Rezeki Berbuka Dengan Bubur Lambuk Pahang Air Tangan Permaisuri Agong


Rezeki Berbuka Dengan Bubur Lambuk Pahang Air Tangan Permaisuri Agong | Hari Jumaat hari tu DH bagitau yang dia kena kerja hari Sabtu. Ada tugasan kat Istana Negara katanya. Ermm nampak gaya rutin ke Pasar Datuk Keramat setiap Sabtu, kena pergi dengan anak jer la. Nampaknya tak boleh la membeli lebih sebab kalau pergi dengan Kak Yang, balik nanti nak kena siang ayam, ikan sendiri. Kalau DH ada memang dia akan buat, jadi kita kurang penat. 

Dah beberapa hari ingat nak buat nasi ulam tapi bila sampai pasar tengok ulaman tak cukup. Nak buat nasi ulam utara ni kena ada at least 15 jenis ulaman baru la sedap dan puas hati. Kalau buat Nasi Ulam Utara kena buat Sayur Keladi, baru terlajak makan

Baca : Nasi Ulam Utara Dan Sayoq Asam


Rezeki Berbuka Dengan Bubur Lambuk Pahang Air Tangan Permaisuri Agong


Tengahhari tu DH balik dengan bungkusan bubur lambuk. Alhamdulillah, rezeki dapat makan Bubur Lambuk Pahang yang sangat berbeza apatah lagi dimasak oleh Permaisuri Agong, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Cuma tengok gitu-gitu jer sambil tengok macam banyak daun jer tapi tak buka pun sebab puasa kan


Bila tiba waktu berbuka tu agak cuak la juga nak merasa sebab masakan orang Pantai Timur ni selalunya manis walau bubur lambuk (pengalaman makan bubur lambuk Pantai Timur terus tersemat) so macam agak contemplating nak cuba tapi kena cuba sebab rezeki kan


Perkara pertama orang perempuan akan buat bila dapat makanan ni, pastinya dicium. Tapi buka penutup bubur lambuk ni pun dah terbau wangi lada hitam dan ulaman. Siapa sama macam saya? hehe. Wangi dengan ulaman dan lada hitam. Dah bau macam nasi ulam utara pun ada. Sekali suap tu, kunyah-kunyah sambil nak kenal pasti daun yang dimasukkan selain kenal daun miding, ada ketulan kecil isi ikan. Walau agak terganggu dengan pucuk daun yang panjang, sehelai-sehelai tu tapi tetap dikunyah sebab saya sukakan bau wangi lada hitam


Bubur lambuk resipi orang Pahang ni seakan bubur lambuk Pantai Timur juga dengan menggunakan isi ikan, dengan pelbagai daun antaranya daun kunyit, daun kesum dan daun selasih dan pucuk paku merah


kredit gambar : Nadzley Amn


Bau dah seakan nasi ulam utara tapi versi bubur nasi dengan bau lada hitam yang kuat tapi I like! Jujurnya agak terganggu dengan sayuran yang panjang dan memaksa kita mengunyah. Paling penting kena makan waktu panas atau sila panaskan kalau tak memang cannot go


Alhamdulillah untuk Rezeki Berbuka Dengan Bubur Lambuk Pahang Air Tangan Permaisuri Agong ni memang special berbuka kami semalam



Rasanya ramai tahu yang bubur lambuk terdapat banyak versi. Jika versi simple, bahan-bahan yang digunakan pun hanyalah sedikit dan mudah sahaja. Yang paling penting, bahan utamanya bubur lambuk Pantai Timur adalah pucuk miding WAJIB ada untuk membuat bubur lambuk ini. Jika pucuk ini tidak dimasukkan ke dalam bubur lambuk, rasanya tidak akan sedap umph. Jadi, kalau anda berhajat untuk membuat bubur lambuk, pastikan anda mendapatkan pucuk miding ini terlebih dahulu


Pucuk miding atau pucuk paku merah yang berwarna sedikit kemerahan atau keunguan tapi jangan silap ambil pucuk paku hijau tu dimasukkan dalam bubur lambuk pulak. Katanya pucuk ini akan menyedapkan dan membangkitkan selera, dan kalau saya nak buat boleh je sebab kat Pasar Datuk Keramat memang selalu ada pucuk ni


Jom kita tengok 3 resepi bubur Lambuk orang Pantai Timur

1. Resepi Bubur Lambuk Pahang

Bahan-bahan:
1 cawan beras (pakai beras wangi lagi sedap)
1 sudu kecil halba
4 biji bawang merah sederhana besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1 genggam ikan bilis*
lada hitam*
1 biji kelapa santan
3 ekor ikan selayang or sardin (bakar dlm oven dulu and perisikan serta tumbuk lumat)
1 ikat pucuk paku merah (relaikan daun)
10 helai daun kaduk (hiris halus)
2 helai daun kunyit (hiris halus)
garam,gula sket n ajinomoto kalau suka
P/S sila kisar bahan bertanda *


CARA-CARA:
1. rebus beras dan halba sampai kembang
2. dah kembang,masukkan bahan- bahan yg dah dikisar tadi,ikan yg dah ditumbuk,santan,bahan perasa(garam,gula n aji,secukup rasa) dan semua sayur- sayur yg dah siap di hiris dan pucuk paku merah.kalau tak der pucuk paku merah,pucuk manis pun boleh.kacau sampai mendidih

3. dah siap.hidangkan ajer.hehehe  

Bubur lambuk pahang ni mmg tak guna daging or sayur campur lain.this is the basic of bubur lambuk pahang.mmg mabeles rasa dia.tiap2 thn saya mmg ambik tender masak bubur lambuk ni tuk majlis berbuka di taman saya.kira kalau nak setahun sekali jer masak.hahahaaaa......

P/s:kalau nak lagi lemak,leh lebihkan santan yer.....

sumber : http://liayahya77.blogspot.com/2017/03/bubur-lambuk-pahang-style-assalam-gais.html


2. Resepi Bubur Lambuk Pantai Timur 1
Bahan-bahan:BerasIkan SelayangBawang merahLada hitamSayur pucuk miding/ pucuk paku merahDaun kadokDaun kunyitDaun KesumSantan
Cara Penyediaan:
1. Rebus nasi sampai empuk2. Ikan dikukus dan diperisikan isi ikan3. Blend bawang merah, lada hitam dan isi ikan
4. Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi yang dah direbus tadi5. Masukkan sayur pucuk miding, daun kadok, daun kunyit, daun kesum dan juga santan6. Masukkan garam, gula dan perasa ke dalam bubur. SIAP



3. Resepi Bubur Lambuk Pantai Timur 2Bahan-bahannya:
15 gram beras
1 liter air
90 gram ubi keledak (dipotong dadu)
125 gram ikan selayang (dibersihkan, dibuang kepala)
1 keping asam keping
1 inci halia
160 gram santan
65 gram bawang merah (dikisar halus)
10 gram pucuk paku
1 helai daun kaduk dan daun kunyit
1 tangkai daun selasih, daun kesum, daun laksa dan daun kemangi (basil)
1 genggam pucuk manis
Garam, lada hitam dan budu sebagai perasa

Cara-cara membuatnya;

1. Asas bubur
Masukkan beras bersama air dalam periuk dan didihkan menggunakan api besar. Apabila mendidih, perlahankan air dan biarkan ia masak

Tutup periuk dengan penutup dan biar ia mendidih selama 10 minit sebelum masukkan ubi keledek. Sentiasa kacau bubur sehingga ia menjadi pekat sebelum tutup api

2. Ikan
Panaskan satu liter air dalam periuk dan masukkan asam keping dan halia. Tambahkan ikan selayang dan biarkan ia masak dengan api perlahan sehingga ikan masak. Alihkan ikah ke dalam bekas berasingan

Apabila ikan sudah sejuk, asingkan tulang dan isi ikan. tumbuk isi ikan sehingga lumat

3. Bubur lambuk Pahang
Satukan 500 ml air dan santan ke dalam asas bubur yang dibuat terlebih dahulu. Panaskan dengan api sederhana

Apabila mendidih tambahkan bawang merah kisah dan ikan yang ditumbuk lumat. Biarkan ia mendidih selama dua minit

Masukkan semua sayur-sayuran dan gaul rata. Tambahkan garam dan lada hitam sebagai perasa. Tutup api dan tambah budu dan gaul rata. Sesuai dihidangkan ketika bubur masih panas. - KUALI 
sumber - Sajimy

Tu jer yang saya jumpa masak dok Google mengGoogle. Kalau ada orang Pantai Timur yang tahu resepi sebenar atau resepi mak-mak, boleh je letak kat komen dan saya akan tambah, buang atau perbetulkan. Terima kasih



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2022/04/rezeki-berbuka-dengan-bubur-lambuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mee Kari Menu Berbuka Puasa Hari Kesembilan Belas Air Tangan Mak Pah

Mee Kari Menu Berbuka Puasa Hari Kesembilan Belas Air Tangan Mak Pah

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 213 hits
Assalamualaikum Hi korang Semalam kami berbuka puasa makan mee kari mee kari Mak Pah memang jadi pilihan anak anak dan saudara mara yang pernah merasa Mee kari Mak Pah memang lengkap dengan kerang tauhu lampung kuah pekat eh memang sedap la...
Sedap Rupanya Air Sirap Nanas Tembikai Ni Wajib Ada Untuk Menu Berbuka Puasa

Sedap Rupanya Air Sirap Nanas Tembikai Ni Wajib Ada Untuk Menu Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 270 hits
Pernah dengar tak air sirap nanas tembikai Sedap rupanya gabungan antara manis buah tembikai dan masam manis buah nenas Jom cuba resepi Air Sirap Nanas Tembikai yang dikongsi ini Bahan bahan untuk 1 jug air Nanas Tin Tembikai 4 sudu makan g...
4 Menu Air Berbuka Khairulaming Limau Asam Boi Susu Pisang Gula Melaka Fresh Fruit Tea Dan Buah Naga Laici

4 Menu Air Berbuka Khairulaming Limau Asam Boi Susu Pisang Gula Melaka Fresh Fruit Tea Dan Buah Naga Laici

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 226 hits
Nampak sedap 4 Menu Air Berbuka Khairulaming iaitu air limau asam boi air susu pisang gula melaka air fresh fruit tea dan air buah naga laici Khairulaming memang terkenal dengan resipi serba ringkas dan menyelerakan Nanti nanti bolehlah cub...
Bubur Berlauk Untuk Berbuka Puasa Hari Ke 12

Bubur Berlauk Untuk Berbuka Puasa Hari Ke 12

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 208 hits
Assalamualaikum Hi korang Dah berbuka Makan apa tu heehhee Hari ni dalam sejarah selama ni x pernah buka puasa makan bubur berlauk tau rasanya first time SA plak bukan makan bubur berlauk i mean bukan la x makan sangat cuma bukan kegemaran ...
Minum Selepas Berbuka Sampai Kembung Perut Cuba Ganti Minuman 5 Buah Tinggi Kandungan Air

Minum Selepas Berbuka Sampai Kembung Perut Cuba Ganti Minuman 5 Buah Tinggi Kandungan Air

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 175 hits
Minum Selepas Berbuka Sampai Kembung Perut Cuba Ganti Minuman 5 Buah Tinggi Kandungan Air BADAN akan kehilangan banyak cecair sewaktu berpuasa lebih kurang 12 jam Oleh itu kita selalu berasa dahaga dan dehidrasi pada waktu siang Namun akiba...
Menu Air Milo Soya Cincau Untuk Berbuka Puasa Resepi Khairul Aming

Menu Air Milo Soya Cincau Untuk Berbuka Puasa Resepi Khairul Aming

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 380 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Jom buat air milo soya cincau masa berbuka nanti confirm esok akan repeat lagi Haa kalau air soya cincau dah biasa sangat kita dengar tapi kali ini bunyinya milo soya cincau macam rare je kan resepi ni Wa...
Hampir 24 Jam Dalam Ppe Frontliner Lap Air Mata Waktu Berbuka Undang Sebak

Hampir 24 Jam Dalam Ppe Frontliner Lap Air Mata Waktu Berbuka Undang Sebak

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 258 hits
Meskipun profesionnya tidak lagi menjadi sebutan namun jasanya masih tetap segar dalam ingatkan rakyat Malaysia
Aji Shio Kongsi Keenakan Bubur Lambuk Istimewa Bersama Frontliners Golongan Memerlukan

Aji Shio Kongsi Keenakan Bubur Lambuk Istimewa Bersama Frontliners Golongan Memerlukan

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 635 hits
Bila tibanya bulan Ramadan Bubur Lambuk menjadi juadah paling popular dan dinanti nantikan oleh semua Memang sedap Jadi sempena bulan puasa ini tidak lengkap rasanya jika tidak menikmati juadah ini sewaktu berbuka Setiap negeri punya resipi...
Program Agihan Bubur Lambuk Sekitar Parlimen Jerai

Program Agihan Bubur Lambuk Sekitar Parlimen Jerai

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 213 hits
Agihan Bubur lambuk secara percuma untuk masyarakat di Parlimen JeraiGUAR CHEMPEDAK 17 Apr 22 Persatuan Parlimen Jerai Sejahtera akan menganjurkan Program Agihan Bubur Lambuk yang diadakan di Hadapan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jerai dan ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias