Aliran Trafik Meningkat Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama Pagi Ini


Aliran Trafik Meningkat, Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama Pagi Ini
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) — Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan meningkat dan bergerak perlahan setakat 9.30 pagi ini, susulan orang ramai mula pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Deepavali, Isnin ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) laluan E1 arah utara, trafik perlahan dari Sungai Buloh ke Rawang serta Bandar Cassia ke Bukit Tambun.
“Bagi laluan E2 arah utara, aliran trafik perlahan dari Senai ke Kulai manakala arah selatan perlahan dari Kajang ke Bangi, Putra Mahkota ke Nilai, Ayer Hitam ke Machap dan Sedenak ke Kulai,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) arah timur juga perlahan dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) ke Plaza Tol Gombak serta Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke Genting Sempah.
Menurutnya, di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) laluan E6 arah selatan, trafik turut perlahan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Persimpangan Nilai (U).
Sementara itu, beliau berkata dua kemalangan turut dilaporkan berlaku di laluan PLUS pagi ini.
“Di laluan E1 arah selatan, terdapat kemalangan di Kilometer (KM) 73.0 dari Pendang ke Gurun pada 8.55 pagi yang menyebabkan lorong kecemasan terhalang namun trafik masih lancar.
“Bagi laluan E2 pula, berlaku kemalangan di KM72.7 arah selatan dari Ayer Hitam ke Machap pada 9.18 pagi. Kerja pengalihan sedang dijalankan dan lorong kanan ditutup menyebabkan aliran trafik perlahan di lokasi itu,” katanya.
Beliau berkata cuaca dilaporkan baik di kebanyakan kawasan setakat pagi ini.
“LLM menasihati pengguna lebuh raya agar berhati-hati memandu, mematuhi arahan pihak berkuasa dan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan teruk,” katanya.
Pemandu juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini melalui talian hotline LLM di 1-800-88-7752, WhatsApp (LLM Info Trafik), X (@llmtrafik), TikTok (@llmtrafik), Facebook (Lembaga Lebuhraya Malaysia), laman sesawang www.llm.gov.my atau menerusi aplikasi mudah alih TUJU dan MyJalan.
Sumber: BERNAMA
BACA: Penduduk Gaza Kembali Ke Masjid Tunai Solat Jumaat Pertama Selepas Gencatan Senjata BACA: BYD Panggil Semula Lebih 115,000 Unit Kereta Akibat Masalah Reka Bentuk, Bateri The post Aliran Trafik Meningkat, Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama Pagi Ini appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/18/aliran-trafik-meningkat-perlahan-di-beberapa-lebuh-raya-utama-pagi-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Kemuncak Asean Llm Syarikat Konsesi Lebuh Raya Beri Kerjasama Penuh Kepada Pdrm Dalam Pengurusan Trafik

Sidang Kemuncak Asean Llm Syarikat Konsesi Lebuh Raya Beri Kerjasama Penuh Kepada Pdrm Dalam Pengurusan Trafik

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 203 hits
Sidang Kemuncak ASEAN LLM Syarikat Konsesi Lebuh Raya Beri Kerjasama Penuh Kepada PDRM Dalam Pengurusan Trafik Sejajar dengan saranan YB Menteri Kerja Raya Lembaga Lebuhraya Malaysia dan syarikat konsesi lebuh raya bekerjasama rapat dengan ...
Pesawat Terhempas Terbakar Di Lebuh Raya Sibuk As

Pesawat Terhempas Terbakar Di Lebuh Raya Sibuk As

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 226 hits
Pesawat Terhempas Terbakar Di Lebuh Raya Sibuk AS Suasana cemas menimpa pengguna jalan raya apabila sebuah pesawat ringan terhempas di lebuh raya sibuk di Dartmouth Amerika Syarikat pada pagi Isnin Insiden yang berlaku sekitar jam 8 15 pagi...
Anak Kecil Berlari Di Tengah Lebuh Raya Waktu Malam

Anak Kecil Berlari Di Tengah Lebuh Raya Waktu Malam

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 209 hits
KOSMO SEORANG budak berlari di lebuh raya Foto Polis North PortWASHINGTON Satu rakaman video tular kerana nbsp memaparkan kanak kanak kecil berlari seorang diri pada waktu malam di sebuah lebuh raya di negeri Florida lapor portal berita New...
Mayat Bertatu Joseph Ditemukan Di Longkang Lebuh Raya Silk Polis Kesan Waris

Mayat Bertatu Joseph Ditemukan Di Longkang Lebuh Raya Silk Polis Kesan Waris

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 175 hits
Umavathi RamayahKetika ditemukan mangsa berbaju biru memakai seluar pendek dan tanpa kasut Foto IPD KajangKAJANG Polis sedang mengesan waris kepada seorang lelaki yang ditemukan mati di dalam longkang di Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang Su...
Sempat Tangkap Beberapa Gambar View Pagi Ni Langit Biru Cantik Betul

Sempat Tangkap Beberapa Gambar View Pagi Ni Langit Biru Cantik Betul

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 324 hits
Assalamualaikum dan hai semua Pagi ni bila buka pintu terus nampak langit yang cantik perghh lawa betul Suasana tenang gila burung pun dah start buat konsert pagi berlawan dengan seruan moto dan kereta yang lalu ditepi jalan ni ni memang la...
Lencongan Penyuraian Trafik Bagi Raptai Sidang Kemuncak Asean Bermula 8 Pagi Esok Pdrm

Lencongan Penyuraian Trafik Bagi Raptai Sidang Kemuncak Asean Bermula 8 Pagi Esok Pdrm

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 238 hits
Lencongan Penyuraian Trafik Bagi Raptai Sidang Kemuncak ASEAN Bermula 8 Pagi Esok PDRM KUALA LUMPUR 22 Okt Polis Diraja Malaysia akan melaksanakan lencongan dan penyuraian trafik secara berperingkat bermula 8 pagi sehingga 7 45 malam esok s...
Bandar Utama School Management To Be Transferred For Probe

Bandar Utama School Management To Be Transferred For Probe

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 208 hits
Education director general Azam Ahmad says the transfer will not affect the school s operation Education director general Azam Ahmad said schools must take stern action on all security related issues PUTRAJAYA The management team of the sch...
Rmk13 Intipati Utama Sara Diteruskan Ptptn Percuma Amp Bonus Penjawat Awam

Rmk13 Intipati Utama Sara Diteruskan Ptptn Percuma Amp Bonus Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 216 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2026 menekankan usaha kerajaan membantu rakyat tanpa menambah hutang negara Antara inisiatif utama ialah SARA RM100 untuk 22 juta rakyat diskaun tol 50 sempena Deepava...
Pks Malaysia Kunci Utama Cetus Gelombang Pertumbuhan Baru E Dagang Di Asia Tenggara

Pks Malaysia Kunci Utama Cetus Gelombang Pertumbuhan Baru E Dagang Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 268 hits
PKS Malaysia Kunci Utama Cetus Gelombang Pertumbuhan Baru E Dagang Di Asia Tenggara Malaysia berada pada kedudukan utama untuk memainkan peranan penting dalam gelombang pertumbuhan digital seterusnya di Asia Tenggara menurut kajian terbahar...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Thaipusam Hari Wilayah 2026 2 Hari Cuti Gantian Untuk Pekerja Wilayah Persekutuan

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Najib Kena 15 Tahun Penjara Dan Denda Rm11 38 Bilion Bagi Tuduhan Salah Guna Kuasa


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Empat Punca Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan

Mengalami Kehilangan

Ai And Automation Set To Dominate The Industrial Sector By 2026

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan