Persediaan Kenduri Kesyukuran 7 December 2018
Hi korang..
Hampir 4 bulan jugak SA dan adik beradik plan nak buat kenduri kesyukuran ni dan dapat tarikh pun bulan 11 hari tu..kebetulan dah lama tak buat kenduri dan mak pun dah sihat, SA baru nak sihat dan adik bongsu plak nak bersalin dah anak ke 2 January nanti. So kenduri ni kita himpun semua jadi satu dan buat jugak Akikah untuk Aidan anak buah SA yang sorang tu..cuma tak buat berendoi la..just kenduri akikah je..ada bacaan doa selamat lead by my Abah jugak..alhamdulillah majlis berjalan lancar..nak himpun semua gambar macam banyak giler so SA susun part by part la kan..
Entry ni lebih kepada persediaan untuk kenduri. Seperti biasa kami memang masak sendiri dan tak pernah ambil atau hire mana- mana catering. Lebih selesa masak sendiri walau sedikit renyah kan...tapi kami puas hati sebab tetamu puas hati makan...hehehe
Bawang- bawang yang dikupas
Alhamdulillah Mak Lang pun datang membantu, SA plak tak berapa ok lagi..masa ni baru balik Fisio kat KPJ Seremban dan SA bantu mana yang terdaya je..
Dalam pukul 5 petang Jumaat tu daging kambing akikah pun sampai..alhamdulillah diorang siap siangkan jugak...mudah kerja
Cuma part dalaman tak settle lagi...haaa..part ni my dad punya kerja
Scary tak
Abah memang pakar la bab potong memotong ni...seekor lembu pun dia pernah kerjakan
ini tak tau la part apa ni..
Hati kambing rasanya
Abah SA potong ikut size sesuai masak kari
Petai untuk masak tempoyak daun kayu
segala jenis daun- daun yang mak SA sediakan untuk masak tempoyak daun kayu..masakan ni memang mendapat permintaan ramai
Tempoyak 1 botol setengah mak SA guna
Dah siap masak dah...masakan ni tahan lama ye kalau simpan dalam fridge..
Anak- anak dara SA sarapan bihun goreng..
Si Aidan yang punya kenduri Akikah
Seperiuk kari kambing untuk tuan rumah..
Persediaan kenduri berjalan lancar..masak tempoyak daun kayu tu memang kena masak petang Jumaat tu jugak..kari kambing masak pagi Sabtu...memang semua kami masak sama- sama...by 11am dah siap masak dah...semua bagi bantuan kan...by 12 tengahari sabtu tu jemputan dah ramai sampai..
Itu SA citer next entry eh...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2018/12/persediaan-kenduri-kesyukuran-7.html