Resepi Mi Goreng Yang Simple Dan Mudah Tapi Sangat Sedap


As Salam,
Resepi Mi Goreng Yang Simple Dan Mudah Tapi Sangat Sedap-Maaflah pakcik tukang masak mi goreng kat kedai mamak kalau resepi mi goreng yang bakal saya kongsikan ini akan mengugat bisnes masakan pakcik ya.kikih.Bajet macam Food Blogger gitu.Padahal. saya ni hanyalah tukang masak level cobaan lagi.Senang cakap, saya level mak-mak yang baru pandai belajar memasak yang sedap-sedap:)

Mi goreng Simple Tapi Sedap dari Kitchen Cik Matahariku:)
Ingat tu, boleh memasak dan memasak dengan sedap adalah dua perkara yang berbeza.Semua orang boleh memasak, cuma level memasak sedap tu, tu yang saya sedang usahakan sekarang.Doa-doakanlah saya mampu menyediakan diri untuk sentiasa mahu belajar dan belajar.aamiin.

Mi goreng favourite family dengan resepi Encik Suami-Kalau kat rumah ni, nama mi goreng ni ialah Mi Goreng Ayah:)
Mi Goreng Pilihan KeluargaAlkisahnya, saya anak beranak memang suka akan mi goreng.Resepi yang saya mahu kongsikan ini pun saya tiru dari cara memasak Encik Suami setiap kali dia menyediakan mi goreng untuk kami sekeluarga

Biasanya kalau bab masak mi goreng ni, saya cuma tukang sediakan bahan, Encik Suami yang akan masak dan goreng mi tersebut,Saya selalu cemburu dengan kepakaran suami memasak segala mak nenek mi.Mungkin ramai jugak suami korang kat luar sana yang macam tu.Buat air milo yang sonang tu pun tak sehebat  dia masak  mi goreng kan.mueheh.

Mi goreng ni kalau nak bagi feel lagi time kita makan haruslah kita perah limau tu, ditambah dengan telur mata seketui, barulah lagi mantap kan.:)
Resepi Mi Goreng Basah Yang Simple dan MudahSumber resepi : Encik Suami Blogger Cik MataharikuBahan-Bahan900g mi kuning ( saiz hidangan untuk 5-7 orang dewasa makan)satu ikat sawisatu packet fishballsatu cawan isi ayamsatu cawan taugeh5 ulas bawang merah (dikisar/ tumbuk)3 ulas bawang putih  (dikisar/ tumbuk)1 labu bawang merah saiz sederhana dihirissatu gengam ikan bilis (dikisar/ tumbuk)setengah cawan cili kering yang sudah diblend ( cili kering direbus terlebih dahulu, kemudian blend)5 sudu makan sos tiram
5 sudu makan kicap lemak manis3 biji telur1/2 cawan airGula dan perasa yang secukupnyaMinyak yang secukupnya
Cara Menyediakan Mi Goreng Yang Simple Mudah dan SedapCuci sebentar mi kuning dengan air panas menggunakan tapis.Tujuannya nak bagi hilang bau mi kuning.Tumbuk bawang merah kecil, bawang putih dan ikan bilis atau kalau malas boleh blend kasar.hehe.Hiris satu labu bawang  yang saiz sederhana tadi.Siapkan potong sawi, bersihkan taugeh dan potong dadu atau hiris nipis isi ayam.Panaskan minyak secukupnya dan goreng terlebih dahulu hirisan bawang merah tadi sehingga naik bau,Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk, diikuti cili kering yang diblend.Masukkan pula sos tiram, kicap lemak manis dan sedikit gula.Masukkan juga isi ayam dan setengah cawan airBiarkan sebati dan sehingga terbit minyak.Pecahkan telur dan gaul perlahan.Masukkan mi kuning dan kacau semua bahan sehingga sebati.Masukkan sawi dan taugeh.Boleh dihidang untuk 6-7 orang makan.Langkah Bergambar Menyediakan Mi Goreng Simple yang sedap
Bahan-bahan utama untuk masak Mi Goreng yang sedap.Dalam pic ni saya tak masukkan telur, kicap dan sos tiram.Yang tu memang dah sedia kat dapur kan, tinggal ambik je

Hirisan bawang saiz sederhana hendaklah kita goreng dahulu. Kalau ikut tips memasak mak Muo saya, gorengan bawang ni akan membuatkan apa sahaja jenis mi yang kita masak lebih sedap dari biasa.Betul sangat tu, saya dah buat dan memang hasilnya sangat cemerlang.eh, dah macam ko baru ambik result peksa je, dah kenapa?kiki

yang ni pula selepas saya masukkan bahan yang kita tumbuk.Kalau ikut rules dia, ko kena tumbuk, tapi memandangkan den nak cepat, den blend kasar je.Ikutlah yang mana ko suka, asalkan jangan ko tabur bawang sebiji sejebon sudah

Part ni saya dah masukkan cili kering blend, sos tiram dan kicap.Juga dah masukkan sedikit gula.Saya tak masukkan garam sebab kicap dan sos tiram biasanya dah ada kandungan garam.Kacau perlahan dan biarkan bahan tumisan ini terbit minyak.Gambar kelabu asap sikit sebab asap dari bahan tumisan menganggu pencahayaan.haha.iyolahhh

Bila dah terbit minyak, masukkan pula hirisan ayam dan fishball.Kacau sebentar.Masa ni boleh masukkan setengah cawan air.Tak payah banyak guna air sebab hirisan ayam tu juga akan keluarkan air juga

wahhh...masa ni bau masakan ni dah semerbak tau.Nampak sedap tak?kehkeh.Rahsia mi goreng sedap ialah pada bahan sambal atau tumisan yang ini, masa ni ko dah boleh try rasa dia dah cukup semua ke belum.yeahh.Jom kita teruskan perjuangan kita.eh. Ko ikut jelah.Kata nak masak mi goreng yang sodap.gitu

Kali ini saya masukkan pula dua biji telur.Ini cara saya masak mi goreng supaya rasa telur tu sebati dengan bahan sambal mi goreng kita:) Kacau perlahan

Orait, masukkan mi goreng sejati korang:) Jangan takut mi goreng jadi kembang atau hancur.Dengan teknik dan tips resepi ini, mi kuning korang sebenarnya menjadi lebih lembut, tak pahit dan tak kembang.Believe me guys:)InshaAllah:)
yeahhh.Bab masukkan sayur pula. Tak payah beriya sangat time kacau sayur sawi dan taugeh ni.Sebenarnya lagi sedap kalau dapat makan taugeh yang masih rangup lagi.Tips pilih sayur sawi ni pulak, kalau ikut Encik Suamiku, guna sawi yang kecik (pendek je batangnya) dan berbunga kuning tu.Sawi jenis ni tak pahit dan lebih manis sesuai untuk masak mi goreng.Den pun heran tang mana Encik Suami belajar benda ni semua, yang den tahu dia dulu ambik degree pengurusan hartanah, apa kaitannya tanah dengan sawi ek.confius den.haha

Haa.Nampak tak? Korang dah nampak tak kesedapan mi goreng resepi Encik Suamiku ni?Mi Goreng ni simple dimple je tak payah ko nak masukkan udang dan sotong bagai, tapi rasanya sangat menyelerakan dan akan buat orang yang sedang berdiet tu buat cheat day.kiki

Nah, sedia untuk dihidang kepada insan tersayang:)
Cerita pasal mi goreng ni, memang macam-macam gaya dan tips kan.Saya pun taklah kata mi goreng orang lain tak sodap.Pernah tak korang makan mi goreng bodoh ( sebab hanya mi goreng dan sedikit sawi dan taugeh ) tapi rasanya tersangatlah sedap kan.Yup! saya pernah makan yang macam ni kat cafe Hospital Muar.Memang legend mi goreng tu:)
Mi Goreng secukup rasa, kaya dengan ramuan bahan tumisan dan asas sambalnya yang sodap:)
Satu lagi, mi goreng dalam kenangan yang saya tak boleh lupa rasanya yang enak ditambah dengan udang besor yang melingkau (melingkar) dalam pinggan tatkala makan di sebuah restoran di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.Memang sedap, sampai sekarang walaupun dah berbelas tahun, saya masih ingat rasanya.wow!

Tips Mi goreng SedapGuna bawang merah dan putih serta ikan bilis yang ditumbuk.Gabungan 3 bahan ini untuk paste sambal mi goreng, bihun goreng dan kueteow goreng memang mantap rasanya.InshaAllah.Elakkan guna sos cili sebaiknya guna cili kering yang diblend, barulah pedasnya terasa pedas yang sebenar.heheh.Tips ini untuk yang suka pedas.Kalau suka pedas suam-suam kuku, bolehlah guna sos cili, tapi kurang mantaplah rasanya nanti:)Hirisan bawang yang digoreng menambah keenakan mi goreng.Sos tiram dan kicap lemak manis digunakan bagi menjadikan warna mi kuning sedikit gelap, barulah ada feel nak makan mi goreng yang sedap kann.Penggunaan telur sangat wajib bagi menambah rasa dan membuatkan mi goreng kelihatan basah.Syukur kepada Allah, beri kemudahan dan peluang kepada kami sekeluarga untuk kongsikan cara kami masak Mi Goreng supaya anda juga dapat cuba resepi yang sama dan merasai keenakan mi goreng ini.InshaAllah pasti sedap:)

Saya juga ada kongsikan resepi dan cara kami sekeluarga masak aneka mi seperti berikut, boleh klik link untuk lihat cara bergambar dan resepi kami di sini :Petua Masak Bihun Goreng SedapCara dan Tips Masak Kue Teow Goreng SedapResepi Ringkas Spagheti Carbonara SedapCara Masak Mi Spiral Carbonara Mushroom PregoTerimalah resepi yang saya kongsikan ini sebagai pilihan kalau korang nak try masak mi goreng yang simple tapi rasanya tetap sedap.Selalu jugak kami hidangkan mi goreng ni kalau ada family datang berziarah atau anak-anak request nak makan mi goreng

Thanks for reading this entry:) 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2018/12/resepi-mi-goreng-yang-simple-dan-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Tiramisu Simple Tapi Sedap Ya Amat

Resepi Tiramisu Simple Tapi Sedap Ya Amat

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 733 hits
Resepi Tiramisu Simple Tapi Sedap Ya Amat Pehhh dengan penuh yakin tajuk entri tu ye haha Tiramisu antara dessert kegemaran aku sebab ia berasaskan kopi Tiramisu berasal dari itali Tiramisu bermaksud pick me up ataupun cheere me up cute je ...
Resepi Viral Kek Coklat 2 Bahan Mudah Dan Sedap

Resepi Viral Kek Coklat 2 Bahan Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 742 hits
Hi Korang Resepi ni sebenarnya dah lama tetapi Iday saja nak cuba sebab nampak macam senang sangat Hanya perlu guna 2 bahan sahaja iaitu Oreo dan susu Dutch Lady Iday tengok dekat social media ramai yang dah buat dan ramai cakap memang seda...
Resepi Bubur Asyura Utara Paling Ringkas Tapi Sedap Untuk Makan Dengan Famili

Resepi Bubur Asyura Utara Paling Ringkas Tapi Sedap Untuk Makan Dengan Famili

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 792 hits
Bubur Asyura Kedah Perlis a k a Bubur Asyura Utara setiap tahun mak akan masak di kampung bersama penduduk setempat secara bergotong royong demi untuk memasan Bubur Asyura ini Jika dulu semasa tinggal di utara bersama family sememangnya wak...
Resepi Smoothie Yeo S Epal Leleh Ringkas Tapi Sedap

Resepi Smoothie Yeo S Epal Leleh Ringkas Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 555 hits
Resepi Smoothie Yeo s Epal Leleh Ringkas Tapi Sedap Hai Assalamualaikum sebenarnya first time tau zaza nak cuba buat smoothie ni biasa tengok rakan rakan je yang share So zaza pun nak try lah jugak nak tahu rasanya macam mana Untuk Smoothie...
Resepi Asam Pedas Ikan Pari Yang Terlajak Mudah Dan Sedap

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Yang Terlajak Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 552 hits
Assalamualaikum Resepi Asam Pedas Ikan Pari Yang Terlajak Mudah Dan Sedap Ikan pari siapa makan ikan pari ada tak kita ni jenis tak makan ikan pari tapi ikan pari kering makan pulak yang hidup macam ni tak makan D Walaupun tak makan ikan pa...
Kek Pisang Moist Dengan Resepi Paling Mudah Dan Pasti Sedap

Kek Pisang Moist Dengan Resepi Paling Mudah Dan Pasti Sedap

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 1044 hits
As Salam Kek Pisang Moist Dengan Resepi Paling Mudah Dan Pasti Sedap Alhamdulillah Cuti sekolah ni selain happy sebab tak payah rush bangun pagi pagi saya dapat buat aktiviti yang saya sukai iaitu masak memasak atau buat kek Yay Yup dulu ti...
Resepi Kukus Mudah Puding Coklat Sedap

Resepi Kukus Mudah Puding Coklat Sedap

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 767 hits
hi there so hari ni nak share kat korang resepi kukus mudah puding coklat sedap wah tajuk panjang sungguh kan tapi serius resepi ni memang senang nak buat lepas tu rasa pun sedap kat tekak mrs pip korang mungkin akan jumpa pelbagai versi ut...
Resepi Mudah Nasi Goreng Bunga Kantan Hanya Menggunakan Perencah Nasi Goreng Adabi

Resepi Mudah Nasi Goreng Bunga Kantan Hanya Menggunakan Perencah Nasi Goreng Adabi

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 715 hits
Resepi Mudah Nasi Goreng Bunga Kantan Hanya Menggunakan Perencah Nasi Goreng Adabi Sebut nasi goreng kalau negara luar memang mereka dah cakap rare dah nasi kena goreng ke di Malaysia jerr yang ada nasi goreng ni hii Macam macam dah yang ke...
Idea Masak Cepat Sedap Boleh Cuba Daging Goreng Serai Ni

Idea Masak Cepat Sedap Boleh Cuba Daging Goreng Serai Ni

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 450 hits
Orang sekarang kalau makan nak sedap pastu tu kalau boleh tak mahu lama di dapur Jawapanhya kenalah pilih menu ekspres seperti Daging Goreng Serai ni Menu sempoi yang anda semua boleh sediakan tak lebih dari 15 minit Sambil tunggu nasi masa...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids