Rinching Terrace Menawarkan Taman Perkahwinan Paling Eksklusif Selesa Tersendiri Di Bangi
Perkahwinan adalah sekali seumur hidup kita. Jadi semestinya bakal-bakal pengantin di luar sana mahukan majlis perkahwinan yang cukup meriah. Tambah sekarang nak buat majlis perkahwinan mesti cari pakej serba lengkap dari tempat kenduri, katering, fotografi, busana pengantin dan lain-lain lagi. Sekarang mudah jer nak dapatkan semua pakej ini dengan suasana yang menarik dan harga yang berpatutan.
Pada Ahad baru-baru ini mama di jemput untuk menghadiri Majlis Pra Pelancaran Rinching Terrace Wedding Events di Rinching Hilir Kajang. Lokasi Rinching Hilir ini adalah lokasi paling strategik antara Bangi dan Kajang. Untuk pengetahuan semua, Rinching Terrace ini merupakan lokasi terbaru untuk mengadakan majlis perkahwinan eksklusif atau sebarang acara social dan korporat. Lokasi ini dihubungkan dengan Lebuh Raya Utara Selatan iaitu keluar melalui tol Bandar Mahkota, Bangi dan hanya 10 minit memandu dari Bangi Golf Resort
Rinching Terrrace telah mengalami transformasi daripada hanya sebuah kawasan hutan terbiar kepada sebuah taman subur menghijau yang eksklusif, selesa dan tersendiri. Jadi ia mampu menjadi lokasi yang sempurna untuk sesebuah majlis perkahwinan impian. Berlatar belakangkan alam semulajadi dengan lanskap taman indah dan unik serta diinspirasi daripada rekaan taman hidup dan lanskap alam semulajadi yang nyaman. Jadi tidak hairan lah Rinching Terrace ini boleh dijadikan lokasi eksklusif yang mampu memuatkan sehingga 1500 tetamu dalam satu majlis. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap dan persekitaran yang selesa serta pemandangan yang menakjubkan
Rinching Terrace menyediakan 3 lokasi utama untuk pelanggan memilih salah satu atau ketiga-tiganya sekali iaitu Rinching Terrace Glass House, Khemah Agam (Marquee Tent) dan Taman Terbuka (Garden). Sebaik sahaja pengunjung melangkah masuk dari pintu gerbang Rinching Terrace ini, korang akan disambut oleh barisan pohon "Orange Jessamine" gergasi dan "Tree Man" yang ditanam di sekitar Rinching Terrace Glass House ini. Rinching Terrace Glass HouseGlass House merupakan sebuah banglo dua tingkat berdinding kaca yang berfungsi sebagai dewan utama dan mampu memuatkan 250 tetamu dalam satu majlis. Uniknya banglo ini ialah ia kelihatan seperti satu tingkat dari pandangan hadapan tetapi jika anda pandang dari sisi belakangnya, sebenarnya banglo ini mempunyai tingkat bawah yang menghadap taman. Dari segi konsep interior, Glass House menampilkan dekorasi ringkas dan moden. Lampu chandelier bulat diletakkan di ruang tengah bagi memberikan kesan mewah dan diimbangi dengan penataan lampu-lampu LED yang ringkas di seluruh silingnya.
Berada di dalam Glass House ini pasti membuatkan anda teruja kerana anda dapat menikmati limpahan cahaya semulajadi di luar dengan pemandangan indah di sekeliling tanpa anda perlu risau tentang panas dan hujan kerana semua dindingnya kaca. Bagi menambah lagi kesan natural, lantai Glass House dipasang dengan kemasan kayu berlaminate. Bertentangan dengan pintu masuk, sebuah pelamin sudah tersergam indah untuk meraikan kehadiran para tetamu. Istimewanya pelamin ini, latar belakang dinding kaca tidak ditutup. Ertinya pengantin bersanding di pelamin dengan berlatar belakangkan alam semulajadi. Menarik bukan
Pelamin tersedia mengikut pakej yang ditawarkan dengan beberapa pilihan rekaan. Bagi yang memilih pakej platinum, pelamin ini boleh diubahsuai rekaannya mengikut cita rasa tersendiri. Rinching Terrace Glass House juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan bunyi untuk memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis anda ke tahap yang lebih berprestij.
Terlindung di bahagian bawah banglo ini ialah dua buah bilik iaitu bilik pengantin dan bilik rehat. Bilik pengantin yang luas dan selesa dilengkapi dengan kabinet baju, meja solek, katil, penghawa dingin dan bilik air bina dalam. Manakala bilik rehat yang selesa disediakan untuk keluarga pengantin atau keluarga pihak sebelah yang datang bertandang. Bilik ini lengkap dengan sofa, kabinet, meja sisi, karpet dan penghawa dingin. Terdapat juga tandas lelaki dan perempuan serta surau untuk para tetamu di bahagian ini
Khemah Agam (Marquee Tent) Khemah agam terletak di sebelah kiri Glass House dan bertentangan dengan Taman Terbuka. Khemah ini dikhaskan untuk para tetamu menikmati juadah yang disediakan sewaktu majlis berlangsung dan mampu memuatkan 400 tetamu dalam satu masa. Secara umumnya, majlis akan berlangsung serentak iaitu di dalam khemah untuk para tetamu dan Glass House untuk acara makan beradap dan bersanding.
Tetamu yang selesai menikmati hidangan dan ingin menyaksikan pengantin bersanding bolehlah singgah di Glass House. Bagaimanapun, tidak menjadi halangan jika anda juga ingin memasang pelamin dan bersanding di sini. Sebarang pengubahsuaian pakej bolehlah dibincangkan dengan pihak Rinching Terrace. Dari khemah, anda boleh menyusuri trek sebelum menuruni tangga untuk ke taman terbuka berhampiran
Taman Terbuka (Garden) Terletak di bahagian belakang khemah dan Glass House, taman terbuka ini memberikan impak suasana persis alam hijau nan damai lagi mengasyikkan - sesuai untuk majlis perkahwinan atau sebarang acara keraian. Ruang taman terbuka ini mampu memuatkan sehingga 1000 tetamu dalam satu majlis. Pelanggan boleh mengadakan majlis tanpa mengira waktu – siang atau malam. Lebih indah bila dipasang ‘fairylights’ dan kanopi lut sinar. Turut disediakan ialah sebuah binaan pentas kekal sebagai tapak pelamin atau untuk acara sosial.
Majlis pasti lebih bermakna jika diadakan di sini kerana taman ini dihiasi dengan pelbagai pohon hiasan menarik yang antaranya merupakan kegemaran peribadi pemilik lokasi ini. Bukan itu sahaja, pengantin juga akan dihiburkan dengan kicauan unggas, desiran pancuran air nan lunak, dan angin sepoi-sepoi bahasa yang memberikan rasa segar, damai, nyaman, tenang dan bahagia. Pastinya akan membangkitkan hormon oksitosin (hormon cinta) buat pasangan raja sehari
Tawar Pakej Lengkap dan Menarik
Rinching Terrace merupakan pusat sehenti perkahwinan dengan menawarkan pakej lengkap yang terdiri dari lokasi, katerer, pelamin, persalinan pengantin dan fotografi. Pendek kata, anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari pakej yang terbaik kerana semuanya telah tersedia untuk anda.
Rinching Terrace menyediakan tiga pakej istimewa yang berpatutan untuk para pengantin iaitu : Pakej Silver – Marquee Tent Only RM38,800 untuk 1000 tetamu.Pakej Gold – Glass House & Marquee Tent (2 Halls) RM44,800 untuk 1000 tetamu.Pakej Platinum - Glass House & Marquee Tent (2 Halls) RM51,800 untuk 1000 tetamu dengan lebihan menu dan pelamin serta busana eksklusif dan terbaru.
Tidak lengkap sesebuah majlis perkahwinan dengan menu nasi minyak yer tak. Oleh itu, Rinching Terrace terdiri daripada katerer dan food & baveranges dari rakan rasmi eksklusif iaitu Afkar Katering (@afkar_katering). Katering ini telah berkecimpung dalam industri perkahwinan dan begitu terkenal dalam dunia katering. Pada hari pelancaran tersebut, kami berpeluang untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah menarik
Antara menu yang menjadi tarikan penggunjung adalah Nasi Briyani, Nasi Daging, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Pajeri Kedondong, Masak Lemak Pisang + Ikan Bilis, Mee Kari, Soto dan paling istimewa Kambing Golek. Semua makanan enak-enak dan lazat yer. Memang gerenti puas hati dengan masakan dari Afkar Katering
Selain dari katering, Rinching Terrace juga mempunyai penata rias pelamin, pereka busana, juru mekap, dan fotografi & videografi. Mereka ini juga rakan rasmi Rinching Terrace iaitu SASES (@sases.official) dan Miezipro (@miezipro). Jadi penganting jangan bimbang kerana pada hari istimewa akan diuruskan oleh mereka yang professional. Ibu bapa pengantin hanya menyambut tetamu yang hadir sahaja
Sempena majlis pra pelancaran, Puan Dhiya Dhamirah berkata Rinching Terrace menyediakan promosi eksklusif iaitu diskaun hampir RM10,000 jika pelanggan membuat tempahan pada pada hari tersebut. Bermula pada hari pra pelancaran, Rinching Terrace turut menerima tempahan mulai Januari 2020 dan seterusnya. Pelbagai rancangan yang bakal diadakan sekitar Rinching Hilir seperti pembinaan homestay bagi memudahkan keluarga pengantin yang datang dari jauh untuk menginap di situ.
Saksikan video perkahwinan di Rinching Terrace dari Fotografi & Videografi Miezipro yang cukup eksklusif
Terima kasih kepada pihak Rinching Terrace telah menjemput mama, rakan blogger dan media untuk prebiu eksklusif pra pelancaran Rinching Terrace Wedding & Events ini. Bagi pengunjung atau bakal pengantin yang sedang mencari lokasi untuk majlis perkahwinan bolehlah memilih Rinching Terrace ini kerana lokasi sempurna untuk sebuah majlis perkahwinan impian anda. Rancang perkahwinan dan buatlah pilihan pakej perkahwinan istimewa yang berpatutuan di Rinching Terrace Wedding & Events
Untuk maklumat lanjut boleh layari :-
RINCHING TERRACE WEDDING & EVENTSRinching Hilir43500 Kajang, Selangor
Telefon : 019-390 8527Email :
[email protected]Instagram :-Rinching Terrace : www.instagram.com/rinching.terraceKatering : www.instagram.com/afkarkateringFotografi & Videografi : www.instagram.com/mieziproBusana & Pelamin : www.instagram.com/sases.official
Love,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mamajue.com/2019/12/rinching-terrace-menawarkan-taman.html