Restoran Rebung New Normal Sop
Restoran Rebung ni femes kan? Tapi ni first time aku jejak kaki makan dekat sini. Walaupun sebelum ni ada je pergi Taman Botani dekat sebelah tu. Tapi tak pernah nyempat nak cuba makan dekat sini. Kalau korang belum tahu, Restoran Rebung ni milik Dato' Chef Ismail. Dekat sini banyak menyajikan masakan kampung dan tradisi melayu. Untuk kita kita yang bertekak 'meleis', memang sesuai la makan dekat sini. Banyak juga pilihan masakan kampung dekat sini.
Agak agak teringin nak daging salai masak lemak cili api, asam pedas padu, laksa penang, gulai telur itik, fuhh semua ada dekat sini. And yang penting, sedap
Cakap pasal makan dekat restoran, kena la cerita pasal SOP nya sekali. Saja la share untuk korang aware SOP nya macam mana. Nanti kang datang jangan main terjah je hehe
Macam biasa, SOP wajib mestilah termasuk ;
1. Scan QR code dan register detail ( kalau tak scan, boleh tulis manually dalam buku)2. Check suhu badan. Kalau lebih dari 37.5 celcius tak dibenarkan masuk ye3. Gunakan hand sanitizer dan sila la basuh tangan sebelum makan4. Amalkan jarak sosial antara pengunjung yang lain
So far lama lama dah terbiasa dah dengan SOP ni. Tak kekok dah and rasa macam kebiasaan dah. Takpela leceh sikit tu kan, demi keselamatan bersama
Btw senang bawa family makan dekat sini sebab parking disediakan pun banyak. Ada surau dan tandas. Serba lengkap. Biasanya kalau bulan puasa, selalu la ada bufet ramadhan dekat sini. Takpela tahun ni takdapat nak berbuka dekat sini. Tahun depan kita cuba, insyaAllah.
Okay korang, so far sejak PKPP ni dah pernah makan dekat luar ke? Macam mana? Boleh sesuaikan diri tak dengan SOP baru
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://blog.farahdafri.com/2020/06/restoran-rebung-new-normal-sop.html