Siasatan Mysejahtera Anwar Kesal Tiada Jaminan Keselamatan Data Peribadi Rakyat


 



Siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke atas aplikasi MySejahtera yang merekodkan kesihatan penduduk Malaysia dan mendapati tiada jaminan ke atas keselamatan data peribadi dikumpulkan oleh aplikasi itu meresahkan banyak pihak.





Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik kecuaian kerajaan, memetik pengakuan Ketua PAC bahawa terdapat kekeliruan tentang bagaimana data rakyat Malaysia dikumpul sejak dua tahun lalu.





Katanya, laporan itu ternyata merobek keyakinan rakyat terhadap menteri yang bertanggungjawab.





"Namun kini yang menjadi persoalan penting adalah status data-data peribadi pengguna, keselamatan negara dan juga reputasi menteri berkenaan.

 

"Siasatan yang dijalankan PAC setakat ini, beserta hasil siasatan dan kajian saya sendiri membuktikan kerajaan bukan hanya tidak mempedulikan aspek ketelusan dan memiliknegarakan aplikasi MySejahtera melalui pembangunan, tetapi kerajaan turut membenarkan individu-individu yang dekat dengan pundak kuasa untuk mengaut laba dan keuntungan.





"Kita sedia maklum aplikasi ini adalah langkah yang sangat diperlukan sebagai usaha negara dalam mengekang perebakan wabak yang kini meragut lebih 35,500 nyawa, dan ini melibatkan data peribadi lebih 38 juta warga. Yang lebih merungsingkan adalah data-data peribadi tersebut kini terdedah kepada entiti asing," katanya dalam kenyataan hari ini.





Ahli Parlimen Port Dickson itu kesal kerana sebelum ini rakyat seolah-olah dikelirukan dengan jaminan menteri berkaitan server di mana data MySejahtera itu disimpan dan diperkirakan selamat.





Katanya, kini terbukti tanpa kontrak dan perjanjian yang jelas, janji menteri tentang perjanjian kerahsiaan (NDA) tidak memberi sebarang makna yang munasabah.





"Apa yang mustahak sekarang adalah kerajaan mesti membuktikan data-data tersebut telah dan akan terus disimpan oleh server-server kerajaan sahaja.





"Pengumpulan data oleh mana-mana organisasi atau kerajaan tanpa objektif yang jelas hanya mendedahkan data-data tersebut untuk disalahguna, dan ini membuktikan sikap sambil lewa di pihak pengumpul data.





"Saya menggesa menteri untuk membuktikan data-data peribadi rakyat Malaysia tidak terdedah kepada kepentingan dan tangan-tangan gelap, samada di dalam mahupun di luar negara.





"Pemerintah mesti melakukan sedaya upaya untuk mengelakkan sebarang kecuaian, dan dalam masa sama mesti mengukuhkan pendirian bahawa data-data tersebut milik rakyat dan bukan kerajaan. Kementerian Kesihatan (KKM) juga mesti membenarkan audit dan data forensik dijalankan," katanya.





Sehubungan itu, Anwar berharap PAC terus menjalankan siasatan terperinci terhadap perkara berkenaan, termasuk memanggil entiti-entiti swasta yang terlibat dalam pembangunan dan pengurusan data juga pakar-pakar teknikal untuk menjejaki di manakah sebenarnya lokasi server yang menyimpan data-data peribadi rakyat Malaysia berkenaan.





"PAC juga mesti menyiasat mekanisme runding terus yang digunapakai dalam membangunkan aplikasi MySejahtera agar kesan negatifnya dapat ditampan di masa hadapan.

 

"Sebagai negara yang pernah dijajah, kita mesti tidak harus berkompromi sama sekali terhadap sebarang bentuk penjajahan," katanya lagi.





Selain itu, tegas Pengerusi Pakatan Harapan itu, Kerajaan mesti segera menghentikan pengumpulan data dari aplikasi MySejahtera sehingga mereka dapat memberikan jaminan ke atas tahap perlindungannya.

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/siasatan-mysejahtera-anwar-kesal-tiada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siasatan Ke Atas Hakim Perlu Dibuat Badan Kehakiman Anwar

Siasatan Ke Atas Hakim Perlu Dibuat Badan Kehakiman Anwar

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 145 hits
Siasatan ke atas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang dikaitkan dakwaan mempunyai wang diragui dalam akaunnya seharusnya dilakukan oleh badan kehakiman dengan menubuhkan tribunal Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datu...
China Dan Singapura Paling Lemah Dalam Keselamatan Data Malaysia Tidak Tersenarai

China Dan Singapura Paling Lemah Dalam Keselamatan Data Malaysia Tidak Tersenarai

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 287 hits
Syarikat keselamatan siber Group IB baru baru ini mengeluarkan laporan kajian berkaitan pangkalan data yang paling banyak terdedah pada tahun 2021 Penyelidikan ini dijalankan oleh pasukan nbsp Attach Surface Management dari Group IB untuk m...
Has The Mysejahtera Data Leaked

Has The Mysejahtera Data Leaked

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 418 hits
That was Minister of Health Khairy Jamaluddin in Parliament at the end of March explaining MySejahtera data belongs to the government and KPI Soft or now known as Entomo is merely playing the role to maintain the system He went on to ensure...
Pac Probe Into Mysejahtera Proves Govt Erred Says Anwar

Pac Probe Into Mysejahtera Proves Govt Erred Says Anwar

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 359 hits
Anwar Ibrahim claims those linked to politicians have benefited from the development of the MySejahtera mobile app PETALING JAYA The Public Accounts Committee s investigation into the MySejahtera mobile application proves that the governmen...
Intan Ladyana Belajar Dari Mak Mentua Cara Guna Car Seat Untuk Keselamatan Anak

Intan Ladyana Belajar Dari Mak Mentua Cara Guna Car Seat Untuk Keselamatan Anak

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 204 hits
Intan Ladyana teruja nak bawa bayi sulungnya pulang ke kampung halaman di Pulau Pinang dan Perlis menyambut hari raya Tetapi dalam masa yang sama pelakon filem Adnan Sempit ini yang baru pertama kali bergelar ibu ini turut berasa bimbang un...
Tidak Ada Jaminan Ismail Sabri Kekal Perdana Menteri Walau Pun Di Namakan Sebagai Calon

Tidak Ada Jaminan Ismail Sabri Kekal Perdana Menteri Walau Pun Di Namakan Sebagai Calon

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR Tiada jaminan untuk Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai perdana menteri meskipun Majlis Kerja Tertinggi Umno mencalonkannyauj sebagai calon perdana menteri bagi Pilihan Raya Umum ke 15 Ahli MKT UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahm...
Risau Keselamatan Keluarga Ayda Jebat Galakkan Buat Ujian Covid 19 Sebelum Beraya Di Rumah

Risau Keselamatan Keluarga Ayda Jebat Galakkan Buat Ujian Covid 19 Sebelum Beraya Di Rumah

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 242 hits
Semenjak negara kita ini memasuki ke fasa endemik ramai dilihat mengambil peluang berpusu pusu pulang ke kampung halaman masing masing bagi menyambut perayaan bersama orang tersayang setelah dua tahun tidak merasai detik ini Meskipun diberi...
Malaysia S Jan March Economic Data Shows Positive Outlook Statistics Department

Malaysia S Jan March Economic Data Shows Positive Outlook Statistics Department

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 179 hits
The economic indicators for the first three months of 2022 stipulate Malaysia s positive economic outlook in the near future with high mobility foreseen following the opening of international borders the Department of Statistics Malaysia sa...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

Penderhakaan Biasanya Bermula Apabila Adanya Pemfitnah Kaki Adu Domba Dari Dalam

Hadi Awang Pernah Mensabotaj Usaha Kerajaan Merealisasikan Ruu355

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya