Bumbung Siling Rumah Rosak Ditiup Angin Kencang


fazleen safina  Dua keluarga terpaksa batal hasrat sambut Aidiladha di kampung Mohd Fadzli Mazlan, 32 dan isteri Nurul Kamsiah Samat sedang mengemas rumah mereka di pangsapuri Mutiara Idaman, George Town, Pulau Pinang yang dilanda ribut, semalam.
GEORGE TOWN – Dugaan buat dua keluarga di pangsapuri Mutiara Idaman 1 apabila terpaksa melupakan hasrat menyambut Hari Raya Aidiladha, selepas bumbung rumah mereka rosak akibat ditiup angin kencang malam tadi

Yusliani Ali, 35, suri rumah berkata, beliau dan keluarganya memang merancang balik ke kampung halamannya di Selangor untuk menyambut Hari Raya Aidiladha pagi ini, tetapi kejadian malam tadi memaksa mereka melupakan hasrat itu

Beliau berkata, angin kencang yang berlaku sejak 10 malam tadi mengakibatkan bumbung dan siling rumah roboh sehingga menyebabkan kebocoran ketika hujan

“Kami bernasib baik ketika kejadian malam tadi, tiada orang di rumah. Kami memang sudah “packing” pakaian siap dengan juadah raya untuk bertolak balik kampung pagi ini, tetapi kini terpaksa beraya di sini untuk kerja-kerja pembersihan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini

Yusliani, yang duduk bersama suami dan dua orang anak berumur 16 dan 11 tahun berkata, kejadian malam tadi adalah kali ketiga berlaku di unitnya tingkat 20 pangsapuri berkenaan

“Ini adalah kejadian terburuk pernah berlaku sejak kami pindah ke rumah ini pada tahun 2003 dan telah menyebabkan banyak perabot, peralatan elektrik dan hiasan rumah untuk Hari Raya Aidiladha rosak,” katanya

Seorang lagi jiran sama tingkat, Mohd Fadzli Mazlan, 32, seorang pengawal keselamatan berkata, masa kejadian beliau sedang makan di ruang tamu kira-kira 10 malam, tiba-tiba siling rumahnya bergegar dan mula retak

“Saya terus jerit kepada anak dan isteri untuk keluar dari rumah kerana bumbung rumah sudah nak roboh

“Sejurus saja kami keluar dari rumah, bumbung termasuk siling sekali roboh menyebabkan rumah kami dimasuki air hujan,” katanya

Beliau berkata, isterinya, Nurul Kamsiah Samat yang berniaga kecil-kecilan membuat kuih terpaksa membatalkan tempahan daripada pelanggan

“Juadah kuih raya yang kami sediakan untuk pelanggan sempena Hari Raya Haji ini pun rosak. Kerugian yang dialaminya kira-kira RM10,000,” katanya. -Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/bumbung-siling-rumah-rosak-ditiup-angin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ribut Rosak 508 Rumah Di S Gor Mangsa Akan Dapat Bantuan Mb

Ribut Rosak 508 Rumah Di S Gor Mangsa Akan Dapat Bantuan Mb

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 367 hits
MALAYSIAKINI Kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan secepat mungkin kepada penduduk di sekitar Sabak Bernam Sungai Besar dan Sekinchan yang terjejas akibat ribut pada malam kelmarin Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata setakat in...
Perlis Dilanda Hujan Lebat Dan Angin Kencang

Perlis Dilanda Hujan Lebat Dan Angin Kencang

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 274 hits
Kangar Hujan lebat disertai angin kencang melanda Perlis hampir sejam bermula kira kira pukul 8 00 malam ini mengakibatkan banyak bangunan premis kediaman dan perniagaan khemah khemah perniagaan rosak Beberapa kejadian pokok tumbang serta k...
Negeri Pulau Pinang Dilanda Angin Kencang Dan Hujan Lebat

Negeri Pulau Pinang Dilanda Angin Kencang Dan Hujan Lebat

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 319 hits
GEORGE TOWN Hampir seluruh kawasan di negeri ini dilaporkan dilanda angin kencang dan hujan lebat sebentar tadi Kejadian yang bermula kira kira pukul 10 30 malam itu mengakibatkan beberapa kejadian pokok tumbang di kawasan sekitar George To...
Kebakaran Hutan Di Greece Diburukkan Akibat Angin Kencang Menyukarkan Operasi Memadamkan Kebakaran

Kebakaran Hutan Di Greece Diburukkan Akibat Angin Kencang Menyukarkan Operasi Memadamkan Kebakaran

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 182 hits
Lebih 220 orang anggota pasukan bomba telah dikerahkan dalam operasi memadamkan kebakaran hutan yang berlaku di kawasan Pulau Evia yang terletak di bahagian Utara Greece semenjak semalam Kebakaran itu dilaporkan berlaku pada kawasan rizab t...
Suara Misteri Angin Kencang Ketika Ulek Mayang Didendangkan

Suara Misteri Angin Kencang Ketika Ulek Mayang Didendangkan

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 287 hits
Suara misteri angin kencang ketika Ulek Mayang didendangkanBIASA dengar lagu Ulek Mayang Lagu ini antara lagu rakyat yang popular didendangkan Pernah dengar orang kata lagu ini berhantu
Lebih 100 Rumah Rosak Akibat Gempa Di Indonesia

Lebih 100 Rumah Rosak Akibat Gempa Di Indonesia

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 248 hits
Lebih 100 rumah rosak akibat gempa di Indonesia Dikemas kini 43 minit yang lalu Diterbitkan pada 3 Aug 2019 12 20PM
Ribut Di Perlis 467 Rumah Dilapor Rosak

Ribut Di Perlis 467 Rumah Dilapor Rosak

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 386 hits
MALAYAIAKINI Sebanyak 467 rumah di Perlis rosak dan terjejas akibat ribut yang melanda malam kelmarin Bernama memetik kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Perlis berkata ini berdasarkan laporan yang diterima agensi itu setakat jam 6 ...
Peti Ais Rosak Tilam Kipas Lesap Dapur Kotor Cam Gampang Anak Owner Rumah Sewa Kecewa Ibunya Dianiaya Penyewa

Peti Ais Rosak Tilam Kipas Lesap Dapur Kotor Cam Gampang Anak Owner Rumah Sewa Kecewa Ibunya Dianiaya Penyewa

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 1064 hits
Peti ais rosak tilam kipas lesap dapur kotor cam gampang Anak owner rumah sewa kecewa ibunya dianiaya penyewaKos sewa rumah yang mahal menyebabkan ada sebilangan kecil yang berkongsi bayaran sewa rumah lebih lebih lagi dalam kalangan pelaja...
Enam Buah Rumah Rosak Di Landa Ribut Di Jerantut Raub

Enam Buah Rumah Rosak Di Landa Ribut Di Jerantut Raub

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 373 hits
KUANTAN Enam buah rumah penduduk di Jerantut dan Raub mengalami kerosakan teruk selepas dilanda ribut petang tadi Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Zainal Yusof berkata kejadian pukul 3 petang itu menyebabkan masing masing t...
Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

What Is Dashi And How To Make It

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit

Anggota Komando Hilang Ketika Latihan Ditemui Lemas Di Pelabuhan Kuantan

Dj Dave Terharu Lihat Keadaan Dharma Harun Ykat Hulur Rm1 000 Bantu Pulihkan Kesihatan

Untuk Hati Yang Sedang Letih

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Set Up Akuarium Goldfish Filter Murah Efektif Untuk Tangki Kecil Produk Penjagaan Dan Makanan Terbaik Ikan Emas

Kenapa Dulu Tuala Wanita Di Panggil Modes

Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Msn Sahkan Lee Zii Jia Dalam Keadaan Baik Tiada Isu Depresi Dan Kemurungan Dikesan

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry