Rezeki Anak
Kepala aku baringkan ke dadanya. Dia mengusap lembut rambutku.
Aku : Abg tahu tak kenapa saya deactivate FB
Suami: Ha..kenapa? cakap la syg
Aku : Saya sedih bila tengok si polan update pasal 2nd pregnancy dia. Saya sedih sebab saya tak dapat nak bagi abg zuriat. Saya sedih sebab saya ada masalah. Suami: Laa...tak perlu la syg nak rasa macam tu. Dah rezeki dia, rezeki kita pulak kita tunggu je nanti. Abg tak kisah pun, abg ok je
Aku : Iya abg, saya tahu itu rezeki dia Alhamdulillah. Tapi dia macam terlalu show off sangat, tak pikir ke akan ada org yang macam saya ni akan berkecil hati. Padahal saya tahu dia pun sedar akan perkara ni. Tambah-tambah lagi saudara mara kita kan ramai kat FB tu, tak mustahil mereka akan banding-bandingkan saya dengan si polan tersebut. Sebelum apa-apa biarlah saya lay low, pergi menjauhkan diri sebelum ada antara mereka mengajukan soalan cepu mas yang saya rasa tak mampu untuk saya jawab bang
Suami: Ish syg ni..dah dah tak mau nangis macam ni, kita teruskan je hidup macam biasa. Ingat bukan kita je yang ada problem, ramai lagi pasangan kat luar sana yang ada problem sama macam kita. lagi pun kita baru lagi kahwin kan
Aku : Hmm... terima kasih abg kerana sentiasa bagi sokongan pada saya
Suami: Dah..dah jom kita tidur...syg niii!
Sambil mencuit lembut hidung cute ku. Malam itu aku terlena dengan sedu sedan dan perasaan yang hanya aku seorang je mampu faham. Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan aku seorang suami yang sangat memahami.
Anak! Allah tak menjanjikan setiap pasangan berkahwin untuk dikurniakan anak. Aku harus terima fakta tersebut. Melihatkan pasangan-pasangan yang sangat mudah mendapatkan anak, hati ini berdetik. Untungnya mereka! Tak...aku bukan merancang. Tak pernah terdetik untuk membuat perancangan. Kalau boleh memang aku nak cepat-cepat ada anak. Tapi sampai kedetik waktu ini masih belum rezeki aku. Mungkin Allah ada perancangan yang hebat untuk aku dan suami atau pun mungkin Allah ingin berikan yang terbaik buat kami. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. InsyaAllah aku percaya akan ada rezeki untuk aku dan suami. Hanya Allah yang tahu akan detik waktu dan ketika itu
Sejujurnya, I am not pleased dengan soalan-soalan cliche " dah ada isi ke?" "bila nak ada isi?". Come on..mula-mula boleh la layan lagi...tapi bila dah agak kerap bertanyakan soalan yang sama aku macam dah tak boleh nak adapt soalan tu. Harap sangat orang sekeliling tak bagi pressure yang boleh tambahkan stress aku. Actually, walaupun bagi sesetengah orang perkahwinan aku dan suami yang baru nak cecah usia setahun ini masih baru, aku tetap rasa aku mesti do something. Sampai bila nak duduk tunggu je? Alhamdulillah atas nasihat kawan aku dah jumpa pakar O&G. Selepas jumpa gynea, aku didiagnos menghidap PCOS (polycistic ovary syndrome). Will talk more about PCOS in the next entry. Apa yang perlu aku buat sekarang ialah kurangkan berat badan. Mana tak nya, 10 bulan kahwin aku berjaya menternak lemak sebanyak 10kg. hahaha till then...chiawwww
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://adahunny.blogspot.com/2014/02/rezeki-anak.html