Aktiviti Menarik Dan Lokasi Pelancongan Sekitar Hotel Royal Chulan Seremban


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kalau nak keluar dari kesibukan kota Kuala Lumpur tapi tidak mahu travel jauh-jauh mana lokasi yang korang akan pilih?. Kalau bagi Maha lokasi dan tempat paling dekat dan mudah untuk diakses melalui lebuh raya utama adalah Seremban. Mungkin korang rasa ia lokasi yang tidak banyak tempat menarik tapi korang silap. Mai Maha kongsikan apa aktiviti yang boleh buat dan lokasi yang menarik boleh pergi jikalau menginap di Seremban



Hujung minggu lalu Maha dan kawan-kawan habiskan masa untuk menginap di Hotel Royal Chulan Seremban. Sebuah hotel bertaraf 4 bintang. Nak sampai ke sana pun sangat mudah hanya satu jam perjalanan sahaja dan juga hotelnya selesa. Maha check-in hotel ni hari tu Jumaat lepas pukul tiga petang. Hotel ini juga mempunyai kawasan parking yang banyak tidak perlu bimbang dan ia percuma untuk semua tetamu yang menginap di hotel ini






Hotel ini terletak di lokasi yang strategik, ia sesuai untuk datang atas urusan kerja atau nak berehat bersama keluarga. Ia hanya terletak 30 minit pemanduan yang mudah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1 dan 2), dan kurang daripada 45 minit dari Cyberjaya dan Putrajaya. Jadi sebelum waktu penerbangan  bagi yang datang jauh-jauh boleh menginap kat hotel ni






Masa Maha sampai dan masuk ke dalam bilik memang terpersona kerana biliknya sangat besar. Bagi yang datang bekerluarga bilik sangat muat untuk empat orang dengan katil saiz King. Kalau lihat kat luar cermin tingkap yang luas tu ada pemandangan indah Taman Tasik, landskap berbukit Seremban dan pusat bandar korang boleh pilih. Juga dalam bilik segala kemudahan ada penyaman udara yang sejuk, televisyen skrin rata 32 inci dengan 18 saluran, pembancuh kopi/teh, bar mini, telefon dengan IDD, akses internet Wi-Fi yang laju, peti besi keselamatan, meja kerja, kunci pintu elektronik, seterika dan papan seterika sekali ada setiap bilik




Juga paling best adalah bilik air yang juga luas dan antara hotel yang ada bath tab yer. Selama ni Maha cari hotel yang ada bath tab susah nak dapat kat sini ada dan boleh rendam puas-puas. Juga lengkap dengan peralatan mandian dan pengering rambut. Jadi kalau yang perempuan tak berlu nak sibuk bawa semua tu dah ada dalam bilik air. Cermin dalam bilik air pun besar sangat boleh nampak sekeliling





Bagi ibu bapa bawa anak kat sini boleh bermandi-mandi di kolam renang hotel, yang menampilkan air terjun buatan manusia yang melimpah, jakuzi terbuka dan gelongsor kanak-kanak. Kemudahan yang popular kalau datang kat sini tak perlu nak keluar. Kemudahan lain juga ada seperti gimnasium yang serba lengkap dan dua restoran iaitu Restoran Asiatique, yang menawarkan hidangan à la carte dan gaya bufet Asia dan Barat, dan Restoran Han Pi Yuen, menyajikan masakan Cina halal asli. Pakej bilik sekali dengan sarapan untuk dua orang, jadi makan pagi tak perlu nak fikir dah. Bab makan Maha akan kongsikan pada blogpost yang akan datang special untuk makan-makan sahaja ok





Juga ruang lobi hotel ni sangat luas sebenarnya. Boleh nak santai-santai atau mereka selalu buat pelbagai aktiviti hotel. Pada tarikh 9 hingga 10 November 2024 nanti akan diadakan Children's Day Festival. Buat pertama kali hotel buat aktiviti khas untuk kanak-kanak. Jadi ibu bapa boleh datang bawa anak-anak. Macam-macam aktiviti ada seperti pertandingan mewarna, fashion show kanak-kanak, pertandingan lego, pertandingan menari dan menyanyi, perlawana chess untuk kanak-kanak dan banyak lagi. Boleh tengok pada poster di bawah ni. Ibu bapa juga yang datang teman anak-anak ada juga aktiviti seperti cabutan bertuah dan banyak juga jadi seronok masa bersama anak-anak yang sangat berharga. Boleh daftar sekarang whatsapp dinombor 6016-9209880 atau email [email protected]

Lokasi Menarik Yang Boleh Di Kunjungi Sekitar Seremban
Persoalan yang Maha tanya mula-mula tadi, apa tempat menarik yang boleh pergi kalau menginap kat Hotel Royal Chulan Seremban ini. Sebenarnya banyak kalau duduk satu hari tak habis nak pergi tapi ni antara tempat menarik yang sempat Maha sendiri pergi dan buat sepanjang menginap di hotel ini. 




Tempat pertama yang Maha dan kawan-kawan pergi adalah Lorong Seni sebab ia dekat sangat dengan hotel dalam 10 minit perjalanan menaiki kereta sahaja. Lorong seni ini adalah antara lorong yang penuh dengan mural sepanjang 250meter dan paling panjang yang Maha pernah pergi. Kat sini memang banyak mural dan juga gambar hasil tangan anak seni tempatan yang dicurahkan pada dinding bangunan. Boleh tengok lakaran sejarah, tokoh-tokoh terkenal dan juga tempat indah dan menaik di seluruh Malaysia ada sepanjang lorong ini







Nak jalan tu boleh mengah juga, tapi Maha sarankan korang datang waktu pagi atau malam kerana ia lebih teduh dan tiada terik matahari. Kalau malam kata orang lagi indah kerana ada lampu-lampu warna-warni menerangi sepanjang lorong ini. Nak bergambar atau nak buat Vlog pun sangat cantik dan menarik. Bawa keluarga atau datang sendiri ambil gambar guna traipod pun boleh. Tapi pastikan telefon korang banyak ruang untuks simpan kenangan gambar yang cantik-cantik dan mengagumkan ini







Kat situ sahaja habis dah hampi setengah hari. Lepas tu kami teruskan pula pergi ke Muzium Negeri yang tak jauh juga hanya 10 minit dari Lorong Seni tu. Muzium dengan reka bentuk Bangunan Teratak Perpatih yang menjadi tradisi warisan di Negeri Sembilan ini. Dalam muzium masuk boleh kenal sejarah raja melayu dari turun temurun keturunan Negeri Sembilan dari dulu hingga sekarang. Juga pelbagai artifak sejarah yang menjadi identiti Negeri Sembilan yang melambangkan bangsa yang telah wujud beratus tahun dahulu. Masuk muzium ini pun percuma sahaja tau jadi dah jimat bawa anak-anak boleh mengetahu banyak sejarah Negeri Sembilan secara lebih dekat






Kalau kat luar muzium pula ada bangunan rumah tradisi Negeri Sembilan. Rumah ni bentuk dan saiz sebenar yang boleh masuk dengan juga bergambar dalam tu tau. Memang menarik Muzium Negeri ini Maha suka datang sambil kenali sejarah. Kalau bernasib baik ada pelbagai aktiviti yang dibuat dekat kawasan muzium tersebut. Dah cukup setengah hari kat Seremban tapi tak puas lagi Maha dan kawan-kawan teruskan lagi perjalanan






Kemudian kami pergi pula Galeri Tuanku Ja'afar. Ia adalah galeri diraja yang mempamerkan segala barang peniggallan Tuanku Ja'afar. Korang kenal ker siapa Tuanku Ja'afar ini? Nama penuh baginda iaitu Tuanku Ja'afar ibni Tuanku Abdul Rahman merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10. Selepas sahaja kemangkatan Tuanku Abdul Rahman, yang kalau korang tengok gambar dekat duit kertas Malaysia tu muka Tuanku Abdul Rahman iaitu Yang di-Pertuan Agong Pertama Persekutuan Tanah Melayu pada masa itu






Dalam galeri ini korang boleh lihat barang-barang sukan yang diminati baginda iaitu Kriket dan Golf. Juga barang pertabalan dan juga beberapa barang adat istana. Juga baginda begitu minat dalam seni lukisan dan ada beberapa hasil lukisan yang telah dihasilkan baginda di pamerkan di sini. Galeri ini ada dua tingkat jadi pastikan korang melawati seluruh pelusuk galeri ini baru puas hati. Kat sini nak masuk dikenakan bayaran RM10 sahaja untuk seorang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak, OKU dan Warga Emas. So cukup setengah hari berjalan kat sekitar Seremban. 


Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang dekat boleh pergi seperti  Taman Tasik Seremban, Ladang Burung Unta, Taman Ular Ulu Bendul, Tokong Lipan, Extreme Park Kampung Jikin, dan Gunung Angsi. Penggemar membeli-belah akan menikmati berdekatan dengan pelbagai pusat membeli-belah, Nilai 3 dan Mitsui Outlet Park KLIA, semuanya dalam jarak 30 minit pemanduan. Juga ada satu pusat ice skating terbesar di Malaysia yang baru sahaja dibuka di Seremban iaitu Pegasus Skate. Itu Maha tak sempat pergi lagi korang kena cuba nanti tau

Merakam Memori Matahari Terbenam Di Tengah Laut Port Dickson 
Kali ini aktiviti sangat menarik yang menjadi memori terindah semasa menginap di Hotel Royal Chulan Seremban sahaja. Pihak hotel ada sediakan pakej menaiki cruise dan juga melihat matahari terbenam yang indah ditengah laut. Nak tahu pekej tu boleh terus hubungi hotel kerana tempat terhad. Pakej untuk naik cruise ini termasuk dengan pengangkutan dari hotel ke pantai Port Dickson, makan malam dan juga tiket cruise. Jadi dah jimat dan mudah segala diuruskan oleh pihak hotel



Ini pengalaman pertama Maha nak naik cruise kat PD kerana sebelum ini tak tahupun ada khidmat ini kat sana. Selalu kalau sebut PD orang akan ingat tempat mandi-manda dan juga nak berkhemah yang disediakan. Tapi kat hotel ni ada pakej naik cruise, korang kena berada sana seawal jam 5.30petang kerana cruise akan mula bergerak dan juga akan berada tengah laut untuk bergambat menghadap matahari terbenam. Masa sangat singkat untuk bergambar tapi mereka sediakan sudut yang betul-betul menarik untuk diabadikan dalam gambar memeori. Satu sudut bucu cruise macam dalam filem Titanic untuk bergambar seperti yang Maha ambil ni. Mereka akan bantu dan tolong untuk ambil gambar korang tak perlu risau tu mereka sangat pakar





Selain itu juga banyak lagi aktiviti boleh buat atas cruise ini seperti ada karaoke korang boleh nyanyi puas-puas pelbagai lagu untuk berhibur. Juga ada tempat untuk mandi di jakuzi air masin tau. Ia ada di belajang cruise mandi sekitar jaring yang disediakan tapi kena hati-hati kalau terlepas hanyut lah korang tengah laut tu hehehehe. Mereka sediakan jaket keselamatan dan juga penjaga sepanjang korang mandi dalam jakuzi tu. Mereka sediakan bilik air untuk tempat tukar pakaian dan juga air untuk mandi cuci lepas mandi air laut






Menarik giler aktiviti atas cruise kerana ia ada dua tingkat tapi selalu tingkat atas tu penuh orang booking khas. Makanan memang ada disediakan dalam pakej dari pihak hotel jadi tak perlu risau nak makan dah. Cruise tu akan berlayar sekitar laut Port Dickson selama lebih kurang 2 jam dan akan berakhir pada jam lebih kurang 8 malam pulang semula ke jeti. Pengalaman menariklah dan ia sangat sesuai bagi yang nak honeymoon dan juga menyambut ulang tahun perkahwinan duduk jer Hotel Royal Chulan Seremban dan ambil pakej cruise dengan mereka





Lepas sahaja habis aktiviti laut tu ada masa lagi kami terus pergi ke satu lagi lokasi yang wajib singgah kalau dah berada di Seremban ini. Mana lagi kalau bukan Masjid Sri Sendayan yang merupakan antara masjid yang tersenarai dalam masjid paling cantik di Malaysia. Datang pulak waktu malam memang kena sebab dapat lihat reka bentuk masjid yang begitu indah dan penuh kesenian Islam. Juga turut dilimpahi dengan cahaya, rasa sangat tenang dan sejuk berada di sana. Tapi kena pastikan pakaian yang sesuai dan juga untuk orang Islam solat dalam masjid tu kerana ia peluang keemaasn jarang dapat






Rasa insaf kejap bila berkunjung kat sana. Habis sahaja melawat Masjid Sri Sendayan kami terus balik hotel sebab dah malam dan nak rehat penat seharian dengan pelbagai aktiviti. Menarik bukan aktiviti yang boleh buat kalau menginap di Hotel Royal Chulan Seremban ni. Siapa kata Seremban bosan dan tiada yang menarik. Sangat penuh dengan aktiviti mengunjungi tempat sejaran, tempat seni dan juga tempat keinsafan. Next nanti Maha kongsikan posting makanan yang ada di Hotel Royal Chulan Seremban ni. Tak akan lapar lah nak makan kalau menginap di sini. Selamat bercuti semua dan selamat beristirehat. Kita sambung lagi next post ok salam semua


Sebarang pertanyaan dan juga tempahan hubungi :
Royale Chulan SerembanJalan Dato’ A.S. Dawood, 70100 Seremban,Negeri Sembilan, MalaysiaLaman web : https://www.royalechulan.com/SerembanTel : 606 766 6666Fax: 606 766 6000Email: [email protected]            [email protected]









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2024/08/aktiviti-menarik-dan-lokasi-pelancongan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Restoran Makan Yang Lazat Dan Menjadi Pilihan Ramai Di Hotel Royal Chulan Seremban

Restoran Makan Yang Lazat Dan Menjadi Pilihan Ramai Di Hotel Royal Chulan Seremban

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 240 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu com dan juga kepada rakana rakan yang dikasihi sekalian Sebelum ni Maha ada kongsikan tentang bilik penginapan yang di dan juga beberapa lokasi menari berhampiran yang boleh dik...
Maha 2024 Tarikh Jadual Peta Lokasi Aktiviti

Maha 2024 Tarikh Jadual Peta Lokasi Aktiviti

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 161 hits
MAHA kembali lagi pada tahun 2024 Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan atau singkatannya MAHA merupakan sebuah acara yang dianjurkan pada setiap 2 tahun dan bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang Bermula pada tahu...
Pameran Pelancongan Saudi Berkongsi Diversiti Kemasyarakatan Dan Destinasi Menarik Di Arab Saudi

Pameran Pelancongan Saudi Berkongsi Diversiti Kemasyarakatan Dan Destinasi Menarik Di Arab Saudi

papar berkaitan - pada 31/8/2024 - jumlah : 353 hits
PAMERAN PELANCONGAN SAUDI BERKONGSI DIVERSITI KEMASYARAKATAN DAN DESTINASI MENARIK DI ARAB SAUDI Assalamualaikum semua Baru baru ini Ruby berkesempatan ke Pameran Pelancongan Saudi bertempat di IOI City Mall Putrajaya Acara perasmian yang d...
Dinner Anniversary Di Royale Chulan Seremban

Dinner Anniversary Di Royale Chulan Seremban

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 185 hits
Assalamualaikum Jom citer part Dinner Anniversary kami Sabtu malam Ahad lepas di Royale Chulan Seremban Kalau korang nak tau SA memang x expect pun ada dinner ni ntah bila ntah Dania dan Uncle dia plan suami just suruh siap siap nak belanja...
Menyingkap Keindahan 10 Obyek Wisata Di Sekitar Ibu Kota Nusantara

Menyingkap Keindahan 10 Obyek Wisata Di Sekitar Ibu Kota Nusantara

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 152 hits
BloggerBorneo com Indonesia sedang bersiap memasuki era baru dengan pembangunan Ibu Kota Nusantara sebuah proyek monumental yang akan menjadi pusat pemerintahan dan simbol kemajuan bangsa Di balik kemegahan perencanaan kota ini terdapat pes...
Contoh Sajak Alam Sekitar

Contoh Sajak Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 130 hits
Dalam menyampaikan mesejk mengenai alam sekitar antara yang boleh dilakukan adalah mendeklamasikan sajak alam sekitar Tema ini adalah tema yang popular untuk menyampaikan mesej berkenaan kesedaran menjaga alam sekitar kepada orang ramai Mak...
Bomba Jumpa Mayat Lelaki Berjersi 56 Di Sekitar Jambatan Sungai Klang

Bomba Jumpa Mayat Lelaki Berjersi 56 Di Sekitar Jambatan Sungai Klang

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 99 hits
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor mengesahkan penemuan satu mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar be...
Lelaki Saman Hotel Selepas Alat Sulit Disengat Kala Jengking

Lelaki Saman Hotel Selepas Alat Sulit Disengat Kala Jengking

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 130 hits
nbsp Gambar fail menunjukkan bangkai kala jengking yang melekat pada seluar dalam Farchi Brian ViragLAS VEGAS Nevada Seorang lelaki menyaman sebuah hotel di Las Vegas kerana mendakwa bahawa kehidupannya musnah selepas alat sulitnya disengat...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya