Rindunya Nak Bercuti Tapi Takut Jom Cuba 5 Cara Mengubatinya
Tentu ramai yang rasa rindu nak pergi bercuti, kan? Bila dah dapat kelonggaran sedikit nie, ada yang memanfaatkan sepenuhnya
Ternyata musibah Covid-19 banyak merubah perjalanan hidup kita.Tak pasti bilakah segalanya akan kembali pulih seperti sediakala. Apatah lagi kini kita dihambat lagi dengan berita varian terbaru Covid-19 iaitu Omicron.
Kegelisahan tentang varian Delta dan Super Plus belum lagi reda, dah muncul hok nie pula. Walaupun masih belum merebak parah di negara kita, namun kemunculan varian ini tetap dok buat hati kita resah. Kita perlu lebih berjaga-jaga
Rindu Tetap Rindu!
Yang memang kaki travel, diharap dapat patuhi SOP yang ditetapkan dengan sebaik-baiknya. Bagi yang masih takut-takut dan tak yakin macam sis untuk keluar ke mana-mana.Sekalipun untuk bercuti bersama keluarga atau teman-teman tentunya terasa amat rindu sekali.
Kalau dah rindu, apa yang patut kita buat ye? Okay sis kongsikan apa yang perlu dibuat bagi mengubati kerinduan untuk pergi bercuti.
1. Buka Balik File Gambar-Gambar Percutian
Cuba buka file percutian dan tengok balik gambar-gambar. Sambil tu, layanlah momen-momen indah yang tercipta di sebalik gambar tersebut. Kadang-kadang bila tengok-tengok balik, mana-mana terkena momen-momen yang lucu, boleh buat kita tergelak sendiri.
Baca Juga: Kisah Gajah-Gajah Comel Mandi Di Kuala Gandah
2. Baca Buku/Info Tentang Percutian
Membaca buku atau maklumat yang memaparkan kisah atau gambar-gambar menarik tentang tempat-tempat percutian menarik juga boleh memancing imaginasi kita untuk ke sana.
Bila keadaan sudah betul-betul reda, dan kita sendiri yakin untuk menikmati momen-momen indah percutian itu tanpa rasa ragu atau takut-takut, ada rezeki yeaaahh... kita akan menjejakinya. Berangan itu percuma, so apa ada kisahpun kalau kita berangan-berangan sendiri!
3. Tengok Movie/Dokumentari Atau Layan Sosial Media Kisah Percutian
Kalau rasa rindu sangat nak travelling, saja nak bakar semangat dan memori kerinduan tersebut dengan menonton movie/dokumentari yang memaparkan pemandangan yang cantik-cantik
Tak pun ‘layan’video influencer ataupun youtuber yang suka jenjalan. Bila tengok atau layan gambar-gambar cantik tu hati kita pun terbuai-buai perasaan lah hahaha… hahaha…
Baca Juga: Jom Ke Aquaria KLCC
4. Throwback…. Posting Kat Media Sosial
Tak ada masalah pun kalau nak edit dan post balik gambar-gambar atau video lama-lama yang masih ada dalam simpan sewaktu pergi bercuti dahulu.Mungkin dengan cara itu, kita boleh berkongsi semula kenangan atau pengalaman percutian tersebut.
Baca Juga: Mengimbas Kenangan Percutian Di Pulau Pangkor
5. Capture Pemandangan Matahari Terbit Dan Tenggelam
Kena gigihlah sikit cara spot menarik untuk menikmati sunsrise ataupun sunset. Maybe dengan cara itu sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan untuk traveling.
Itulah antara tips yang boleh mengubati kerinduan bagi geng yang takut-takut nak bercuti macam sis. Harap bermanfaat!
Jumpa lagi
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Credit Images: pexels.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2021/12/rindunya-nak-bercuti-tapi-takut-jom.html