Rezeki Akan Lebih Murah Jika Buat 8 Perkara Ini Terlebih Dahulu
Amalan Murah Rezeki | Orang kata rezeki lebih murah kalau kita sentiasa 'memberi' kepada orang lain. Ya benar memberi itu banyak kelebihannya.
Namun adakalanya kita sendiri pun sesak dan kekurangan untuk sentiasa memberi kepada yang memerlukan.
Jangan sesakkan fikiran dengan konsep memberi ini.
Apa yang anda kena set dalam minda adalah, setiap wang yang kita miliki sebenarnya bukanlah sepenuhnya hak milik kita.
Bila anda tahu konsep ini, dengan redha hati, sedekahkanlah kepada yang lebih memerlukan. Itulah cara rezeki berlimpah.
Lagi satu, ada banyak cara lain yang lebih ringkas untuk anda pastikan rezeki anda bertambah-tambah. Kena amalkan.
Amalan Memurahkan Rezeki
1. Sediakan Makanan Kucing
Dekat luar rumah kita, sediakanlah sebekas makanan dan semangkuk air di luar rumah kita. Ini khusus untuk kucing jalanan yang singgah dan lalu di kawasan rumah kita. Itu rezeki dia.
Tapi kucing di rumah jangan pula diabaikan.
2. Asingkan Gaji
Setiap kali dapat gaji, asingkan sedikit untuk disedekahkan kepada yang memerlukan.
Tak payah susah-susah cari orang jauh untuk didermakan, bagi sahaja pada adik-adik atau anak-anak buah yang masih belajar.
Tak payah banyak, ikut mana yang anda mampu!
3. Duit Kecil
Sentiasa sediakan duit kecil di dalam dompet untuk disedekahkan kepada yang memerlukan.
4. Kotak Kecil
Letakkan di bilik tidur sebuah kotak kecil. Setiap kali anda berbuat tidak baik atau melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap satu bulan, keluarkan duit ini dan sedekahkan duit ini.
5. Majlis Keramaian
Jika mengunjungi majlis keramaian, selain sedekahkan duit pada tuan rumah, cara lain yang anda boleh buat adalah sedekahkan air mineral kepada semua tetamu.
Paling afdal untuk buat adalah ketika urusan pengkebumian sebab selalunya tuan rumah tidak sediakan makanan dan minuman.
Anda sangat membantu!
6. 'Keep The Change'
Ini bukan berlagak kaya tapi niatkan sahaja untuk bersedekah. Tiap kali beli makanan dari peniaga kecil, tak payahlah ambil bakinya.
Niatkan sahaja bersedekah. Buat orang lain gembira pun ada berkat dan pahalanya.
7. Beli Al Quran
Jika ada wang lebih, belikanlah Al Quran atau sejadah dan sedekahkanlah kepada mana-mana masjid atau surau. Jika ada yang baca atau gunakan ketika solat, ada bahagian untuk anda.
8. Amal Al Fatihah
Jadikan amalan baca Al Fatihah setiap pagi. Sedekahkan pada kedua ibu bapa kita tidak kira yang masih ada ataupun telah meninggal dunia. Amalkan.
Sumber: Asal : Kisah Zakat Malaysia
Bersyukur juga boleh meningkatkan rezeki. Semakin bersyukur, semakin mencurah-cerah nikmat yang kita dapat.
Yang penting, bersyukur dengan penuh ikhlas dan tidak membandingkan rezeki diri sendiri dengan orang lain kerana rezeki setiap orang itu berbeza.
Boleh baca juga tentang rahsia memperolehi rezeki melimpah ruah dan diberkati di Rahsia Rezeki.
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)Bila rezeki mendatang, jangan pula kedekut dengan rezeki yang ada. Bantu la mereka yang dalam kesempitan.
Kongsikan rezeki dengan orang lain. Bantu sekiranya mampu.
Semoga doa mereka yang dalam kesusahan itu boleh membuatkan rezeki anda mengalir deras.
Rezeki mungkin datang cepat atau lambat.
Carilah rezeki yang halal kerana yang halal pasti menjamin keberkatan hidup.
Kenapa rezeki tak murah?
Sumber Gambar : FOBNLupa tanggungjawab kepada ibu bapaKedekut untuk bersedekahSuka mengeluhMemutuskan silaturahimKotor hati, akal, percakapan dan perbuatanBerdoa ala kadarSuka membuang masaTidak mengingati kematianTidak sabar dan kuat marahSusah nak senyumRezeki datang dalam pelbagai bentuk. Nikmat ada di mana-mana.
Tak semestinya dalam bentuk wang ringgit.
Udara yang kita hirup, tubuh badan yang sempurna dan mempunyai keluarga merupakan rezeki yang diberi untuk kita sentiasa bersyukur
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://blogdedaun.blogspot.com/2017/09/amalan-murah-rezeki.html