Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat


Assalamualaikum semua

Bercerita perihal rezeki ini, sesungguhnya rezeki itu tidak pernah terlewat mahu pun terlambat untuk menemui tuannya. Apabila sudah rezeki, memang akan tiba juga. Tidak terkurang sedikit pun. Tidak terlewat atau lebih cepat walau sesaat pun. Betul tak? Kerana sesungguhnya rezeki kita itu sudah ditakdirkan dari langit. Memetik kata-kata seorang pengarang Tafsir Al-Quran Asy-Sya'rawy, rezeki itu ialah apa sahaja yang memberi manfaat kepada kita. Menurut beliau:
"Rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal atau haram, sama ada baik ataupun buruk."Contohnya, kesihatan adalah rezeki. Sifat-sifat baik adalah rezeki. Sifat-sifat tidak baik juga adalah rezeki. Segala sesuatu di alam ini sesungguhnya adalah rezeki. Apabila kita cuba dan mula untuk faham bahawa rezeki itu bukan sahaja benda material yang boleh dipegang atau hanya yang nampak di mata, kita akan rasa sangat bersyukur. Kadang kala, harta yang kita miliki, seandainya tidak dapat kita ambil manfaatnya bermakna ia bukanlah rezeki kita. Rezeki kita yang sebenar adalah apa-apa yang sudah kita manfaatkan. Pakaian yang kita pakai, makanan yang kita makan, harta yang sudah kita sedekahkan, itulah sebenarnya rezeki kita. Selainnya, hanya milik kita tetapi bukan rezeki kita

Seumur hidup kita di dunia ini, kita banyak diuji sebenarnya. Kita diuji dengan apa yang kita miliki, di mana Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar." (Al-Anfal 8:28)Sering kali kita dengar orang yang kecewa tentang rezekinya. Apabila usahanya gagal, hartanya musnah, semua yang dirancang tidak menjadi, semua orang meninggalkannya, maka dia merasa kecewa dalam kehidupannya. Sesungguhnya semua yang Allah tentukan untuk kita adalah untuk kebaikan kita. Semua takdir Allah itu adalah baik. Selama tempoh kita berada di dunia ini sebenarnya untuk menyempurnakan ujian Allah. Selama itu, kita akan diuji dengan satu demi satu ujian. Kesenangan yang kita nikmati juga bukanlah kesenangan yang hakiki kerana kita sebenarnya diuji

Hakikatnya, kita semua mempunyai rezeki yang unik dan juga ada kelebihan tertentu. Jadi, rezeki itu bukanlah yang berbentuk harta sahaja. Kita tidak pernah tahu bila rezeki itu akan tiba. Ia seperti panas dan hujan, kadang-kadang hujan turun seperti yang disangka, kadang-kadang tidak. Begitulah juga rezeki, ianya adalah hal ghaib. Sesungguhnya, rezeki mutlak itu datang hanya daripada Allah. Tak perlu pening kepala lagi fikir mengenai bila, di mana, dari mana dan banyak mana rezeki yang bakal kita terima kerana semuanya sudah tertulis. Cuma, buat sahaja apa yang Allah suruh kerana Dia yang memberi rezeki kepada kita. Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan sesiapa bertakwa kepada Allah nescaya (Dia) akan jadikan baginya jalan keluar. Dan (Dia) akan berikan rezeki padanya dari arah yang tidak (ia) sangka. Dan siapa yang bertawakal kepada Allah maka Dia mencukupinya. Sesungguhnya Allah Maha Melaksanakan perkaraNya. Sungguh Allah telah menjadikan bagi segala sesuatu ketentuan." (Ath-Thalaq 65:2-3)
Semoga kita semua dilimpahkan rezeki yang luas oleh Allah kerana sesungguhnya rezeki itu tidak pernah salah alamat. In shaa Allah.

Ok that's all
Thank you for reading


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://yea-slmn.blogspot.com/2021/03/rezeki-tidak-pernah-salah-alamat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tak Boleh Itu Salah Netizen Tegur Neelofa Bergambar Diapit Kakak Abang Ipar

Hiburan Tak Boleh Itu Salah Netizen Tegur Neelofa Bergambar Diapit Kakak Abang Ipar

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 348 hits
Selebriti terkenal Neelofa mengundang rasa kurang senang orang ramai selepas memuat naik sekeping foto bergambar dengan kakak dan abang ipar Dari sisi lain gambar tersebut menunjukkan Neelofa sedang mengambil wefie sambil diapit kedua dua m...
Tular Video Minta Perlahankan Speaker Surau Wanita Dikecam Kerana Salah Faham

Tular Video Minta Perlahankan Speaker Surau Wanita Dikecam Kerana Salah Faham

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 336 hits
Sejak semalam video seorang wanita yang dirakam sedang menegur jemaah surau berkenaan bunyi speaker yang terlalu kuat bersebelahan rumahnya telah tular Banyak kecaman dan salah faham telah dilontarkan kepada wanita berkenaan sehingga ada ya...
Reman Wanita Vietnam Polis Nafi Salah Guna Kuasa

Reman Wanita Vietnam Polis Nafi Salah Guna Kuasa

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 429 hits
BH ONLINE SHAH ALAM Polis Diraja Malaysia menyangkal tuduhan menyalah guna kuasa bagi menahan reman 14 hari seorang wanita warganegara Vietnam sebagaimana didakwa seorang peguam melalui satu laporan sebuah portal berita semalam Ketua Polis ...
Kempen Tamatdarurat Tidak Salah Bukan Katagori Berita Palsu

Kempen Tamatdarurat Tidak Salah Bukan Katagori Berita Palsu

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 280 hits
MALAYSIA DATELINE Kempen TamatDarurat yang dilancarkan dengan tujuan untuk merayu Yang di Pertuan Agong supaya menamatkan pengisytiharaan darurat bukan dikatagorikan dalam Ordinan Darurat 2021 memerangi berita palsu Pengerusi Biro Undang Un...
Exco Pemuda Umno Malaysia Buat Laporan Polis Dakwa Ada Pihak Salah Guna Gambar Beliau Dan Isteri Untuk Penipuan Scammer

Exco Pemuda Umno Malaysia Buat Laporan Polis Dakwa Ada Pihak Salah Guna Gambar Beliau Dan Isteri Untuk Penipuan Scammer

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 637 hits
KUANTAN Exco Pemuda UMNO Malaysia Muhammad Faiz Hashim membuat laporan polis terhadap pihak yang menggunakan gambar beliau dan isterinya untuk tujuan penipuan dan scammer Difahamkan beliau menyedari perkara tersebut selepas dimaklumkan oleh...
Walau Tak Mengenali Tidak Salah Mendoakan

Walau Tak Mengenali Tidak Salah Mendoakan

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 259 hits
WALAU TAK MENGENALI TIDAK SALAH MENDOAKAN Assalammualaikum wbt Tidak mengenali tapi tahu tidak salah mendoakan Asal doakan yang baik baik Mungkin bagi sesetengah orang apa sangatlah dengan doa Biasa biasa sahaja Atau mungkin tiada apa apa p...
Salah Dap Penganut Kristian Dibenar Guna Kalimah Allah

Salah Dap Penganut Kristian Dibenar Guna Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 365 hits
JIKA ada pihak yang perlu dipersalahkan oleh pihak pihak lain tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut Kristian maka orang itu mungkin adalah dua pemimpin DAP iaitu Dr Abdul Aziz Bar...
Pesanan Buat Salah Din Dan Lid Jambang

Pesanan Buat Salah Din Dan Lid Jambang

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 232 hits
1 Sebelum tu nak tanya dulu Amacam Anai2 PANtuk Nangoi2 KARTEL Oren Masam PAN yg SEBENARnya lebih sudu dari kuah dan taknak DSAI jadi PM sehinggakan hari hari serang dan kutuk Pengerusi PH itu Skrg Salah Din dah kata akan sokong DSAI sebaga...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Periksa Homestay Scammer

Leadership In Building A Startup

Menu Berbuka Puasa

Makan Berlebihan Itu Zalim Zalim Pada Diri Sendiri Tv Ppim 05 03 2025

Lirik Lagu Raudah Hafiz Hamidun

Telefilem Detik Waktu