Rezeki



Al-Wahhab; Dialah Allah yang Maha Memberi dan Dia memberikan rezeki kepada semua makhlukNya, tidak kira yang beriman kepadaNya ataupun tidak. Al-Fattah; Dialah Tuhan yang membukakan pintu-pintu rezeki buat sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dan Dialah Al-'Adil, Al-Hakim dan Al-'Alim; Yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Diberikan rezeki kepada sekalian makhlukNya secara adil dan bijaksana, dan Dia Maha Mengetahui terhadap apa sahaja yang diberikanNya itu.
Allah SWT berfirman:وَما مِن دابَّةٍ فِى الأَرضِ إِلّا عَلَى اللَّهِ رِزقُها وَيَعلَمُ مُستَقَرَّها وَمُستَودَعَها ۚ كُلٌّ فى كِتٰبٍ مُبينٍDan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).(Hud: 6)
Allah memberikan rezeki kepada semua manusia, yang beriman kepadaNya mahupun yang tidak:
وَإِذ قالَ إِبرٰهۦمُ رَبِّ اجعَل هٰذا بَلَدًا ءامِنًا وَارزُق أَهلَهُ مِنَ الثَّمَرٰتِ مَن ءامَنَ مِنهُم بِاللَّهِ وَاليَومِ الءاخِرِ ۖ قالَ وَمَن كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُ قَليلًا ثُمَّ أَضطَرُّهُ إِلىٰ عَذابِ النّارِ ۖ وَبِئسَ المَصيرُDan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata:"Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman: "(Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali".
زُيِّنَ لِلَّذينَ كَفَرُوا الحَيوٰةُ الدُّنيا وَيَسخَرونَ مِنَ الَّذينَ ءامَنوا ۘ وَالَّذينَ اتَّقَوا فَوقَهُم يَومَ القِيٰمَةِ ۗ وَاللَّهُ يَرزُقُ مَنيَشاءُ بِغَيرِ حِسابٍKehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).(Al-Baqarah: 126 & 212)
Beribadah, beramal, berikhtiar dan mengingati Allah dapat membuka pintu-pintu rezeki:
فى بُيوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَن تُرفَعَ وَيُذكَرَ فيهَا اسمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فيها بِالغُدُوِّ وَالءاصالِ(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.
رِجالٌ لا تُلهيهِم تِجٰرَةٌ وَلا بَيعٌ عَن ذِكرِ اللَّهِ وَإِقامِ الصَّلوٰةِ وَإيتاءِ الزَّكوٰةِ ۙ يَخافونَ يَومًا تَتَقَلَّبُ فيهِ القُلوبُ وَالأَبصٰر(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
لِيَجزِيَهُمُ اللَّهُ أَحسَنَ ما عَمِلوا وَيَزيدَهُم مِن فَضلِهِ ۗ وَاللَّهُ يَرزُقُ مَن يَشاءُ بِغَيرِ حِساب(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.(An-Nur: 36-38)
قُل إِنَّ رَبّى يَبسُطُ الرِّزقَ لِمَن يَشاءُ مِن عِبادِهِ وَيَقدِرُ لَهُ ۚ وَما أَنفَقتُم مِن شَيءٍ فَهُوَ يُخلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيرُ الرّٰزِقينَKatakanlah (wahai Muhammad):"Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki"(Saba: 39)
فَإِذا قُضِيَتِ الصَّلوٰةُ فَانتَشِروا فِى الأَرضِ وَابتَغوا مِن فَضلِ اللَّهِ وَاذكُرُوا اللَّهَ كَثيرًا لَعَلَّكُم تُفلِحونَKemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).(Al-Jumu'ah: 10)
وَأمُر أَهلَكَ بِالصَّلوٰةِ وَاصطَبِر عَلَيها ۖ لا نَسـَٔلُكَ رِزقًا ۖ نَحنُ نَرزُقُكَ ۗ وَالعٰقِبَةُ لِلتَّقوىٰDan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.(Toha: 132)
Namun ketahuilah, sebaik-baik pemberian buat hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh itu adalah Syurga:
رَسولًا يَتلوا عَلَيكُم ءايٰتِ اللَّهِ مُبَيِّنٰتٍ لِيُخرِجَ الَّذينَ ءامَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ مِنَ الظُّلُمٰتِ إِلَى النّورِ ۚ وَمَن يُؤمِن بِاللَّهِ وَيَعمَل صٰلِحًا يُدخِلهُ جَنّٰتٍ تَجرى مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ خٰلِدينَ فيها أَبَدًا ۖ قَد أَحسَنَ اللَّهُ لَهُ رِزقًا(Dengan mengutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh - dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayah petunjuk). Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian.(At-Talaq: 11)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shuhash.blogspot.com/2016/02/rezeki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Nakal Tapi Selalu Terlepas Hukuman Nadhir Nasar Anggap Gelaran Lucky Bawa Rezeki

Hiburan Nakal Tapi Selalu Terlepas Hukuman Nadhir Nasar Anggap Gelaran Lucky Bawa Rezeki

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 452 hits
Pelakon baharu Nadhir Nasar sering menggunakan perkataan lucky termasuk menamakan kelab peminatnya Lucky Fighter Nadhir berharap perkataan berkenaan membawa rezeki buatnya ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementNadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nad...
Hiburan Bapa Hanya Pemandu Teksi Datin Shahida Percaya Pada Konsep Rezeki Syukur Dapat Ke Tanah Suci

Hiburan Bapa Hanya Pemandu Teksi Datin Shahida Percaya Pada Konsep Rezeki Syukur Dapat Ke Tanah Suci

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 271 hits
Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang merupakan isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa syukur apabila berpeluang membawa kedua orang tuanya ke tanah suci Mekah sekali lagi ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementPerkara t...
Rezeki Dapat Datuk Seri Kena Bayar Saman

Rezeki Dapat Datuk Seri Kena Bayar Saman

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 138 hits
HAMAN TAHABila ada tokoh politik saman je pas harakah dan pemimpin pas selalunya yang kalah Pas hari ni MB kedah di perak pesuruhjaya pas pun kalah dengan Nizar Jamaludin Di Kelantan juga Husam Musa menang dalam beberapa Kes ada banyak kes ...
Mengetuk Pintu Rezeki Dengan Taubat

Mengetuk Pintu Rezeki Dengan Taubat

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 159 hits
Daripada Al Aghari bin Yassar AL Muzani r a berkata Rasulullah s a w bersabda Wahai sekalian manusia bertaubatlah kepada Allah s w t dan mohonlah keampunan kepadanya sesungguhnya aku bertaubat seratus kali dalam masa sehari Muslim no 2702 4...
Inilah 10 Tips Pasangan Suami Isteri Patut Amalkan Untuk Dimurahkan Rezeki

Inilah 10 Tips Pasangan Suami Isteri Patut Amalkan Untuk Dimurahkan Rezeki

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 397 hits
Tiada yang paling bernilai dalam hidup ini selain memiliki sebuah keluarga bahagia Tambah menggembirakan lagi apabila keluarga kita dikurniakan Ilahi rezeki yang melimpah ruah pula Sesungguhnya rezeki amat berkait rapat dengan cara kita men...
Rezeki Says Com

Rezeki Says Com

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 191 hits
Says com memberi income kepada saya Alhamdulillah Setakat buat sampingan ni Ada la income masuk Sebenarnya dah boleh cash out Tapi malas nak cash out lagi Tunggu banyak sikit Hehe Korang just share dan if ada orang visit link korang Korang ...
Rezeki Anak

Rezeki Anak

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 136 hits
Kepala aku baringkan ke dadanya Dia mengusap lembut rambutku Aku Abg tahu tak kenapa saya deactivate FB Suami Ha kenapa cakap la syg Aku Saya sedih bila tengok si polan update pasal 2nd pregnancy dia Saya sedih sebab saya tak dapat nak bagi...
Kisah Budak Kecil Yakin Bahawa Rezeki Itu Daripada Allah

Kisah Budak Kecil Yakin Bahawa Rezeki Itu Daripada Allah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 211 hits
Sebagai seorang muslim kita perlu percaya dan yakin bahawa setiap rezeki yang datang itu datang hanya daripada Allah SWT Janganlah sesekali kita berasa rugi dalam bersedekah kerana Allah SWT sentiasa akan memperbanyakkan lagi rezeki kita Se...
Ada Rezeki Teringin Baby Girl Tapi Tak Mengharap Berseri Elfira Hamil Kali Ni

Ada Rezeki Teringin Baby Girl Tapi Tak Mengharap Berseri Elfira Hamil Kali Ni

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 289 hits
Sejak berkongsi berita kehamilan anak kedua baru baru ini pelakon Elfira Loy mengakui perasaan risau mengandung dalam musim pandemik Covid 19 ini agak kurang sikit berbanding di awal awal wabak ini melanda negara Ini berikutan ramai rakyat ...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Sinopsis Filem Mantera

Tambah Koleksi Rantai Loket Dan Subang Telinga Emas 916 Raya

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping