Resepi Smoothie Yeo S Epal Leleh Ringkas Tapi Sedap
Resepi Smoothie Yeo’s Epal Leleh Ringkas Tapi Sedap. Hai Assalamualaikum, sebenarnya first time tau zaza nak cuba buat smoothie ni..biasa tengok rakan-rakan je yang share. So zaza pun nak try lah jugak..nak tahu rasanya macam mana.
Untuk Smoothie ni zaza gunakan produk dari Yeo’s iaitu Yeo’s Yeogurt. Kebetulan zaza ke Kuantan dengan seorang kawan sebab ada program..so selepas tu zaza pun ajak rakan cari bahan-bahan nak buat smoothie ni..
Zaza pilih jenama Yeo’s sebab memang jenama ni antara yang zaza selalu beli minumannya kat kedai-kedai..
Untuk buat smoothie ni pula, zaza guna Yeo’s Yeogurt perisa epal sebab zaza memang suka minum apa jua minuman kalau ada rasa epal.
Yeo’s Yeogurt ni dah tak perlu nak tambah gula..rasanya dah manis. Minum macam tu pun sedap..Yeo’s Yeogurt ni dirumuskan khas untuk sesiapa je tak kira peringkat umur dan masyarakat yang menitikberatkan gaya hidup yang sihat.
Istimewanya Yeo’s Yeogurt ni kan sebab kandungannya yang diperkaya dengan susu dan asid laktik. Kedua-dua bahan ni memang baik untuk perut dan sistem penghadaman badan kita. Biasa kita ni suka bedal macam-macam bila makan..lepas tu mula lah ada masalah sembelit..Jadi Yeo’s Yeogurt inilah yang boleh membantu melawaskan semula pembuangan tu.
Yeo’s Yoegurt ni kalau disimpan di luar pada suhu bilik pun tak ada masalah tau..tetap segar..tapi zaza suka simpan dalam peti ais sebab sejuk..
Selain dari perisa epal hijau, Yeo’s Yeogurt juga ada beberapa variasi rasa yang lain seperti Asli, Oren, Mangga, Laici dan Anggur.
Jom zaza nak share Resepi Smoothie Yeo’s Epal Leleh Ringkas Tapi Sedap..
Bahan-bahan yang diperlukan :
1 biji pisang – dipotong
2 biji epal hijau – dipotong
Yeo’s Yeogurt perisa epal – 1/2 kotak kecil
Essence Vanila – 1 sudu kecil
Peanut Butter – 1 sudu kecil
Ais batu
Cara penyediaan :
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mesin pengisar. Blend dan lepas dah ke semuanya hancur, bolehlah masukkan ke dalam cawan. Nak nampak cantik hias lah sikit..
Boleh tonton sekali video di bawah :
View this post on Instagram
Sesekali buat smoothie sedap jugak.. So zaza try buat smoothie guna produk dari Yeo’s iaitu Yeo’s Yeogurt. Untuk buat smoothie ni pula, zaza guna Yeo’s Yeogurt perisa epal sebab zaza memang suka minum apa jua minuman kalau ada rasa epal. Jom zaza nak share Resepi Smoothie Yeo’s Epal Leleh Ringkas Tapi Sedap.. Bahan-bahan yang diperlukan : 1 biji pisang – dipotong 2 biji epal hijau – dipotong Yeo’s Yeogurt perisa epal – 1/2 kotak kecil Essence Vanila – 1 sudu kecil Peanut Butter – 1 sudu kecil Ais batu Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mesin pengisar. Blend dan lepas dah ke semuanya hancur, bolehlah masukkan ke dalam cawan. Nak nampak cantik hias lah sikit.. Dalam video ni zaza letak daun bayam brazil sebagai hiasan.. Boleh di makan macam tu je.. Daun pudina tak jumpa pulak 😬 #yeos #yeosmalaysiaA post shared by Z A Z A (@_zaza.iman) on Nov 26, 2018 at 7:03pm PST Dari segi rasa, macam zaza yang first time buat ni..memang diakui rasanya sedap..bukan puji diri sendiri tau.. zaza pun tengok resepi yang orang lain try..tapi guna perisa lain..
Bila minum tu..ada rasa-rasa pisang..rasa-rasa epal dan rasa peanut butter..sejuk-sejuk je masuk dalam tekak. Best juga..lepas ni zaza nak buat lagi lah..jadi suka pulak zaza minum.
So korang pun bolehlah try cuba..petang-petang hari tu boleh la buat sambil lepak-lepak makan dengan pisang goreng ke..mavelessss…
Kalau korang tak nak guna ais batu pun tak apa..just guna cara dengan bekukan pisang dan epal tu seharian. Pastu kisar dengan bahan-bahan lain tu…okay! Selamat mencuba.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zazaiman.com/2018/11/resepi-smoothie-yeos-epal-leleh-ringkas.html