Pemulihan Ekonomi Selepas Pkp Ambil Masa Panjang Azmin


Oleh Ahmad Suhael Adnan Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. KUALA LUMPUR: Gesaan untuk kerajaan melaksanakan perintah berkurung sepenuhnya bagi mengekang penularan gelombang ketiga COVID-19, perlu dipertimbang bersama-sama dengan beberapa strategi lain.
Ia berikutan pemulihan ekonomi pasca perintah berkurung akan mengambil masa lama untuk kembali mencatatkan pertumbuhan positif, seperti selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac tahun lalu.
Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata alternatif lain antaranya kerajaan boleh mempertimbang untuk memperketatkan prosedur 
"Cadangan lain termasuk memperketat SOP majlis sosial serta mengekalkan larangan rentas negeri.
"Walau apa pun, gesaan utama adalah untuk perniagaan yang sebelum ini mematuhi peraturan kembali beroperasi, namun dengan SOP yang lebih ketat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohamed Azmin berkata, kadar pertumbuhan ekonomi yang perlahan pasca PKP tahun lalu, menepis tanggapan kononnya ekonomi akan kembali pulih dalam sekelip mata selepas perintah berkurung itu ditamatkan.
Hakikatnya, kata Mohamed Azmin, ekonomi negara bukan beroperasi dalam mod 'suis tutup dan buka', sebaliknya pemulihan ekonomi akan mengambil masa yang panjang.
Katanya, Malaysia mencatatkan penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga -17.1 peratus pada suku kedua tahun lalu ketika PKP dilaksanakan, namun berjaya meningkatkannya kepada -2.7 peratus pada suku ketiga menerusi pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM320 bilion.
"Walaupun ia menunjukkan keberkesanan pakej rangsangan itu, perlu diingatkan ia masih memerlukan sekurang-kurangnya satu suku tahunan lagi atau lebih, sebelum pertumbuhan ekonomi kembali positif.
"Ini menunjukkan walaupun usaha pemulihan ekonomi yang bersungguh-sungguh, ia tetap mengambil masa yang panjang untuk ekonomi kembali positif selepas PKP ditamatkan," katanya.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin menekankan kepentingan libat urus dan pemerkasaan komuniti untuk mengatasi penularan COVID-19 kerana pandemik itu bermula dan tersebar dalam komuniti, sekali gus penyelesaiannya adalah menerusi sikap, penyesuaian diri dan pematuhan oleh masyarakat.
"Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengakui sokongan kukuh dan kerjasama oleh industri dan rakyat dalam pemulihan dan kestabilan ekonomi ketika pandemik COVID-19.
"Sinergi awam-swasta-rakyat adalah tawaran nilai penting dalam pembangunan negara dan perlu diterima semua pihak," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/pemulihan-ekonomi-selepas-pkp-ambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Sanggah Pakar Ekonomi Kata Darurat Tak Jejas Keyakinan Pelabur

Azmin Sanggah Pakar Ekonomi Kata Darurat Tak Jejas Keyakinan Pelabur

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 264 hits
Walaupun banyak pakar ekonomi berpendapat pelaksanaan darurat akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap Malaysia Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali yakin keadaan sebaliknya akan berlaku Beliau berkata pelaksan...
Terimalah Hakikat Kerajaan Yiddin Tiada Majoriti Kedutaan Beri Amaran Pkp Darurat Akan Lumpuhkan Ekonomi

Terimalah Hakikat Kerajaan Yiddin Tiada Majoriti Kedutaan Beri Amaran Pkp Darurat Akan Lumpuhkan Ekonomi

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 283 hits
NORMAN RADZUAN Hari ini pelbagai komen dari kedutaan di negara ini yg mengatakan tindakan darurat akn membuat ekonomi negara merudum dan byk syarikat besar dan kecil akn ditutup Ia sgt2 membimbangkan kata mereka Mereka meragui atas dasar ke...
Pkp Kurang Kesan Buruk Ekonomi Prof Noor Azlan

Pkp Kurang Kesan Buruk Ekonomi Prof Noor Azlan

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 425 hits
Oleh Medan Selera Presint 16 Putrajaya lengang berikutan pelaksanaan PKP Foto NSTP LUQMAN HAKIM ZUBIR KUALA LUMPUR Ekonomi negara tidak terlalu terjejas walaupun Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan semula di beberapa negeri sejak Rab...
Risau Badan Naik Masa Pkp Jom Buat 7 Senaman Mudah Ini Di Rumah Untuk Kekal Fit

Risau Badan Naik Masa Pkp Jom Buat 7 Senaman Mudah Ini Di Rumah Untuk Kekal Fit

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 527 hits
Lebih lebih lagi bila Perintah Kawalan Pergerakan baru saja diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu Sudah pasti kita tidak dapat melakukan aktiviti beriadah di luar gara gara prosedur operasi standard SOP
Risiko Ekonomi Tidak Seburuk Pkp Pertama

Risiko Ekonomi Tidak Seburuk Pkp Pertama

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 251 hits
Oleh Anggota polis dan anggota tentera memeriksa kenderaan orang awam ketika membuat Sekatan Jalan Raya di Putrajaya berikutan pelaksanaan PKP bagi mengurangkan penularan wabak COVID 19 KUALA LUMPUR Risiko penurunan pertumbuhan ekonomi susu...
Pkp Perlu Imbangi Ekonomi Dan Kesihatan Ismail Sabri

Pkp Perlu Imbangi Ekonomi Dan Kesihatan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 309 hits
BH ONLINE Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob FOTO BERNAMA KUALA LUMPUR Keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua dengan memberi kelonggaran tertentu terutama bagi sektor ekonomi adalah sesuatu yang sukar tetapi...
Tutup Ekonomi Secara Menyeluruh Selepas 4 Februari Kalau Kes Covid 19 Terus Melonjak

Tutup Ekonomi Secara Menyeluruh Selepas 4 Februari Kalau Kes Covid 19 Terus Melonjak

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 299 hits
FAZLI RADZIKerajaan berhasrat mengumumkan penutupan ekonomi secara menyeluruh selepas 4 Februari sekiranya kes jangkitan Covid 19 terus melonjak Kemungkinan itu terkandung dalam surat oleh CEO Dewan Perniagaan Eropah Malaysia Sven Schneider...
Pkp Lebih Ketat Bermula 4 Februari Seluruh Sektor Ekonomi Ditutup

Pkp Lebih Ketat Bermula 4 Februari Seluruh Sektor Ekonomi Ditutup

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 298 hits
January 24 2021 4PUTRAJAYA sedang mempertimbangkan untuk menutup seluruh sektor ekonomi sekiranya kadar jangkitan Covid 19 di negara ini tidak menurun selepas 4 Februari kata Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah Malaysia dalam sura...
Negara Bakal Berdepan Kemelesetan Susulan Pkp Kata Ahli Ekonomi

Negara Bakal Berdepan Kemelesetan Susulan Pkp Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 292 hits
Pakar ekonomi Yeah Kim Leng berkata perintah kawalan pergerakan dijangka melemahkan perbelanjaan pengguna PETALING JAYA Negara dijangka mengalami kemelesetan ekonomi hingga suku tahun kedua kesan daripada perintah kawalan pergerakan kata se...
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Larangan Ke India

Rasa Gementar Juga Bila Pertama Kali Kena Hantar Cikcha Balik Ke Nilai

Resepi Mi Kuah Daging

Apakah Rafizi Senasib Dengan Ghafar Baba

Membazir Beli Magnetic Eyelash

Yang Tumbuh Selepas Hujan