Restoren Taman Apple Steamboat Grill Restoren Pilihan Di Cameron Highlands


Alhamdulillah minggu lepas Diah dan keluarga telah selamat bercuti ke Cameron Highlands Pahang. Percutian yang singkat tapi berkualiti sebab dapat habiskan masa sekeluarga. Nama je anak kelahiran Pahang tapi ini merupakan kali pertama Diah jejak kan kaki ke Cameron Highlands. Dah masuk umur 33 tahun baru tahu Cameron Highlands best. Kesian betul. 
Memandangkan kali pertama nak bercuti ke Cameron Highlands ni, jadi Diah buat la pembacaan serba sedikit mana tempat yang best nak pergi, tempat nak makan dan lain-lain. Paling banyak cari mestilah tempat makan yang best sebab ke cintaan terhadap makanan tak dapat di pisahkan. 
Restoren Taman Apple CameronSebenarnya tak plan pun nak ke Cameron Highlands tapi dah nama nya rezeki sampai juga akhirnya. Anak-anak la yang paling excited, nak merasa feeling sejuk macam kat luar negara katanya. Banyak yang setuju Cameron Highlands adalah destinasi pilihan keluarga untuk bercuti sebab baby friendly, lokasi yang sejuk, makanan yang sedap dan lokasi yang cantik nak bergambar. 
Diah book penginapan dekat Tanah Rata dan jumpa apartment yang bersesuaian pada harga RM180 untuk satu malam. Serik dengan percutian lepas, jadi Diah memang cari penginapan yang sediakan parking dan yang penting selamat. 
Restoren Taman Apple Steamboat & Grill Tempat Makan Pilihan di Cameron Highlands 
Untuk edisi food hunting kali ni Diah nak kongsi restoren pilihan kami semasa bercuti di Tanah Rata Cameron Highlands, tak lain tak bukan Restoren Taman Apple Steamboat & Grill. Restoren Taman Apple ni pernah viral dulu dan terkenal dengan hidangan steamboat & grill dia. Rupa-rupanya nama Restoren Taman Abang ni dah ditukar oleh pemiliknya di sebabkan tak nak pelanggan keliru dengan restoren lain yang guna nama abang untuk nama restoren mereka. Jadi, Restoren Taman Abang dan diberi nama baru iaitu Restoren Taman Apple Steamboat & Grill. Kisah di sebalik Restoren Taman Apple Steamboat & Grill 
Lokasi Restoren Taman Apple ni sangat la dekat dengan tempat penginapan kami sekeluarga. Ianya terletak di tengah-tengah Pekan Tanah Rata dan bersebelahan dengan Hotel Cool Point serta dekat sangat dengan Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands. Restoren Taman Apple adalah pilihan yang tepat untuk di kunjungi terutama untuk mereka yang menginap di sekitar Tanah Rata. 
Kenapa perlu Datang ke Restoren Taman Apple Steamboat & Grill?
Untuk yang pertama kali datang dan tak tahu nak order apa boleh la tengok menu bergambar yang disediakan. In sha Allah apa yang korang tengok itu la yang korang dapat. Restoren Taman Apple menyediakan hidangan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan Steamboat & Grill pada waktu malam. Oleh sebab cuaca yang sejuk memang nasi la jadi menu pilihan kami sekeluarga

Untuk sarapan pagi Diah cadangkan korang untuk cuba Nasi Lemak Serunding Strawberi mereka. Nasi memang cukup lemak santan dan serunding Strawberi yang membuka selera. Ini pertama kali Diah cuba serunding Strawberi. Kalau nak tahu, Restoren Taman Apple la merupakan restoren pertama yang menawarkan menu serunding Starwberi ni. Rasa serunding Strawberi ni masam, manis dan pedas. Tak sangka Strawberi pun boleh dijadikan serunding. Sedap pula tu. Kalau tak nak nasi korang boleh cuba menu lain seperti bihun sup, soto, atau nasi impit dengan rendang daging. Harga menu sarapan bermula serendah RM6.90. 
menu sarapan pagi
Sesuai dengan cuaca sejuk, untuk menu pilihan waktu tengahari korang boleh cuba menu set bakar. Diah sempat cuba nasi kambing bakar, nasi ayam bakar dan juga nasi sotong bakar. Setiap set dah ada air Strawberi Lemonade yang menyegarkan. Walaupun peminat kambing tegar, tapi nasi sotong bakar berjaya menambat hati Diah. Sotong bakar yang lembut isi dia dan di cicah dengan sambal kicap memang sedap. Saiz sotong juga besar. Puas makan. 
Set Bakar Restoren Taman Apple Steamboat & Grill
Hidangan Steamboat & Grill pula mula di buka pada pukul 5.00 petang sehingga pukul 12.00 malam. Jadi ada masa yang cukup untuk korang makan sampai kenyang. Walaupun konsep steamboat ni layan diri tapi jangan risau sebab akan ada crew restoren yang bertugas untuk bantu korang kalau perlu kan apa-apa bantuan. Mereka memang mesra membantu. 
Suasana malam di Restoren Taman Apple Steamboat & GrillTerdapat dua pilihan sup iaitu tom yam dan ayam. Dalam cuaca yang sejuk memang meriah kami makan malam tu.  Pelanggan boleh makan berulang kali dan terdapat banyak pilihan seperti nasi lemak pandan, bihun dan nasi goreng, pelbagai jenis sayur-sayuran, pelbagai pilihan bahan steamboat, pilihan air panas dan air sejuk serta dessert seperti ice cream dan ABC. Pelanggan juga di jamu dengan pilihan daging perapan pelbagai perisa (BBQ, Blackpaper & Kunyit) seperti ayam, ikan Dori dan juga kambing. Pilihan seafood pula seperti udang, dan sotong. Walaupun pilihan seafood agak terhad tapi kami berpuas hati. 
Self service Aneka pilihan steamboat 
Seperti yang Diah bagitahu, restoren ni memang popular dengan hidangan steamboat. Masa kami sampai restoren baru dibuka dan dalam 15 minit meja-meja mula dipenuhi dengan pelanggan. Senarai harga steamboat & grill boleh rujuk di bawah ni. Harga untuk dewasa ialah RM39Harga untuk kanak-kanak (5 sehingga 12 tahun) ialah RM29Harga warga emas (50 tahun ke atas) ialah RM 33Kanak-kanak 5 tahun ke bawah adalah percuma 
Serunding Strawberi Cik Merah 
Kalau dah datang ke Restoren Taman Apple ni memang tak sah la kalau tak beli Serunding Strawberi Cik Merah. Serunding ni diperbuat daripada buah Strawberi sebenar dan kemudian dicampur dengan cili, daging dan juga bahan-bahan lain. Ada dua jenis serunding iaitu daging dan ayam. Dekat depan restoren ni ada booth yang jual Serunding Strawberi Cik Merah dan juga produk yang berasaskan strawberi yang lain seperti jem dan cordial minuman. Boleh la korang beli Serunding Strawberi Cik Merah sebagai buah tangan. Makan serunding dengan nasi panas memang terbaik. Satu paket berharga hanya RM17.90 (140gram)
Boleh dapatkan maklumat lanjut tentang Serunding Strawberi Cik Merah melalui media sosial mereka seperti di bawah:
Facebook - Cik Merah Cameron HighlandsInstagram - Cik MerahPastikan Cik Merah Baru Beli - Serunding StrawberiTips penting
Diah sempat berborak dengan salah seorang crew dekat sini, katanya hari minggu dan cuti umum restoren memang akan dibanjiri dengan pelanggan dan ada yang sanggup ambil no giliran untuk makan. Diah kongsikan tips penting perlu anda tahu sebelum datang ke sini. Restoren di buka pada pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang untuk sarapan dan tengahari manakala hidangan steamboat & Grill bermula jam 5.00 petang sehingga 12.00 malam. Untuk menikmati Steamboat & Grill, pelanggan tidak dibenarkan untuk booking (kena walk-in) pada hari cuti umum dan weekend tapi dibenarkan untuk booking pada hari biasa. Perlu cuba dessert terutama pavlova dan Kek Strawberi Lapis. Restoren di tutup pada hari Rabu. 

Boleh waze alamat seperti di bawah untuk datang ke sini:
Restoran Taman Apple Cameron Steamboat & Grill891-A, Persiaran Dayang Indah, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang 016-225 0315
Boleh dapatkan maklumat lanjut tentang Restoran Taman Apple Cameron Steamboat & Grill melalui media sosial mereka seperti di bawah:
Facebook - Taman Apple CameronInstagram - Taman Apple Cameron
Apa yang dapat Diah simpulkan Taman Apple Steamboat & Grill adalah restoren pilihan yang tepat untuk anda yang sedang atau yang plan nak bercuti ke Cameron Highlands. Selain makanan yang sedap, lokasi yang banyak kawasan parking, dekorasi yang cantik (makan dalam taman), crew restoren peramah dan sedia melayan pelanggan. Yang suka bergambar mesti suka sebab tempat ni cantik, banyak sudut boleh ambil gambar. Harap perkongsian tak seberapa ni dapat bantu korang yang bercuti ke Cameron Highlands. 
Selamat bercuti. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2018/10/Restoren-Taman-Apple-Steamboat-Grill-Restoren-Steamboat-Pilihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makette Steamboat Grill Tempat Makan Sedap Kota Bharu

Makette Steamboat Grill Tempat Makan Sedap Kota Bharu

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 2861 hits
Sajian steamboat memang menjadi kegemaran ramai Makanan laut segar sedia dicelur di dalam tomyam Lebih seronok sekiranya ia berkonsepkan buffet di mana dengan sekali bayar pelanggan boleh makan sampai puas Itulah konsep yang digunakan oleh ...
Pasar Malam Cameron Highlands Sempena Deepavali

Pasar Malam Cameron Highlands Sempena Deepavali

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 519 hits
Untuk cuti Deepavali yang berlangsung sampai hari Rabu Pasar Malam Cameron Highlands akan turut dibuka sehingga hari Selasa Bermula 4 petang hingga 10 malam
Musim Anggur Di Cameron Highlands Bagi Cuti Persekolahan Bulan November Dan December 2018

Musim Anggur Di Cameron Highlands Bagi Cuti Persekolahan Bulan November Dan December 2018

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 445 hits
Panjang tajuk catatan ini tetapi isinya ringkas sahaja Soalan yang paling kerap diterima adalah bilakah musim anggur yang akan datang di Cameron Highlands Dari sumber yang saya perolehi Musim Anggur di Lembah Bertam adalah pada cuti bulan D...
Pencerobohan Tanah Haram Di Cameron Highlands

Pencerobohan Tanah Haram Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 776 hits
saya suka membaca apa sahaja berkaitan dengan Cameron Highlands dan info serta fakta yang dikongsikan selalunya menjadi rujukan saya Antaranya dari YB Adun Tanah rata ini Q A about the Issue of Illegal Land Grabbing in Cameron Highlands Dis...
10 Tempat Percutian Menarik Di Cameron Highlands

10 Tempat Percutian Menarik Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 928 hits
10 Tempat Percutian Menarik Di Cameron Highlands l Jika anda jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota larilah sebentar ke Cameron Highlands Destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjub...
Tanah Dekat Cameron Highlands Merekah Terbelah

Tanah Dekat Cameron Highlands Merekah Terbelah

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 934 hits
BEBERAPA rumah di Kampung Pawong Pos Raya di Jalan Simpang Pulai Jalan Cameron Highlands Ipoh mengalami keretakan selepas dipercayai berlakunya pergerakan tanah di kampung berkenaan semalam Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pe...
Bff Trip Bercuti Di Cameron Highlands Naik Bas Dan Duduk Hotel Murah Jer

Bff Trip Bercuti Di Cameron Highlands Naik Bas Dan Duduk Hotel Murah Jer

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 616 hits
Salam dears Beberapa minggu lepas Mama dan kawan baik Mama buat kerja gila sikit Tiba tiba je dapat idea ehh jom pergi bercuti berdua kita backpacking ja pergi naik bas ke Cameron Highlands dan duduk hotel murah murah ja kat sana Bincang bi...
Tanah Runtuh Di Laluan Jalan Kuala Terla Cameron Highlands

Tanah Runtuh Di Laluan Jalan Kuala Terla Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 812 hits
KUANTAN Jalan Kuala Terla dekat Kampung Raja Batu 51 Cameron Highlands ditutup satu arah bermula pukul 8 malam tadi sejurus berlaku tanah runtuh di laluan berkenaan lewat petang hari ini Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malays...
Lesen Pendudukan Sementara Di Cameron Highlands

Lesen Pendudukan Sementara Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 343 hits
KENYATAANMEDIA YAB MENTERI BESAR PAHANGPengeluaran Lesen Pendudukan Sementara baharu untuk Cameron Highlands dibekukan sejak 2008 lagi kata Menteri Besar Menteri Besar Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini berkata Kerajaan Negeri telah mem...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025