruman enak dalam hidangan disediakan khususnya masakan men...
Pengasuh Lalai Kanak Kanak Terlepas Kesejukan Berjalan Dalam Hujan Bawa Botol Susu

Pengasuh Lalai Kanak Kanak Terlepas Kesejukan Berjalan Dalam Hujan Bawa Botol Susu

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 489 hits
Ini bukan kali pertama kes yang melibatkan pengasuh dan anak jagaan Ada melibatkan kes penderaan kanak kanak di pusat jagaan tersebut Terbaru seorang kanak kanak perempuan dikhabar terlepas dari rumah pengasuh dalam keadaan hujan Lebih meny...
Anak Kenyang Dan Tinggi Protein Sediakan Egg Muffins Dengan Pasta Ni

Anak Kenyang Dan Tinggi Protein Sediakan Egg Muffins Dengan Pasta Ni

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 511 hits
Telur sememangnya cukup digemari oleh anak anak kecil kita yang sedang membesar Bagi kita dewasa pula tidak sah hidangan tanpa telur goreng yang mengenakkan lagi sajian Telur bukan hanya baik dan lengkap bahkan tinggi protein Bagi anak yang...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tragedi Pilu Anak Lelaki 6 Tahun Mati Akibat Didera Ibu Sendiri

Umur Berkurang Setiap Masa

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye