Ringkas Tapi Boleh Masak Macam Macam Aneka Resipi Telur Dadar Mudah Sedap


Nama je Telur Dadar tapi macam-macam menu boleh diolah dan disediakan. Semua orang suka menu telur dadar ni. Sedap malah sangat mudah nak masak. Bagi yang terasa nak makan telur dadar panas-panas tapi nak ubah sedikit rasanya supaya lebih sedap dan lain daripada telur dadar biasa, resipi-resipi yang dikongsi di bawah ini boleh dicuba. ada resipi yang diolah menjadikan menu ini lebih menarik dan lebih sedap! Anda boleh cuba.
 
KOLEKSI RESIPI TELUR DADAR SEDAP & PELBAGAI RASA
 
1. TELUR DADAR TERUNG BAKAR

BAHAN-BAHAN:
2 biji terung 2 biji telur Garam dan perasa secukupnya Minyak masak secukupnya CARA MEMASAK:
Bakar terung atas api sekali dengan kulit hingga warna ungu bertukar hitam. Biarkan sejuk dan buang kulit terung yang kehitaman tadi. Pecahkan telur dalam bekas dan pukul sekejap. Masukkan garam dan perasa tambahan lain. Boleh juga tambah lada sulah atau lada hitam. Masukkan terung dalam bekas berisi telur tadi, lenyekkan pakai garpu. Masukkan dalam kuali yang berisi minyak panas. Goreng macam buat telur dadar biasa tu. Siap! Sedia untuk dinikmati. Kredit resipi & foto: Jastia Taza
 
2. TELUR DADAR DAUN MERUNGGAI

BAHAN-BAHAN:
3 biji telur itik 4 ulas bawang merah | tumbuk 1 ulas bawang putih | tumbuk Cili kering secukupnya | tumbuk 3 cekak daun merunggai Garam dan perasa secukupnya CARA MEMASAK:
Pecahkan telur dan masukkan bahan tumbuk. Gaul rata. Masukkan daun merunggai dan perasakan secukupnya. Goreng hingga masak. Kredit resipi & foto: Noor Hafiza Mohamad
 
Dapatkan  PRIMADA SWEETHEART PINK 4L PRESSURE COOKER dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
 
 
3. MASAK LEMAK TELUR DADAR

BAHAN-BAHAN:
4 biji telur | campur garam dan goreng dadar 2-3 ulas bawang merah | hiris @ tumbuk 1-2 ulas bawang putih | hiris @ tumbuk 3-4 biji cili padi | hiris @ tumbuk Ikan bilis secukupnya | tumbuk 1 batang serai | ditumbuk 1-2 biji terung Tomato Garam dan perasa secukupnya CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan terung. Biarkan masak. Tambahkan santan dan bila dah mendidih, masukkan telur dadar. Perasakan dengan garam dan perasa. Akhir sekali letakkan tomato. Siap! Kredit resipi & foto: Suzie Zaley
 
4. TELUR DADAR STAIL GERAI

BAHAN-BAHAN:
4 biji telur 1/2 sudu teh garam 1/2 sudu teh serbuk lada sulah 1 sudu makan tepung jagung 1 sudu teh mayonis 1 biji cili merah – dicincang halus 1 biji bawang besar – dicincang CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan dan gaul rata. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Dadarkan telur. Kecilkan api, tutup kuali hingga bawah telur kuning keemasan. Terbalikkan telur. Masak lagi hingga telur masak. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Nota: boleh tambah apa2 sayur, saya tambah carrot, daun sup daun bawang, bawang kuning, cili merah. Kalau nak telur tebal pakai kuali yg paling kecil.
Kredit resipi & foto: Lina Thomas
 
5. TELUR DADAR CENCALOK

BAHAN-BAHAN:
2 biji telur 1 sudu makan cencalok | tapis dan eorah airnya 1-2 biji bawang merah | hiris 2 biji cili padi | hiris CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dan gaul rata. Panaskan minyak dan goreng. Angkat bila masak. Enak dinikmati bersama nasi panas dan perahan limau nipis. Kredit resipi & foto: Reen Nasreen
 
6.  TELUR SARANG

BAHAN-BAHAN:
1 biji telur 2 ½ sudu makan air Garam secukup rasa Minyak masak – banyak Kuali & sudip CARA MEMASAK:
Panaskan kuali dengan api besar dan tuang minyak dengan banyak. Pecahkan telur, garam dan masukkan air. Pukul telur hingga berbuih. Kemudian tuang telur ke dalam minyak panas. Tarik mangkuk tinggi-tinggi supaya telur yang jatuh ke dalam kuali menjadi halus dan melebar. Kecilkan api dan tunggu telur hingga garing. Setelah kelihatan garing, terbalikkan telur. Biar hingga garing. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati. Jika kurang gemar telur yang terlalu garing, boleh kurangkan masa memasak. Kredit resipi & foto: Alia Ismail
 
7. CENDAWAN GORENG TELUR

BAHAN-BAHAN:
4 biji telur 200g m cendawan tiram 1/2 biji bawang besar 1 sudu kecil garam CARA MEMASAK:
1. Basuh cendawan dan toskan. Ramas sedikit supaya airnya keluar.
2. Pukul telur hingga hancur dan masukkan garam serta bawang yang telah dihiris nipis. Masukkan cendawan dan gaul rata.
3. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hingga kekuningan. Masak seperti membuat telur dadar. Setelah masak, angkat dan bolehlah dinikmati.
Kredit resipi & foto: Siti Zahrah Mohd Fakhri
 
8. KERABU TELUR DADAR

BAHAN TELUR:
3 biji telur 1/2 sudu teh serbuk lada hitam Secubit garam 1 sudu teh tepung jagung
(Satukan dan kacau sebati. Dadarkan guna kuali non-stick. Dadar nipis-nipis. Gulung kemudian hiris nipis.) BAHAN KERABU:
1 biji bawang besar – hiris nipis 1 kuntum bunga kantan – mayang halus 1 genggam daun kesom atau daun selom -mayang halus 1 biji tomato – buang biji & potong kecil 1 genggam ikan bilis goreng Sedikit sos ikan 2-3 biji limau kasturi – ambil jusnya Sedikit gula BAHAN TUMBUK:
1 biji cili merah 10 biji cili padi 1 ulas bwang putih dibakar 1/2 inci belacan CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk kecuali ikan bilis. Gaul hingga rata.
2. Renjiskan sedikit sos ikan. Masukkan sedikit gula, jus limau kasturi dan akhir sekali ikan bilis goreng. Gaul rata dan sesuaikan rasa.
3. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Razainiza Saad
 
9. TELUR DADAR GULUNG

BAHAN-BAHAN:
4 biji telur 1 ulas bawang merah besar 2 sudu makan sos cili 1 sudu makan mayones 50gm sayur campur Sedikit minyak untuk menggoreng CARA MEMASAK:
Pecahkan telur dan pukul menggunakan garfu hingga kembang. Masukkan hirisan bawang besar, sos cili dan mayones. Kacau lagi hingga semua bahan sebati. Panaskan kuali dan goreng bancuhan telur tadi hingga masak. Gulungkan. Sedia untuk dihidangkan. Info Chef: Boleh juga menggunakan hirisan makanan laut untuk rasa lebih enak.
 
 
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
 
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://ift.tt/1cjrvLJ
https://ift.tt/XEPnYQI
https://ift.tt/XwKkUpA
https://ift.tt/vTRzHyD
 
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official




 


from RASA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2024/10/ringkas-tapi-boleh-masak-macam-macam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Sup Mi Udon Yang Mudah Rasa Supnya Ringan Tapi Sedap

Resipi Sup Mi Udon Yang Mudah Rasa Supnya Ringan Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 191 hits
Udon adalah sejenis mi dari Jepun yang selalu digunakan dalam masakan Ia juga sudah semakin diterima masyarakat di negara ini yang sememangnya suka mencuba pelbagai makanan Jika selalu makan mi sup bihun sup atau kuetiau sup tapi kalau mahu...
Puding Tiramisu Kastard Resipi Manisan Mudah Buat Pencinta Kopi Sedap

Puding Tiramisu Kastard Resipi Manisan Mudah Buat Pencinta Kopi Sedap

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 240 hits
Anda seorang penggemar manisan Resipi Puding Tiramisu Kastard perkongsian saudari Norliza Bahari ini memang wajib anda cuba Kombinasi lemak manis dan sedikit rasa kopi menjadikan puding ini sangat sedap Sangat ringkas dan mudah dibuat tanpa...
Cara Mudah Cepat Buat Nasi Minyak Guna Beras Biasa Saja Tapi Letak Sikit Jus Ini Baru Sedap

Cara Mudah Cepat Buat Nasi Minyak Guna Beras Biasa Saja Tapi Letak Sikit Jus Ini Baru Sedap

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 251 hits
Di negeri pantai timur hidangan nasi minyak ini tak perlu tunggu majlis kahwin Ia jadi hidangan harian yang kebiasaannya dinikmati waktu pagi Ini kerana hidangan nasi minyak dibuat dengan cara yang mudah Tak perlu guna beras basmathi pun Ji...
Resipi Mudah Ayam Bakar Black Pepper Sangat Sedap Sempoi

Resipi Mudah Ayam Bakar Black Pepper Sangat Sedap Sempoi

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 103 hits
Tercari cari resipi Ayam Bakar Black Pepper yang sedap dan mudah untuk dimasak Resipi perkongsian saudari Dani J Thang ni antara yang boleh dicuba Sangat mudah resipinya dan tidak renyah Paling penting rasanya juga enak Memang berselera mak...
Sedap Mudah Resipi Kek Pisang Blender Perisa Coklat Original

Sedap Mudah Resipi Kek Pisang Blender Perisa Coklat Original

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 112 hits
Suka makan Kek Pisang Perisa original atau coklat dua dua memang sangat sedap Istimewa buat penggemar Kek Pisang Nnj Qurban Aqiqah ada kongsikan resipi mudah dan sedap yang boleh dicuba Pilih sahaja nak kek pisang perisa original atau cokla...
Petua Masak Daging Lada Hitam Sedap Tak Perlu Cari Resipi Lain Dah

Petua Masak Daging Lada Hitam Sedap Tak Perlu Cari Resipi Lain Dah

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 187 hits
Daging Lada Hitam Daging Blck Pepper ni tak sukar dimasak Bahan bahannya juga ringkas sahaja namun ramai yang rasa renyah nak sediakan sajian ini Jika menggunakan sos sedia ada di pasaran boleh je Tetapi jika boleh jimat dan rasa rencah yan...
Resipi Acar Pisang Sedap Masak Ikut Petua Orang Dulu Dulu

Resipi Acar Pisang Sedap Masak Ikut Petua Orang Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 179 hits
Lauk Acar ni ada pelbagai jenis Ada Acar Ikan Acar Daging Acar Pisang Acar Timun dan macam macam lagi Malah cara masak dan bahan bahan pun sedikit berbeza ikut negeri Bagi orang Kelantan Acar Pisang Gala adalah antara menu orang dulu dulu y...
8 Aneka Resepi Ikan Patin Yang Anda Boleh Cuba Termasuk Patin Masak Tempoyak

8 Aneka Resepi Ikan Patin Yang Anda Boleh Cuba Termasuk Patin Masak Tempoyak

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 248 hits
Anda ingin cuba resepi berasaskan ikan patin tapi tak tahu nak masak apa selain Patin Masak Tempoyak Anda boleh tengok sini 8 aneka resepi ikan patin yang anda boleh cuba sendiri di rumah Ikan patin antara ikan sungai yang sedap di makan ke...
Umno Boleh Jadi Dominan Tapi Perangai Sombong Macam Kp Umno Tidak Harus Ada Dalam Umno

Umno Boleh Jadi Dominan Tapi Perangai Sombong Macam Kp Umno Tidak Harus Ada Dalam Umno

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 121 hits
UMNO DOMINAN PASTIKAN IA MENJADI KENYATAAN11 October 2024 Apa itu UMNO dominan Walaupun tempoh diadakan PRU16 ada kira kira tiga tahun lagi tetapi suara suara yang mahu UMNO menjadi dominan semakin kerap kedengaran Presiden UMNO Ahmad Zahid...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas