Lauk Menu Kampung Keli Salai Lemak Cili Api Dengan Pucuk Ubi
Baca : GAMBAR LOKASI ....
Lauk Menu Kampung Keli Salai Lemak Cili Api Dengan Pucuk Ubi. Korang lunch apa hari ni? Ada yang rare yang jarang orang masak? Kami nak makan lauk kampung iaitu keli salai masak lemak cili api dengan pucuk ubi. Memang jarang jumpa dan memang kaw! Kita orang sangka lemak cili api keli salai yang biasa-biasa je seperti kedai atau restoran lain buat. Rupanya kami dihidangkan dengan lauk kampung yang jarang dijumpai. Atau pun orang dah malas nak masak. Hehe.
Di hari deepavali ni di mana kami cuti kerja, public holiday.. maka dapatlah makan kat luar. Kita gantung kuali ya kaum hawa.
Hidangan utama pilihan kami adalah ikan keli salai masak lemak cili api dengan daun pucuk ubi. Tahap kepedasan dia masih boleh tahan. Kuah lemak tu masih boleh hirup.. okay la. Kemudian mintak ulaman, sambal belacan dan telur dadar. Sedaaap!!
Dilawankan dengan bandung cincau ais krim, carrot susu dan apple juice. Semua warna warni cantik menawan
Satu lagi menu pilihan untuk lunch kami adalah mi kari udang. Di atasnya ada hiasan separuh biji telur dan hirisan cili hijau. Kuah mi karinya amatlah sedap.. sampai bersih kami hirup
Lagi satu menu adalah beriani daging. Penuh satu pinggan besar, si bujang sulung habiskan. Habis semua kami langsaikan kerana makanan di restoran ini semuanya sedap
Anggaran kos makan lunch kami adalah RM67. Okay ke tak tu? Pada kami harga makanan kat restoran ini masih mampu makan lagi, tidaklqh mahal sangat
Alhamdulillah dengan rezekiMu ya Allah. Lain kali kita boleh ulang makan kat sini..
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2022/10/lauk-menu-kampung-keli-salai-lemak-cili.html