Orang Ramai Bersesak Datang Dari Segenap Penjuru Kata Peniaga Bazar Ramadan


 
Lonjakan kes Covid-19 baru-baru ini menimbulkan kebimbangan mengenai bazar Ramadan.PETALING JAYA: Kesesakan sehingga berlaga bahu di bazar Ramadan berpunca daripada pengunjung yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan masuk dari semua arah, kata peniaga, tetapi ia boleh ditangani dengan beberapa cara, menurut seorang pakar kesihatan.
Setiausaha Agung Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Mohamed Zamri Mohammed, berkata mereka telah meramalkan akan berlaku kesesakan di bazar tertentu tetapi pengunjung tidak mematuhi peraturan, walaupun terdapat SOP yang ditetapkan.
Walaupun pintu masuk dan keluar telah ditentukan, pengunjung “datang dari semua arah, mengerumuni tempat itu”, kata beliau, kepada FMT.
Ia dibangkitkan setelah gambar bazar Ramadan yang sesak dengan tahap kepatuhan rendah tular sejak dua hari lalu. Beberapa bazar ini terletak di Putrajaya, Melaka, Kuala Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
Lonjakan kes Covid-19 baru-baru ini turut menimbulkan kebimbangan mengenai bazar Ramadan. Hari ini sahaja, 2,551 kes baharu dilaporkan.
Zamri berkata, penganjur bazar mematuhi SOP, tetapi oleh kerana bazar diadakan di tempat terbuka, penguatkuasaan yang lebih ketat diperlukan untuk memastikan orang ramai mematuhi peraturan.
Pakar kesihatan Dr Lee Boon Chye bagaimanapun berkata, ada cara untuk mengawal kesesakan.
Beliau mencadangkan agar pihak berkuasa tempatan mengurangkan jumlah peniaga kepada separuh dan menempatkan mereka di tempat lain, sambil menambah, ini akan memudahkan pasukan penguatkuasa mengawal orang ramai.
Tambah Lee, lebih banyak bazar bersaiz kecil perlu dibuka di tempat lain bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di satu lokasi.
“Lot-lot peniagaan juga perlu dijarakkan lebih jauh antara satu sama lain,” kata beliau kepada FMT.
Ahli Parlimen PKR itu menambah, pihak berkuasa tempatan seharusnya tampil dengan rekaan yang lebih baik bagi menggalakkan laluan sehala di lot terbabit.
“Perlu difikirkan cara baharu untuk mengelakkan kesesakan dan penyeberangan tidak terkawal ke bazar,” tambah beliau, sambil mengingatkan bahawa jumlah kes berisiko melonjak sekiranya kesesakan orang ramai tidak dikawal.
Sejak dua hari lalu, jumlah kes telah melebihi paras 2,000. Dua perintah sekatan telah dikenakan di negara ini, iaitu pada Mac hingga Mei tahun lalu, dan Januari hingga Mac tahun ini.
Umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 13 Mei. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/04/orang-ramai-bersesak-datang-dari.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Kn

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peniaga Roti Canai Sesak Nafas Di Bazar Ramadan

Peniaga Roti Canai Sesak Nafas Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 439 hits
Oleh NOOR HAYATI MAMAT ROSLI Ismail berbaring atas rumput kira kira 30 minit kerana sesak nafas ketika memasak roti canai dan murtabak di bazar Ramada Kuala Berang di Hulu Terengganu hari ini HULU TERENGGANU Suasana di bazar Ramadan di Kual...
Sediakan Pangkalan Web Percuma Bantu Peniaga Bazar Ramadan

Sediakan Pangkalan Web Percuma Bantu Peniaga Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 353 hits
MUHAMAD Amar Mirza menunjukkan sistem pangkalan web percuma Odajer com untuk membantu peniaga bazar Ramadan berniaga secara dalam talian FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR Kota Bharu Simpati dengan nasib peniaga berikutan bazar Ramadan dibatalkan d...
Rata Rata Peniaga Bazar Ramadan Di Kelantan Luah Kekecewaan

Rata Rata Peniaga Bazar Ramadan Di Kelantan Luah Kekecewaan

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 271 hits
Seramai 100 peniaga bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad V di sini kecewa apabila kerajaan negeri membatalkan kebenaran operasi bazar Ramadan secara drastik di seluruh negeri itu Peniaga mendakwa mereka sudah membuat segala persiapan de...
Tahun Lalu Tiada Rezeki Kini Peniaga Bazar Bersemangat Sambut Ramadan

Tahun Lalu Tiada Rezeki Kini Peniaga Bazar Bersemangat Sambut Ramadan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 353 hits
Peniaga baru dan lama menantikan bulan yang dijangka beri mereka peluang tambah pendapatan Veteran bazar Ramadan Salwani Abdul Shukor akan menjual makanan ringan di bazar Ramadan tahun ini Tahun lalu peniaga bazar Ramadan tiada rezeki berni...
Batal Bazar Ramadan Tergesa Gesa Peniaga Wajar Dibayar Ganti Rugi

Batal Bazar Ramadan Tergesa Gesa Peniaga Wajar Dibayar Ganti Rugi

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 237 hits
Oleh NASUHA RAHMAN April 13 2021Kerajaan Kelantan seharusnya membayar balik wang deposit kepada para peniaga ekoran bertindak membatalkan Bazar Ramadan di saat akhir Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan Che Ibrahim Mohamed berkata pembayaran ...
Yb Hulk Hilang Sabar Amuk Peniaga Bazar Ramadan Melaka

Yb Hulk Hilang Sabar Amuk Peniaga Bazar Ramadan Melaka

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 235 hits
FMT ReportersNorhizam Hassan Baktee dilihat bertengkar dalam klip video yang tular semalam MELAKA Seorang anggota exco yang dilihat memarahi peniaga di bazar Ramadan dalam klip video yang tular berkata beliau hanya mahu memastikan prosedur ...
Peniaga Terkesan Dan Kesal Bazar Ramadan Di Kelantan Dibatal Mendadak

Peniaga Terkesan Dan Kesal Bazar Ramadan Di Kelantan Dibatal Mendadak

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 331 hits
Golongan peniaga yang sepatutnya memulakan perniagaan di bazar Ramadan di Kelantan mengakui terkesan dan kesal dengan pengumuman kerajaan negeri membatalkan operasi Bazar Ramadan Ini selepas kerajaan Kelantan semalam menjelaskan pembatalan ...
Larangan Bazar Ramadan Di Sabah Demi Elak Lonjakan Kes Kata Hajiji

Larangan Bazar Ramadan Di Sabah Demi Elak Lonjakan Kes Kata Hajiji

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 324 hits
Hajiji Noor melawat pasar awam Sandakan hari ini SANDAKAN Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berkata kerajaan negeri terpaksa membuat keputusan sukar dengan tidak membenarkan bazar Ramadan diadakan tahun ini bagi mengelakkan lonjakan kes Covid...
Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Gunung Rinjani Sejarah Harga Tiket Laluan Pendaki

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Totiq Dan Kanvas Bdq Tadabbur Yang Mengubah Cara Saya Melihat Al Quran

Pertama Kali Melihat Telur Ayam Penelur

Sambal Sotong Kurita Dan Gelagat Orang British

Resipi Tuna Puff Yang Rangup Ringkas Enak

Monolog Berdiri 2

Rafizi Bakar Balik Jangan Jadi Tua Yang Sibuk Jaga Politik Orang