Gamis Dakwa Pindaan Auku 2018 Masih Sekat Kebebasan Mahasiswa


MALAYSIADATELINEDecember 11, 2018 8:47 am

Muhammad Faizzuddin Mohd Zai
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) berpendapat pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 2018) yang diluluskan oleh Parlimen semalam, hanya menguntungkan parti politik dan tidak memberikan manfaat kepada gerakan mahasiswa.

Presidennya Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, pindaan pada pada Seksyen 15(2)(C) akan memberi ruang kepada pemimpin politik dalam negara untuk lebih mendekati mahasiswa secara langsung selepas daripada ini sedangkan mahasiswa di dalam kampus mempunyai perjuangan dan ideologi mereka yang tersendiri.

“AUKU 2018 adalah masih sama seperti dahulu iaitu masih menyekat mahasiswa daripada mengurus organisasi mahasiswa secara autonomi seperti yang termaktub dalam seksyen 15A(1), keadilan mahkamah universiti yang masih di bawah kuasa individu lantikan politik (Naib Canselor) atau pemain politik negara seperti yang termaktub dalam seksyen 16(1) dan kekebalan Naib Canselor serta ahli lembaga daripada undang-undang seperti yang termaktub dalan seksyen 24C.

“Kami juga menentang sekeras-kerasnya peruntukan rimba yang mengikat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di universti oleh pihak lembaga universiti seperti yang termaktub di dalam seksyen 48(1A) dalam AUKU. Apa yang menjadi tuntutan kepada gerakan mahasiswa ialah kebebasan untuk berorganisasi dan bukannya kebebasan untuk berpolitik secara kepartian kerana majoriti anak muda atau mahasiswa hari ini menolak politik kepartian,” ujarnya dalam kenyataan.

Beliau mengulas keputusan dewan rakyat semalam meluluskan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang akan membolehkan mahasiswa terlibat aktiviti parti politik di dalam kampus.

Keputusan itu dicapai selepas ahli-ahli Dewan bersetuju terhadap Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2018 bagi memansuhkan peruntukan Seksyen 15(2)(c) AUKU 1971 berhubung larangan ke atas pelajar universiti terlibat dalam parti politik di kampus.

Maszlee turut dilaporkan berkata,Pindaan itu bagaimanapun hanya menyentuh kepada bahagian yang menghalang mahasiswa berpolitik, bukannya memansuhkan keseluruhan AUKU.

Menurut Muhammad Faizzuddin lagi, dengan kuasa politik yang ada sepatutnya Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik memansuhkan segala seksyen yang menekan mahasiswa daripada bebas berorganisasi dan memberikan kepada mahasiswa kuasa untuk mengurus masyarakat kampus secara autonomi.

“Alasan tidak cukup masa adalah alasan politik semata-mata. Tempoh masa kerajaan selama 6 bulan memerintah negara sepatutnya lebih daripada cukup untuk mengkaji dan meminda undang-undang AUKU yang menyekat kebebasan mahasiswa.

“Kami menyeru kepada kerajaan agar menilai kembali pindaan yang sangat tidak bertanggungjawab dan hanya memberi kelebihan kepada parti politik sahaja ini dan meminda seksyen-skesyen lain yang selama ini membelenggu dan menafikan hak gerakan mahasiswa,” ujarnya.

Selain pindaan AUKU 2018 semalam Dewan Rakyat juga dijangka meluluskan pindaan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 bagi melengkapkan usaha memansuhkan halangan mahasiswa terlibat aktiviti politik dalam kampus.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/gamis-dakwa-pindaan-auku-2018-masih-sekat-kebebasan-mahasiswa/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/gamis-dakwa-pindaan-auku-2018-masih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Deepak Dakwa Zaman Bn Dia Di Awasi Perniagaan Di Sekat

Deepak Dakwa Zaman Bn Dia Di Awasi Perniagaan Di Sekat

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 297 hits
PUTRAJAYA Usahawan permaidani J Deepak mendakwa dirinya sering diawasi pihak tertentu bahkan perniagaanya juga sering terganggu sewaktu pentadbiran kerajaan Barisan Nasional sebelum ini Deepak memberitahu selepas Pakatan Harapan mencatat se...
Kecoh Mahasiswa Tuntut Mansuhkan Seksyen 15 16 Auku

Kecoh Mahasiswa Tuntut Mansuhkan Seksyen 15 16 Auku

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 277 hits
KUALA LUMPUR Keadaan di lobi Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila berlaku perselisihan di antara pengawal keselamatan Parlimen dan sekumpulan mahasiswa yang hadir bagi menyerahkan memorandum berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti 197...
Dewan Rakyat Lulus Pindaan Auku

Dewan Rakyat Lulus Pindaan Auku

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 413 hits
PARLIMEN Dewan Rakyat hari ini meluluskan rang undang undang pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti untuk membenarkan pelajar terlibat dalam kegiatan politik kepartian dalam kampus Turut diluluskan adalah pundaan Akta Institusi Pendid...
Ptsp Dki Raih Penghargaan Sebagai Pelayanan Prima 2018 Dari Kemenpan Rb

Ptsp Dki Raih Penghargaan Sebagai Pelayanan Prima 2018 Dari Kemenpan Rb

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 265 hits
Mantan Mendikbud itu mengucapkan terima kasih kepada seluruh pihak yang berperan dalam melayani masyarakat
Pemeriksaan Kesihatan Aina Nov 2018

Pemeriksaan Kesihatan Aina Nov 2018

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 699 hits
Hari ini Nor Aina ada temujanji dengan doktor di Hospital Putrajaya Kami tiba di Hospital Putrajaya agak lewat iaitu sekitar jam 10 30 pagi hingga jam 11 pagi maka Master terpaksalah meletakkan kereta di satu kawasan lapang di antara Hospit...
Maha 2018 45 Spesies Ikan Tarikan Utama Myse

Maha 2018 45 Spesies Ikan Tarikan Utama Myse

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 369 hits
Oleh Saadah Latib SERDANG Orang ramai berpeluang untuk melihat sendiri 45 spesies ikan yang jarang ditemui pada pameran Malaysia Seafood Exposition 2018 yang dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Menurut Ketua Pengarah LKIM Jamal...
Produk Agrobazaar Di Maha 2018 Kini Boleh Di Dapati Secara Online Murah Plak Tuh

Produk Agrobazaar Di Maha 2018 Kini Boleh Di Dapati Secara Online Murah Plak Tuh

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 859 hits
Hi Korang Kemain rancak betul jualan mega produk Agrobazaar di MAHA 2018 ni ek Eh iye wei sebab hari tuh kak lily singgah ke area AgroBazaar di Hall C MAHA2018 ni ya ampun nak lalu tengok tengok barang pun tak dapattau huahauhauhau ramai na...
Mada Di Kluster Agro Pelancongan Maha 2018

Mada Di Kluster Agro Pelancongan Maha 2018

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 507 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai MADA di Kluster...
Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98

Berpolitik Jangan Sampai Meruntuhkan Negara Harus Ada Pertimbangan

Kejohanan Akuatik Dunia Elvis Tersingkir Di Separuh Akhir 10m Platform Bernama

Perlu Ada Sinergi Kukuh Antara Kerajaan Bagi Pembangunan Sektor Pertanian Pm Berita Harian

Anwar Malaysia Airline S 30 Boeing Aircraft Deal A Sign Of Recovery

Usno Chief Switches To Support Grs Ph Alliance


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Reward Whistleblowers In Civil Service Says Deputy Speaker

Lake Neuron Inside The World S Largest Underground Thermal Lake Discovered Beneath Albania

Yeoh Li Tian Grandmaster Catur Pertama Malaysia

Khairul Aming Lancar Rendang Nyet Berapi Sedia Battle 70 000 Paket Jumaat Ini

A Brick Built Love Letter To The Lion City Legoland Malaysia Unveils Refreshed Miniland Singapore To Celebrate Sg60

Tight Control On Political Speech Can Cause Election Shock Says Kj