Rhb Gps Family Day 2018 Di Frim Kepong
Assalamualaikum. Pada 17 November 2018, RHB Bank telah mengadakan sambutan hari keluarga buat kakitangan dan keluarga di Fragrance Villa, FRIM Kepong dengan penglibatan semua ahli keluarga bahagian GPS iaitu Group Procurement Services
Vila Fragrance, FRIM Kepong
RHB GPS Family Day 2018 di FRIM Kepong | Pertama kali Fiza mengikut suami untuk hadir bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Keluarga yang hanya diadakan setahun sekali. Memandangkan Thaqif pun sudah besar, harap boleh libatkan dia dalam acara yang akan dipertandingkan
Majlis bermula seawal 9 pagi dengan sesi pendaftaran, sarapan pagi dan kemudian diikuti dengan sesi bergambar seluruh kakitangan bersama ahli keluarga
Sarapan pagi nasi lemak
Ambil gambar, macam ini gayanya
Sesi bergambar
Harap Huwainaa bertahan sepanjang berada di sini
Kami sekeluarga
Ahli keluarga boleh duduk bawah khemah atau dalam vila.
Acara cari gula-gula dalam tepung yang mana Dedi tidak memasukkan nama Thaqif pun sebab umur terlalu muda. Kesian pun ada sebab dia memang nak sangat join tapi tak sesuai sebab budak-budak lain semua badan besar-besar
Dedi terpaksa pegang Thaqif takut dia melulu ke tepung
Gimik je nie sebab gula-gula dah tiada
Acara rebut gula-gulaYang ini Thaqif masuk dan merupakan peserta termuda
Boleh saksikan di sini Abang Thaqif merebut gula-gula
Acara Tarik Tali
Sebenarnya Fiza tidak terlalu tumpu sangat dengan acara yang ada sebab cuaca panas terik dan Fiza banyak habiskan masa dalam vila bersama Thaqif dan Huwainaa. Lagipun memang tak elok sangat nak berjemur dengan dorang yang masih kecil
Habis semua acara, terus dengan sesi penyampaian hadiah. Waktu itu Huwainaa pun dah merengek nak tidur. Kami pun beransur pulang walaupun acara belum selesai.
Setiap keluarga diberi Goodies bag untuk dibawa pulang
Walaubagaimana pun kami gembira dan Thaqif dapatlah 4 biji gula-gula hasil berebut tadi. Pertama kali juga Fiza masuk ke FRIM (Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia). Kawasannya luas dan ada sungai untuk pengunjung mandi manda
Lain kali boleh datang ke sini untuk tinjau-tinjau FRIM pula. Tempat yang menarik untuk berkelah bersama ahli keluarga
Wassalam
Sudilah untuk Subscribe di Youtube HaFiza AizZawa (link)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ourmemoria.blogspot.com/2018/12/rhb-gps-family-day-2018-di-frim-kepong.html