Rezeki Berganda Peladang Peniaga Timun Cina Terengganu Ketika Ramadan


Bernama 
KUALA TERENGGANU: Tradisi penduduk Terengganu yang menjadikan tembikai atau lebih dikenali sebagai ‘timun Cina’ sebagai buah-buahan ‘wajib’ apabila berbuka puasa membawa rezeki berganda kepada peniaga dan peladang tempatan.
Seorang peladang, Baharudin Ibrahim, 53, berkata berdasarkan pengalamannya selama 15 tahun berkecimpung dalam penanaman tembikai, permintaan akan meningkat dua kali ganda pada Ramadan, berbanding bulan biasa.
“Tambahan pula, cuaca panas terik ketika ini menyebabkan tembikai sentiasa laris di pasaran. Kebanyakan peladang pun biasanya sudah merancang jadual penanaman agar tembikai dapat dituai sepanjang Ramadan.
“Dari segi pasaran memang tiada masalah kerana saya baru sahaja menandatangani perjanjian jual beli ladang kontrak dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk membekalkan sebanyak 60 tan tembikai kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu pada Ramadan kali ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ketika ini, Terengganu mempunyai tiga daerah utama yang menjadi pusat pengeluaran hasil tembikai untuk pasaran seluruh negara iaitu Setiu, Besut serta Marang.
Seorang peniaga buah-buahan, Fauzilah Ibrahim, 52, berkata tembikai buah yang paling laris di gerainya dekat Gong Badak, Kuala Nerus setiap kali Ramadan menjelma kerana ia buah kegemaran rakyat Terengganu untuk berbuka puasa.
“Selain rasanya yang sedap, ia juga sesuai dijadikan jus segar bagi mengembalikan tenaga setelah seharian berpuasa….uniknya orang Terengganu ni, tembikai pun boleh dijadikan ‘ulam’ untuk dimakan bersama nasi.
“Setakat tujuh hari kita berpuasa ni, boleh dikatakan permintaan meningkat 20%…ada juga pelanggan tetap yang memang beli setiap hari kerana stok tembikai yang saya jual ini adalah baru dituai dari ladang sekitar Kuala Terengganu dan Setiu, jadi buahnya lebih manis dan segar,” katanya yang menjual tembikai pada harga RM3 untuk 1kg.
Sementara itu, Pengarah FAMA Terengganu, Che Ghani Che Wan, berkata pihaknya menandatangani perjanjian jual beli tembikai sebanyak 330 metrik tan untuk memenuhi permintaan yang dijangka meningkat sepanjang Ramadan kali ini.
“Perjanjian jual beli bernilai lebih RM264,000 ini bertujuan memudahkan petani memasarkan hasil keluaran tembikai di ladang mereka dengan harga stabil sekali gus mengelakkan ketidakstabilan harga akibat campur tangan orang tengah.
“Pada masa sama, ini akan memastikan bekalan tembikai yang berkualiti dan mengikut spesifikasi ditetapkan sentiasa mencukupi di pasaran tempatan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/rezeki-berganda-peladang-peniaga-timun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
52 Notis Dikeluarkan Kepada Peniaga Bazar Ramadan Di Terengganu

52 Notis Dikeluarkan Kepada Peniaga Bazar Ramadan Di Terengganu

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 230 hits
Oleh ROSALINDA MD SAID KUALA TERENGGANU Sebanyak 52 notis dikeluarkan kepada peniaga bazar Ramadan di negeri ini atas pelbagai kesalahan membabitkan kompaun sebanyak RM5 450 Pengarah Kesihatan negeri Dr Nor Azimi Yunus berkata jumlah tertin...
Tahun Lalu Tiada Rezeki Kini Peniaga Bazar Bersemangat Sambut Ramadan

Tahun Lalu Tiada Rezeki Kini Peniaga Bazar Bersemangat Sambut Ramadan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 327 hits
Peniaga baru dan lama menantikan bulan yang dijangka beri mereka peluang tambah pendapatan Veteran bazar Ramadan Salwani Abdul Shukor akan menjual makanan ringan di bazar Ramadan tahun ini Tahun lalu peniaga bazar Ramadan tiada rezeki berni...
Sediakan Pangkalan Web Percuma Bantu Peniaga Bazar Ramadan

Sediakan Pangkalan Web Percuma Bantu Peniaga Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 329 hits
MUHAMAD Amar Mirza menunjukkan sistem pangkalan web percuma Odajer com untuk membantu peniaga bazar Ramadan berniaga secara dalam talian FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR Kota Bharu Simpati dengan nasib peniaga berikutan bazar Ramadan dibatalkan d...
Peniaga Terkesan Dan Kesal Bazar Ramadan Di Kelantan Dibatal Mendadak

Peniaga Terkesan Dan Kesal Bazar Ramadan Di Kelantan Dibatal Mendadak

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 306 hits
Golongan peniaga yang sepatutnya memulakan perniagaan di bazar Ramadan di Kelantan mengakui terkesan dan kesal dengan pengumuman kerajaan negeri membatalkan operasi Bazar Ramadan Ini selepas kerajaan Kelantan semalam menjelaskan pembatalan ...
Orang Ramai Bersesak Datang Dari Segenap Penjuru Kata Peniaga Bazar Ramadan

Orang Ramai Bersesak Datang Dari Segenap Penjuru Kata Peniaga Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 264 hits
Lonjakan kes Covid 19 baru baru ini menimbulkan kebimbangan mengenai bazar Ramadan PETALING JAYA Kesesakan sehingga berlaga bahu di bazar Ramadan berpunca daripada pengunjung yang tidak mematuhi prosedur operasi standard dan masuk dari semu...
Peniaga Roti Canai Sesak Nafas Di Bazar Ramadan

Peniaga Roti Canai Sesak Nafas Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 402 hits
Oleh NOOR HAYATI MAMAT ROSLI Ismail berbaring atas rumput kira kira 30 minit kerana sesak nafas ketika memasak roti canai dan murtabak di bazar Ramada Kuala Berang di Hulu Terengganu hari ini HULU TERENGGANU Suasana di bazar Ramadan di Kual...
Yb Hulk Hilang Sabar Amuk Peniaga Bazar Ramadan Melaka

Yb Hulk Hilang Sabar Amuk Peniaga Bazar Ramadan Melaka

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 213 hits
FMT ReportersNorhizam Hassan Baktee dilihat bertengkar dalam klip video yang tular semalam MELAKA Seorang anggota exco yang dilihat memarahi peniaga di bazar Ramadan dalam klip video yang tular berkata beliau hanya mahu memastikan prosedur ...
Rata Rata Peniaga Bazar Ramadan Di Kelantan Luah Kekecewaan

Rata Rata Peniaga Bazar Ramadan Di Kelantan Luah Kekecewaan

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 232 hits
Seramai 100 peniaga bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad V di sini kecewa apabila kerajaan negeri membatalkan kebenaran operasi bazar Ramadan secara drastik di seluruh negeri itu Peniaga mendakwa mereka sudah membuat segala persiapan de...
Hiburan Mona Allen Berang Ditawar Iklan Judi Ketika Ramadan

Hiburan Mona Allen Berang Ditawar Iklan Judi Ketika Ramadan

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 220 hits
Baru baru ini hangat dengan isu video raya judi pelakon Mona Allen memberitahu dirinya juga mendapat tawaran daripada ejen syarikat judi yang ingin bekerjasama bersamanya bagi menjayakan satu projek periklanan AdvertisementMona Allen berkon...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi