Ayam Kampung Sedap Kuala Lumpur Restoran Bandariya Ayam Kampung Wajib Serbu



Teringin sungguh lah nak makan Ayam kampung sedap , bersaiz besar, penuh rempah meresap dalam ayam kampung. Siapa cakap di sekitar Bandar Kuala Lumpur tak ada port ayam kampung sedap.
Pernah dulu-dulu pengalaman julia makan selalu tak puas, sebab ayam kampung bersaiz kecil, kena add on kali kedua tapi faham-faham lah harga ayam kampung bukannya murah kalau nak tambah kedua, ketiga dan keempat hihi.
Tapi kali ini dah jumpa restoren yang memenuhi citarasa, kepuasan makan ayam kampung di Kuala Lumpur boleh didapati dengan mudah rupanya. Nak tau order sekali je ayam kampung sedap, puas dimakan.
Tak tahu di mana? 
Jom julia nak memperkenalkan satu restoren ini. Rekod review pelanggan yang datang makan di restoren ini di Google mencatatkan 4 ke 5 bintang. Apa yang menarik sangat tu?
Teruskan membaca pengalaman julia sekeluarga menjamu selera minggu lepas. 5 ke 6 orang boleh makan dalam satu masa. Bila di congak RM20 seorang bajet boleh makan konsep hidangan seperti diatas. Berbaloi!
Restoren Bandariya Ayam Kampung Tun H.S Lee, Kuala Lumpur. Restoren Bandariya Ayam Kampung, lokasinya terletak di tengah bandar Kuala Lumpur, sudah beroperasi selama 26 tahun lamanya. Memang antara restoren authentic senior di KL. Gabungan masakan Kelantan dan Indonesia. 
Senang rupanya nak akses ke sini waze atau Google Maps je "Restoren Bandariya Ayam Kampung". Parking berbayar disediakan di seberang jalan restoren ini sahaja. 
Google Maps
Ayam kampung masak cili hijau ganding telur itik masak lemak dan lauk sampingan diatas uishhh meleleh air liur teringat-ingat kesedapannya. 
Inilah seleksi hidangan di Bandariya Ayam Kampung. Boleh pilih nak makan hidang atau set. Ada menu set promo Merdeka 2022 di sediakan, sempatkan diri anda dan keluarga ya untuk dapat harga promo Merdeka sebab sekali dengan air tau. Lebih jimat !
Kalau selepas habis promo Merdeka pun boleh je bebila ke sini, sebab bila cerita pasal teringin tu tak boleh di tahan-tahan. Kena tunaikan, baru boleh tidur lena. 
Oh ya, kami order ayam kampung goreng berempah, gerisik, bergedil super 3xl, masak lemak telur itik, sambal bilis petai, daging gulai kawah dan bermacam lagi. Nasi panas di hidang panas-panas kepada kami, terlentang makan dibuatnya haha. 🤭🤤
Boleh tonton video live kami di sana, klik link 👇👇👇Video Tiktok

Ayam goreng berempah Bandariya Julia di fahamkan, ayam goreng berempah di Bandariya diperap 24 jam dulu sebelum di masak dan dihidang panas-panas. Bau dia menusuk sungguh. Rasanya lembut, juicy hmmmm yummy! Minum dengan soda gembira pink tu, alahaiii usap perut. 
Antara barisan menu di Bandariya boleh kalian order.😘✔Gerisik✔Masak lemak telur itik✔Bergedil & telur masin✔Gulai kawah✔Ayam kampung masak cili hijau✔Ayam kampung✔Ayam kampung goreng berempah✔Sambal bilis kacang tanah✔Sambal tumis petai✔Ikan tenggiri masak lemak✔Tauge campur
Air soda gembira. Antara air yang berjaya mengembirakan tekak kami. Tak manis sangat, gabungan soda just light, tak keterlaluan. Air melon mania pun ada. Cuba ya.
Basahkan tekak dulu dengan Soda Gembira , sebelum pekena ayam kampung Bandariya. 
Bila nampak size ayam kampung Bandariya, terus terkejut. Besarnya. Tebal isinya dan kepuasan setelah menjamah dengan lauk hidangan di atas lagi bertambah-tambah mulut cakap sedapnya, sedapnya. 
Anak Julia yang berumur 10 tahun suka makan di sini, sebab sambalnya tak keterlaluan pedas, rempah gulai kawah dan gerisik pun tak pedas sangat just nice. 
Suami suka sambal tumis petai, sambal dia wowww luar biasa, rasa kesedapan tumisan petai tu aura luar biasa. Macam tengah makan masakan ibu-ibu je. Harga semasa, sempat snap nanti bebila nak makan sini dah boleh kira bajet. Nak ajak keluarga besar dan rakan-rakan ke sini nanti akan datang. 
Inilah restorannya, kira antara restoren senior yang menyajikan lauk pauk khas versi ayam kampung.
Bintang? Dari 5 bintang, Julia dan keluarga bagi 4 bintang dari segi menu, servis yang pantas dan kemesraan pelayan kepada kami. Puas makan, kami 3 beranak kongsi 2  keping ayam kampung pun jenuh nak habiskan. Puaslah! 
Nanti nak datang lagi, ajak keluarga besar datang. Harga sangat berbaloi² makan hidang ataupun makan set harga sangat munasabah sebab lauk yang diberi kenyang sampai tersandar! 
Jemput ke sini ya, alamat dan nombor WhatApps untuk penghantaran di sekitar Kuala Lumpur di sediakan. 
Boleh order melalui website KLOOK klik👉 Ayam kampung sedap 
Selamat menjamu selera.👏
Restoran Ayam Kampung BandariyaNo. 8, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. 
Tel: 03-2031 4931
Waktu operasi: 11.00 pagi - 3.30 petang.Buka  : Isnin hingga Sabtu. Tutup : Ahad. 
Khidmat penghantaran disediakan: [klik link biru dibawah]wasap.my/60193767051wasap.my/60193767051wasap.my/60193767051

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2022/08/ayam-kampung-sedap-kuala-lumpur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Ayam Terbaik Di Kuala Lumpur Iaitu Chicken Rice Place Terletak Di Platinum Walk Setapak

Nasi Ayam Terbaik Di Kuala Lumpur Iaitu Chicken Rice Place Terletak Di Platinum Walk Setapak

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 343 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Maha adalah orang yang paling suka makan Nasi Ayam Kalau kata makana tengah hari tu ada Nasi Ayam pun dah cukup memang boleh t...
Restoran Bandariya Restoran Ayam Kampong Masakan Melayu Kelantan Dan Indonesia

Restoran Bandariya Restoran Ayam Kampong Masakan Melayu Kelantan Dan Indonesia

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 180 hits
Assalamualaikum dan Salam SejahteraKalau cakap pasal ayam kampong memang terliur dan terbayang dah dia punya kesedapan lagi2 kalau dapat yg panas2 dan pedas Nak jadikan cerita aku punya giler craving ayam kampong apa lagi Sabtu lepas aku te...
Wajib Singgah Nasi Arab Paling Sedap Di Zaituna Restaurant Johor Bharu

Wajib Singgah Nasi Arab Paling Sedap Di Zaituna Restaurant Johor Bharu

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 230 hits
Assalamualaikum Setiap bulan kami mesti nak pergi bercuti Kalau tak bercuti kami akan pergi bercamping Untuk bulan Ogos kami dah rancang untuk ke Johor Staycation kami di Johor lama juga 4 hari 3 malam Kat mana kami stay nantilah Fiza updat...
Museum Of Illusions Kuala Lumpur Antara Lokasi Menarik Di Bukit Bintang

Museum Of Illusions Kuala Lumpur Antara Lokasi Menarik Di Bukit Bintang

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 267 hits
Khamis lepas kebetulan suami kak ana cuti ganti offday anak anak ada di rumah Kak ana bagitau lama dah tak jenjalan sekitar Bukit Bintang Kuala Lumpur Beberapa minggu lepas adik dan adik ipar kak ana ada stay situ dan syok pula tengok depa ...
Jadual Pertunjukan Designer Di Pentas Kuala Lumpur Fashion Week

Jadual Pertunjukan Designer Di Pentas Kuala Lumpur Fashion Week

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 194 hits
Minggu Fesyen Kuala Lumpur salah satu acara kebudayaan yang paling dinanti nantikan di negara ini pada 2022 ini Sejak penubuhannya pada 2013 Acara tahunan yang meraikan industri fesyen Malaysia diadakan setiap tahun sejak awal kecuali tahun...
Enjoy Merdeka Museum Of Illusions Kuala Lumpur

Enjoy Merdeka Museum Of Illusions Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 228 hits
Enjoy Merdeka Museum of Illusions Kuala Lumpur Last weekend I went to enjoy a tourist spot in KL that I have been wanting to visit for quite some time And finally I managed to Museum of Illusions KL This is taken directly from the as I was ...
Museum Of Illusions Bukit Bintang Kuala Lumpur

Museum Of Illusions Bukit Bintang Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 230 hits
Hi Korang Ayuh kita bersiaran lagik di belog chomey akak kesayangan korang ni kan Memang yang tau Bukit Bintang merupakan tempat membeli belah dan lokasi outing yang hebat di hujung minggu tak kira bersama keluarga kawan kawan mahupun yang ...
Parkroyal Collection Kuala Lumpur Brings Thyme As The New Food Destination In Bukit Bintang

Parkroyal Collection Kuala Lumpur Brings Thyme As The New Food Destination In Bukit Bintang

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 318 hits
Immerse yourself in a theatrical culinary experience at Thyme new contemporary all day dining restaurant Located right in the heart of Kuala Lumpur Thyme seeks to bring guests a unique dining experience making it Bukit Bintang s newest go t...
Hidangan Buffet Citarasa Malaysia Di Sofitel Kuala Lumpur Damansara

Hidangan Buffet Citarasa Malaysia Di Sofitel Kuala Lumpur Damansara

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 255 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraPucuk pauh delima batu Anak sembilang di tapak tangan Biarpun jauh beribu batu Hilang di mata di hati jangan Jarang sekali penulisan dimulakan dengan pantun kali ini aku nak kongsikan kepada anda semua ten...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya