11 Taman Tema Air Paling Popular Di Malaysia Pada Musim Cuti Sekolah Ini


Taman Tema Air Di Malaysia Yang Paling Popular Musim Cuti Sekolah. Apabila tiba cuti sekolah, inilah masanya untuk anak-anak dan ibu bapa bersuka ria bersama. Namun apalah erti sesebuah percutian tersebut bagi anak-anak jika ianya tidak melibatkan keseronokan di taman tema air.
BACA: Top 10 Tempat Menarik Paling Popular Di Malaysia
Kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda semua 8 taman tema air yang terdapat di Malaysia. Dari taman tema air yang anda pernah dengar atau pergi sehinggalah yang anda tidak tahu akan kewujudannya. Apa yang penting ialah anda sekeluarga dapat berseronok bermain air bersama.
The Carnivall Water Park
Carnivall Water Park merupakan taman tema air yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Ianya merupakan sebahagian daripada Cinta Sayang Resort yang menjadi pilihan penginapan para ibu bapa yang bercuti membawak anak-anak mereka ketika cuti sekolah ke Kedah.

Antara tarikan yang terdapat di sini adalah Tornado Twist, Tsunami Wave, Mushroom Fall, Boomerang Fall, Splash Mansion dan banyak lagi. Bukan itu saja, para pengunjung juga berpeluang untuk menunggang kuda yang juga terletak di dalam kawasan water park ini.
Alamat: Persiaran Cinta Sayang | Cinta Sayang Resort, Sungai Petani 08000
Desaru Coast Adventure Waterpark
Desaru Coast Adventure Waterpark merupakan salah satu taman tema air terbesar didunia. Terletak di Bandar Penawar, Johor, ianya merupakan sebahagian daripada Desaru Coast Resort.

Dibahagikan kepada 4 zon yang berbeza, ianya terdapat 13 tarikan buat seisi keluarga. Antara tarikan tersebut ialah Tidal Wave Beach, Kids Ahoy, Riptide, Kraken’s Revenge, Beachside Cabanas, Surf wall, Wild Whirl, Super Twister, The Tempest, Penawar Falls, Penawar Rivers dan pelbagai lagi.
Alamat: Desaru Coast Adventure Waterpark, Persiaran Pantai, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor, Malaysia
Marina Water Park
Marina Water Park ini terletak di Lumut, Perak. Sama seperti Carnivall Waterpark, ianya juga sebahagian daripada Resort Marina Cove yang berkeluasan 80 ekar. Anda perlu menempah bilik di resort tersebut terlebih dahulu sebelum dapat mandi di taman tema air secara percuma.

Taman tema air yang terletak berhadapan dengan kawasan pantai ini menempatkan beberapa tarikan air seperti taman permainan air kanak-kanak dan gelongsor air. Ditiup angin, sambil berseronok serta menikmati pemandangan indah, sudah semestinya tempat idaman ibu bapa membawa anak-anak mereka bercuti bersama.
Alamat: Marina Cove Resort, Jalan Teluk Batik, 32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan
Tiram Indoor Water Park
Bagi ibu bapa yang tidak mahu kulit anak mereka menjadi gelap akibat terdedah dengan cahaya matahari, taman tema air ini amat sesuai dengan anda sekeluarga. Tiram Indoor Water Park ini terletak di tingkat bawah pusat membeli belah Today’s Mall di Johor.

Kolam renang bertema yang berkeluasan 26,000 kaki persegi ini, terdapat banyak pelampung, bot dan gelongsor untuk anak-anak anda menikmati keseronokan yang maksima. Jadi anda tidak perlu risau akan keselamatan anak-anak anda.
Alamat: LG, Today’s Mall, Jalan Kota Tinggi, 81800 Ulu Tiram, Johor.
Melaka Wonderland Theme Park & Resort
Terletak berhadapan dengan Zoo Melaka, Melaka Wonderland Theme Park & Resort ini juga dikelilingi oleh hutan semula jadi yang bekeluasan 360 hektar. sambil berseronok dengan pelbagai tarikan yang ada di sini, anda juga dapat menghirup udara yang segar.

Antara keseronokan yang ditawarkan di dalam taman tema air yang menggunakan 2 juta liter air ini adalah Tornado Chaser yang pertama di Malaysia, Adventure Island, Kamikaze Racer dan 1 Big Wave Pool. Wow! Pasti anak-anak anda sukakannya.
Alamat: Taman Tema Melaka Wonderland Resort, Lot 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Escape Waterplay
Bagi mereka inginkan sesuatu yang lebih thrill tetapi masih lagi mahu bermain dengan air, taman tema air, Escape WaterPlay Teluk Bahang amatlah sesuai untuk anda. Terletak di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, mempunyai tarikan gelongsor yang tinggi buat si pencinta andrenalin.

 
Anda juga berpeluang menikmati semua ini dalam suasana alam semula jadi yang sebenar kerana kawasan sekitarnya yang dipenuhi pohon rendang untuk anda berhibur sambil menghirup udara yang segar. Terdapat pelbagai tarikan buat para pengunjung di sini. Kalau nak tahu, marilah!
Alamat: 828, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Bukit Gambang Water Park
Terletak di Pahang, Bukit Gambang Water Park adalah taman tema air yang yang terpanjang, tertinggi dan terbesar di Malaysia. Antara tarikan yang terdapat di sini adalah Canopy Slide, Family Raft Ride, Crystal Slide, 6 Lanes Racer, Aqua Play, Journey of Ice, Penguin Express dan banyak lagi.

Sekiranya sehari masih tidak mencukupi untuk menikmati syurga air ini anda boleh memilih untuk menginap di bilik penginapan yang disediakannya, dengan pakej penginapan yang tertentu, anda turut boleh mendapatkan tiket masuk percuma bukan sahaja Water Park, tapi juga untuk ke Safari.
Alamat: Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang, Pahang
TS Wonderland Indoor Water Theme Park
Selain Tiram Indoor Waterpark, TS Wonderland Indoor Water Theme Park yang terletak di Kota Masai Johor ini juga sebuah taman tema air yang berbumbung. Taman tema ini dipenuhi dengan keseronokan seperti gelongsor berpusar, timba air gergasi yang mencurahkan air kepada sesiapa yang berada di bawahnya dan banyak lagi.

Tarikan lain yang disediakan di sini selain taman tema air, Space Adventure iaitu sebuah taman permainan kering yang dipenuhi dengan bola-bola kecil berwarna-warni turut tersedia. Dah penat main air, anak-anak boleh main bola pula.
Alamat: Lot 6015-C Jalan Ciku Utama 2 Taman Kota Masai 81700 Johor Bahru, Masai, Johor
Lost World Of Tambun (Lost World Water Park)
Dikelilingi oleh hutan yang menghijau dan gunung batu kapur, Lost World of Tambun adalah destinasi taman tema air yang dapat membuatkan anak anda terlupa seketika kacau-bilau hidup di kota. Jika anda bercadang untuk bercuti bersama anak-anak, pakej penginapan glamping merupakan pakej yang anda perlu pertimbangkan.

Selain itu, tarikan lain yang tersedia di sini ialah Kids Explorabay, Cliff Racer dan sungai buatan terpanjang di Asia iaitu Adventure River yang mempunyai 600 meter panjang. Pasti percutian bersama akan menjadi meriah jika anda datang ke sini!
Alamat: No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
LEGOLAND Malaysia Water Park
Legoland Malaysia Water Park adalah salah satu daripada 9 seksyen taman tema yang terdapat di Legoland Malaysia. Di bahagian taman tema airnya, terdapat hampir 40 tarikan permainan air. Antara tarikan yang ada di sini adalah Splash ‘N’ Swirl yang merupakan gelongsor terbesar di taman tema air ini, Joker Soaker, DUPLO Splash Safari, LEGO Wave Pool, LEGO Slide Racers dan banyak lagi!

40 tarikan? Ianya terlalu banyak untuk cuba satu hari. Jadi ibu bapa bolehlah menginap di LEGOLAND® Hotel yang seperti dibayangkan, dikelilingi oleh pelbagai objek yang dihasilkan menggunakan Lego.
Alamat: 7, Jalan Legoland, Medini, 79250 Nusajaya, Johor
Sunway Lagoon
Tidak lengkaplah senarai taman tema air ini jika Sunway Lagoon tidak tersenarai. Punyai pelbagai tarikan menarik diletakkan di satu tempat yang sama, belum tentu anda dapat merasainya semua.

Sudah menjadi norma taman tema air, ianya turut mempunyai gelongsor-golongsor tinggi, dan pelampung. Selain itu, tarikan yang dapat anda sekeluarga nikmati di sini adalah Wave Pool, Zambezi River & Victoria Falls, Vuvuzela, Congo Challenge, Giant Tipping Bucket, Kalahari Kids, Lake Kariba, Surf Beach dan banyak lagi. Tapi yang paling menarik di sini adalah gelongsor Vuvuzelanya yang merupakan gelongsor air tertinggi, terbesar dan tergempak di dunia.
Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Selangor Darul Ehsan
Sumber: Mai Singgah
The post 11 Taman Tema Air Paling Popular Di Malaysia Pada Musim Cuti Sekolah Ini! appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/taman-tema-air-di-malaysia-paling-popular-pada-musim-cuti-sekolah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kawasan Rantau Panjang Jadi Taman Tema Air Penduduk Seronok Main Banjir

Kawasan Rantau Panjang Jadi Taman Tema Air Penduduk Seronok Main Banjir

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 420 hits
Dalam pada menempuh musim banjir yang sehingga menjejaskan aktiviti harian nampaknya penduduk di Rantau Panjang masih lagi boleh berseronok dengan menjadikan kawasan yang ditenggelami air sebagai taman tema air Kawasan yang dijadikan taman ...
Rib Rib Holiday Menu Special Dari Tony Roma S Bersempena Dengan Musim Cuti Sekolah

Rib Rib Holiday Menu Special Dari Tony Roma S Bersempena Dengan Musim Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 391 hits
Tidak lama lagi kita bakal menyambut tahun baru dan sebagai penutup tirau untuk 2019 ni apa perancangan korang semua Semestinya korang nak celebrate dengan keluarga dan paling tidak pun dengan si dia yang tersayang Seperti yang sedia maklum...
Cuti Sekolah Sudah Bermula Berikut Adalah 5 Tempat Menarik Yang Patut Korang Kunjungi Sempena Musim Cuti Sekolah Ini

Cuti Sekolah Sudah Bermula Berikut Adalah 5 Tempat Menarik Yang Patut Korang Kunjungi Sempena Musim Cuti Sekolah Ini

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 738 hits
Sumber gambar dari GoogleSesi persekolahan sudah pun melabuhkan tirainya minggu lepas dan diikuti dengan budak budak SPM yang last paper semalam jadi korang yang mak ayah ni dah ada ke tempat ke nak bawa anak anak pergi bercuti memandangkan...
Takwim Cuti Sekolah 2020 Senarai Cuti Umum Dan Cuti Perayaan Di Malaysia

Takwim Cuti Sekolah 2020 Senarai Cuti Umum Dan Cuti Perayaan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 4532 hits
Takwim Cuti Sekolah 2020 Senarai Cuti Umum Dan Cuti Perayaan Di Malaysia Salam semua kalendar 2019 nampaknya dah sampai ke penghujung tahun Dah masuk bulan Disember dah Sekarang pun dah cuti persekolahan hujung tahun Tahun depan dah nak mas...
Rantau Panjang Dah Jadi Macam Taman Tema Air

Rantau Panjang Dah Jadi Macam Taman Tema Air

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 341 hits
Kawasan di sepanjang simpang empat lampu isyarat di Kampung Banggol Kulim ke Kompleks Imigresen Kastam Kuarantin dan Keselamatan Rantau Panjang bertukar menjadi taman tema air terbuka sejurus selepas kawasan itu ditenggelami banjir sejak se...
Pakej Istimewa Hujung Tahun Ini 7 Hotel Buat Promo Gila Gila Untuk Mak Ayah Bawa Anak Melancong Musim Cuti Sekolah

Pakej Istimewa Hujung Tahun Ini 7 Hotel Buat Promo Gila Gila Untuk Mak Ayah Bawa Anak Melancong Musim Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 713 hits
Tajuk 2 7 Hotel Terbaik Dengan Promo Tak Masuk Akal Yang Terbaik Untuk Anda Bercuti Disember Ini3 Ini 7 Hotel Local International Dengan Promosi Dan Pakej Penginapan Terbaik Untuk Anda Travel Hujung TahunBulan Disember yang sinonim dengan m...
Top 10 Tempat Menarik Paling Popular Di Malaysia

Top 10 Tempat Menarik Paling Popular Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 766 hits
Top 10 Tempat Menarik Paling Popular Di Malaysia Teringin bercuti tetapi tidak mahu pergi terlalu jauh atau berbelanja sakan Hei tiada masalah Malaysia memiliki pelbagai destinasi yang indah dan sesuai untuk percutian hujung minggu anda Dan...
Google Malaysia Memperlihatkan Terma Carian Paling Popular Sepanjang 2019

Google Malaysia Memperlihatkan Terma Carian Paling Popular Sepanjang 2019

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 343 hits
https ift tt eA8V8J Google Malaysia hari ini telah memperlihatkan terma terma carian paling popular di Malaysia sepanjang tahun 2019 dimana salah satu kategorinya ialah terma carian Diantara kategori kategori lain yang ditunjukkan termasukl...
Misi Mencari Aktiviti Untuk Cuti Sekolah

Misi Mencari Aktiviti Untuk Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 397 hits
Assalammualaikum Dunia Macam lama rasanya jejari ini tak mengetuk keyboard Rindu ini tak tertahan lagi Haaaa Marilah kita baca coretan ringkas Mencari DVD Untuk di tonton di waktu terluang Haaaa gitew Ini lah dia untuk di tonton tak tau bil...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Hawthorn Hood House By Bent Architecture In Victoria Australia

Clear Air Over Najib S Supplementary Order Anwar And Ag Told

De Fam S Popular Local Raya Tune Alamak Raya Lagi Finds Its Way To Nippon Via Social Media

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Tips For Achieving Your Saving Goals

Gunung Ruang Meletus Ini Senarai Penerbangan Mas Airasia Yang Dibatalkan