Restoran Cili Kampung Perkenalkan Set Minum Petang Dulang


 



Pada 25 Oktober 2022, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk sama hadir ke majlis sambutan ulang tahun pertama Restoran Cili Kampung yang bertempat di pusat beli-belah Hartamas. Majlis tersebut turut dihadiri tetamu-tetamu jemputan khas, barisan media perdana dan media elektronik serta rakan-rakan selebriti dan ikon-ikon tempatan. Disamping dimeriahkan dengan persembahan pentas oleh pemuzik tempatan, AM turut dihidangkan dengan menu baharu yang telah diperkenalkan pada hari itu iaitu Set Dulang, juadah khas untuk minum petang.
 






Menurut pengarah eksekutif Restoran Cili Kampung Hartamas, Kesavan Purusotman atau lebih mesra dikenali sebagai KC, sebelum membuka cawangan di Kuala Lumpur pada tahun 2021, restoran tersebut sudah bertapak di Langkawi. Sambutan memberangsangkan yang diterima telah mendorong mereka untuk melebarkan sayap dengan membuka cawangan seterusnya di Kuala Lumpur. Menghidangkan pelbagai hidangan istimewa resepi turun temurun daripada Negeri Sembilan, Restoran Cili Kampung Hartamas telah menarik perhatian ramai sejak awal pembukaannya.

 


Pengarah Eksekutif Kesavan Purusotman 



“Alhamdulillah, kami berasa amat bersyukur kerana sejak Restoran Cili Kampung mula dibuka pada tahun lalu, kami telah menerima sambutan yang sungguh menggalakkan daripada pelanggan-pelanggan. Ini adalah diluar jangkaan kerana dalam keadaan ekonomi yang kembali pulih selepas negara mula memasuki fasa endemik, kami menjangkakan orang ramai akan lebih prihatin terhadap restoran yang mereka pilih untuk menjamu selera,” kata Khairil Izwan, yang juga merupakan pengarah Restoran Cili Kampung Hartamas.

 

 
Tambah KC lagi, pihak Restoran Cili Kampung bercadang untuk membuka 3 buah cawangan lagi dalam masa yang terdekat di samping membuka beberapa cawangan ‘Cili Kampung Ekspres’ yang berkonsepkan kiosk bagi membolehkan mereka untuk mendekati lebih ramai pelanggan untuk menawarkan produk-produk berbentuk sedia untuk dimakan.

 

 



Sempena ulang tahun pertama Restoran Cili Kampung Hartamas, AM  turut diperkenalkan sebuah menu baharu untuk minum petang iaitu Set Dulang yang sesuai dinikmati untuk sekurang-kurang 2 orang. Menu Baharu ini tersedia untuk pesanan pada setiap hari bekerja dari jam 3:30 petang sehingga jam 6 petang.

 




Set Minum Petang Dulang ini menghidangkan Lontong dan Udang Goreng Tepung yang disertakan dengan kuih-muih tradisional seperti onde-onde pudding bakar, karipap pandan, cucur udang, pisang goreng dan cucur badak, yang dihidangkan bersama sambal kicap pedas dan sambal cili merah. Setiap hidangan Set Minum Petang Dulang turut didatangkan dengan pilihan minuman Teh Tarik, Kopi Kampung atau Teh Panas.

 

 



Dengan sokongan 30 kakitangan sepenuh masa, Restoran Cili Kampung dibuka setiap hari dengan bermula dengan menu makan tengah hari yang bermula pada jam 12 tengah hari sehingga 3:30 petang, manakala menu minum petang mula dihidangkan pada jam 3:30 petang sehingga 6 petang, sebelum disambung dengan menu makan malam pada jam 6 petang sehingga 10 malam.

 

 




Kepada yang berminat untuk menjengah ke Restoran Cili Kampung Hartamas boleh cari nama “Cili Kampung Hartamas” di aplikasi Waze atau ikuti akaun media social @cilikampunghartamasdi Facebook dan Instagram untuk mengetahui promosi terkini daripada mereka.

 




KATA ALONGMURNI
Sementara menunggu hidangan Set Minum Petang Dulang siap, AM telah disajikan dengan kuih-muih dan Air Laici Bunga Talang. Airnya benar-benar rasa segar dan kuih-muih memang padat dengan rasa dan tidak terlalu manis. Jadi memang AM suka dan jadi pilihan AM.

 

 






Bagi AM, gabungan menu pada Set Minum Petang Dulang ini yang menghidangkan Lontong dan Udang Goreng Tepung yang disertakan dengan kuih-muih tradisional seperti onde-onde pudding bakar, karipap pandan, cucur udang, pisang goreng dan cucur badak, yang dihidangkan bersama sambal kicap pedas dan sambal cili merah memang menarik dan eksklusif.

 

 



Setiap sajian pada Set Minum Petang Dulangmempunyai rasa yang padu dan enak. AM paling suka rasa Lontong pada Set Minum Petang Dulang. Selain padat dengan bahan-bahan seperti Sambal Sotong, Udang, Nasi Himpit dan Sayuran, rasa kuahnya betul-betul pekat dan enak.




Haaa.. Tunggu apa lagi, Jom ramai-ramai ke Restoran Cili Kampung untuk mencuba Set Minum Petang Dulang yang enak dan terbaik ini. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2022/10/Restoran-Cili-Kampung-Perkenalkan-Set-Minum-Petang-Dulang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Restoran Masakan Sumatera Di Jerteh Terkenal Dengan Ayam Kampung Goreng

Restoran Masakan Sumatera Di Jerteh Terkenal Dengan Ayam Kampung Goreng

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 263 hits
Baru baru ini ke bandar Jerteh dan tiba waktu tengahari mencari destinasi makan tengahari Teringat ada sebuah restoran masakan Sumatera dekat dengan Pejabat Pos Jerteh dan J T Ia menjadi kegemaran mereka yang sukakan ayam kampung goreng Adm...
Lauk Menu Kampung Keli Salai Lemak Cili Api Dengan Pucuk Ubi

Lauk Menu Kampung Keli Salai Lemak Cili Api Dengan Pucuk Ubi

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 266 hits
Baca GAMBAR LOKASI Lauk Menu Kampung Keli Salai Lemak Cili Api Dengan Pucuk Ubi Korang lunch apa hari ni Ada yang rare yang jarang orang masak Kami nak makan lauk kampung iaitu keli salai masak lemak cili api dengan pucuk ubi Memang jarang ...
How Do You Set Up Your Bedroom To Sleep Better

How Do You Set Up Your Bedroom To Sleep Better

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 304 hits
Do you wake up in the morning and feel like you didn t sleep well What a frustrating feeling What if your bedroom layout is preventing you from getting a good night s sleep Arrangement of the The post appeared first on
Don T Hold Polling At Schools Set For Flood Relief Malacca Govt

Don T Hold Polling At Schools Set For Flood Relief Malacca Govt

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 293 hits
The Malacca state government has urged that schools which have been gazetted as a temporary relief centres for flood victims should not be used as polling centres in the upcoming 15th general election State executive councillor for educatio...
The Colours Of Life Unboxing Series Set Busana Melayu Baju Layang Hasofi

The Colours Of Life Unboxing Series Set Busana Melayu Baju Layang Hasofi

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 194 hits
The Colours of Life Unboxing Series Set Busana Melayu Baju Layang Hasofi Beli kat shopee untuk penutup sambutan hari kebangsaan Cotton RM250 untuk satu set lengkap set baju layang yang terdiri daripada tanjak baju layang bengkung samping da...
Week 1 Play Set Happy Meal Mcdonald S

Week 1 Play Set Happy Meal Mcdonald S

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 152 hits
Week 1 Play Set Happy Meal McDonald s Viral sungguh Week 1 Play Set Happy Meal McDonald s ini tapi sebenarnya mummy dah dapat info ini awal lagi Hehe Client AIA mummy ramai yang kerja McD Mereka awal awal lagi dah war warkan ada mainan best...
Perkenalkan Jagat Media Sosial Masa Depan Berkonsep Metaverse

Perkenalkan Jagat Media Sosial Masa Depan Berkonsep Metaverse

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 184 hits
Setelah melalui fase tes awal sejak bulan Agustus 2022 platform digital lokal berbasis interaksi sosial di dunia virtual PT Avatara Jagat Nusantara hadirkan dunia virtual Jagat io yang dapat diakses publik melalui play jagat io di web dan a...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Pakej Percutian Turki

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengandungi Dna Babi 9 Produk Halal Indonesia Ditarik Balik

Hidupringkas Com Akan Ditutup Pada Bulan June 2025 Yang Akan Datang

Sabtu Cerdas Finansial Literasi Keuangan Jadi Kunci Hadapi Tantangan Ekonomi 2025

Bitcoin Overtakes Google Apa Artinya Untuk Dunia Digital

Chamber Hyperbarik Terobosan Pengobatan Modern Kini Hadir Di Rsud Dr Soedarso

Kaya Sebab Duit Banyak