Tak Berhenti Menangis Susah Hati Jadinya Usah Cemas Cuba Buat Perkara Ni Dulu


Ada sebab kenapa bayi menanis. Bukan hanya kerana lapar, boleh jadi juga dia tak selesa dengan lampin yang basah ataupun perut kembung. Memandangkan bayi ni tak boleh bercakap, jadi mereka gunakan tangisan sebagai isyarat unuk menyampaikan sesuatu pesanan kepada mama papa. Namun kalau asyik menangis, buntu juga kita nak tahu apa masalahnya kan?
Sumber foto: www.freepik.com BUAT YANG INI DULU!
Sekiranya anda sudah biasa mengendalikan anak sendiri, anda akan tahu apa yang mereka mahukan apabila menangis. Sebagai langkah pertama sebelum anda memeriksa dengan lebih lanjut, anda boleh lakukan lima perkara ini dahulu:
Tukar lampin. Kemungkinan lampin basah menyebabkannya dia tidak selesa. Berinya susu atau makanan. Mungkin dia kelaparan atau haus. Periksa perut bayi jika dia alami kembung perut. Sapu minyak angin pada perutnya. Cuba tidurkan bayi. Dia mungkin mengamuk kerana mengantuk. Periksa pakaian yang dipakainya sama ada terlalu ketat atau tebal yang menyebabkannya tidak selesa. Tukar jika perlu. Jika bayi masih menangis selepas anda buat lima perkara ini, mungkin anda boleh meredakan tangisan si manja dengan beberapa cara yang lain. Usah risau, ia tidak susah dibuat dan biasanya berkesan untuk menenangkan mereka.
1.BAWA BAYI KE TEMPAT YANG TENANG
Bayi boleh menjadi lebih mudah dirangsang apabila berada di ruang yang tenang dari kebisingan dan suasana nyaman. Kadang kala dengan pencahayaan, bunyi dan persekitaran mudah untuk bayi bergerak akan bayi menjadi cerewet. Cuba alihkan bayi ke lokasi yang tenang dan tempat yang biasa dengannya untuk si manja berada dalam keadaan tenang. Pencahayaan bilik yang dimalapkan sedikit juga boleh meredakan tangisan mereka.
Sumber foto: www.freepik.com 2.BEDUNG BAYI
Kebanyakan bayi suka dirinya dibedung kerana ia membuatkan dirinya berasa selamat seperti di dalam rahim ibu. Apabila si manja di bedung, ia dapat membantu mengawal pergerakan (refleks Moro) bayi anda dan membantu si manja tidur nyenyak.
3.BUAIKAN
Perlahan-lahan buaikan bayi anda dalam gerakan berirama yang boleh membantu mengatasi masalah bayi yang cerewet. Gerakan berirama mengingatkan bayi anda berada di dalam rahim. Anda juga boleh dodoinya sambil berjalan atau meletakkan di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang.
Membuaikan si manja dalam dukungan seperti ini boleh meredakan tangisannya.
Baca Juga:
Air Mata Jadi Bukti. Rindu Arwah Ayah, Diam-Diam Adik Ni Menangis Tengok Video Lama
“Perempuan Kalau Merajuk Suka Tengok Tingkap Eh?”. Gelagat Ayah Pujuk Anak Cuit Hati Warganet
Mudah Dukung Baby, Belakang Badan Pun Tak Sakit. Mona Allen Kongsi Cara, Guna Swaddle Je!
4.MENYANYI
Mengulangi bunyi seperti “Shhh, shhh, shhh” atau “ahhh, ahh” dalam corak irama pada nada yang sama boleh membantu menenangkan bayi anda. Tidak mengapa jika suara tidak merdu, asalkan bunyi suara anda adalah biasa dan selesa untuk bayi anda. Bagi Muslim, boleh mengalunkan zikir dalam nada yang sama untuk menenangkan si manja.
Sumber foto: www.freepik.com 5.UBAH KEDUDUKAN
Kadang-kala memegang bayi dengan cara berbeza boleh membantu memberikan keselesaan pada si manja yang cerewet. Jika bayi anda mempunyai masalah kolik atau kembung perut, anda boleh memegang bayi dengan kedudukannya menghadap anda. Posisi dukung cara ini memberi tekanan pada bahagian perut kecilnya yang boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan si manja.
6.MASA UNTUK SENDIRIAN
Jika anda masih tidak dapat menenangkan bayi anda yang cerewet ini, cuba letakkan si manja di tempat tidur bayi untuk beberapa minit. Kadang-kala seperti orang dewasa, bayi hanya mahu sendirian untuk dirinya berehat tanpa diganggu.
Jika anda telah mencuba pelbagai keperluan bayi anda dan mencuba panduan yang diberi ini, namun masih gagal menenangkan bayi, cuba dapatkan rawatan pakar kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat serta melakukan pemeriksaan kesihatan bayi.
Info Mengenai Kembung Perut/Kolik Tangisan bayi selalunya akan lebih kerap di antara usia enam hingga lapan minggu dan akan berkurangan apabila bayi berusia tiga bulan. Jika bayi anda baru lahir sihat tetapi menghidapi kolik, akan membuatkan bayi anda menangis kerana tidak selesa.
Sumber foto: www.freepik.com Tangisan akibat kolik berbeza daripada tangisan yang normal kerana lebih kuat dan bernada lebih tinggi.Tangisan bayi yang kolik kedengaran seolah-olah dia dalam kesakitan atau berteriak. Bayi yang menangis kerana kolik lebih sukar ditenangkan dan tangisan mungkin akan berakhir selepas dia mengeluarkan angin atau membuang air besar.
Jangan susah hati okay mama papa, periksa betul-betul dan ambil tahu kenapa si manja anda menangis!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post Tak Berhenti Menangis, Susah Hati Jadinya. Usah Cemas, Cuba Buat Perkara Ni Dulu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-berhenti-menangis-susah-hati-jadinya-usah-cemas-cuba-buat-perkara-ni-dulu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasa Tidak Bebas Susah Puaskan Hati Orang

Rasa Tidak Bebas Susah Puaskan Hati Orang

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 348 hits
RASA TIDAK BEBAS SUSAH PUASKAN HATI ORANG Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt BEBAS BERSYARAT Bebas seperti mana disyariatkan Islam tidak zalim Tidak menyusahkan pun Siap Allah bagi rewards lagi pahal...
Saya Menangis Sebab Kecewa Dengan Diri Sendiri Sissy Iman Nafi Kecik Hati Dengan Mas Idayu

Saya Menangis Sebab Kecewa Dengan Diri Sendiri Sissy Iman Nafi Kecik Hati Dengan Mas Idayu

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 165 hits
Semalam juri tetap rancangan program Famili Duo iaitu Mas Idayu enggan memberi komen terhadap mana mana persembahan pesert pada minggu ketujuh Perkara itu diumukan oleh rakan juri Ajai atau nama sebenar Muhammad Faizal bin Maas ketika membe...
Anak Susah Nak Tidur Asyik Demam Tak Sihat Amalkan Mandi Air Garam Ni Ramai Dah Cuba

Anak Susah Nak Tidur Asyik Demam Tak Sihat Amalkan Mandi Air Garam Ni Ramai Dah Cuba

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 124 hits
Mak ayah mana yang tak risau bila anak kerap demam batuk dan selesema berpanjang Rupanya amalan berendam dalam air garam antara yang disyorkan untuk memulihkan kesihatan anak Malah menurut perkongsian amalan mandi air garam Epsom yang tingg...
Usah Hilang Empat Perkara Berharga Dalam Hidup

Usah Hilang Empat Perkara Berharga Dalam Hidup

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 208 hits
Usah Hilang Empat Perkara Berharga Dalam Hidup Kita selalu diingatkan agar tidak terlalu leka dengan kehidupan kerana dunia ini hanyalah perhiasan yang amat indah sehinggakan penghuninya menjadi leka dan lalai Sebagai contoh kita alpa denga...
12 Tempat Makan Menarik Di Sekinchan Restoran Best Wajib Cuba

12 Tempat Makan Menarik Di Sekinchan Restoran Best Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 300 hits
Sekinchan meningkat popular kebelakangan ini bukan Jika anda merancang untuk ke sana pasti anda ingin tahu tempat tempat makan yang menarik yang boleh dijumpa di Sekinchan Mari kami kongsikan 12 tempat makan menarik di Sekinchan 12 Abah Bon...
Suami Fatin Afeefa Dikecam Kerana Berlagak Sekali Ada Orang Cuba Nak Dedahkan Kisah Silam Dia

Suami Fatin Afeefa Dikecam Kerana Berlagak Sekali Ada Orang Cuba Nak Dedahkan Kisah Silam Dia

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 275 hits
Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang sekali lagi menjadi perhatian orang ramai selepas tular sebuah rakaman sesi live di aplikasi TikTok
Masalah Nak Buat Copywriting Boleh Cuba Teknik Ini

Masalah Nak Buat Copywriting Boleh Cuba Teknik Ini

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 178 hits
Ramai yang alami masalah buntu nak cari idea bila nak buat copywriting untuk iklankan produk yang ingin kita promosi Tapi jika kita tahu struktur dan caranya ia akan jadi lebih mudah Tapi masalahnya setiap hari nak kena tulis ayat iklan yan...
Tiap Tiap Hari Anak Minta Masak Kicap Cuba Versi Ayam Kari Masak Kicap Ni Pula Memang Sedap

Tiap Tiap Hari Anak Minta Masak Kicap Cuba Versi Ayam Kari Masak Kicap Ni Pula Memang Sedap

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 219 hits
Tak sah kalau tak ada menu masak kicap setiap minggu Wajib untuk anak anak yang cukup sukakan ayam masak kicap Apa kata kali ini kita olah resipi masak kicap jadi lebih power Resipi perkongsian Superdaddy Khairul Abdullah dengan penambahan ...
Ini Komen Sharnaaz Ahmad Tentang Pelakon Wanita Yg Cuba Mengorat Aliff Aziz

Ini Komen Sharnaaz Ahmad Tentang Pelakon Wanita Yg Cuba Mengorat Aliff Aziz

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 219 hits
Ramai peminat dan rakan selebriti terkejut dengan pendedahan Bella Astillah tentang seorang pelakon wanita yang tanpa segan silu mengaku tersuka suaminya Aliff Aziz
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas