Rinching Terrace Lokasi Perkahwinan Yang Eksklusif Dan Cantik Menawarkan Pakej Perkahwinan Yang Menarik
hai assalammualaikum
Rinching Terrace Lokasi Perkahwinan Yang Eksklusif Dan Cantik - Perkahwinan merupakan antara detik terindah dalam kehidupan seseorang. Ada ke yang tengah merancang perkahwinan, dan masih mencari dimanakah lokasi terbaik yang boleh dijadikan tempat untuk mangadakan majlis resepsi? Ni ada satu tempat yang sesuai untuk bakal pengantin membuat majlis perkahwinan dan mengumpul kaum keluarga dan kenalan untuk sama-sama meraikan hari bahagia korang. Paling penting ia dapat memberikan keselesaan kepada tetamu yang datang.
Rinching Terrace Lokasi Perkahwinan Yang Eksklusif Dan CantikLagi best kalau tempat tu luas, cantik pemandangan dan persekitaran, yela, tetamu dan pengantin boleh bergambar, merakam detik indah untuk dikongsikan sesama sendiri di samping disimpan sebagai memori istimewa. Lokasi perkahwinan yang menarik yang nad maksudkan , ialah di Rinching Terrace Bangi. Terletak di lokasi yang paling strategik antara Bangi dan Kajang dihubungkan denagn Lebuh Raya Utara Selatan iaitu keluar melalui tol Bandar Mahkota, Bangi dan hanya 10 minit sahaja dari Bangi Golf Resort. Tempat ni masih baru sahaja dibina, dari kawasan hutan terbiar yang kosong telah dibangunkan menjadi lokasi yang menarik, eksklusif untuk majlis perkahwinan.
Tempat ni sangat menarik, sebab nad masuk je, keliling dia dipenuhi dengan landskap taman yang menghijau, indah dan unik. Kawasan yang dibangunkan ini dipenuhi dengan rumput asli dan pokok-pokok yang telah berusia ratusan tahun. Antara pokok yang ditanam ialah pokok kemuning ( orange jassamie ) yang berusia lebih 100 tahun dan pokok 'tree man'. Di samping itu, terdapat pancuran air untuk menambah kesan dramatik dan irama alam semulajadi. Memang sanagt menarik kan landskap dekat sini. Tempat ni hanya separuh sahaja siap, lagi separuh akan siap awal bulan januari 2020. Kalau tengok tempatnya bertingkat dan bercerun, memang sangat cantik dan takda di amna-mana lokasi.
Tiga Tempat Utama Di Rinching Terrace
Setakat ni ada 3 tempat yang ada di Rinching Terrace iaitu Rinching Terrace Glass House, Khemah Agam ( Marquee Tent ) dan Taman Terbuka ( Garden ). Bagi mereka yang ingin menjalankan majlis di sini, boleh pilih sama ada ketiga-tiga tempat atau salah satu sahaja.
Meh nad cerita details setiap tempat
1) Rinching Terrace Glass House
Bila korang masuk ke pintu masuk Rinching Terrace, dah boleh nampak Glass House ni. Kalau korang nampak, Glass House ni seperti satu tingkat, tapi sebenarnya ia sebuah banglo dua tingkat berdinding kaca sebagai dewan utama. Mampu memuatkan 250 tetamu dalam satu majlis.
Tengok dekorasi dalamnya sangat cantik, menampilkan dekorasi ringkas dan moden. Ada lampu chandelier bulat diletakkan di ruang tengah bagi memberikan kesan mewah dengan penataan lampu-lampu LED yang ringkas diseluruh siling. Bila ada Glass House ni takdelah risau tentang panas dan hujan, lagi dengan lantai kayu laminate memang tempat ni nampak eksklusif.
Bayangkan, bila anda membuat perkahwinan di sini, dengan pelamin tersergam indah di dalam Glass House. Masuk je, terus nampak pelamin yang direka mengikut citarasa sendiri, memang woww tau. Istimewanya, pelamin dengan latarbelakang kaca yang tidak ditutup dengan mengadap pemandangan alam semulajadi gitu.
Bahagian bawah banglo ini mempunyai dua bilik iaitu bilik pengantin dan bilik rehat. Bilik pengantin memang sangat luas, siap dengan kabinet baju, meja solek, katil, penghawa dingin dan bilik air. Bilik rehat juga lengkap dan selesa untuk keluarga pengantin.
Tandas dan surau pun ada, jadi memang lengkap semuanya.
2) Khemah Agam ( Marquee Tent )
Khemah Agam ni terletak di sebelah Glass house dan bertentangan dengan Taman terbuka. Khemah ni untuk tetamu yang datang menikmati juadah yang disediakan sewaktu majlis berlangsung. Khemah ini mampu memuatkan 400 tetamu dalam satu masa.
Macam nad kata tadi, korang boleh pilih salah satu tempat untuk buat majlis. Kalau pengantin tak ambil Glass House, pengantin boleh ambil Khemah Agam ni sahaja. Dekat sini boleh dipasang pelamin dan bersanding di sini. Sebarang pengubahsuaian pakej boleh dibincangkan dengan pihak Rinching Terrace.
Jangan risau ok..hehee..Mana tau bajet korang cukup untuk dekat Khemah Agam je.
3) Taman Terbuka ( Garden )
Hah, tempat ni yang membuatakn nad rasa kawin semula je denagn suami..hahaaa. Cantik sangat denagn tempat terbuka dekat taman macam ni. Taman terbuka ni di sebelah Khemah Agam. Memang sesuai untuk majlis perkahwinan atau sebarang acara keraian. Buat majlis akad nikah pun best ni..hehee. Trend sekarang kan..
Ruang taman terbuka ni mampu memuatkan sehingga 1000 tetamu dalam satu majlis. Boleh buat majlis tanpa mengira waktu, siang atau malam. kalau rasa ank pasang kanopi, boleh je, sebab pihak diaorang akan memasang khemah jenis lutsinar denagn lampu 'fairylights'..cantik giler kan, lagi kalau waktu malam.
Aduh!!, nad pulak yang terbayang..hahaa. Indah sangat majlis dengan konsep macam ni. Ada hiasa pokok yang menarik, kicauan unggas, desiran pancuran air, dan angin sepoi-sepoi bahasa yang memberikan rasa segar, damai, nyaman, tenang dan bahagia.
Boleh Buat Pelbagai Majlis di Rinching Terrace
Bestnya, dekat sini bukan majlis perkahwianan sahaja , malah boleh buat majlsi harijadi, atau majlis acra sosial dan korporat.
Eksklusif Untuk Majlis Anda, Satu Hari Satu Majlis
Bila dah tempah, tempat ni akan menjadi tempat anda sahaja, maksudnya seluruh kawasan ini akan menjadi eksklusif unruk majlis anda dan tak perlu berkongsi dengan tetamu lain. Hanya ada satu majlis pada satu masa sahaja!! Bagus kan macam ni, takperlu risau tentang keselamatan dan keselesaan.
Ruang Parkir Yang Sangat Luas
Tempat parking dekat sini memang luas dan tak perlu risau dengan jalan kotor ke apa. Sebab jalan dekat sini ditar. Jadi selamat untuk perempuan yang berkasut tumit tinggi, yang bawak stroller, warga emas dan orang kurang upaya.
Tawaran Pakej Menarik Rinching Terrace
Rinching Terrace merupakan pusat sehenti perkahwianan denagn menawarkan pakej lengkap terdiri daripada lokasi, katerer, pelamin,persalinan pengantin dan fotografi. Senang cerita, semuanya ada disediakan oleh pihak Rinchiing Terrace dan tak perlu bersusah payah cari lain. Memang mudahkan pengantin. memnag elok dapatkan pakej terus.
Ada tiga pakej istimewa yang berpatutan untuk para pelanggan iaitu
1) Pakej Silver - Marquee Tent only RM38,800 untuk 1000 tetamu
2) Pakej Gold - Glass house dan Marquee Tent ( 2 halls ) RM44,800 untuk 1000 tetamu
3) Pakej Platinum - Glass House dan Marquee tent (2 Halls ) RM51,800 untuk 1000 tetamu denagn lebihan menu dan pelamin serta busana eksklusif dan terbaru.
Promosi Eksklusif
Berita baik sempena majlis pra pelancaran, Rinching Terrace telah menyediakan promosi eksklusif iaitu diskaun hampir RM10,000 sekiranya, anda membuat tempahan pada hari ini. Cepat, cepat grab promo ni..Bakal pengantin di luar sana..
Rinching Terrace Bekerjasama Dengan Rakan Niaga Yang Terbaik Dan Professional
Bagi sesuatu majlis, kalau boleh, kita nak majlis kita berjalan denagn lancar dan apa yang kita kehendaki ditunaikan dengan baik. Korang jangan risau, rakan niaga yang dipilih Rinching Terrace sangat bagus dan sudah lama berkecimpung dalam industri perkahwinan dan pengurusan acara.
Tiga rakan niaga rasmi eksklusif yang dipilih Rinching Terrace iaitu Afkar Catering ( @afkar_katering ), Miezipro ( @miezipro ) dan SASES ( @sases.official )/
Mereka ini begitu terkenal dengan reputasi servis mereka yang terbaik dan telah berpengalaman menjayakan acara yang melibatkan ramai VVIP.
Ini antara koleksi baju pengantin dari SASES. Mereka ialah Saiful dan Syukri. Apa yang nad terpegun, dua orang pereka ni, sebelum menajdi pereka baju pengantin, sorang adalah engineer dan sorang technology. Jadi disebabkan minat berniaga, mereka cuba menceburi bidang baju pengantin ni. Alhamdulillah, sudah 5 tahun mereka dalam industri ini. Mereka boleh membuat baju pengantin mengikut kehendak pelanggan atau jika pelanggan takda idea, mereka boleh bagi pendapat.
Ni pula antara gambar yang dan video yang diambil oleh Miezipro. Dalam perkahwinan atau apa sahaja majlis, mestilah nad ada kenangan kan. Wajib ambil photographer untuk mengambil gambar kawin kita. Kalau ada video lagi best kan. Hah, Miezipro ni ni terbaik.
Ni video yang mereka ambil. Smooth dan cantik je kan.
Korang akan dapat album dengan depannya jenis kaca. Semua ni dah masuk dalam pakej tadi.
Ni pulak antara menu yang dihidangkan oleh Afkar Katering. Nad dah rasa semua, memang sedap sangat. Ada nasi minyak, nasi daging, lauk pauk yang pelbagai, soto, mee kari, dessert, buah, dan air.
Kambing golek...yummy..
Makanan beradap dan tetamu vvip..
Untuk maklumat lanjut:
Rinching Terrace
Rinching Hilir, 43500 Kajang, Selangor.
Tel: 019 390 8527
Email:
[email protected]Instagram; https://www.instagram.com/rinching.terrace/
Waze: Rinching Terrace Wedding & Events
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2019/12/rinching-terrace-lokasi-perkahwinan.html