Rider Penghantar Makanan Paling Comel Dan Peramah
Kenali Akhmal, Rider Penghantar Makanan Paling Comel Dan Peramah!
Baru-baru ini ada terbaca satu artikel di mStar berkaitan dengan rider penghantar makanan. Di dalam artikel tersebut, dikongsikan tentang seorang pemuda bernama Akhmal Abdul Rashid. Pada mulanya hanya baca sepintas lalu tetapi akhirnya baca hingga habis kerana tertarik dengan cara penampilan beliau yang sangat comel.
Akhmal menceritakan bagaimana beliau boleh membuat keputusan untuk kelihatan comel begini sebagai salah seorang rider penghantar makanan. Menurutnya, beliau telah menjadi peminat panda sejak masih kecil kerana panda ini sangat comel dan tampak selesa jika dipeluk.
Akhmal sebenarnya telah menggemari haiwan tersebut yang disifatkannya comel dan jinak, sejak di bangku sekolah. Pemuda berusia 29 tahun ini sangat suka dengan ciri-ciri pada panda dan kasih sayangnya terhadap spesies yang terancam itu membuatkan dirinya terasa semakin dekat apabila berjaya diterima berkerja sebagai salah seorang penghantar makanan (rider) di dalam syarikat Foodpanda.
Bercakap dengan mStar, Akhmal mengatakan bahawa bekerja sebagai penunggang makanan Foodpanda membuatkan hatinya terasa sangat gembira, ditambah lagi dengan logo Foodpanda itu sendiri yang turut memilih haiwan panda sebagai trademark mereka. Secara tidak langsung membuatkan Akhmal nekad dan berani untuk menghiasi dirinya dengan mainan berbentuk beruang panda, dua bulan setelah berkerja di sana.
Berpusat di Muar, Johor, dia mengatakan pada awalnya dia menggantungkan mainan di beg pemanas makanan yang diletakkan di belakang motosikalnya tetapi ia dicuri jadi beliau memutuskan untuk menggantungnya di t-shirt yang sedang beliau pakai.
Saat ini dia juga mempunyai 18 aksesori berkaitan dengan beruang panda. Dia juga akan mengenakan aksesori tersebut di badannya sepanjang tempoh dia bekerja, kecuali ketika dia mengganti baju untuk mandi dan solat.
"Saya juga merancang untuk menjahit mainan panda mini di seluar saya dan membuat kebun binatang mini di beg ransel saya," katanya yang sedang merancang untuk menambah dan mempelbagaikan lagi koleksinya.
Akhmal mengatakan bahawa dia sebelumnya membeli sepasang kasut baru dan mengambil masalah untuk mengubahnya agar kelihatan seperti cakar panda. "Tetapi sebelum saya dapat memakainya, kasut itu dicuri ketika ia sedang dikeringkan di rumah," tambahnya lagi.
Penampilan Akhmal saat sedang bertugas dengan penampilannya yang sarat dihiasi aksesori beruang panda bermula dari topi, anak patung, beg, sarung tangan hingga topeng muka, ternyata benar-benar mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata memuji kreativiti dan keberaniannya untuk tampil dikhalayak ramai dalam penampilan sebegitu.
Kehadiran rider Foodpanda tersebut turut dirakamkan oleh orang ramai dan dikongsikan mereka di media sosial sehingga membuatkan Akhmal mula dikenali sebagai seorang rider Foodpanda yang sangat comel!
Akhmal turut berkata yang dia tidak mempunyai masalah sekiranya orang awam mahu mengambil gambar atau selfie bersamanya disebabkan tarikan aksesori beruang panda yang ada pada tubuhnya.
“Ada juga yang tegur sebab nak anak patung panda saya. Jawapan saya mudah saja, saya balas dengan ungkapan maaflah ini koleksi peribadi saya. Jawapan tu dah biasa saya bagi sambil tersenyum,” katanya.
Bila melihat rider Foodpanda yang comel dan peramah sebegini, terdetik pula di hati untuk guna servis online food delivery dari pihak Foodpanda. Manalah tahu, kalau-kalau yang datang tu secomel dan seramah Akhmal.
Lagi pula, makanan yang ditawarkan di dalam website Foodpanda memang ada banyak hingga rambang mata jadinya. Seperkara lagi, variasi makanan yang ada juga sangat pelbagai terdiri dari makanan melayu tempatan, makanan cina, makanan barat, makanan menu citarasa india, minuman yang best-best termasuk juga pencuci mulut seperti kek dan lain-lain lagi.
Itu belum di kira dengan menu makanan segera seperti KFC, McDonald’s, pizza hut dan sebagainya. Pendek kata, dengan Foodpanda nak makan apa semuanya ada. Nak order untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam juga boleh! Harga yang ditawarkan pula tak adalah di tahap keterlaluan walaupun makanan yang dipesan itu dihantar sehingga ke depan pintu rumah pelanggan itu sendiri.
Moga Foodpanda terus dapat memberi peluang pekerjaan yang banyak untuk mereka yang seperti Akhmal dan semoga servis yang diberikan sentiasa dijaga supaya berada pada tahap yang baik selalu.
Sumber : mStar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kakgojes.com/2020/11/rider-penghantar-makanan-paling-comel-dan-peramah.html