Ribut Rosak 508 Rumah Di S Gor Mangsa Akan Dapat Bantuan Mb


MALAYSIAKINI

   
Kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan secepat mungkin kepada penduduk di sekitar Sabak Bernam, Sungai Besar dan Sekinchan yang terjejas akibat ribut pada malam kelmarin

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata setakat ini pihaknya telah mengenal pasti 508 buah rumah di sekitar daerah itu yang telah rosak akibat ribut berkenaan.

"Buat masa ini pejabat daerah telah menyerahkan wang bantuan awal sebanyak RM500 bagi setiap rumah dan bantuan seterusnya dijangka diserahkan paling awal dalam tempoh seminggu.

"Pada Khamis depan jawatankuasa bencana akan membentangkan kepada saya apa jenis bantuan yang perlu diluluskan mengikut jenis kerosakan yang dialami oleh penduduk yang terlibat," katanya kepada pemberita di Sabak Bernam selepas melawat rumah-rumah yang terjejas akibat ribut berkenaan semalam.

Amirudin berkata bantuan akan dihulurkan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan antaranya Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Negeri Selangor.

"Bagi mereka yang tiada di dalam senarai penerima bantuan agensi ini, kerajaan negeri akan salurkan bantuan kepada mereka menggunakan peruntukan kerajaan negeri," katanya.

Sementara itu, seorang mangsa ribut berkenaan Roslani Mohd Mokhtar, 48, berkata ketika kejadian, beliau sekeluarga sedang bersiap untuk tidur.

"Pada mulanya, saya sangkakan bunyi besi berlaga disebabkan angin kuat, tapi sangkaan saya salah bila melihat sendiri ribut menerbangkan bumbung ruang tamu.

"Dalam keadaan angin kuat dan hujan lebat, saya sekeluarga berlari keluar untuk berlindung di rumah jiran terdekat," katanya ketika ditemui.

Seorang lagi penduduk, Siti Rahnah Giman, 68, berkata, ketika kejadian dia baru melelapkan mata dan ribut yang melanda rumahnya telah menyebabkan sebahagian bumbung tercabut.

“Saya tidak jadi tidur kerana bimbang keselamatan ahli keluarga lain yang ada dalam rumah ketika itu.

“Kejadian ribut berlaku lebih 10 minit menyebabkan bumbung zink rumah saya diterbangkan angin dan disebabkan keselamatan, kami terpaksa berlindung di tempat selamat,” katanya.

Sementara itu, seorang pengusaha kelong memancing di Sabak Bernam, Anuar Hambali kerugian kira-kira RM150,000 apabila tiga daripada empat kelongnya rosak teruk akibat ribut berkenaan.

"Kejadian dalam pukul 1 pagi hingga 2.50 pagi tadi, saya pergi periksa kelong yang terletak kira-kira satu batu nautika dari sini dalam pukul 3 pagi lihat tiga kelong saya musnah, masa itu hanya ada tiga pemancing atas kelong, dan nasib baik mereka tidak cedera," katanya.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/ribut-rosak-508-rumah-di-sgor-mangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Enam Buah Rumah Rosak Di Landa Ribut Di Jerantut Raub

Enam Buah Rumah Rosak Di Landa Ribut Di Jerantut Raub

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 363 hits
KUANTAN Enam buah rumah penduduk di Jerantut dan Raub mengalami kerosakan teruk selepas dilanda ribut petang tadi Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Zainal Yusof berkata kejadian pukul 3 petang itu menyebabkan masing masing t...
Ribut Di Perlis 467 Rumah Dilapor Rosak

Ribut Di Perlis 467 Rumah Dilapor Rosak

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 378 hits
MALAYAIAKINI Sebanyak 467 rumah di Perlis rosak dan terjejas akibat ribut yang melanda malam kelmarin Bernama memetik kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Perlis berkata ini berdasarkan laporan yang diterima agensi itu setakat jam 6 ...
Kerajaan Persekutuan Dan Negeri Sediakan Peruntukan Untuk Baik Pulih Rumah Mangsa Ribut

Kerajaan Persekutuan Dan Negeri Sediakan Peruntukan Untuk Baik Pulih Rumah Mangsa Ribut

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 414 hits
KUALA SELANGOR 14 Ogos Kerajaan Persekutuan dan negeri akan menyediakan peruntukan bagi membaiki 488 buah kediaman di dua daerah di Selangor yang rosak akibat ribut Sabtu lepas Pegawai Khas Pejabat Timbalan Perdana Menteri Ameer Ali Vali Mo...
Kerajaan Kedah Mohon Bantuan Untuk Mangsa Ribut

Kerajaan Kedah Mohon Bantuan Untuk Mangsa Ribut

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 302 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Bumbung Siling Rumah Rosak Ditiup Angin Kencang

Bumbung Siling Rumah Rosak Ditiup Angin Kencang

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 267 hits
Dua keluarga terpaksa batal hasrat sambut Aidiladha di kampung Mohd Fadzli Mazlan 32 dan isteri Nurul Kamsiah Samat sedang mengemas rumah mereka di pangsapuri Mutiara Idaman George Town Pulau Pinang yang dilanda ribut semalam GEORGE TOWN Du...
Peti Ais Rosak Tilam Kipas Lesap Dapur Kotor Cam Gampang Anak Owner Rumah Sewa Kecewa Ibunya Dianiaya Penyewa

Peti Ais Rosak Tilam Kipas Lesap Dapur Kotor Cam Gampang Anak Owner Rumah Sewa Kecewa Ibunya Dianiaya Penyewa

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 1056 hits
Peti ais rosak tilam kipas lesap dapur kotor cam gampang Anak owner rumah sewa kecewa ibunya dianiaya penyewaKos sewa rumah yang mahal menyebabkan ada sebilangan kecil yang berkongsi bayaran sewa rumah lebih lebih lagi dalam kalangan pelaja...
Lebih 100 Rumah Rosak Akibat Gempa Di Indonesia

Lebih 100 Rumah Rosak Akibat Gempa Di Indonesia

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 238 hits
Lebih 100 rumah rosak akibat gempa di Indonesia Dikemas kini 43 minit yang lalu Diterbitkan pada 3 Aug 2019 12 20PM
Kalau Kereta Rosak Nampak Lelaki Ni Datang Jangan Bagi Dia Towing Mangsa

Kalau Kereta Rosak Nampak Lelaki Ni Datang Jangan Bagi Dia Towing Mangsa

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 475 hits
The ReporterKecewa dikenakan caj harga mahal lelaki ini menasihatkan orang ramai agar berhati hati jika mahu menggunakan khidmat towing baiki kereta di kawasan Sungai Petani Menurut Alif Farhan keretanya hanya mengalami kerosakan kecil saha...
Kementerian Pupr Bantah Bantuan Rumah Subsidi Sudah Habis

Kementerian Pupr Bantah Bantuan Rumah Subsidi Sudah Habis

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 117 hits
Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat menepis anggapan bahwa bantuan untuk rumah subsidi dalam bentuk Fasilitas Likuiditas Pembiayaan Perumahan dan Subsidi Selisih Bunga telah habis Sebab bantuan FLPP kini masih tersedia sekitar 3...
Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Mobile Social Support Centres Proposed In Sabah To Aid Women Facing Domestic Violence

Saya Pernah Dilabel Pemberontak Lawan Ayah Dalam Pkr Nurul Izzah Bongkar Kisah Lama

Good Morning

Why Electronic Manufacturing Services In Malaysia Are Gaining Global Attention

How Is Home Made Mango Juice Prepared


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menu Lunch Sabtu Yang Panas Terik

Reformis Ini Harus Diberi Tempat Masjid Ubudiah Kuala Kangsar Kejatuhan Barisan Alternatif

Pabrik Ac Hunian Full Scale Daikin Resmi Beroperasi Siap Produksi 1 5 Juta Unit Ac Made In Indonesia Per Tahun

Suami Yang Teman Isteri Ke Bilik Bersalin Itulah Hero Sebenar Mudahkan Urusan Lahirkan Anak

Sofa Dekat Balkoni Anak 2 Tahun Maut Lepas Panjat Terjatuh

Miniatur Bus Jetbus2 Voyager Hdd Nk