Nak Rezeki Sentiasa Datang Dahulukan Isteri Lebih Dari Orang Lain


Nak rezeki sentiasa datang, dahulukan isteri lebih dari orang lain. Sebab bidadari kita tak pernah berhenti mendoakan dan dia adalah punca rezeki dalam rumahtangga.
Muslim family having a good time outdoors Jantung sebuah rumah adalah seorang isteri. Jika hatinya tak bahagia, maka seisi rumah akan kena tempias nampak tak bermaya. Maka para suami, sayangi isterimu agar di sentiasa gembira dan berdoa untuk kita.
“Kalau kau rasa isteri itu beban, maka ia akan jadi beban dalam hidup. Tapi kalau kau anggap isteri sumber asbab rezeki, ia akan jadi ‘magnet rezeki’.”
Kata Ustaz Ebit Lew,
“Syukur pada Allah pemberi rezeki. Tiada yang boleh beri sesuatu melainkan Allah. Terima kasih Allah.
Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri, itu juga yang kita kongsikan dengan isteri.”
Buat isteri gembira, rezeki datang. Buatkan isteri rasa dihargai, rezeki melimpah. Sentiasa buat isteri seronok, rezeki datang tak disangka.
Kawan-kawan,
Jika terasa rezeki sempit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dulu. Check mana yang terkurang. Gembirakan hatinya. Insha Allah, awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa.
“A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.”
Begitula
KENAPA DAHULUKAN ISTERI?
Ini penjelasan daripada laman rasmiAL-KAFI #1428: ANTARA NAFKAH ISTERI DAN IBU BAPA: MANA PERLU DIUTAMAKAN? Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ;
Kami mulakan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Jabir R.A, Rasulullah SAW bersabda:
ابْدَأْ بِنَفْسِكَ فَتَصَدَّقْ عَلَيْهَا ، فَإِنْ فَضَلَ شَيْءٌ فَلِأَهْلِكَ ، فَإِنْ فَضَلَ عَنْ أَهْلِكَ شَيْءٌ فَلِذِي قَرَابَتِكَ ، فَإِنْ فَضَلَ عَنْ ذِي قَرَابَتِكَ شَيْءٌ فَهَكَذَا وَهَكَذَا
Maksudnya: “Mulakan nafaqah dengan dirimu. Jika berbaki, berikanlah kepada ahli keluargamu. Jika masih berbaki, berikanlah kepada saudara-maramu yang terdekat dan jika masih berbaki lagi, berikanlah kepada mereka dan seterusnya.”
Riwayat al-Bukhari (6763) dan Muslim (997)
Imam al-Syaukani menyebut: Nafkah kepada keluarga tetap wajib meskipun ketua keluarga jatuh miskin, manakala nafkah kepada ibubapa hanya wajib jika anak mampu. Para ulama’ telah sepakat akan wajibnya mendahulukan nafkah anak isteri sebelum ibubapa. (Lihat Nail al-Autar, 6/381)
Mafhum daripada hadis di atas menunjukkan ‘فَلِأَهْلِكَ’ lebih kepada isteri dan anak-anak. Justeru, selama mana ia menjadi tanggungjawab terhadapnya, maka tanggungjawab kepada isteri adalah diutamakan kecuali dalam keadaan darurat, ibu memerlukan bantuan, maka ketika itu hendaklah diberikan kepadanya.
Manakala dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
تَصَدَّقُوا ، فَقَالَ رَجُلٌ : يَا رَسُولَ اللَّهِ عِنْدِي دِينَارٌ ، فَقَالَ : تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى نَفْسِكَ ، قَالَ : عِنْدِي آخَرُ ، قَالَ : تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى زَوْجَتِكَ ، قَالَ : عِنْدِي آخَرُ ، قَالَ : تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى وَلَدِكَ ، قَالَ : عِنْدِي آخَرُ ، قَالَ : تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى خَادِمِكَ ، قَالَ : عِنْدِي آخَرُ ، قَالَ: أَنْتَ أَبْصَرُ
Maksudnya: “Bersedekahlah.” Seorang lelaki bertanya: “Hai Rasulullah, aku mempunyai dinar.” Baginda menjawab: “Sedekahkan untuk diri kamu sendiri.” Lelaki itu menjawab: “Aku mempunyai dinar yang lain lagi.” Baginda berkata: “Sedekahkan kepada isteri engkau.” Lelaki itu menjawab: “Aku mempunyai yang lain lagi.”
Baginda berkata: “Sedekahkan kepada anak engkau.” Lelaki itu menjawab: “Aku mempunyai yang lain lagi.” Baginda berkata: “Sedekahkan kepada hamba engkau.” Lelaki itu menjawab: “Aku masih ada yang lain lagi.” Baginda berkata: “Engkau lebih tahu.”
Riwayat Ahmad (2335), Abu Daud (1691) dan al-Nasa’ie (2353)
Syeikh Syams al-Haq al-Azim Abadi menukilkan bahawa al-Khattabi berkata: Susunan ini jika engkau memperhatikannya, maka engkau akan mengetahui bahawa Baginda SAW mendahulukan yang utama dan kerabat yang dekat. (Lihat ‘Aun al-Ma’bud, 5/76)
Hadis ini dengan jelas menunjukkan tanggungjawab kepada isteri adalah yang utama selepas diri sendiri.
Imam Nawawi menyebut: Apabila berhimpun pada seseorang, orang-orang yang berhajat daripada mereka yang diwajibkan memberi nafkah pada mereka, maka sekiranya hartanya cukup untuk menafkahkan semuanya, maka dia wajib menafkahkan semuanya. Namun, sekiranya hartanya tidak lebih kecuali untuk seorang, maka hendaklah mengutamakan nafkah untuk isteri berbanding nafkah untuk keluarga lain. (Lihat Raudhah al-Talibin, 9/93)
Imam al-Syaukani berkata: Telah sampai pada tahap ijma’ akan kewajiban memberi nafkah pada isteri. Kemudian jika masih ada lebihan harta daripada itu, barulah ada kewajiban nafkah terhadap keluarga yang lain. (Lihat Nail al-Autar, 6/381)
Para ulama’ menyebut, memberi nafkah kepada ibubapa adalah tidak wajib atas seorang anak kecuali dalam dua keadaan berikut:
Ibubapanya miskin dan memerlukan bantuan.
Anak tersebut mempunyai lebihan harta selepas nafkah yang diberikan kepada keluarganya. Syarat ini disepakati oleh para ulama’. (Lihat Mughni al-Muhtaj,3/446; al-Insaf, 9/392 dan Hasyiyah Ibn Abidin, 2/678)
Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji dinyatakan: Jika bilangan usul, furu’ dan yang lainnya yang memerlukan nafaqah adalah ramai, sedangkan lebihan keperluan dirinya tidak mencukupi untuk diberi kepada kesemuanya, dia hendaklah memenuhi keperluan dirinya sendiri dengan memberi keutamaan berdasarkan kepada susunan yang berikut:
Isteri. Hal ini demikian kerana nafaqah kepada isteri adalah pasti. Ia tidak gugur dengan berlalunya masa. Hal ini berbeza dengan nafaqah usul dan furu’ yang gugur dengan berlalunya masa, sebagaimana yang telah dijelaskan.
Anak yang masih kecil. Hal ini sama juga dengan anak yang dewasa, tetapi gila kerana mereka tidak mampu untuk bekerja.
Ini kerana ibu juga tidak mampu untuk bekerja dan haknya telah pasti disebabkan ibulah yang mengandung, melahir, menyusu dan mendidik anak sehingga meningkat usia.
Ini kerana kelebihan bapa yang cukup besar terhadap keluarga.
Anak yang dewasa tetapi fakir, kerana hampirnya hubungan dengan bapanya. Hubungan yang hampir dan rapat ini mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Datuk dan ke atas. Ini bertujuan untuk menghormati datuk dan sama juga untuk menghormati bapa. Datuk merupakan asal keturunan dan haknya wajib dijaga serta dipelihara. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 3/110)
Kesimpulan
Berdasarkan nas-nas dan hujah para ulama, kami berpendapat nafkah kepada isteri adalah didahulukan, kecuali dalam keadaan ibubapa yang tidak berkemampuan dalam menyediakan ubatan, rawatan dan makan minum yang menjadi asas kehidupan. Ketika itu, ia hendaklah didahulukan bagi meneruskan kesinambungan kehidupan.
Dalam isu seperti ini, perlu ada keselarasan dan persefahaman oleh semua anak-anak ibu atau bapa untuk sama-sama mengambil tanggungjawab menjaga, membantu dan berkhidmat kepada kedua ibubapa. Dengan cara ini, tidaklah terbeban kepada satu-satu anak sahaja sedangkan yang lain semua lepas tangan. Ingatlah apa yang dinyatakan oleh Nabi SAW:
رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الوَالِدِ ، وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ
Maksudnya: “Keredaan Allah terletak pada keredaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.”
Riwayat al-Tirmizi (194)
Seterusnya, bantuan kepada ibu bapa janganlah kita menganggap sebagai beban tetapi ehsan yang sewajibnya kita tunaikan sebagai hak ibu bapa kita. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT:
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Surah al-Isra’ (23)
Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah, semoga kita menjadi hamba-Nya yang soleh dan mentaati kedua ibubapa. Amin.

Sekali sekala bawa anak pergi camping, dedahkan mereka dengan dunia kehijauan pun menarik juga kan? Bukan je boleh jadikan mereka aktif, macam-macam skill juga mereka boleh pelajari!
Saksikan topik “Camping” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 9 Ogos, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara
#AstroRia
The post Nak Rezeki Sentiasa Datang? Dahulukan Isteri Lebih Dari Orang Lain! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-rezeki-sentiasa-datang-dahulukan-isteri-lebih-dari-orang-lain/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Oh Isteri Lakukan 7 Perkara Ini Kalau Nak Suami Sentiasa Rindu

Oh Isteri Lakukan 7 Perkara Ini Kalau Nak Suami Sentiasa Rindu

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 347 hits
Indahnya hidup berumah tangga ini jika adanya persefahaman yang baik dan juga tolak ansur Selalu kita isteri merungut suami tidak pandai ambil hati dan sebagainya Tapi pernahkah isteri terfikir cara menarik perhatian suami Jika anda tahu ca...
Kadang Kadang Suami Tolong Cuci Tandas Je Isteri Punya Happy Sampai Ambil Gambar Nak Bagitahu 1 Dunia

Kadang Kadang Suami Tolong Cuci Tandas Je Isteri Punya Happy Sampai Ambil Gambar Nak Bagitahu 1 Dunia

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 729 hits
Isteri sangat gembira bila suaminya tolong dalam urusan rumahtangga walaupun hanya cuci tandas sahaja Bernilainya pertolongan kecil suami dimata isteri Isteri tidak mengharapkan bulan bintang cukup sekadar memahami dirinya penat dan sama sa...
Rezeki Akan Lebih Murah Jika Buat 8 Perkara Ini Terlebih Dahulu

Rezeki Akan Lebih Murah Jika Buat 8 Perkara Ini Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 857 hits
Amalan Murah Rezeki Orang kata rezeki lebih murah kalau kita sentiasa memberi kepada orang lain Ya benar memberi itu banyak kelebihannya Namun adakalanya kita sendiri pun sesak dan kekurangan untuk sentiasa memberi kepada yang memerlukan Ja...
Tak Malu Punya Nga Kor Ming Project Orang Lain Pun Nak Amik Nama Jugak

Tak Malu Punya Nga Kor Ming Project Orang Lain Pun Nak Amik Nama Jugak

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 369 hits
Pergh Korang tengok DAP ni Event dan project orang Tapi dia cetak muka dia kat barang Sampai kotak nasi pun dia lekat sekali Dan langsung tak hiraukan pengusaha inisiatif bantu rakyat ni Siap pembantu DAP dia hempas pulas bagi alasan lagi I...
Hiburan Dakwa Isteri Kedua Beri Layanan Lebih Hebat Imam Muda Faris Cerai Isteri Pertama Selepas 13 Tahun Berkahwin

Hiburan Dakwa Isteri Kedua Beri Layanan Lebih Hebat Imam Muda Faris Cerai Isteri Pertama Selepas 13 Tahun Berkahwin

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 592 hits
Semakin hari semakin banyak pula kes penceraian yang melibatkan pendakwah tempatan Terbaru seorang peserta program Imam Muda pada tahun 2014 iaitu Syed Mohd Faris Syed Roslan bertindak menceraikan isteri pertamanya selepas melangsungkan per...
Pemuda Cina Ini Dedahkan Realiti Masyarakat Cina Yang Tidaklah Lebih Sempurna Berbanding Kaum Lain

Pemuda Cina Ini Dedahkan Realiti Masyarakat Cina Yang Tidaklah Lebih Sempurna Berbanding Kaum Lain

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 497 hits
Tangkapan Layar FacebookSu Han Wen Shu Mungkin ada yang kata kenapa takde kes lelaki Cina atau India curang atau kahwin dua Kenapa semua lelaki Melayu sahaja yang miang Kenapa orang Cina kalau berniaga takde kes saling dengki atau santau Ak...
Nasihat Imam Muda Hassan Nak Jadi Jutawan Jangan Kedekut Dengan Mak Isteri Anak

Nasihat Imam Muda Hassan Nak Jadi Jutawan Jangan Kedekut Dengan Mak Isteri Anak

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 508 hits
Mak isteri dan anak anak adalah rezeki Allah pada kita Mereka ni lah orang yang dekat dengan kita Ramai tak sedar selama ni Allah bagi rezeki kerana doa mereka tiap hari pada kita Isteri selalu doa pada suaminya tapi dia tak cakap pada suam...
Menteri Undang Undang Loyar Burok Lebih Rela Isteri Pemimpin Pas Terus Jadi Alat Taruhan Politik

Menteri Undang Undang Loyar Burok Lebih Rela Isteri Pemimpin Pas Terus Jadi Alat Taruhan Politik

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 250 hits
Di Dewan Rakyat semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal undang undang Takiyuddin Hassan menggesa undang undang anti lompat parti dikuatkuasakan di Pulau Pinang terlebih dahulu jika pembangkang benar benar mahu perkara...
Isteri Tak Suka Masak Saya Penat Nak Tegur Suami Buntu Isteri Goyang Kaki Memanjang

Isteri Tak Suka Masak Saya Penat Nak Tegur Suami Buntu Isteri Goyang Kaki Memanjang

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 334 hits
Saya dan isteri dah berkahwin selama enam tahun dan dikurniakan tiga orang anak Saya bekerja dan isteri pula suri rumah Isteri saya jenis tak suka memasak kurang makan dan jenis makan je apa apa makanan ringan atau makanan segera Kerja kerj...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba