Restoran Pesona Rasa
Restoran Pesona RasaAsalamualaikum & Salam Sejahtera
15 December 2018, kami bersiaran di One Borneo, Jalan UMS Sepanggar Kota Kinabalu, Sabah. Gedung ini memang gah dan sangat terkenal di Kota Kinabalu. Etuza rasa terpegun seketika dengan prasarana kemodenan dan keunikan One Borneo
Di One Borneo ada flat tempat tinggal pelajar UMS, antaranya bangunan USIA. Tinggi bangunan USIA ini yang menempat kan ramai pelajar UMS. ( Universiti Malaysia Sabah ). Agak bertuah pelajar UMS dapat berpeluang tinggal di kawasan One Borneo kerana boleh berjalan kaki menuju ke UMS dan menaiki Bas UMS setiap kali mereka ada kuliah dan pelbagai program UMS
Maaf sedikit tersasar cerita. Sebenarnya nak cerita tentang Restoran Pesona Rasa. Perasan lah Etuza, blog header Etuza kan ada Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan. Hari ini terjumpa pula Restoran Pesona Rasa. Agak-agak anda rasa makanan atau juadah kat sini ada Pesona Rasa tak. Ok, mari kita cuba, Restoran Pesona Rasa ni pilihan anak Etuza. Katanya nak cuba tak rasa makanan di Pesona Rasa. Ok boleh saja , jom ramai-ramai pergi makan di tempat tu
Biasalah sebelum jamah makanan , ambil moment dulu..inilah diadepan Restoran Pesona Rasa. Cantik kan..memang ada daya tarikan.Ramai tau datang sini.
Kami masing-masing oderlah makanan, nait makan untuk petang hari ini, balik rumah tak perlu masak lagi. Mandi dan rehatkan badan yang seharian berjalan ke sana-sini. Ambil anak di tempat kerja dan jemput anak ke rumah kakak. Seronok bagi yang sentiasa aktif, sihat dan suka melihat keindahan alam ciptaan Allah. Percutian harus seronok dan sentiasa berhati-hati. Usah leka dan terpesona pula dengan Dunia ni.
Service di RPR ni pun bagus, pelayan dan owner RPS ni tak sombong, mereka layan pelanggan dengan sabar. Apapun kita ni manusia biasa ada sahaja kekurangan. Perbaiki lah mana-mana yang dirasakan tak berapa baik dalam bisnes anda ya.Terima kasih di RPS hari ini kami disaji dengan juadah yang memang ada PESONA RASA.
Ini lah dia generasi Etuza dan mama. Ada 4 orang..aloo..yang 3 pula tak ada di gambar..semua di rantau..rindulah pula bila ingat mereka bertiga.
Tempat ni bersih, tak sibuk bagai, selesa untuk makan dan udara pun segar.Jauh dari udara kotor di luar..Nak makan sini, sila jemput datang orang Sabahyang bercuti di Kota Kinabalu..jom lah
Inilah dia juadah yang kami oder. Masing-masing dengan selera sendiri.
Oder Minuman : Cendol, Horlic Ais, Lemon Tea Panas, Jus CarrotOder Makanan Petang : Nasi Tomato 2 set, nasi goreng pataya 1 set,nasi kacang tumis dan ikan 1 set, nasi kacang tumis dan ayam masak kicap 1 setnasi dan ikan goreng 1 set
Dari segi rasa juadah : Betullah ada PESONA RASA - SedapKami puasa hati Harga : RM 54.00 ( makan 6 orang berbaloi, it's ok.
JEMPUT KLIK SINI & SINI UNTUK ANDA ADA HADIAH MENANTISesiapa yang bersiaran di One Borneo hari ini - Sila ke Restoran Pesona Rasa.Datang makan ya ...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://madey09.blogspot.com/2018/12/restoran-pesona-rasa.html