Fenomena 2021 Richworks Bantu Rakyat Dan Usahawan


Cabaran Pandemik Covid19 Pada Tahun 2021 Seriuslah nak suruh buat bisnes dalam keadaan pandemik ni! Kedai tak leh buka weh, apa nya nak buat bisnes pula!
Kalau dulu kita sering dengar anasir-anasir negatif seperti itu ketika PKP dan Pandemik, RichWorks International Sdn Bhd ada penyelesaiannya. Pemasaran digital merubah kebanyakan syarikat-syarikat untuk jadi lebih besar lagi.
Ada syarikat yang telah mencapai hasil jualan jutaan ketika pandemik dan secara online sahaja. RichWorks prihatin bantu usahawan ketika pandemik untuk menaikkan dan mengembangkan bisnes mereka. Ianya terbukti apabila hasil bimbingan RichWorks telah melahirkan ramai jutawan walaupun ketika musim pandemik. 
Cabaran Banjir Di Beberapa Buah Negeri Di Malaysia Pada Tahun 2021 Habis semua barang rosak, stok bisnes tak dapat diselamatkan! Susah nak bina bisnes semula!
Ini pula kerisauan para usahawan setelah berlakunya musibah banjir akhir tahun 2021. RichWorks prihatin akan usahawan turut mencari solusi dan bantu mereka yang terkesan. Dengan kepakaran RichWorks International Sdn Bhd, RichWorks bantu rakyat dengan lebih lagi.
RichWorks International Datang Membantu Umum tahu bahawa Richworks International merupakan sebuah syarikat yang komited membimbing usahawan dengan latihan dan ilmu khususnya dari segi penjenamaan, pemasaran dan kepimpinan. Usahawan yang dilahirkan oleh Richworks adalah usahawan yang biasa-biasa akhirnya berjaya usahawan berjaya dan usahawan jutawan. 
Namun pada tahun 2021, berlakunya satu hal yang menyebabkan RichWorks komited sangat-sangat nak bantu semua usahawan dengan bakal usahawan dari segi anjuran program
percuma. Kisahnya bermula apabila Dr Azizan Osman iaitu pengasas RichWork International telah diuji dengan Covid19. 
Pengasas RichWorks sendiri hampir maut setelah disahkan doktor jika bantuan pernafasan tidak mendatangkan perkembangan yang positif. Ibu mertua Dr Azizan Osman pula telah meninggal dunia akibat Covid. Lebih menyayat hati juga, seramai 31 ahli keluarga Dr Azizan Osman telah dijangkiti covid ketika itu. 
Setelah lama bertarung dengan Covid19, Alhamdulillah masih dilanjutkan usia, Dr Azizan Osman dalam proses pemulihan. Sewaktu itu, beliau komited untuk menjalankan program dan sentiasa memikirkan usahawan yang ingin dibantu. Itu membuatkan seluruh RichWorks prihatin dan komited untuk terus berjuang memberi lebih lagi kepada usahawan.
Menjalankan Program Percuma 2021  Pada ketika itu, Richworks menganjurkan 7 program percuma dan ia dibimbing hebat oleh Dr Azizan Osman sendiri. Masa 7 hari bersamaan 98 jam itu diberikan untuk seluruh peserta yang hadir. Bukan hanya sekadar ilmu teori semata, ia adalah program untuk usahawan bangkit dan bina kekuatan. 
Hasil dari program percuma ini, seramai 605,000 usahawan telah dibantu oleh pengasas Richworks melalui 13 program keusahawanan yang ditaja oleh RichWorks International Sdn Bhd. Ramai daripada usahawan kini makin ke hadapan dan lebih berjaya, RichWorks sangat berbangga.
2. Program Diiktiraf Kerajaan
Sangat membanggakan apabila program Richworks International dilihat ramai dan mendapat tempat dalam masyarakat.  Salah satu program anjuran mereka tanda Richworks prihatin adalah Wanita Bangkit Berniaga (WBB). Program untuk RichWorks bantu rakyat ini telah disebut di dalam Dewan Rakyat dan mendapat pengiktirafan kerajaan. Syarikat RichWorks International juga menjadi rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Latar Belakang RichWorks International Jika tahu program percuma tapi tidak tahu siapa RichWorks sebenarnya pasti tidak manis. Bila dah kenal, maka baru cinta. RichWorks International Sdn Bhd adalah sebuah syarikat bimbingan usahawan dan telah beralih ke dunia digitalisasi bertahun lamanya dahulu. Mereka sangat pakar dalam bidang pemasaran atas talian dan juga offline.  Kini, mereka berpegang dengan satu visi yang sangat mengujakan para usahawan.
Visi Richworks adalah menjadi “NETFLIX” Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan dan juga menjadi penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian richworks.com kepada komuniti di seluruh pelusuk dunia menjelang tahun 2025 nanti. Konsepnya RichWorks International adalah To INSPIRE, EDUCATE & ADD VALUE.
Sebelum ini, Richworks fokus kepada seminar dan kelas online seperti Zero To Million, Nak Ubah Hidup, IMKK dan lain-lain lagi. Namun, pada masa akan datang kita sudah boleh akses video, aps dan menjadi seperti netflix menonton movie, tetapi ia adalah untuk dapatkan ilmu usahawan. Hebatkan!
Program RichWorks Bantu Ribuan Usahawan Siapa kata RichWorks ini scammer? Nampak sangat penipunya. Betapa banyak hasil usahawan berjaya dan billboard usahawan jutawan terpampang di Highway adalah hasil bimbingan mereka. 
Pada tahun 2021, jumlah keseluruhan peserta Kelas kumpulan usahawan terdekat RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 billion.
 Bagi ahli Titanium pula, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 billion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli Elite X).
Melalui kelas bimbingan Spire yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.
Richworks bantu rakyat termasuk usahawan untuk capai kejayaan perniagaan mereka. Sebanyak 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.
3. Program RichWell RichWorks Prihatin
Selain dari kelas usahawan, Richworks bantu rakyat dengan adanya pertubuhan RichWell. Ia ditubuhkan pada Julai 2021 untuk aktiviti kebajikan dan berkongsi semula bersama rakyat.  Kempen #RichWellBantu telah membantu lebih dari 2000 buah keluarga berjumlah RM 501,497.
Antara sumbangan lain dalam pertubuhan RichWell juga adalah kebajikan sumbangan kilat RichWorks prihatin sebanyak RM 500,000 disumbangkan kepada mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember. 
Di samping itu, pada program maulidur Rasul pula Richworks dan usahawan Richworks bersama-sama telah menaja 9 orang pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan RM180K. Memberi lebih baik dari menerima dan memberi manfaat sebanyak-banyaknya adalah sangat
penting dalam menjadi manusia yang terbaik. Begitu jugalah jika kita seorang usahawan, kita bukan hanya menjual, tetapi ingin memberi manfaat kepada orang lain. 
Nampaknya RichWorks bantu rakyat dan sangat prihatin dengan semua yang berlaku pada tahun 2021 . Tahniah Richworks , jadi hero semua ! Semoga usaha Richworks dan usahawan Richworks berjalan lancar , dipermudahkan urusan dan diberkati Allah SWT. Jom lihat video perjalanan RichWorks di bawah.
The post Fenomena 2021, RichWorks Bantu Rakyat Dan Usahawan appeared first on wanzawawi[dot]net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wanzawawi.net/2022/01/fenomena-2021-richworks-bantu-rakyat-dan-usahawan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Richworks Komited Bantu 605 000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Tahun 2021

Richworks Komited Bantu 605 000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Tahun 2021

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 371 hits
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Hai Pembaca semua Bonde ingin kongsikan kepada anda semua tentang RichWorks Komited Bantu 605 000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Tahun 2021 ini adalah This is a content summary only Visit my website for full...
Richworks Prihatin Perjuangan Richworks 2021 Berjaya Bantu 605k Usahawan Bangkit Semula

Richworks Prihatin Perjuangan Richworks 2021 Berjaya Bantu 605k Usahawan Bangkit Semula

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 463 hits
RichWorks Prihatin Perjuangan Richworks 2021 Berjaya Bantu 605K Usahawan Bangkit Semula l Assalamualaikum Tahun 2021 merupakan satu lagi tahun yang sukar buat semua terutama para usahawan Malaysia Tahun lepas bermula dengan isu pandemik yan...
Perjalanan Richworks 2021 Tempuh Ujian Bantu 605 000 Usahawan Untuk Berjaya

Perjalanan Richworks 2021 Tempuh Ujian Bantu 605 000 Usahawan Untuk Berjaya

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 409 hits
Assalamualaikum hai semua Sekekelip mata masa berlalu kini kita berada di tahun 2022 Apa yang berlaku di tahun 2021 banyak suka dan duka Tidak hanya pada kehidupanp personal kita tapi melibatkan negara Tahun 2021 negara kita dan kita sendir...
Richworks Bantu 605 000 Usahawan Yang Terkesan Pandemik Dan Banjir Dengan Pelbagai Usaha

Richworks Bantu 605 000 Usahawan Yang Terkesan Pandemik Dan Banjir Dengan Pelbagai Usaha

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 467 hits
Nama RichWorks sudah lama kita dengar di sana sini Nama RichWorks ini bukan baru malah sudah bertahan sejak belasan tahun lalu RichWorks merupakan sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia kh...
Perjalanan Richworks Sepanjang Tahun 2021 Dalam Usaha Membantu 60k Usahawan Bangkit Dari Pandemik

Perjalanan Richworks Sepanjang Tahun 2021 Dalam Usaha Membantu 60k Usahawan Bangkit Dari Pandemik

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 347 hits
Perjalanan Richworks Sepanjang Tahun 2021 Dalam Usaha Membantu 60K Usahawan Bangkit Dari Pandemik Sepanjang tahun 2021 pelbagai ujian dan dugaan yang perlu kita tempuhi dan menjadi ikhtibar buat kita semua Kami sekeluarga juga pernah berada...
Richworks Bantu Usahawan Untuk Bangkit Semula

Richworks Bantu Usahawan Untuk Bangkit Semula

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 683 hits
2021 kini berlalu pergi meninggalkan kita semua Pelbagai kisah suka dan duka telah rakyat Malaysia lalui bersama sama COVID 19 belum usai banjir pula menyusul pada pengakhiran tahun 2021 Namun kita sebagai hamba Nya harus menerima ujian ini...
Richworks Bantu Usahawan Bangkit Akibat Pandemik

Richworks Bantu Usahawan Bangkit Akibat Pandemik

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 394 hits
Perjuangan Richworks 2021 Bantu Usahawan Bangkit Akibat Pandemik Dan BanjirPenutup tahun 2021 bukanlah semudah yang digambarkan Pada ketika kita baru sahaja mahu berlapang dada dengan ketiadaan PKP dan rakyat kembali kepada kehidupan sepert...
Richworks Komited Bantu Rakyat Daripada Zero Kepada Millionaire

Richworks Komited Bantu Rakyat Daripada Zero Kepada Millionaire

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 1528 hits
2021 Tahun yang penuh pancaroba bagi kebanyakan rakyat Malaysia di mana Covid 19 semakin mengganas menyebabkan PKP dilaksanakan dan ramai antara kite yang kehilangan punca pendapatan Bukan tu sahaja penutup 2021 menyaksikan hampir seluruh M...
Disebalik Pandemik Dan Musibah Perjuangan Richworks 2021 Membangkitkan Mereka Yang Terkesan

Disebalik Pandemik Dan Musibah Perjuangan Richworks 2021 Membangkitkan Mereka Yang Terkesan

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 361 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi serta dirindui sekalian Tahun 2021 telah meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan dan pengalaman yang menjadikan kita lebih kuat hari...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025