Restoran Baina Nasi Kerabu Paling Sedap Di Kuantan
Restoran Baina Nasi Kerabu Paling Sedap Di Kuantan | Hola!! Agak lama tak jalan-jalan cari makan.. Sabtu baru ni, kakak aku ajak pekena nasi kerabu dekat restoran kawan dia di Restoran Baina Nasi Kerabu, Bukit Sekilau Kuantan... Sebenarnya sebelum ni aku dah pernah dengar tentang kesedapan nasi kerabu kat restoran ni.. Adalah kawan aku bercerita tetapi belum terpanggil nak mencuba.. Bila akak aku ajak dan kasitau tu restoran kawan dia, barulah teruja sikit nak pergi.. hehe.
Nama Restoran Baina ni adalah sempena nama suami isteri owner restoran itu sendiri iaitu Abang Bai dan Kak Na... Menu utamanya ofkoslah Nasi Kerabu.. Aku ingatkan mereka hanya menjual Nasi Kerabu semata tetapi sebenarnya banyak menu lain yang disediakan.. Semua sedap-sedap weh antaranya Nasi Berlauk, Nasi Dagang, Nasi Minyak, Laksam, Laksa, Bakso, Mee Bandung dan masa aku pergi tu ada juga Kueh Teow Goreng dan Bihun Singapore.. Kuih Muih pun ada dijual ye.. Pendek kata banyak pilihan makanan di sana..
Masa sampai kedai ni, agak ramai pelanggannya.. Bila tengok ramai customer kat restoran ni, perkara pertama yang terbayang dan terfikir adalah mesti masakannya sedap... Lagilah tak sabar nak rasa menu yang ada.. Bila dilihat kepada harganya, ianya berpatutan.. Alhamdulillah.. Bolehlah ripit makan lagi kat situ.. Haha!!
Memandangkan aku datang bersama anak-anak, aku memilih untuk duduk di bahagian dalam restoran supaya bebudak ni tak panjang sangat kaki nak berlari kesana kesini.. Hehe.. Macam biasa, nak order makanan kenalah beratur untuk dapatkan makanan masing-masing.. Dekat kedai ni, nasik diisi oleh pekerja dan lauk, pelanggan boleh ambil sendiri.. Menarik tu!! hehe..
Awalnya aku nak makan nasi kerabu tetapi bila nampak aje nasi dagang, terus rembat nasi dagang.. Aku ni jenis suka bandingkan dengan kedai lain.. Yelah untuk cari kepuasan tu kena cuba banyak tempat dan bandingkan.. Hiks.. Sebelum ni dah banyak kedai aku cuba nasi dagang dan sudah pastinya aku juga ingin merasai keenakan nasi dagang kat Restoran Baina ni pula.. Sedap ke? Nak tahu kenalah cuba dulu.. Jom cuba!
Nasi Kerabu
Nasi Dagang
Kalau korang nak tahu, nasi kerabu kat sini korang boleh pilih sama ada nak nasik putih ataupun biru.. Bagi aku kalau nasi kerabu tu warna biru barulah terasa nasi kerabunya.. Betul tak? Hehe.. Tapi ada jugak yang lebih suka nasik putih.. Bukan nasi kerabu je tau tetapi nasi dagang juga korang bolen pilih sama ada nasi dagang hitam atau putih.. Ikut selera masing-masing.. Kalau nasi dagang itam ni dipanggil nasi dagang kelantan..
Bagi aku nasi dagang dia best.. Menepati citarasa aku.. Nasi kerabu aku cuba yang kakak aku sikit.. Haha.. Memang sedap.. Padanlah menjadi sebutan ramai.. Rasa dia memang umppp...!! Lain kali wajib ripit lagi... Hehe.. Encik suami pun makan nasi dagang jugak.. Masing-masing dah jumpa nasi dagang, memang itulah jadi pilihan.. Takpe nextime kita rasa nasi kerabu pulak ye.. Hiks..
Yang bebudak ni memang tak layan nak makan nasiknya, dok sibuk minum air jerk.. Si Qhaliff awal-awal lagi dah attact kuih lapis kat meja luar.. Berlari pergi ambil.. Kemain lagi.. Makan tak jugak.. huh..!! Lastnya mengadap air oren dia jugak... Si Aqiff pulak, excited dapat minum air milo.. Lahai bebudak.
Oklah, bagi korang yang ingin mencuba Nasi Kerabu paling sedap di kuantan, bolehlah cuba di Restoran Baina Nasi Kerabu ni.. Memang puashati sangat-sangat rasa dia.. Tapi harus diingat ye, mulut manusia ni tak sama.. Mungkin aku rasa sedap, tapi mulut korang rasa sebaliknya.. Itu aku tak bertanggungjawab ye.. Nak tau sedap ke idok, kenelah rasa dan nilai sendiri ye.. Aku review atas pengalaman dan rasa aku sendiri.. Bukan dari review orang lain.. Hiks.. Yang pastinya aku suka akan keenakan makanan di sini.. Korang? Aku tataw!! Ahakz..
AlamatRestoran Baina Nasi KerabuB-52, Jalan Bukit Sekilau,25200 Kuantan, Pahang
No. HP019-352 5949
Waktu OperasiKhamis - SelasaRabu (Tutup)
8.00 am - 3.00 pm
Facebook : Restoran Baina Nasi Kerabu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.leaazleeya.com/2019/12/restoran-baina-nasi-kerabu-paling-sedap-di-kuantan.html