Richworks Bantu Usahawan Bangkit Akibat Pandemik
Perjuangan Richworks 2021, Bantu Usahawan Bangkit Akibat Pandemik Dan BanjirPenutup tahun 2021 bukanlah semudah yang digambarkan. Pada ketika kita baru sahaja mahu berlapang dada dengan ketiadaan PKP dan rakyat kembali kepada kehidupan seperti dulu boleh keluar rumah melakukan aktiviti dan pekerjaan harian (dengan syarat kena patuhi SOP), kita dikejutkan pula dengan banjir yang sangat teruk melanda beberapa negeri di Malaysia.
Ianya bukanlah perkara yang mudah bagi sesiapun yang terlibat dengan banjir. Peristiwa banjir ini pastilah menyedihkan pada kita semua sama ada kita terlibat secara langsung mahupun tidak.Bak kata pepatah, cubit paha kiri, paha kanan terasa juga.
Jangan mengalah dan tunggu lama, begitulah tindakan yang diambil oleh Richworks dalam usaha komited untuk membantu 605,000 bangsa usahawan agar bangkit mengharungi segala kesukaran dan semoga tahun 2022 bersinar dengan lebih baik.
Bagi pihak team Richworks ini, ujian yang datang bukan untuk mematahkan semangat sebaliknya untuk menjadi lebih berani. Tidak ada apa yang tak boleh ditempuh. Ujian Allah SWT setanding dengan apa yang boleh dipikul, maka untuk berputus asa takkan sekali dilakukan.
Pengasas Richworks International Sdn Bhd (Richworks), Dato Wira Azizan Osman sendiri berusaha untuk membantu seramai mungkin usahawan agar bangkit kembali walaupun beliau sendiri berdepan dengan ujian pandemik apabila beliau bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19.
Malah, ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.
Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.
Semangat Dr Azizan ini sedikit sebanyak menambah semangat berani dikalangan usahawan lain
Richworks Beri Banyak Program Ilmu Secara Percuma!
Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.
Bukan mudah nak sediakan program percuma untuk para usahawan, dan peluang sebegini haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin.
Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.
Dan pada tahun lalu, secara keseluruhannya RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu
Program Wanita Bangkit Berniaga (WBB) - Program Kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Salah satu program Richworks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Program ini adalah dalam usaha menawarkan latihan dan bimbingan motivasi kepada para peniaga wanita dan program ini adalah kolaborasi strategik dan diberikan secara percuma
Sumbangan Sosial Richworks Untuk Masyarakat
Richworks tidak melupakan tanggung jawab sosialnya kepada masyarakat.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).
"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga
"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya
Menurut Radz (gambar), RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM 824,160 dalam ibadah korban kali ini.
Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul
Misi Pembangunan Usahawan Richworks
Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.
Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 billion.
Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 billion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).
Melalui program bimbingan Spire yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.
Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.
Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang diusahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.
Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.
Perjalanan Richworks Sepanjang Tahun 2021 Benar-Benar Mengagumkan
Kisah journey Richworks di tahun 2021 boleh lihat melalui video Youtube ini.
Sesuai dengan label Di Sini Lahirnya Usahawan Jutawan, sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).
Richworks merupakan syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.
Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia
Kalau di tahun 2020, hanya seramai sekitar 400 ribu bangsa usahawan yang mengikuti program kelolaan Richworks, manakala di tahun 2021, angka ini naik ke 605 ribu bangsa usahawan.
Ini menunjukkan penambahan yang positif di kalangan bangsa usahawan walaupun pada ketika itu kita berdepan dengan pandemik dan PKP, dan semoga di tahun 2022, lebih ramai bangsa usahawan yang akan mengambil peluang mengikuti kursus-kursus yang disediakan oleh Richworks.
Semoga Richworks terus sukses dalam usaha mereka membantu, mendidik dan membimbing para usahawan yang ingin berjaya.
Semoga juga setiap kejayaan Richworks di tahun 2021 ini dapat menjadi sumber perkongsian inspirasi kepada sesiapa sahaja yang ingin berjaya dalam bidang keusahawanan yang diceburi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrspip.com/2022/01/richworks-bantu-usahawan-bangkit-akibat-pandemik.html