Ringgit Jatuh Rakyat Singapura Yang Untung


\
Ringgit jatuh: Rakyat Singapura yang untung?Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: May 08, 2022
ShareKejatuhan nilai ringgit yang semakin merosot berbanding Dolar Singapura menyebabkan harga barang di Johor meningkat akibat kuasa beli rakyat republik berkenaan berbanding warga tempatan.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, hal itu hakikatnya telah meningkatkan jualan kepada peniaga di Johor tetapi menyukarkan kehidupan penduduk biasa.
“Kelmarin, Khamis 5 Mei 2022 satu Dolar Singapura bersamaan RM3.16. Perbezaan yang besar ini memberi kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia, khususnya di Johor Bahru.
“Sejak sempadan Malaysia – Singapura dibuka pada 1 April ribuan rakyat Singapura masuk ke negara ini dan berbelanja di Johor Bahru.
“Nilai Ringgit Malaysia yang rendah berbanding dolar menjadikan harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia begitu murah,” katanya kepada Suara Keadilan.
Menurut beliau lagi, kuasa beli rakyat Singapura yang jauh lebih besar amat mempengaruhi peningkatan harga barangan di kawasan Johor yang bersempadan dengan republik berkenaan.
Hal itu menyebabkan rakyat marhaen Johor menghadapi tekanan harga akibat permintaan tinggi barang keperluan dari warganegara jiran.
“Bagi para peniaga kecil dan besar di Johor Bahru khususnya, kedatangan rakyat Singapura memberi keuntungan kepada peniagaan mereka, satu hal yang amat positif berbanding perniagaan yang menguncup semasa tempoh pandemik Covid-19 selama dua tahun lalu.
“Namun bagi para pengguna dan rakyat biasa Malaysia, mereka terpaksa menghadapi saingan dari rakyat Singapura yang tiada masalah dengan kenaikan harga barangan yang di luar kawalan, kerana kemampuan mereka berbanding rakyat tempatan yang berpendapatan rendah.
“Ini adalah simptom yang terjadi apabila mata wang Malaysia jatuh merosot berbanding Dolar Singapura,” katanya.
Hassan bertanya apakah sebab kejatuhan berterusan nilai Ringgit sejak 2020 lalu?
Katanya, kejatuhan itu berkait rapat dengan dengan faktor hutang negara yang melambung tinggi dan kekurangan penanaman modal menyebabkan ekonomi tidak berkembang.
“Pada tahun 2018 hutang negara berjumlah RM686 bilion. Pada akhir tahun 2021 hutang negara telah meningkat menjadi lebih RM1 trilion. Peningkatan sebanyak RM320 bilion.
“Hutang mesti dibayar jika tidak Malaysia akan jadi muflis atau bankrap. Untuk bayar faedah sahaja, Kerajaan terpaksa bayar RM42 bilion setahun. Bukan bayar pokok, tetapi bayar bunga.
“Manakala pendapatan negara tidak berkembang. Ini memberi kesan pada nilai Ringgit,” katanya lagi.
Dengan pertumbuhan ekonomi yang kecil dan pelaburan langsung asing yang sedikit maka, menurut Hassan, Malaysia bukan lagi negara yang menarik untuk penanaman modal.
Hal itu, katanya menyebabkan nilai Ringgit terus tertekan sebaik sahaja kerajaan reformasi Pakatan Harapan digulingkan pada Februari 2020.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/ringgit-jatuh-rakyat-singapura-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Matawang Ringgit Terus Jatuh Ini 4 Persediaan Tindakan Rakyat Hadapi Krisis Ekonomi

Matawang Ringgit Terus Jatuh Ini 4 Persediaan Tindakan Rakyat Hadapi Krisis Ekonomi

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 302 hits
April 25 2022 Prestasi ringgit menjadi sangat tidak menentu buat masa sekarang Ringgit dijangka akan diniagakan sekitar 4 3165 hingga 4 3475 berbanding dolar AS minggu ini ketika artikel ini ditulis Dari minggu ke minggu ringgit adalah lebi...
Ringgit Jatuh Lawan Thai Baht Rupiah Singapore Dollar Us Dollar

Ringgit Jatuh Lawan Thai Baht Rupiah Singapore Dollar Us Dollar

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 203 hits
From Maksudnya Ringgit jatuh bukan sebab hujan lebat air laut surut angin kuat atau matahari panas Duit kita jatuh nilainya berbanding duit Thailand dan Indonesia sekali Pimpinan kita tak faham apa pun berkenaan ekonomi produktiviti value a...
Rakyat Malaysia Disabit Bersalah Manipulasi Pasaran Terbesar Di Singapura

Rakyat Malaysia Disabit Bersalah Manipulasi Pasaran Terbesar Di Singapura

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 212 hits
Rakyat Malaysia disabit bersalah manipulasi pasaran terbesar di Singapura Rakyat Malaysia Soh Chee Wen dan Quah Su Ling hari ini disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Singapura kerana memanipulasi pasaran dan terbabit dalam skim penipuan...
Duit Thailand Akan Naik Ringgit Kita Jatuh Depa Guna Akal Kita Tak Ada Akal

Duit Thailand Akan Naik Ringgit Kita Jatuh Depa Guna Akal Kita Tak Ada Akal

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 225 hits
Tuan Tuan nilai matawang Ringgit Malaysia masih lembap Hari ini Ringgit jatuh ke RM4 35 berbanding US dollar Dan dalam pasaran Bond Market pula bond terbitan Kerajaan Malaysia dengan tempoh 30 tahun jatuh nilainya maksudnya interest rate ny...
Ku Li Ketuai Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan

Ku Li Ketuai Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 203 hits
N Faizal GhazaliAnggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan mengetuai gabungan kerjasama yang dinamakan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan dalam usaha menumbangkan kerajaan PAS pada pilihan raya umum ke 15 PRU15 Perkara it...
Tuntut Semula Negara 53 Ngo Mendukung Agenda Rakyat Bagi Pilihan Raya Umum

Tuntut Semula Negara 53 Ngo Mendukung Agenda Rakyat Bagi Pilihan Raya Umum

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 220 hits
Rakyat dahulu demokrasi sekarang25 Apr 2022 Get ViewsShareAgenda Rakyat dilancarkan pagi tadiMenuju pilihan raya akan datang enam organisasi masyarakat sivil bersama membuat seruan kepada seluruh rakyat Malaysia serta kepada mereka yang ing...
Mana Pakatan Harapan Peduli Pasal Rakyat

Mana Pakatan Harapan Peduli Pasal Rakyat

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 249 hits
Di Ukraine dan Russia 23 juta rakyat kena Covid dan 500 ribu sudah mati Peperangan pula telah menyebabkan puluhan ribu mangsa dan 10 juta rakyat Ukraine menjadi pelarian NATO pula masuk campur dan merumitkan lagi keadaan Ini yang dipanggil ...
Siasatan Mysejahtera Anwar Kesal Tiada Jaminan Keselamatan Data Peribadi Rakyat

Siasatan Mysejahtera Anwar Kesal Tiada Jaminan Keselamatan Data Peribadi Rakyat

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 317 hits
Siasatan Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara ke atas aplikasi MySejahtera yang merekodkan kesihatan penduduk Malaysia dan mendapati tiada jaminan ke atas keselamatan data peribadi dikumpulkan oleh aplikasi itu meresahkan banyak pihak Ketua P...
Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Pengalaman Laparoskopi Buang Cyst Ovari Dari Tanda Sampai Sembuh

Dua Maut 16 Cedera Nahas Bas Persiaran Dengan Dua Lori

Nak Tanya Bekas Ketua Polis Negeri Sarawak Apa Manfaat Vape Ni Ye

Resepi Sup Bayam Dengan Cendawan

Senior Glc Manager In Sabah Nabbed Over Alleged Bribery

Ahli Parlimen Temerloh Gesa Kerajaan Agensi Berkaitan Naik Taraf Dan Baik Pulih Bekalan Air Pahang Tanpa Alasan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Top 5 Kamera Cctv Wireless Murah Senang Pasang Untuk Rumah Flat

Percutian 3h2m Ke Pulau Redang Terengganu Part 1

Opening Up Zero Knowledge Proof Technology To Promote Privacy In Age Assurance

Cara Mudah Naikkan Jualan Harian Anda Dengan Sleeve Cup Custom

Insiden Letupan Gas Putra Heights Menteri Besar Selangor Dakwa Siasatan Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus

Huawei Mungkin Dahului Apple Guna Memori Telefon Berkelajuan Tinggi