Peti Ais Rosak Tilam Kipas Lesap Dapur Kotor Cam Gampang Anak Owner Rumah Sewa Kecewa Ibunya Dianiaya Penyewa


'Peti ais rosak, tilam & kipas lesap, dapur kotor cam gampang' - Anak owner rumah sewa kecewa ibunya dianiaya penyewa


Kos sewa rumah yang mahal menyebabkan ada sebilangan kecil yang berkongsi bayaran sewa rumah lebih-lebih lagi dalam kalangan pelajar. Pelajar universiti antaranya yang terpaksa menyewa bilik atau rumah sewa disebabkan  kuota yang terhad untuk tinggal di kolej kediaman

Jika sebelum ini viral mengenai penyewa perempuan yang tidak menjaga kebersihan rumah sewa. Situasi yang sama turut diceritakan oleh wanita ini yang mengatakan ibunya terkena tempias yang sama. Sikap prihatin ibunya terhadap penyewa tersebut yang terdiri daripada pelajar-pelajar tidak dibalas dengan baik, sebaliknya rumah ditinggalkan dalam keadaan yang kotor

True, kami satu family sgt pergegang teguh dengan kata kata

“Kita sentiasa buat baik kat org. Mana tau masa kita nanti, org buat baik pada kita pulak”

Tapi tulah, buat baik dibalas taik babi. Haaaa aku nak marah ni 😫✊🏻 https://t.co/qU9LgnORzp— MAK BAE kurus (@KaharuddinIntan) August 6, 2019
TRUE, kami satu family sangat berpegang teguh dengan kata-kata, “Kita sentiasa buat baik kat orang. Mana tau masa kita nanti, orang buat baik pada kita pula.”
Tapi tulah, buat baik dibalas taik babi. Haaaa aku nak marah ni. Okay cerita dia macam ni, mak aku ada satu rumah sewa disewakan kepada budak UI.. haa kau sambung jelah u mana. Nanti kalau aku cakap, kata aku memburukan nama universiti pula. 
“KESALAHAN INDIVIDU JANGAN DIKAITKAN DENGAN UNIVERSITI”
Okay. Itu rumah pertama mak aku beli lepas dia kerja. Please note that mak aku adalah single mother. Besarkan lima anak sendiri and finally dapat beli rumah gais. Punya excited. Tapi malang sekali rumah tu dekat Shah Alam. Masa tu kami duduk Perak

So mak aku buat keputusan untuk sewakan jelah rumah tu. Masa tu aku Form 2, ikutlah mak aku pergi Shah Alam. Lengkapkan peralatan rumah. Tilam, meja study, kipas stand, rice cooker, peti ais, dapur gas,mesin basuh. Aku ingat juga mak aku jahit sendiri langsir untuk rumah itu

Pastu ada satu hari mak cam excited gila nak pergi Shah Alam sebab katanya haritu budak U baru daftar and rumah dia dah ada penyewa. So kami pun pergilah ke sana untuk serah kunci. Masa tu pehhhhh datang dengan parents ya semua

Ada datang dari Sabah siap. So mak aku kan mengamalkan sifat kesian kat anak orang. Nanti orang kesian kat anak dia

MASUK RUMAH TAKDE DEPOSIT GAISSSSSSSS.
Mak aku kata dia percaya kat parents tu. Plus tak nak susahkan. Sebab jauh-jauh parents ni datang nak register anak. Kerja pun bukan senang. Mesti pakai banyak duit bulan ni. So mak aku bertolak ansur. 
Sewa rumah masa tu RM650. Padahal tempat yang sama, rumah lain sewa 200 per head. Satu rumah sumbat 10 orang itu adalah standard ya kat area tu. Tapi mak aku sewakan untuk lima orang sahaja. Dua kat master bedroom, dua kat medium bedroom dan satu kat bilik last

Selepas beberapa bulan, ada seorang keluar dari rumah tu. So tinggal empat orang. Gaduh gais. Rebut boyfriend. Kalau nak keluar pergi lantaklah aku kisah apa. Yang aku kisahnya, masa gaduh tu pecah peti ais mak aku

So mak pun macam kelam-kabutlah kan. Anak orang tak ada peti ais nanti, nak simpan makanan dalam apa? So mak dengan baik hati beli peti ais baru. Aku masa tu dah menggelegak dah. Yelahh mak gaji berapa je tinggal nak belikan kau peti ais pula! 
Aku tengah tunggu turn nak pau mak Nokia Express Music kot! Disebabkan kau, aku dapat Nokia Express Music dua bulan kemudian! Tak gunaaaaaaa

Okay pastu keluar lagi seorang dari rumah tu. Sebab masa tu dah habis diploma. Sebab tinggal 3 orang, dorang pun call mak dan kata tak mampu nak bayar RM650 tu. Sebab dulu bahagi 5. Sekarang bahagi 3. Hello, kenapa mak aku pula kena fikir untuk kau

Tapi itulah. Puan Katy tu memang baik orangnya. Dia kata, bayar je mana yang mampu. So budak tu bayar mak RM300 je.  Sementara itu mak kata carilah orang ganti bagi penuh rumah tu. Tapi nehi gais. Nehi. Dorang tak cari orang pun, dorang duduk tiga orang. Seorang satu bilik yaaaaal

Pastu long story short kali kedua. Aku sambung study kat college. Tempat aku study tu cam gampang harga rumah sewa dari agent ya. Satu bilik kongsi dua orang. Satu kepala RM300.  Bilik sama size bilik air rumah aku je. Kalau kau solat memang kau tanduk pintu

So mak aku kata “Takpe, Intan carilah rumah lain. Jauh sikit takpe. Kan Intan ada kereta. Boleh drive. Cari rumah yang selesa”. Aku pun dapat greenlight, apa lagi gaissss. Pindah condo, anak tak guna

Pastu gais. Aku takdelah kejam sangat, kan. Sebab condo aku duduk tu RM500 untuk bilik medium. Aku duduk seorang. Selesa yakkkkmaaaat. Tapi aku duduk kejap je. Dalam setahun jugalah sebab mak duk minta budak rumah sewa dia untuk keluar and cari rumah lain. Tapi duk delay

Diorang duk kata baru habis degree tak dapat kerja lagi. Minta tolong ihsan makcik. Kami dah dapat duit untuk depo rumah lain, kami keluar. Itu kata dioranglah

Kau bayang, tujuh tahun diorang duduk situ dari diploma-degree-kerja. So finally hari yang dinantikan, diorang pun keluar dari rumah mak aku tu. Aku and tunang datanglah rumah tu nak cuci sebab kitorang plan nak duduk situ bila kahwin, lagi dua bulan. Guess what?

Peti ais rosak, tilam dan kipas semua lesap tak dapat dikesan radar. Dapur kotor macam gampang and paling dasyat ya gais,
LANGSIR YANG AKU GANTUNG DARI 7 TAHUN LEPAS MASIH TERLEKAT KAT SITU YA. BERMINYAK LANGSIR TU. DARI WARNA BEIGE TUKAR KELABU.
Aku masuk rumah tu mula keluar semua caci maki yang aku pelajari sepanjang 19 tahun aku hidup. Aku dengan tunang aku masa tu jenuh cuci satu rumah. Last-last kitorang upah orang je cuci. Bazir RM300 aku. Makcik cleaner servis tu pun terkejut dengan keadaan rumah tu. Mengucap dia. Nasib takde sakit jantung

Kau tahu, pantiliner bersepah. Diorang lekat kat tingkap bilik air punya frame kayu. Kau ingat itu art ke setan

Pastu, buku-buku diorang ada 3 kotak. Diorang biarkan je. Separuh mampus ya tunang aku bawa turun semua tu. Nasib hidup lagi. Sempatlah aku kahwin beranak dua sekarang.

So kesimpulanya, mak aku pun mula lupakan kata-kata sentiasa buat baik pada orang tu. Rumah tu dah disewakan balik. Tapi kami sewakan pada family. Bukan student. 
Sumber: Kaharuddin Intan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2019/08/peti-ais-rosak-tilam-kipas-lesap-dapur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sewa Milik Rumah 4 Cadangan Untuk Menteri Perumahan

Sewa Milik Rumah 4 Cadangan Untuk Menteri Perumahan

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 263 hits
SAYA ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Perumahan Hajjah Zuraida Kamaruddin kerana mengumumkan skim Rent To Ownyang akan dilancarkan bulan September ini Rent To Own merupakan satu inisiatif penting yang dapat membantu golongan berpend...
Orang Tua Jangan Merasa Aman Ketika Anak Diam Di Rumah Terus

Orang Tua Jangan Merasa Aman Ketika Anak Diam Di Rumah Terus

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 299 hits
Orangtua jangan senang jangan merasa aman kalau anaknya di rumah terus di kamar terus kata Lies Rosdianty Asisten Deputi Pemenuhan Hak Sipil Informasi dan Partisipasi Anak KPPPA
Pengakuan Kecewa Anggota Paskibraka Dicoret Anak Yatim Berprestasi Diganti Anak Pejabat

Pengakuan Kecewa Anggota Paskibraka Dicoret Anak Yatim Berprestasi Diganti Anak Pejabat

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 182 hits
Simak pengakuan kecewa anggota Paskibraka yang mendadak namanya dicoret di daftar peserta lolos pengibar bendera merah putih untuk upacara 17 Agustus nanti WartakotaLive melansir Surya seorang anggota Pasukan Pengibar Bendera Pusaka di Labu...
Jom Ubah Cara Kita Didik Anak Lelaki Kita Mereka Juga Perlu Tahu Urus Rumah Bukan Ajar Jadi Pondan

Jom Ubah Cara Kita Didik Anak Lelaki Kita Mereka Juga Perlu Tahu Urus Rumah Bukan Ajar Jadi Pondan

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 558 hits
Dalam sesebuah institusi keluarga anak perempuanlah yang selalu ditekankan untuk membantu ibu membuat kerja kerja rumah seperti memasak melipat kain atau mengemas Manakala anak lelaki pula jarang diasuh membuat kerja kerja rumah kerana suda...
Anak Saya Sudah Tiada Wanita Ini Sedih Tak Sempat Tunaikan Hasrat Budak Ini Yang Pergi Pada Hari Lahir Ibunya

Anak Saya Sudah Tiada Wanita Ini Sedih Tak Sempat Tunaikan Hasrat Budak Ini Yang Pergi Pada Hari Lahir Ibunya

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 541 hits
The ReporterTangisan gadis itu pada setiap malam meruntun hatinya Di bilik 8 itu wanita ini duduk bersebelahan dengan gadis itu yang menghidap appendiks Gadis ini tiada selera makan dan mahu makan makanan segera Wanita ini yang berasa kasih...
Tampal Tampal Terus Jadi Bajet Tak Sampai Rm50 Siapkan Dapur Mainan Anak Jimat

Tampal Tampal Terus Jadi Bajet Tak Sampai Rm50 Siapkan Dapur Mainan Anak Jimat

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 1248 hits
Ibu mana yang tidak rasa gembira bila dapat belikan mainan kesukaan anak anak Lagi lagi bila mainan yang sudah diimpikan lama oleh anak anak kita Pun begitu bukan semuanya dapat kita belikan Kosnya yang agak mahal buat kita berfikir untuk m...
3 Menu Seafood Yang Sedap Mudah Dapur Pun Tak Kotor

3 Menu Seafood Yang Sedap Mudah Dapur Pun Tak Kotor

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 498 hits
Berita baik untuk para isteri bekerja yang selalu macam lipas kudung di dapur nak sediakan makan malam jangan risau tak tau nak masak apa Ini ada tiga menu ringkas yang sedap boleh anda semua masak Kalau nak cuba ini RASA kongsikan resipi u...
Kerana Tidur Dengan Kipas Terpasang Anak Anda Bakal Hidap Penyakit Merbahaya Ini

Kerana Tidur Dengan Kipas Terpasang Anak Anda Bakal Hidap Penyakit Merbahaya Ini

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 322 hits
Cuaca yang terlalu panas ini membuatkan kipas angin semakin popular digunakan Dalam setiap satu rumah paling kurang wajib ada satu kipas angin Ada juga individu yang tidak dapat tidur tanpa kipas angin yang dipasang Adakah anda termasuk sal...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025