8 Aneka Resepi Ikan Patin Yang Anda Boleh Cuba Termasuk Patin Masak Tempoyak


Anda ingin cuba resepi berasaskan ikan patin tapi tak tahu nak masak apa selain Patin Masak Tempoyak? Anda boleh tengok sini 8 aneka resepi ikan patin yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

Ikan patin antara ikan sungai yang sedap di makan kerana isinya yang manis dan lembut. Tetapi bukan semua negeri ada ikan patin segar sama seperti yang ada di Pahang dan Perak. Ini merupakan antara negeri yang anda boleh dapatkan ikan patin segar terus daripada sungai lagi-lagi di sungai Pahang di Temerloh kan.
Tetapi jika anda berkesempatan untuk dapatkan ikan patin segar tetapi tak tahu nak masak apa selain daripada Patin Masak Tempoyak, anda boleh lihat sini 8 jenis aneka resepi Ikan Patin yang anda boleh cuba.

Ada resepi wajib cuba kalau pun anda tidak dapat cuba di Temerloh sekali pun antaranya adalah masak tempoyak, masak pais dan masak pais petai ikan patin.
10 Resepi Ikan Patin Yang Anda Boleh Cuba Ini senarai untuk anda
#1.  Patin Masak Tempoyak
Ini pastinya resepi wajib yang anda kene rasa kalau masak ikan patin iaitu Patin Masak Tempoyak. Resepi ini pastinya terkenal di Temerloh tetapi anda boleh cuba juga walau dimana anda berada.
Mungkin di kawasan lain sukar untuk dapatkan ikan patin segar berbanding di Temerloh sendiri. Ini kerana ikan segar ini adalah salah satu kunci penting bagi memberikan kesedapan Patin Masak Tempoyak. Ikuti perkongsian resepi daripada Julia Aleen Aireish di facebook.
Bahan-Bahan 1 ekor ikan patin 1 mangkuk tempoyak ** 4 tangkai daun kesum ** 12 biji cili api ** 1 ketul kunyit hidup ** 2 keping asam gelugor Air secukupnya Garam dan gula secukup rasa Cara Memasak Sediakan bahan dan bersihkan ikan. Semua bahan bertanda (**) dikisar bersama dengan sedikit air Satukan ikan dan bahan kisar, asam keping ke dalam periuk dan tambah air secukupnya Terus masakkan atas api hingga mendidih Masukkan garam dan gula secukup rasa Ikan sudah masak tutup api #2.  Masakan Sup Ikan Patin
Resepi seterusnya adalah masakan sup. Mungkin ada yang tak lalu untuk makan tempoyak atau durian ini, anda boleh masak Sup Ikan Patin. Dapatkan ikan segar, pastinya rasa akan lebih enak dengan isi patin yang lembut disediakan. Ikuti perkongsian resepi daripada Sonia Virgin di facebook.
Bahan-Bahan 1 ekor ikan patin (500 gram), bersikan dari kotoran & cuci bersih 1 buah jeruk limau 2 batang daun bawang, iris kasar 2 batang daun sup, iris kasar 1 ikat kemangi, ambil daunnya 1 buah tomat, potong kasar 3 cm halia, pukul 2 batang serai, pukul 3 keping daun jeruk 5 butir bawang merah, iris ti 3 siung bawang putih, pukul, cincang halus 10 cili, potong kasar (sesuai selera) 1 sdk perisa ayam Secubit garam, gula dan lada bubuk 3 sdb minyak untuk menumis 750 ml air bersih Cara Memasak Potong-potong ikan patin. Beri air jeruk limau, diamkan 15 menit, cuci bersih kembali, tiriskan. Panaskan pan, beri 2 sdb minyak, tumis bawang merah & bawang putih sampai harum. Masukkan halia, serai & daun jeruk, tumis sampai harum, tuangi air, biarkan mendidih. Setelah air mendidih masukkan ikan patin, masak dengan api kecil sampai mendidih kembali, bumbui perisa ayam, garam, gula & merica, gahul sebati Sebelum diangkat masukkan cili, daun bawang, tomat, daun sup & kemangi, tes rasa bila sudah ngam matikan api, sajikan hangat. Kalau tidak suka pedas atau untuk anak, cabe rawit sebaiknya dipisah dari kuah atau tak usah letak ya.

#3.  Pais Tempoyak Ikan Patin
Ini juga antara menu yang wajib cuba bila anda masak bersama ikan patin iaitu Pais Tempoyak Ikan Patin. Pais ni erti kata lain bakar iaitu bersama tempoyak.
Rasanya cukup enak jika cukup bahan dengan sama-sama ikan segar patin tersebut. Anda kena cuba! Nor Hassan ada kongsikan resepi masakan ini di facebook.
Bahan-Bahan 1 ekor ikan patin 5-6 sudu besar tempoyak 3 helai daun kunyit 10 biji cili padi merah 1 inci kunyit Seikat daun kesum 1 sudu kecil garam 1 sudu besar gula 2 sudu besar asam jawa untuk mencuci ikan (pilihan) Daun pisang untuk membungkus 2 sudu besar minyak (untuk membakar) Cara Memasak Cuci ikan sebersihnya dengan air biasa dahulu kemudian cuci dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau ikan. Kelar ikan supaya bahan yang akan dilumur nanti meresap rasa Tumbuk cili padi dan kunyit sehingga lumat. Kemudian masukkan tempoyak, garam dan gula Gaul sehingga sebati Susun daun pisang dalam magic pan. Lapik sehelai daun kunyit dibawah ikan. Letak daun kesum dan sehelai daun kunyit yang dihiris halus bawah ikan, dalam perut ikan dan atas ikan. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dalam perut ikan dan lumurkan juga di atas di sekeliling ikan. Bungkus kemas, letakkan minyak dibawah daun pisang untuk dibakar. Bakar menggunakan api yang perlahan sehingga masak. #4.  Ikan Patin Masak Asam Pedas
Menu ni mungkin orang Melaka ke Orang Negeri Sembilan memang mahirlah dengan masak asam pedas. Menu ini juga boleh menggunakan ikan patin bersamanya.
Pasti gabungan isi ikan yang lembut bersama dengan kuah asam pedas akan memberi lebih keenakan kepada anda bagi mencuba resepi ini. ha.lim39 ada kongsikan resepi ini facebook untuk anda cuba.
Bahan-Bahan 1/2 ekor ikan patin (1 bahagian kepala + isi,1 bahagian isi) 4-5 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 3 keping lengkuas 2 keping halia 2 batang lada merah besar 2 batang cili padi hijau (boleh tambah) 1 camca teh serbuk kunyit 1 liter air 1 helai daun pandan disimpul 1 batang serai diketuk 1 camca besar garam bukit 1 camca besar gula merah Bahan tambahan: 4 kuntum bunga kantan saiz kecil 1 mangkuk daun kesom Cara Memasak Lumur ikan patin dengan serbuk kunyit dan 1/4 camca besar garam.Perap sebentar,ketepikan... Masukkan bawang merah,lengkuas dan halia Masukkan bawang putih,lada merah dan cili padi Masukkan serbuk kunyit dan air.Kisar kesemua bahan hingga hancur Masukkan bahan kisar dan baki air,asam keping,daun pandan dan serai.Masak hingga menggelegak Masukkan ikan,biarkan menggelegak lagi,masukkan baki garam bukit,gula merah Masukkan bunga kantan dan daun kesom,masak sebentar lagi.Seimbangkan rasa,angkat. Siap.
#5.  Ikan Patin Bakar
Patin juga boleh dibuat bakar seperti biasa tanpa menggunakan tempoyak. Seperti resepi sebelum ini, mungkin ada yang tidak suka akan tempoyak atau durian ini, jadi mereka boleh bakar sahaja ikan patin seperti biasa menggunakan pan yang menjadikan ianya lebih mudah. Ikuti perkongsian resepi daripada Akak PhoP di facebook untuk anda cuba.
Bahan-Bahan 2 keping ikan pati Pes ikan bakar 2-3 helai daun kunyit Cara Memasak Ikan di bersihkan Ikan di lumurkan dengan pes ikan bakar Balutkan dengan daun kunyit Bakar di atas pan sehingga masak sempurna Siap di hidang bersama nasi panas #6.  Ikan Patin Sambal Cili Api
Masak ikan patin sambal cili api pun anda boleh cuba apabila berada di rumah. Masakan ini mungkin sedikit mudah berbanding masakan lain tetapi dengan kehadiran ikan patin segar dan lembut pastinya menjadikan ianya lebih sedap. Jadi resepi sambal cili api ini anda boleh cuba bersama-sama ikan patin.
Bahan-Bahan 1 kg ikan patin dipotong kecil 3 sudu serbuk kunyit Garam dan serbuk perasa secukup rasa 10 biji cili hijau besar 20 biji cili api 3 biji bawang besar di blend 3 ulas bawang putih 1 inci halia 2 biji bawang besar di mayang 1 sudu gula Cara Memasak Bersihkan ikan patin. Boleh rujuk next post sy untuk cara saya bersihkan ikan patin. Gaul kan ikan patin dengan serbuk kunyit dan garam Kemudian gorengkan ikan patin dan ketepikan Blend kan cili, bawang besar, bawang putih dan halia Panaskan minyak, tumis bahan blend tadi Kemudian, tambahkan sedikit sos tiram, garam, dan gula Apabila sambal sudah masak, masukkan ikan patin yang telah digoreng dan juga bawang yang telah di mayang Gaul dengan perlahan-lahan supaya ikan tidak hancur. Dah siap. #7.  Singgang Pedas Kesom
Resepi seterusnya adalah masak singgap pedas kesom. Pastinya anda mesti menggunakan daun kesom baru jadi. Masak singgang pastinya masakan kesihatan bagi beberapa individu yang jaga pemakanan. Jadi anda boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Nurul Natasha Embong di facebook.
Bahan-Bahan 2 ekor ikan patin Daun kesom Garam ajinomoto Tumbuk Kasar / Blend Kasar Lada besar dan cili padi Bawang putih Bawang besar Cara Memasak
Blend bahan di atas, panaskan airSetelah mendidih masukkan garam ajinomoto, daun kesom dan ikanSiap!

#8.  Pais Tempoyak Petai
Sedikit extra daripada pais tempoyak sebentar tadi iaitu masak Pais Tempoyak Petai Ikan Patin. Ini juga kene cuba jika melibatkan ikan patin. Gabungan isi patin yang lembut bersama-sama rasa tempoyak dan petai. Perghh sedap! Anda kene cuba juga resepi ini.
Bahan-Bahan 1/2 kg ikan kembung/ikan patin 3@4 sudu besar tempoyak 10 tangkai cili padi kampung Isi petai ikut kesukaan Garam secukupnya Gula secukupnya Serbuk perasa (jika perlu) 1 sudu kecil Kunyit Daun kunyit (untuk membalut ikan) Cara Memasak Cuci ikan kembung hingga bersih. Ikut resepi asal guna ikan patin tapi patin di Kedah tak sedap macam dekat Pahang jadi guna ikan kembung je Tumbuk cili padi hingga hancur kemudian gaul bersama tempoyak,gula,garam,serbuk perasa,kunyit dan petai Letakkan sedikt bahan-bahan yang telah digaul di atas daun kunyit. Kemudian letakkan ikan dan letakkan sedikit lagi bahan tadi di atas ikan serta ratakan. Selamat mencuba...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2020/04/8-aneka-resepi-ikan-patin-yang-anda-boleh-cuba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ikan Kembong Masak 3 Rasa

Resepi Ikan Kembong Masak 3 Rasa

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 323 hits
Kalau hari hari masak resepi sama jemu jugak kan Apa kata try resepi ni Guna ikan kembong Tapi kalau nak tukar ikan siakap pun boleh Jom tengok resepi Resepi ikan kembong masak 3 rasa Bahan utama 1 3 ekor ikan kembong atau ikan siakap di ke...
Ringkas Tapi Boleh Masak Macam Macam Aneka Resipi Telur Dadar Mudah Sedap

Ringkas Tapi Boleh Masak Macam Macam Aneka Resipi Telur Dadar Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 184 hits
Nama je Telur Dadar tapi macam macam menu boleh diolah dan disediakan Semua orang suka menu telur dadar ni Sedap malah sangat mudah nak masak Bagi yang terasa nak makan telur dadar panas panas tapi nak ubah sedikit rasanya supaya lebih seda...
Masak Acar Ikan Siakap

Masak Acar Ikan Siakap

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 199 hits
nbsp Kak ana suka beli ikan siakap dan ikan kembung setiap kali ke pasaraya atau kedai Acheh untuk stok lauk di rumah Sebab nya ikan kembung atau ikan siakap ni banyak pilihan menu nak di jadikan masakan sekeluarga Masak lah apapun In Syaa ...
Masak Acar Tumis Ikan Untuk Makan Tengah Hari Satu Lauk Ini Pun Dah Cukup

Masak Acar Tumis Ikan Untuk Makan Tengah Hari Satu Lauk Ini Pun Dah Cukup

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 246 hits
Dah puas makan ikan gulai sambal masak kicap dan sebagai boleh cuba pula acar tumis ikan ini Bukan saja sedap buat pun senang Sesuai jadi lauk makan nasi tengah hari Satu lauk ini saja pun dah cukup Resipi Acar Tumis Ikan Bahan bahan 1 5 ek...
Resepi Lala Masak Tumis Tomyam

Resepi Lala Masak Tumis Tomyam

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 295 hits
Mama Yan memang suka sangat hidupan laut yang bercengkerang macam lala siput kupang keram ketam lokan dan lain lain lagi Tapi tak la makan selalu Lala ni sebulan sekalipun tak ketemu Satu sebab dia takde jual kat Maslee depan simpang rumah ...
12 Game Sukaneka Family Day Menggunakan Belon Boleh Cuba Seisi Keluarga

12 Game Sukaneka Family Day Menggunakan Belon Boleh Cuba Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 189 hits
Game santai seperti acara sukaneka antara keluarga merupakan suatu aktiviti ukhwah yang dapat mengeratkan silaturahim sesama saudara Apabila aktiviti atau game yang memerlukan pergerakan fizikal ini lain macam perginya dengan kontak menerus...
Resepi Sambsl Tumis Terung Dengan Ikan Bilis

Resepi Sambsl Tumis Terung Dengan Ikan Bilis

papar berkaitan - pada 13/10/2024 - jumlah : 274 hits
Assalamualaikum Jenjalan FB SA jumpa resepi ni tapi x ingat plak group mana SA suka je join mana mana group masakan SA pun suka mencuba resepi orang lain instead of selalu masak guna resepi sendiri kadang sama bahan kadang x sama cara pun x...
Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi Orang Bujang

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi Orang Bujang

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 171 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu com dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Semenjak dua menjak ni rajin lak Maha masak kat rumah Dah lama tak memasak untuk makan sendiri Kali ni tiba tiba mengidam ...
Resepi Sotong Masak Lada

Resepi Sotong Masak Lada

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 174 hits
Resepi Sotong Masak Lada jom kita try buat resepi nii Bahan bahannyaSotongLada merah sbtg dihirisBawang besar stgh dihirisBawang putih 3 ulas dihiris8 tangkai cilipadi merah hijauBawang besar stgh dimayangLada hitam 1 sudu bsr ditumbukSos c...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip