Riadah Pagi Di Jejak Sisiran 1


Catatan hari Jumaat, 17 Oktober 2025.

Setelah beberapa kali menginap di The Everly Putrajaya Hotel, baru kali ini saya berkesempatan beriadah di taman rekreasi Tasik Putrajaya yang terletak berhampiran dengan hotel

Saya sebenarnya tak bawa pakaian khas untuk aktiviti riadah, tapi kalau setakat nak morning walk tu boleh je pakai apa yang sesuai. Kasut pula tak menjadi masalah, saya memang pakai Skechers walking shoes ke mana-mana

Jom kita morning walk!
Keluar dari pintu 2 lobi hotel, kita ambil arah ke kiri menuju tempat parkir bas. Dari situ akan nampak anak tangga turun ke bawah menuju ke tasik. Kalau nak ke Alamanda pula, ikut laluan berbumbung arah ke kanan - sebelum tangga

Peta laluan Jejak Sisiran 1. Sila klik foto untuk paparan lebih jelas.Laluan sepanjang 6 km bermula dari Cruise Tasik Putrajaya sehingga kompleks beli-belah Alamanda ini dikenali sebagai Jejak Sisiran 1 atau Putrajaya City Trail.
Laluan yang mendamaikan di bawah rimbunan pokok dan pemandangan luas tasik di sebelah kiri

Hampir pukul 9 pagi, cahaya matahari menghasilkan pantulan imej pada permukaan tasik

Bahagia sungguh dapat jalan-jalan menikmati suasana pagi di sini. Tenang dan bersih. Mungkin sebab hari bekerja, tak ramai pengunjung datang beriadah. Hanya sesekali saya berselisih dengan pengunjung lain yang rata-rata bersendirian seperti saya. Selain itu, hanya kelihatan para pekerja mungkin warga asing sedang melakukan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan taman

Tiba di kawasan santuari burung Wetland Upper Bisa - habitat spesies burung air

Terdapat sebuah pulau kecil di tengah tasik yang menjadi habitat spesies burung air

Hasil foto zoom-in. Kelihatan pelbagai jenis burung dengan kaki dan leher panjang menjadi penghuni pulau kecil ini. Menarik

Di sepanjang perjalanan kita akan jumpa papan tanda maklumat seperti ini. Sambil menikmati suasana, kita juga dapat menambah pengetahuan

Tak perlu risau kalau tiba-tiba rasa nak ke tandas, terdapat tiga buah tandas disediakan di laluan Jejak Sisiran 1 ini. Masa lalu di salah sebuah tandas, saya nampak pekerja sedang membersihkan tandas

Berlaku hal kecemasan? Boleh tekan butang kecemasan (panic button) pada tiang merah ni. Fungsinya bagi membolehkan orang awam berhubung terus dengan Putrajaya Command Centre untuk mendapatkan bantuan

Antara tumbuhan yang menarik perhatian saya. Macam biasa nampak pokok dan buahnya di kawasan berhampiran pantai - pokok pandan laut. Tak pasti ini jenis pokok yang sama atau tidak

Saya nampak taburan bunga berwarna oren kuning di tanah, juga dengar bunyi dengungan serangga di atas. Ini pun menarik juga, belum pernah nampak

Rasa lebih sejuk nyaman ketika saya melalui tempat ini

Terasa sudah lama saya berjalan hingga tiba di kawasan Jambatan Seri Bakti. Saya berpatah balik di sini setelah berjalan sejauh hampir 2 km dalam tempoh masa hampir 30 minit.
Masa dalam perjalanan berpatah balik ke hotel, barulah saya terasa penat dan tekak haus. Ingat kot nak jalan sikit je, tak sangka pula suasana di sepanjang laluan Jejak Sisiran 1 ni sangat menarik - membuatkan saya terus melangkah

Rekod aktiviti saya. Alhamdulillah dapat berjalan hampir 4 km berbanding morning walk di kawasan rumah yang biasanya saya buat lebih kurang 1 km sahaja

Kalau ada kesempatan di lain masa, saya pasti nak mengulang riadah di laluan ini. Seronok tempatnya luas, cantik, selesa dan rasa selamat walau jalan sendirian. Cuma lain kali kena ingat - bawa bekalan minuman









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/10/riadah-pagi-di-jejak-sisiran-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 193 hits
Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi Satu gempa bumi lemah berukuran 2 0 magnitud dilapor telah berlaku di Keningau Sabah Malaysia pada jam 8 32 pagi 15 Oktober 2025 Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pusat gempa berl...
Terhibur Tengok Gelagat Jiran Jiran Ni Bergosip Pagi Pagi Buta

Terhibur Tengok Gelagat Jiran Jiran Ni Bergosip Pagi Pagi Buta

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 127 hits
Terhibur Tengok Gelagat Jiran Jiran Ni Bergosip Pagi pagi Buta Orang selalu cakap dapat jiran yang baik dan sekepala dikira antara nikmat besar dalam hidup Betul sangatlah tu Hakikatnya jiran sebenarnya bukan sekadar orang yang tinggal sebe...
Sweet Charity Ribut 10 59 Pagi Chord

Sweet Charity Ribut 10 59 Pagi Chord

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 113 hits
Am D Am D Am D Am D G Pagi yang bermula Am G Am Tenang suasana G Siapakan menyangka Am Kau datang melanda dengan tiba tiba F C Hari pun meninggi G Kau hadirkan diri Am G Dari barat daya F C Kencang tiupanmu Dm Gerunnya ususku Dm Kau hancurk...
Bitcoin Kehilangan Momentum Syiling Tidak Aktif Kembali Bergerak Ketika Pasaran Mencari Jejak Baharu

Bitcoin Kehilangan Momentum Syiling Tidak Aktif Kembali Bergerak Ketika Pasaran Mencari Jejak Baharu

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 96 hits
Bitcoin telah memasuki fasa ketidakpastian yang tinggi Di tengah tengah harga yang menurun dan momentum yang lemah pemegang besar telah mula memindahkan syiling yang telah lama tidak aktif Menurut CryptoQuant kira kira 15 965 BTC yang telah...
Hiburan Saya Tak Takut Pun Ardell Aryana Dedah Terima Ugutan Ada Tawaran Rm5 000 Untuk Jejak Lokasi

Hiburan Saya Tak Takut Pun Ardell Aryana Dedah Terima Ugutan Ada Tawaran Rm5 000 Untuk Jejak Lokasi

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 136 hits
Pelakon dan aktivis kemanusiaan mencuri perhatian ramai apabila kembali membuat kemunculan selepas berehat seketika susulan kepulangannya daripada misi Global Sumud Flotilla ke Gaza Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok Ardell at...
Perjalanan 100 Tahun Jejak Yang Dibina Untuk Rakyat

Perjalanan 100 Tahun Jejak Yang Dibina Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 145 hits
Perjalanan 100 Tahun Jejak Yang Dibina Untuk Rakyat JMBELOG Perjalanan 100 Tahun Jejak Yang Dibina Untuk Rakyat Sebuah renungan tentang pembangunan niat dan jejak yang kekal lebih lama daripada nama Ada manusia lahir untuk menikmati hasil d...
Restoran Mawaddah Seksyen 4 Port Sarapan Pagi Best Di Shah Alam

Restoran Mawaddah Seksyen 4 Port Sarapan Pagi Best Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 159 hits
Kalau tengah mencari port sarapan pagi sedap di Shah Alam memang tak sah kalau tak singgah ke Restoran Mawaddah yang terletak di Seksyen 4 Ini kali ketiga sis datang dan setiap kali datang memang puas hati Suasana depan Restoran Mawaddah po...
Aliran Trafik Meningkat Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama Pagi Ini

Aliran Trafik Meningkat Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama Pagi Ini

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 137 hits
Aliran Trafik Meningkat Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama Pagi Ini KUALA LUMPUR 18 Okt Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan meningkat dan bergerak perlahan setakat 9 30 pagi ini susulan orang ramai mula pulang ke kampun...
Kitingan Pandikar S Ma63 Remarks Show Grs Willing To Compromise

Speed Read Pre Eicma News From Ducati Honda Ktm Kawasaki And Stark

Ringkasan Jasa Empat Perdana Menteri Malaysia

Brazil Sokong Hasrat Malaysia Jadi Anggota Penuh Brics Lula

Pengalaman Menggunakan Telefon Awam Pada Zaman Remaja

Resipi Viral Egg Tart Mixue Pencuci Mulut Premium Dengan 4 Bahan Mudah

Soboro Udon

Rahsia Kucing Yang Kita Tak Pernah Diberitahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Warung Wak Paad Rantau Panjang Klang

Riadah Pagi Di Jejak Sisiran 1

Pelajar Lihat Individu Berbaju Hanafi Dalam Tandas Sebelum Kematian Zara Inkues

Saifuddin Digugur Ketua Pn Pahang

5 Aksesori Wajib Ada Untuk Newbie Influencer Yang Terakhir Paling Penting Ramai Guna

Faith Filth And Fury Netizens React Towards The Viral Dung Flinging Festival In India