Restoran Chinese Muslim Abdullah Hidangan Sedap Dan Unik Resepi Warisan Keluarga



Semasa percutian #teambpt ke Perak, kami sempat singgah di sebuah restoran chinese muslim yang terkenal di Meru iaitu Restoran Chinese Muslim Abdullah untuk menikmati juadah makan malam setelah penat seharian bermain di MAPS.

Meskipun saya bukanlah seorang peminat masakan chinese muslim, namun sejak merasai sendiri keenakan masakan di Restoran Chinese Muslim Abdullah, boleh dikatakan kini saya lebih terbuka hati untuk belajar masakan chinese di rumah.  Saya pasti peminat masakan chinese di Perak pasti tidak akan menyesal jika singgah makan di Restoran Chinese Muslim Abdullah kerana hidangannya amat istimewa dengan rasa yang sedap dan unik!


Restoran ini baru memulakan operasinya di Meru pada bulan September 2018 yang lalu setelah setahun beroperasi di bangunan lama yang juga terletak berhampiran. Saya sempat berbual dengan pemilik restoran ini iaitu Encik Muhammad Aiman Loh yang baru berusia 26 tahun. Kepetahan dan keramahan beliau melayani kami menimbulkan rasa kagum di hati apatah lagi pada usia semuda itu, beliau telah berjaya membuka restoran ekslusif yang bukan kecil risikonya


Menurut Encik Aiman Loh, menu yang ditawarkan adalah menggunakan resepi turun temurun warisan keluarganya dan beliau sendiri merupakan chef di restoran miliknya itu. Semoga perniagaan usahawan muda ini berkembang maju dan berjaya membuka cawangan di serata Malaysia.

Menu
Untuk hidangan makan malam tersebut, kami disajikan dengan satu menu istimewa yang terdapat di Restoran Chinese Muslim Abdullah serta beberapa hidangan sampingan yang lain. Pada waktu tersebut, bilangan pelanggan agak ramai di restoran, jadi kami terpaksa mengambil tiga buah meja berasingan kerana jumlah kami yang agak besar. Disebabkan saya tidak tahu menu apa yang bakal dihidangkan, jadi perkara pertama yang diproses dalam minda saya ketika hidangan sampai adalah berdasarkan bentuk hidangan dan warna

Menu pertama yang sampai ke meja adalah hidangan berkuah kuning dengan bahan utama berbentuk segiempat tepat. Jadi otak saya terus memproses menu tersebut adalah sejenis dessert iaitu roti dalam sos kastad. Senang kata macam puding roti cuma kali ini rotinya tidak hancur. Tetapi tekaan saya salah dan jauh tersasar. 
Taufu Pumpkin
Menu ini merupakan salah satu menu istimewa di Restoran Chinese Muslim Abdullah yang diberi nama Taufu Pumpkin. Rasa Taufu Pumpkin ini betul-betul sedap dan unik. Kuahnya yang pekat dengan rasa lazat berlemak telah berjaya membuatkan kami menjadikan kuah pumpkin tersebut sebagai kuah utama dalam nasi. Rasa labu tidak begitu ketara dan ada keunikan dalam menu tersebut yang menyebabkan kami makan sehingga licin pinggan. Rasa sos pumpkin yang berlemak dan unik serta taufu yang lembut, sudah cukup menambah selera makan kami walaupun hanya dengan nasi kosong

Daging Bawang Halia
Hidangan seterusnya yang berjaya menarik perhatian saya adalah Daging Bawang Halia yang di masak lembut dengan rasa manis. Kehadiran hirisan halia dalam hidangan membangkitkan aroma harum dan menggoda ditambah pula dengan hiasan daun bawang berjaya menaikkan seri hidangan dan selera kami untuk menghabiskannya. 
Spring Onion Squid
Hidangan Spring Onion Squid juga tidak kurang sedapnya. Sotong yang dimasak bersama halia dan bawang ini memberi rasa kenyal dan berjus. Sotong yang digunakan segar dan manis, juga berjaya membuatkan kami tersandar kekenyangan setelah sotong habis dimakan meninggalkan bawang di dalam pinggan (tak dapat sambutan) :P
Lemon Chicken Chop
Hidangan terakhir yang tiba di meja adalah Lemon Chicken Chop. Pada awalnya hidangan ini kurang menarik perhatian kami kerana rasa kuahnya yang agak masam apabila dimakan. Namun, setelah beberapa suapan ke mulut ditambah dengan campuran nasi dan pelbagai menu menjadikan rasa masam tersebut sebagai pelengkap kepada juadah kami. 
Rasa Taufu Pumpkin yang berlemak digaul bersama hidangan Daging Bawang Halia yang manis beraroma serta ditambah Spring Onion Squid yang kenyal berjus menaikkan selera makan kami. Tidak lupa juga tambahan hidangan Lemon Chicken Chop melengkapkan rasa dengan rasa masam lemon menjadikan kami menikmati semua rasa masam manis yang unik dan lazat dalam setiap suapan!


Harga yang ditawarkan adalah berpatutan berbanding daripada harga biasa di restoran chinese muslim yang lain. Pelanggan boleh membuat pilihan samada ingin memilih hidangan dalam saiz kecil atau besar dan harga bermula daripada RM10 sepinggan. Restoran Chinese Muslim Abdullah beroperasi bermula jam 4.30 petang sehingga 12 tengah malam pada setiap hari kecuali pada hari Khamis

Lokasi
Memang beruntung bagi peminat masakan chinese muslim yang berada di sekitar Perak kerana boleh menikmati hidangan istimewa, unik dan sedap di Restoran Chinese Muslim Abdullah. Bagi anda yang berminat untuk mencuba masakan yang terdapat di restoran ini, Restoran Chinese Muslim Abdullah terletak betul-betul di hadapan restoran steamboat milik pelakon Zul Yahya. Anda boleh juga mencari lokasi restoran dengan gunakan aplikasi Maps atau Waze dengan memasukkan alamat di bawah :
Restoran Chinese Muslim AbdullahNo 5 & 5a & 5b, Jalan Meru Bistari A14,Bandar Meru Raya,Ipoh, Perak

No Telefon : 019-516 9516
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Restoran Chinese Muslim Abdullah,anda boleh layari fanpage Facebook di :
Restoran Chinese Muslim Abdullah

#teambpt berpuas hati dengan juadah makan malam kami di Restoran Chinese Muslim Abdullah. Ternyata masakan chinese muslim di Restoran Chinese Muslim Abdullah mempunyai keistimewaannya tersendiri yang unik dan lazat. Jadi jika anda berkunjung ke bandar Meru, jangan lupa untuk singgah di Restoran Chinese Muslim Abdullah. Pasti puas hati



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2018/12/restoran-chinese-muslim-abdullah-hidangan-sedap-dan-unik-resepi-warisan-keluarga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menikmati Hidangan Chinese Style Yang Sedap Di Restoran Chinese Muslim Abdullah Meru Ipoh Perak

Menikmati Hidangan Chinese Style Yang Sedap Di Restoran Chinese Muslim Abdullah Meru Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 785 hits
Menikmati Hidangan Chinese Style Yang Sedap Di Restoran Chinese Muslim Abdullah Meru Ipoh Perak Assalamualaikum Salam Sejahtera semua Sesekali menukar selera daripada masakan melayu dan ala thai memang sangat berbaloi apabila berpeluang mer...
Resepi Mi Goreng Yang Simple Dan Mudah Tapi Sangat Sedap

Resepi Mi Goreng Yang Simple Dan Mudah Tapi Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 668 hits
As Salam Resepi Mi Goreng Yang Simple Dan Mudah Tapi Sangat Sedap Maaflah pakcik tukang masak mi goreng kat kedai mamak kalau resepi mi goreng yang bakal saya kongsikan ini akan mengugat bisnes masakan pakcik ya kikih Bajet macam Food Blogg...
Resepi Bubur Asyura Utara Paling Ringkas Tapi Sedap Untuk Makan Dengan Famili

Resepi Bubur Asyura Utara Paling Ringkas Tapi Sedap Untuk Makan Dengan Famili

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 792 hits
Bubur Asyura Kedah Perlis a k a Bubur Asyura Utara setiap tahun mak akan masak di kampung bersama penduduk setempat secara bergotong royong demi untuk memasan Bubur Asyura ini Jika dulu semasa tinggal di utara bersama family sememangnya wak...
Resepi Daging Monggolia Senang Nak Buat Dan Sedap Di Makan

Resepi Daging Monggolia Senang Nak Buat Dan Sedap Di Makan

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 609 hits
Resepi Daging Monggolia Senang Nak Buat Dan Sedap Di Makan Hari ini Ainul nak berkongsi dengan kawan kawan resepi daging Monggolia Kenapa nama Monggolia Ada kena mengena dengan Altantuyya ke Wahh kontroversi betul resepi ni Nama ni Ainul pu...
Resepi Smoothie Yeo S Epal Leleh Ringkas Tapi Sedap

Resepi Smoothie Yeo S Epal Leleh Ringkas Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 555 hits
Resepi Smoothie Yeo s Epal Leleh Ringkas Tapi Sedap Hai Assalamualaikum sebenarnya first time tau zaza nak cuba buat smoothie ni biasa tengok rakan rakan je yang share So zaza pun nak try lah jugak nak tahu rasanya macam mana Untuk Smoothie...
Kek Pisang Moist Dengan Resepi Paling Mudah Dan Pasti Sedap

Kek Pisang Moist Dengan Resepi Paling Mudah Dan Pasti Sedap

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 1044 hits
As Salam Kek Pisang Moist Dengan Resepi Paling Mudah Dan Pasti Sedap Alhamdulillah Cuti sekolah ni selain happy sebab tak payah rush bangun pagi pagi saya dapat buat aktiviti yang saya sukai iaitu masak memasak atau buat kek Yay Yup dulu ti...
Resepi Asam Pedas Ikan Pari Yang Terlajak Mudah Dan Sedap

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Yang Terlajak Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 552 hits
Assalamualaikum Resepi Asam Pedas Ikan Pari Yang Terlajak Mudah Dan Sedap Ikan pari siapa makan ikan pari ada tak kita ni jenis tak makan ikan pari tapi ikan pari kering makan pulak yang hidup macam ni tak makan D Walaupun tak makan ikan pa...
Resepi Viral Kek Coklat 2 Bahan Mudah Dan Sedap

Resepi Viral Kek Coklat 2 Bahan Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 742 hits
Hi Korang Resepi ni sebenarnya dah lama tetapi Iday saja nak cuba sebab nampak macam senang sangat Hanya perlu guna 2 bahan sahaja iaitu Oreo dan susu Dutch Lady Iday tengok dekat social media ramai yang dah buat dan ramai cakap memang seda...
Makan Cengkodok Viral Batu Pahat Di Restoran Resepi Abah 1961

Makan Cengkodok Viral Batu Pahat Di Restoran Resepi Abah 1961

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 832 hits
Makan Cengkodok Viral Batu Pahat di Restoran Resepi Abah 1961 Assalamualaikum Cerita makan makanlah sikit Cuti cuti ni mana tahu ada yang nak jalan jalan cari makan ke kanAlkisahnya agak lama juga Cik Rose dan rakan rakan tak makan luar Seb...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization